KAVIAR (Caviar) adalah adalah produk atau telur ikan yang disaring untuk menghilangkan tisu lemak dan membrane dimana ia biasanya masin dengan garam tanpa iodized. Ini adalah kaedah atau pun cara pemeliharaan dan pengawetan cara lama yang masih digunakan sehingga kehari ini. Jenis ikan tertentu lazimnya akan digunakan dalam sushi Jepun dimana kaviar juga dilihat sebagai makanan istimewa kerana jarang dapat dibeli disebabkan harganya mahal. Lazimnya kaviar adalah produk mewah dihasilkan daripada Ikan Sturgeon mana harganya juga mampu mencecah puluhan ribu ringgit dipasaran. Perkara asas yang menyebabkan mengapa Beluga Sturgeon sangat jarang dijumpai adalah kerana ia memerlukan masa lebih dari dua puluh tahun untuk mencapai kematangan. Kebanyakan jenis ikan betina bertelur untuk membiak dimana bukan semua telur ikan ini sesuai dimakan dan kaviar tulis dilaporkan hanya berasal dari Ikan Sturgeon sahaja. Sturgeon adalah jenis ikan anadromus air masin (bermakna ia bergerak ke air tawar untuk bertelur) yang menjadikan rumah asalnya di Laut Hitam dan Laut Caspian antara Eropah dan Asia. Dilaporkan juga ikan inii terdapat di pantai Barat Laut Pasifik dan Selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ikan sturgeon boleh membesar sehingga seberat 1,360 kg (3,000 pound) tetapi biasanya ia memmpunyai berat purata sekitar 27 kg (60 paun). Dilaporkan ikan ini . Biasanya bahagian daging ikan serta telurnya sangat mahal dan yang berharga kerana kelazatannya. Dilaporkan dimana kaviar yang paling berharga berasal dari jenis Beluga, Osetra dan jenis Sturgeon sevruga. Pada masa kini anda juga akan menemui kaviar dari jenis ikan lain termasuk Ikan Salmon, lumpfish dan tuna iaitu dalam beberapa bentuk yang berbeza. Beluga kaviar adalah antara yang terbesar dari semua kaviar. Dari sejarah dilaporkan dimana Kaviar dilihat oleh orang ramai sebagai indikator tanda kekayaan dan juga sebagai sejenis makanan istimewa sebenar dimana tidak semua orang mampu untuk menikmatinya. Ada sesetengah kaviar yang rasanya sangat masin. Seperti makanan berasaskan laut yang dianggap makanan lazat (siput atau tiram mentah) ada yang mengatakan kaviar sebagai makanan sedikit kotor dan hanya mereka yang berminat sahaja akan memakan dan menikmatinya. Penggunaan sudu logam tidak digunakan semasa memakan kaviar kerana menyebabkan rasa tidak enak. Lazimnya sudu yang digunakan untuk makan kaviar diperbuat daripada bahan sesuai seperti mutiara atau pun tulang dimana sudu ini juga dipamerkan sebagai hiasan cantik dan menarik. Penyimpanan kaviar dalam bekas logam juga menjejaskan kualitinya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaviar dan telur kaviar sebagai bahan rujukan anda pembaca semua.
Dilaporkan dimana kaviar adalah makanan lazat yang tidak hanya boleh dimakan tetapi juga merupakan barang mewah yang dipandang sebagai 'simbol kekayaan'. Bahkan dilaporkan dimana kaviar segar merupakan salah satu jenis makanan mewah yang paling mahal dan dicari di dunia. Tapi apa yang sebenarnya membuat telur ikan ini begitu berharga sehingga hanya orang kaya dan raja-raja sahaja mampu menikmatinya. Sebenarnya kaviar adalah diambil dari Ikan Jenis Sturgeon iaitu sejenis ikan prasejarah berusia lebih dari 300 juta tahun yang masih bertahan sejak zaman Dinosaurus yang menghasilkan telur caviar. Spesis ikan ini yang paling besar dikenali sebagai Ikan Sturgeon Beluga (Huso huso) yang mana ia boleh membesar sehingga mencapai panjang dua puluh kaki dan berumur lebih dari 100 tahun sehingga dilaporkan mampu memiliki berat lebih dari dua tan. Selain itu juga ada spesis Ikan Sturgeon Siberia (Acipenser baerii) yang menghasilkan caviar bernama Baerial. Ikan sturgeon Siberia beratnya boleh mencapai 200 kg dan memerlukan jangkamasa antara empat hingga enam tahun untuk menghasilkan telur caviar. Makanan kaviar ini telah pun popular dari zaman pemerintahan Rom, Yunani kuno, Parsi dan Rusia pada zaman tersebut dimana mereka rela mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk makan kaviar. Pengambikan kaviar dari kalangan orang biasa bermula di Parsi apabila dipercayai dimana telur ikan sturgeon boleh meningkatkan kekuatan fisikal dan daya ketahanan tubuh. Dari segi sejarah juga menunjukkan bahwa pada abad ke-4 Masihi dimana menu telur ikan sturgeon kerap kali disajikan semasa pesta mewah kalangan aristokrat. Kaviar adakah sejenis makanan yang sangat sukar dijumpai menyebabkan harganya mahal. Sama seperti truffle putih dimana telur ikan sturgeon atau kaviar adalah salah satu bahan makanan paling mahal di dunia. Biasanya semakin tua usia ikan sturgeon akan menjadi semakin mahal harga kaviar yang dihasilkannya.
