Support My Blog

Thursday, June 17, 2021

SENDUDUK - ANTARA FAKTA

SENDUDUK (Melastoma malabathricum Linn) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh kiar di belukar dan kebun di Malaysia dari keluarga Melastomatacea. Tumbuhan ini dianggap sebagai rumpau (weeds) dikalangan petani kerana ia tumbuh didalam kawasan kebun dan bersaing dengan tanaman sedia ada dari segi ruang, nutrien, cahaya matahari dan yang lebih buruhk kemungkinan menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Penulis blog ada menulis banyak juga artikel mengenai sedduduk yang boleh dibaca dengan pautan-pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Pokok senduduk  yang berasal dari kawasan khatulistiwa dan kawasan-kawasan subtropik di mana mengandungi lebih dari 4,000 spesies di seluruh dunia dimana di Asia Tenggara sahaja telah dilaporkan ada seanyak 22 spesis manakala di Malaysia mengandungi sekurang-kurangnya 12 spesies yang telah didaftarkan dimana kajian mendapati jenis senduduk ini kebanyakkannya digunakan oleh kaum orang asli sebagai perubatan tradisional. Senduduk merupakan pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan. Pada penulis blog menjangka ramai kalangan pembaca yang kenal akan seduduk berdasarkan beberapa penciriannya yang unik dan mudah dikenalpasti. Pokok Senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek kecil dan bercabang dimana ia boleh tumbuh sehingga 3meter tinggi. Daunnya berbentuk ringkas, lanseolat dan panjangnya boleh mencapai sehingga 7 cm dimana selalunya berwarna hijau, tekstur kasar, ditutupi dengan bulu-bulu halus. Bunganya besar dan boleh mencapai 5-7 cm lebar. Penulis blog yang meneliti tumbuhan ini mendapati dimana antara tabiat ini dimana ia boleh dibiakkan dengan mudah melalui biji benih. Selepas 2 minggu lazimnya biji benih di tapak semaian akan cambah dan seterusnya anakpokok ini boleh dipindahkan ke lapangan selepas 6 minggu. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Jarak tanaman yang sesuai ialah 2mx2m selain dimana dengan penjagaan betul mka pokok senduduk dapat dilakukan penuaian dapat dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas tanaman. Antara bahagian yang boleg digunakan adalah daripada Daun, Pucuk dan Akar terutama untuk rawatan perubatan tradisional. Daun dan pucuk senduduk secara tradisinya dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di Malaysia penulis blog dapat tahu dimana bahagian daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan selepas bersalin. Air rebusan campuran daun-daun senduduk, cuka, halia bara (Zingiber officinale) dan bonglai (Zingiber cassumnar) digunakan untuk rawatan leucorrhea. Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang dibakar menjadi arang digunakan untuk merawat cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri, luka-luka dan juga digunakan sebagai tonik. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel yang ke 6,446 mengenai beberapa fakta menarik tentang sudnuduk untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam pengamalan perubatan tradisional di Malaysia memang sudah sering didengar dimana senduduk sebagai sejenis tumbuhan penawar pelbagai penyakit. Tumbuhan ini mudah didapatkan di Malaysia dimana ia tumbuh merata di kawasan seperti semak di dalam kebun, tepi kolam, tepi parit, kawasan lapang , dusun dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh berkelompok di kawasan tanah yang ada tanaman dan dikategorikan sebagai cepat membiak jika tidak dikawal. Terdapat beberapa jenis senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini lazimnya mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian sehinga satu meter dalam kawasan yang sesuai terutama diatas tanah lapang yang subur. Batangnya berkayu dengan berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian satu meter dan ia mempunyai banyak cabang. Daun senduduk lazimnya adalah berwarna hijau gelap, berbentuk lonjong dengan permukaan daun yang agak berbulu serta tebal. Daun senduduk memang mempunyai lendir jika dihancurkan atau dilumatkan ia sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah dalam mulut kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. Bunga senduduk terdiri dari lima kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan.  Kaedah pembiakan senduduk ialah secara semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mampu bantu dalam proses pembiakan senduduk dimana buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih-benih tersebut akan tumbuh atau di bawa aliran arus air ke kawasan lain. Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan kemudian ianya diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang. Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu untuk menjadi penawar kepada penyakit buasir. Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh-lenguh badan dan sakit sendi jika diamalkan.

Sebanyak 31 spesis baru pokok dan bunga sendududk berjaya direkodkan didalam Buku The Genus Melastoma of Borneo oleh sekulpulan saintis. Berita daripada Kota Kinabalu menyetan dimana Penyelidik Kanan Taman Botani Singapura iaitu Dr Wong Khoon Meng telah mencatakan sebanyak 41 spesis daripada penemuan baru tersebut. Perkara ini menjadikan penyemakan spesis tersebut menjadikan ia merupakan koleksi seduduk yang besar jumlahnya. hasil dari penyeidikan yang dilakukan mendapati sudah ada 41 spesis pokok senduduk direkodkan dan menemui 31 spesis senduduk baru yang sedang direkodkan sehingga kini. Saintis ini mengambil masa selama lebih 3 tahun untuk melengkapkan buku Melastoma ini sehingga berjaya dilancarkan untuk rujukkan umum. Didakwa dimana daripada 41 spesis yang dijumpai ini dimana 31 spesis ada tedapat di Borneo sahaja. penemuan ini membolehkan banyak kajian lanjut dilakukan bagi tujuan untuk merekodkan dengan secara sistematik dan mencari kegunaan tumbuhan senduduk ini untuk tujuan perubatan, pembiakan dan landskap. Buku ini melaporkan secara saintifik akan pencirian tumbuhan senduduk yang mungkin diantaranya mempunyai nilai ekonomi dimasa akan datang. 

Merujuk kepada beberpa artikkel berkait mengenai kehebatan khasiat senduduk amat menarik dikongsi pembaca semua.  Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman. Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, antara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina. Kepada meraka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut, sementara itu, daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut, juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.  Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya seperti mengatasi masaalah Cirit Birit.  Caranya dengan mengambil pucuk senduduk yang masih muda dan dimakan atau kunyah sebagai ulam sehingga lega. Bagi masaalah keputihan bagi kaum wanita ambil daun senduduk dan dikeringkan kemudian ia direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya untuk menyembuhakan. Ia jug adidakwa mampu menghilangkan bintik-bintik cacar dengan mengambil akar senduduk giling bersama daunnya dan kemudian ianya tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang. Senduduk mampu melegakan luka dimana dengan mengambil buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih. Bagi wanita yang baru lepas bersalin boleh mengeringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim. hebatnya khasiat senduduk dimana dilaporkan mampu mengatasi Buasir. Caramya degan merebus akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya.  Sednduduk membantu melegakan Sakit Gigi dengan cara merebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda. Ia juga didakwa membantu membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang dimana air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar. Dari segi asas kegunaan untuk perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan tahap kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air. Bahagian daun senduduk didakwa akan menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK SENDUDUK... MUDAH JUMPA..
SENDUDUK PUTIH... RAMAI CARINYA...
BOLEH DITANAM... MUDAH CARANYA...
BANYAK KHASIAT... SILA MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...