Support My Blog

Sunday, April 4, 2021

KELUHAN DURIAN MAHAL 2020

HARGA DURIAN MAHAL TAHUN 2020?. Itulah yang telah menjadi tajukj perbualan dan viral di Malaysia apabila harga durian sama ada jenis premium atau durian kampung telah dikatakan memang mahal.Terkesan dengan isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPD, PKPB dan PKPP) akibat wabak pandemik Covid19 kini rakyat Malaysia terpaksa membayar harga mahal untuk menikmati buah durian. Adakah kes ini terkait dan merupkan salah satu 'Norm Baru" akibat Covid19 yang kita perlu hadapi sekarang?. Buah Durian (Durio zibethinus) meru[akan sejenis buah yang menjadi kesukaan ramai orang sehingga ia digelar "King Of The Fruit''. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian pada tahun 2018 dengan pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan. Kemanakah buah-buah durian yang sebanyak ini diedarkan dan kenapa harga buah durian ini memang agak tinggi pada tahun 2020?. Anda boleh membaca akan tulisan saya sebelum ini mengenai trend harga durian di Malaysia yang ditulis sebelum ini (Sila klik disini). Memang harga durian tinggi kepada tahun 2017 dan isu sama wujud kepada tahun 2020. Harga durian yang agak tinggi pada tahun 2020 banyak mendapat komen didalam media cetak dan media elektronik dan sesuai untuk dibincangan didalam artikel pada kali in. Blog "Anim Agro Technology'' paparkan mengenai isu harga durian yang mahal pada tahun 2020 untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam akhbar Sinar Harian bertarikh pada 15 Jun 2020 yang bertajuk 'Harga durian 'mahal teruk'?" amat sesuai dikongsi bersama. Berita dipetik dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana musim durian datang lagi namun bagi 'hantu durian' perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai bahang berbanding tahun-tahun sudah. Hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan jarakan sosial termasuk hanya boleh beli tapau untuk dinikmati di rumah. Bagi kebanyakan penggemar durian, mereka tidak mempunyai masalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu itu namun yang menjadi pertikaian dan dikongsikan di alam siber ialah harga raja buah tersebut yang pada mereka 'mahal teruk' (terlampau mahal) berbanding kebiasaan.  Pengguna Twitter Muhammad Afiq berumur dakwa rata-rata penjual durian memberi alasan kenaikan harga disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, ini termasuklah permintaan tinggi namun bekalan terhad disebabkan pergerakan yang terbatas, menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa mengambil buah daripada orang tengah. Dia dakwa "Hendak dapatkan stok durian masih OK lagi tetapi bab harga...mahal teruk, harga tidak masuk akal dan paling ketara ialah durian kampung," Luahan sama turut dikongsi oleh pengguna Twitter @pjoe: "Harga durian tahun ini kenapa macam berbeza, lagi mahal dan beza banyak pula berbanding tahun lepas.” Katanya, ada peniaga yang menjual durian kampung sehingga RM18 sekilogram. Pengguna lain @AzmiraAzmi pula berkata, ketika dia mempertikaikan kenaikan harga tersebut, peniaga durian berkenaan menjawab: “Harga yang murah itu harga bertahun yang lepas.” Dalam pada itu, masih ada yang bersikap positif seperti @thezulfo yang berkata, harga durian mencanak naik ekoran permintaan tinggi, lebih-lebih lagi musim baharu sahaja bermula. "Tunggulah lama sikit, nanti mesti turun harga kerana bekalan pun sudah banyak," katanya. 

Portal berita projek mn.com dengan artikel bertajuk "Durian mahal? Pembeli tidak kisah asal berkualiti' juga menarik dirujuk. Dinyatakan dimana rakyat negara ini berpeluang menikmati pelbagai aneka jenis durian berkualiti memandangkan ramai pengusaha tidak dapat memasarkan ia di luar negara ekoran pandemik Covid-19. Kes pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini sememangnya memberi kesan terhadap pengusaha buah durian memandangkan ia tidak dapat dieksport susulan kawalan ketat kebanyakan negara. Bagaimanapun, senario itu secara tidak langsung memberi kelebihan kepada rakyat negara ini kerana berpeluang menikmati durian yang lebih berkualiti selain mempunyai pelbagai aneka pilihan. Tinjauan di sekitar Kulim, Kedah mendapati rata-rata peniaga durian memasarkan buah durian berkualiti tinggi seperti Musang King, D24, Duri Hitam, Ang Bak Kia, Khunpoh dan banyak lagi. Namun, terdapat juga rungutan daripada orang ramai berpandangan harga raja buah itu masih boleh dianggap mahal sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Menurut suri rumah, Zureda Che Jan, 52, harga durian masih mahal walaupun buah itu mudah didapati. Ramai dakwa rasa tidak murah sebab tengok dekat tempat lain sama saja mahal.

Dilaporkan walaupun mahal, pada saya masih banyak pilihan dan saya anggap asalkan sedap, berkualiti, mahal-mahal pun kena beli juga nak buat macam mana dah teringin. Menurut seorang lagi pembeli bernama Fadhlan mengakui tidak mempunyai masalah berbelanja lebih asalkan dia akan berpeluang menikmati kelazatan durian. Ini kali dia beli dimana isteinya memang suka sangat jenis Khunpoh, Duri Hitam dan Musang King. Lagipun di sini murah, buah elok dan boleh tawar-menawar harga sedikit. Bagi pemandu teksi, Selvarajoo Iyavoo dia berpandangan durian yang dibeli kali ini lebih berkualiti berbanding apa yang pernah dirasainya. Seterusnya memberitahu dimana musim (tahun) ini baru saya mai (mari) cari durian. Waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak pi beli tak boleh. Tapi saya lebih suka buah kampung sebab rasa dia lagi sedap dan harga berpatutan. Sekilo RM6 ke RM7 oklah kira di bawah RM10 kira murahlah tu. Memang trend harga durian ini tidak menentu mahal, sederhana dan mahal disebebkan banyak faktur. Antara faktur penennutuan harga durian dalan bekalan dan permintaan, musim awal atau akhir, kualiti buah, kes lambakan buah, kemampuan pembeli dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology mendpafat menafaatnya. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN... MAHAL HARGA...
MAMPU BELI... SEDIKIT SAHAJA...
DURIAN PREMIUM... BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL... FAHAM SEMUA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...