Support My Blog

Thursday, April 8, 2021

TANAMAN NANAS GUNAKAN IOT

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) kini telah melangkah lebih baik dengan penggunaan pelbagai teknologi baru termasuk dengan aplikasi Internet Of Things (IoT). Perkara ini merupakan satu lagi kejayaan dilakukan oleh beberapa penanam nanas di Malaysia terutama mereka yang menanam nanas MD2 secara komersil untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Kalau dahulu tanaman nanas hanya popular di Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut dengan jenis nanas Moris dan Gandul dimana penghasilan tertumpu untuk pemprosesan menjadi nanas kaleng (nanas dalam tin) akan tetapi kini tanaman nanas telah berubah kepada tujuan penanaman di tanah mineral untuk pasaran buah segar. Nanas merupakan salah satu buah tropika yang mempunyai potensi baik dimana ia didakwa boleh memberikan potensi keuntungan kepada penanamnya jika dilakukan mengikut amalan agronomi dan MyGAP. Penanam akan mampu dalam menghasilkan nanas berkualiti yang mampu meraih harga baik. Apabila persetujuan MoU untuk pengeksportan nanas ke China telah diluluskan pada 2017 maka potensi pasaran eksport nanas telah terbuka luas selain daripada pasaran tradisional eksport dari Malaysia bagi nanas segar sedia ada ke Singapura, Jepun, Korea, Negara Arab dan beberapa lagi. Bagaimana pun pengeksportan nanas segar ke China perlu melalui beberapa protokol khusus termasuk pendaftaran ladang dan juga rawatan buah nanas. Kini dengan varieti Nanas MD2 dan beberapa nanas premium lain diduga industri nanas negara akan terus berkembang apabila beberapa teknologi sesuai dapat diaplikasikan agar mampu untuk menghasilkan produk nanas segar yang berkualiti. Beberapa petani dan syarikat berkaitan ICT telah memperkenalkan teknologi 'Internet Of Things' di kebun nanas sepertimana telah dilaporkan beberapa media tempatan baru-baru ini. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan mempaparkan laporan media bagaimana tanaman nanas telah maju setapak dengan aplikasi IoT untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Akhbar Sinar Harian dengan artikel bertajuk '
Smart Tani mudahkan pemilik ladang' dari Kubang Pasu, Kedah melaporkan dimana Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan memperluaskan lagi penggunaan teknologi penanaman nanas di Malaysia. Menurut Pengerusi LPNM, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyatakan penggunaan teknologi terkini dalam sektor penanaman mampu memberi impak kepada produktiviti pengeluaran nanas negara. Perkara ini sejajar dengan Revolusi 4.0 di seluruh dunia termasuk dalam sektor pertanian di mana sektor itu memerlukan penggunaan teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT) bagi tujuan meningkatkan kecekapan pengurusan pertanian. Sebagai contoh di Ladang Ber One Agro milik Zulkafli Saidin berusia 53 tahun yang terletak di Changlun telah menggunakan sistem dipanggil 'Smart Tani' menggunakan beberapa alatan udah dan senang diaplikasikan (Sila lihat foto disebelah)Sistem ini membolehkan data-data berkaitan agronomi tanaman seperti peratusan kandungan baja, pH tanah, kelembapan, suhu dan taburan hujan dicapai bagi menentukan keperluan sebenar tumbesaran pokok nanas. Penulis blog ada beberapa kali membuat lawatan dan tinjauan teknologi di kebun Ber One Agro dan membuat perbincangan mengenai penanaman nanas MD2 secara komersil dan penanaman Nanas Organik. Dalam pada itu projek ini merupakan kebun nanas ke dua dimana penulis blog ada membuat tinjauan mengenai aplikasi teknologi ini kerana pernah melawat keladang Nanas MD2 di Behrang, Selangor menggunakan IoT setahun lalu. Sistem Smart Tani akan menggunakan data-data lokal yang telah dikumpulkan sensor di plot tanaman akan dihantar ke satu sistem rangkaian Sigfox Cloud yang kemudiannya perlu dihimpunkan di dalam platform yang dinamakan ‘Satu Dashbord’. Semua data akan dapat dilihat dan dinilai dengan mudah hanya melalui telefon pintar (HP) bagi menentukan keperluan sebenar di lapangan. Seterusnya dengan cara itu maka pemilik kebun nanas akan dapat melaksanakan keperluan kerja di ladang dengan memberi arahan kepada pekerja tanpa turun ke ladang. Ladang nanas Ber One Agro seluas 16 hektar itu adalah yang pertama di Kedah yang telah menggunakan teknologi IoT sejak enam bulan bermula pada penghujung tahun 2020. Terkini dimana selain Negeri Kedah penggunaan teknologi IoT itu telah diperluas di Negeri Sembilan dan juga Selangor. Penulis blog tidak tahu mengapa teknologi IoT ini belum dikembangkan lagi di Negeri Johor yang merupakan negeri utama penanaman nanas di Malaysia.

