Support My Blog

Saturday, June 26, 2021

BUAH NANAS - TIPS PENTING

NANAS
(Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropika yang luas ditanam di Malaysia. Tanaman nanas adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay yang dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah kolonial dahulu. Tumbuhan ini berada dalam keluarga Bromeliaceae dimana ia merupakan sejenis tumbuhan yang rendah saka seperti jenis herba (herbaceous perennial) dengan mempunyai 30 helai atau atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal sama ada berduri atau tidak berduri. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai 'pineapple' dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain (pine tree). Makna 'anana' adalah bermaksud "buah yang sangat baik". Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan keluaran sekitar 16,500 hektar. Tanaman nanas ditanam daripada benih iaitu diambil daripada bahagian sulur dan jambul. Diantara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah MD2, Josapine, Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris) dan N36. Hanya varieti MD2, Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran domestik dan eksport kini tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30°C dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun. Kadar pertumbuhan nanas amat bergantung kepada kelembapan tanah, pembajaan dan aruhan pembungaan dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Sebaiknya kawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Didunia dilaporkan pengeluaran buah nanas komersil boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Mexico, Puerto Rico dan Taiwan. Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi Asid citrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Dalam aspek perubatan didakwa dimana buah nanas lazimnya dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah (cancer).  Dua jenis molekul daripada nanas didakwa ada menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Terdapat beberapa kajian yang giat dilakukan berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taiwan. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai tips penting bagi buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Bergantung kepada varieti nanas dan cara penjagaan tanaman lazimnya jangkamasa kematangan buah berbeza seawal kurang setahun dan selama hampir dua tahun. Bagi penanaman nanas komersil ia selalunya ditanam secara Monokrop dan ada juga petani yang menanam secara selingan dengan pokok lain seperti tanaman getah (Sila lihat foto disebelah). Kepadatan tanaman nanas secara monokrop di Malaysia sekitar 49,000 pokok sehektar sementara jika ditanam secara selingan sekitar 20,000 pokok sehektar. Kini teknologi penggunaan baja semburan daun (foliar fertilizer) telah meluas dilakukan untuk mendapatkan buah nanas yang lebih berkualiti dan seragam saiznya bagi mendapatkan harga lebih baik. Perkara penting didalam menentukan penuaian adalah aktiviti membuat aruhan pembungaan atau selalunya dipanggil sebagai menghormon nanas. Proses ini akan menjadikan buah nanas dapat dituai dengan lebih terancang bagi pasaran domestik dan eksport yang dipetik mengikut indeks kematangan buah. Bagaimana pun lazimnya terdapat beberapa 
cara untuk menuai nanas di lakukan. Cara yang paling mudah adalah dengan mengira tarikh menghormon dan tarik memetik berdasarkan kepada varieti. Sebagai contoh bagi varieti Nanas MD2 lazimnya buah sesuai dipetik sekitar 140 hari selepas dihormon bagi indeks kematangan sesuai untuk pasaran domestik. Bagaimana pun bagi tuaian untuk pasaran eksport nanas MD2 dilaporkan sesuai dipetik pada umur 132 - 135 hari selepas dihormon. Ada jenis varieti nanas yang mengambil masa lebih lama untuk sesuai dipetik seperti Nanas Yankee dan nanas Sarawak (ada yang hampir dua tahun baru berbuah). Buah yang dipetik akan dipasarkan dengan segera terutama buah nanas yang tidak tahan lama disimpan. Buah nanas sesuai dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus serta digunakan didalam masakan.

Antara beberpa tips orang dulu menyatakan dimana perlu meletakkan buah nanas diatas rak kayu s
elama beberapa hari (4-5 hari) dimana didakwa simpanan cara ini memang membolehkan buah nanas merata manisnya dan mampu untuk tujuan meningkatkan kemanisanya. Cara meletak adalah mendatar dan bukan menegak dimana dilaporkan bahawa kanji selalunya akan tertumpu di bahagian bawah buah dimana dengan kedudukan berbaring ini maka gula ini akan diagihkan secara merata ke seluruh pulpa buah. Penulis blog mendapati banyak kajian melaporkan dimana kandungan bahan Enzim Bromelain didalam buah hijau lazimnya lebih tinggi jika ia  dibandingkan dengan buah nanas yang telah masak ranum. Rasa masam payau pada empulur buah nanas merupakan bahagian dimana enzim bromelain inin banyak berkumpul. Ada kajian agar kia cuba elakkan memakan buah nanas yang dibakar kerana kesannya menyebabkan rasa buah nanas menjadi hambar serta kadang kada merbahaya untuk terus dimakan. Kandungan Asid Citrik dalam buah nanas sering merujuk kepada kes kejadian Lidas pada mulut. Semakin tinggi kandungan asid didalam buah nanas maka semakin terasa pada mulut untuk rasa Lidan tersebut. Buah mentah lazimnya mempunyai kandungan asid yang tinggi dan cepat lisas memakannya.

Buah nanas yang telah masak untuk dituai selain daripada merujuk kepada jangkamasa selepas dihormon boleh dilihat daripada ciri fizikalnya. Petani tidak perlu 
membuat teka-teki tentang bagaimana memetik buah nanas mastang yang lebih enak untuk dipetik dengan mengetahui akan beberapa tanda-tanda kematangannya. Biasanya bagi buah nanas yang masak mempunyai aroma yang enak dimana selalunya pada keadaan cuaca terlalu panas maka baunya akan menjadi kuat atau lebih tajam. Pada bahagian daun nanas yang sesuai untuk dituai berlaku keadaan dimana daun mudah ditarik keluar dari perdu pokok walau pun sebenarnya perlu juga berhati-hati melakukannya. Jika silap langkah cara menarik daun ini menyebabkan pokok cedera dan boleh menyebabkan buah nanas akan menjadi busuk. Buah kelihatan padu dengan kulitnya ada sedikt warna hujau kekuningan pada mata paling bawah sekali (berbeza mengikut varieti nanas juga). Buah nanas yang matang boleh dipilih dari pokok yang sedia dituai mengikut indeks kematangan, saiz dan juga keperluan pasaran. Perkara peling penting menuai buah nanas adalah dengan melihat keperluan pasaran barulah aktiviti menghormon dilakukan mengikut jadual. Jika pasaran hanya untuk sebanyak 5,000 biji seminggu maka pokok yang dihormon perlu untuk sebanyak 5,000 lebih kerana tarikh menuai adalah hampir serentak. Ada kalangan penanam nanas baru berkecimpong melakukan aktiviti menghormon nanas serentak kepada semua tanamannnya dan apabila mahu menjualnya bermasaalah kerana buah masak serentak. Buah yang dipetik akan digredkan mengikut indeks kematangan, saiz buah dan juga destinasi pasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH NANAS... ADA APA CERITA...
SUDAH MASAK... DIPETIK JUGA...
BUAH MANIS... SEGAR RASANYA...
NANAS MD2.. RAMAI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...