Adalah diharapkan agar 
lebih ramai lagi pengusaha ladang nanas di negara ini memilih teknologi IoT ini untuk diaplikasikan di ladang mereka. Mana-mana pengusaha ladang yang berminat menggunakan IoT boleh merujuk kepada LPNM dimana pihaknya boleh menjadi pengantara kepada mereka untuk mendapatkan teknologi berkenaan. Menurut pemilik Pengarah Ber One Agro Sdn Bhd, Zulkafli Saidin iaitu sistem Smart Tani membantunya dan ia memudahkan kerja-kerja pengurusan ladang apabila hanya perlu memantaunya menerusi telefon pintar. Sebelum ini dia mengerjakan ladang secara konvensional. Kini beliau sudah boleh membuat jangkaan terhadap situasi tanaman dengan cara mendapatkan data tepat termasuk kandungan baja dan juga pH tanah selain suhu. Kini semuanya berada di hujung jari dimana dia hanya perlu buka telefon dan boleh tengok data penting yang dikumpu seperti keadaan pH tanah. Selain itu kini kalau buah nanas saya tidak manis maka dia boleh buka balik data untuk melihat apa puncanya dan boleh dapat jawapan kepada masalah tersebut dengan cepat dan tepat. Dakwa oleh Ketua Pembangunan Perniagaan Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd iaitu En Afif Badhrulhisham pula berkata, teknologi Smart Tani yang dibangunkan pada tahun 2019 itu mendapat maklum balas positif daripada pengusaha nanas. Ramai yang telah setuju bahawa teknologi ini dapat membantu menjimatkan kos mereka selain meningkatkan pendapatan. Sebagai penambahbaikan maka syarikat ini kini dalam proses membangunkan 'Smart Tani Pro' yang mana ia mengandungi IoT, Digital Farming System dan platform Go to Market untuk melancarkan pengurusan ladang digital melalui aplikasi. Buah nanas yang menggunakan teknologi baharu Internet of Things (IoT) yang dibangunkan oleh Syarikat Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd dilaporkan dapat meningkatkan kecekapan dalam pertanian di Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun.

Dalam akhbar My Metro dengan tajuk '
Penanaman nanas guna IoT' dari Bukit Kayu Hitam dilaporkan dimana LPNM akan berusaha memperluaskan lagi penggunaan teknologi untuk aktiviti penanaman nanas di negara ini yang mampu memberikan impak positif kepada produktiviti pengeluaran nanas negara. Perkara ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha mendepani cabaran Revolusi 4.0 yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia termasuk dalam sektor pertanian. Teknologi yang sesuai digunakan untuk penanaman nanas adalah Internet of Things (IoT) seperti dibangunkan oleh Syarikat Singularity Aerotech Asia Sdn Bhd bagi meningkatkan kecekapan dalam pertanian. Apa yang paling penting bagi teknologi IoT ini adalah ia secara keseluruhannya dapat menjimatkan kos operasi ladang melalui data keperluan sebenar yang tepat seperti diperlukan oleh tanaman nanas di ladang nanas Ber One Agro. Ladang nanas Ber One Agro seluas 16.187 hektar (40 ekar) itu adalah yang pertama di Kedah menggunakan teknologi IoT sejak enam bulan lepas. Ladang nanas yang menggunakan sistem Smart Tani itu membolehkan data berkaitan agronomi tanaman seperti peratusan kandungan baja, pH tanah, kelembapan, suhu serta taburan hujan diperoleh bagi menentukan keperluan sebenar tumbesaran pokok nanas melalui IoT. Kini dengan sistem Smart Tani ini maka data-data lokal yang dikumpul oleh sensor di plot tanaman akan dihantar ke satu sistem rangkaian Sigfox Cloud yang kemudiannya dihimpunkan di dalam satu platform dinamakan Satu Dashbord. Semua data dapat dilihat dan dinilai dengan mudah hanya melalui aplikasi telefon pintar atau tablet walau di mana jua kita berada bagi menentukan keperluan sebenar di lapangan. Dengan cara demikian maka pemilik ladang dapat melaksanakan keperluan kerja di ladang melalui arahan kepada pekerja mereka walaupun tanpa beliau turun ke ladang. Penggunaan teknologi terkini yang dibantu dengan teknologi digital seperti IoT mampu meningkatkan keluasan tanaman nanas negara kepada 20,000 hektar sejajar dengan sasaran LPNM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 berbanding 16,000 hektar pada 2019. Teknologi dalam sektor tanaman nanas juga merangkumi aspek teknikal dalam pengurusan tanaman seperti pembajaan menggunakan dron, kaedah pembajaan seperti penggunaan baja foliar sepenuhnya, penggunaan kejenteraan seperti boom sprayer, teknologi aruhan, pendebungaan, pengurusan kawalan rumpai, pengurusan lepas tuai dan lain-lain. Setakat ini penggunaan teknologi IoT telah diperluas bagi penanaman nanas di Negeri Sembilan dan Selangor selain Kedah maka beliau mengharapkan lebih ramai pengusaha ladang nanas di negara ini mengguna pakai teknologi berkenaan. Perkara ini penting untuk faedah jangka panjang kepada pemilik ladang nanas dalam pengurusan ladang mereka melalui pendekatan menggunakan IoT ini," katanya sambil menambah pengusaha ladang yang berminat dengan penggunaan IoT boleh merujuk kepada LPNM sebagai pengantara dalam usaha mendapatkan teknologi berkenaan. Pemilik ladang nanas Ber One Agro merangkap Pengarah Ber One Agro Sdn Bhd Zulkafli Saidin nyatakan selepas memasang teknologi IoT di ladangnya maka kerja pengurusan ladang menjadi sangat mudah. Dakwanya sebelum penggunaan tekonologi itu dimana pihaknya hanya membuat jangkaan namun kini boleh mendapatkan data tepat termasuk daripada segi kandungan baja dan juga pH tanah selain suhu. Kini semua ini sudah di hujung jari sahaja dimana dia hanya buka telefon sahaja boleh tengok data-data penting yang mana contohnya pH tanah. Kalau buah nanas tidak manis maka dia boleh buka balik data untuk melihat kenapa boleh menyebabkan keadaan itu berlaku. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TENAM NANAS... TEKNOLOGI ADA...
TEKNOLOGI ICT... DISEDIAKANNYA...
DIPADANG DIKEBUN... HP DIBUKA...
MYGAP AMALKAN...ANALISA DATA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Syaaban 1442H).
Posted from
Hotel Sabah, Sandakan, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...