Kaviar beluga yang dihasilkan dari ikan sturgeon beluga berasal dari Laut Caspian dimana ia mampu mencapai usia sehingga 18 hingga 20 tahun. memang tidak hairan jika harga kaviar sangat mahal dan jumlah ketersediaannya di dunia menjadi sangat sukar dijumpai. Bagaimana pun kini dilaporkan dimana harga caviar terus menurun dalam beberapa tahun terakhir disebabkan teknologi dan tahap kemajuan dalam penternakan ikan sturgeon telah ada. Industri penternakan tersebut memungkinkan pemilik industri caviar untuk mendapatkan ikan sturgeon secara penternakan komersil dan bukan hasil buruan dari alam semulajadi yang bebas. Malaysia diantara negara dilaporkan sebagai salah satu negara pengeluar kaviar utama didunia apabila ada syarikat yang menternak ikan sturgean secara komersil. Fakta menunjukkan dimana Gold Laced Caviar merupakan jenis kaviar yang termahal didunia (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana jenis Gold Laced Caviar mampu mencecah harga serendah RM470 sekilogram (USD113.6). Caviar tersebut berasal dari ikan sturgeon yang berusia lebih dari seratus tahun. Pakar kaviar mengatakan bahwa semakin tua usia ikan sturgeon itu maka tekstur kaviar akan semakin empuk dan harganya semakin mahal. Meskipun kaviar umumnya berwarna hitam akan tetapi jenis gold laced caviar memiliki warna emas. Dilaporkan agak mudah untuk membezakan kualiti kaviar. Kualiti kaviar boleh diperiksa berdasarkan kepada aspek spesis ikan, warna, rasa, tekstur dan bahkan suara. Caviar berkualiti memiliki warna mulai dari kuning keemasan sehingga kelabu gelap, coklat atau hitam. Telur caviar sebaiknya jangan sampai menjadi lembik atau memiliki aroma hamis. Meskipun kaviar mudah pecah akan tetapi penyajiannya tidak boleh pecah sebelum mmasuk mencecah lidah pemakannya. Kaviar seharusnya hanya akan pecah di dalam lidah dan boleh menghasilkan rasa yang manis seperti mentega dan nutty. Selain itu sama ada pembaca blog percaya atau tidak dimana kaviar berkualiti akan menghasilkan seakan 'suara mendengkur' apabila digesekan satu sama lain.
Kenapa kaviar menjadi makanan buruan disebabkan khasiat dan juga manafaat darinya. Kaviar adalah bahan makanan berzat yang boleh digunakan sebagai ubat mengatasi tekanan (depresi). Ia didakwa memang kaya akan Kalsium, Posforan, Protein, Selenium, Zat besi, Magnesium, Vitamin A, C, D, B6, B12 dan B2. Kaviar juga mengandungi Asid Amino Esensial seperti jenis Lisin, Isoleusin, Metionin, Argin dan Histidin. Menurut laporan nutrisii dilaporkan satu sudu makan Caviar mengandungi sekitar satu gram Asid Lemak Omega-3 yang berfungsi dalam menjaga kesihatan jantung. Bagaimana pun sebaiknya ikan Sturgeon ini tidak diburu atau di bunuh untuk mendapatkan kaviar. Apa yang diamalkan selalunya bagi mendapatkan kaviar maka bahagian perut ikan sturgeon akan dibelah sehingga ianya akan menyebabkan ikan tersebut mati. Perkara ini juga telah menyebabkan beberapa spesis dari 26 spesis sturgeon terancam dan pupus. Dilaporkan California Caviar Company telah berkongsi dengan Angela Köhler iaitu salah satu pakar biologi kelautan terkemuka di Eropah menemui jenis Vivace yang merupakan sejenis kaviar pertama di dunia yang dihasilkan menggunakan teknik pengekstrakan telur tanpa membunuh ikan sturgeon. Teknologi ini dilakukan dengan teknik memicit secara khusus bahagain perut ikan sturgeon betina dewasa hingga semua telurnya keluar. Apa pun sebaiknya kaviar ini tidak dimasak sebaliknya ia disajikan sebagai kaviar mentah. Dilaporkan sekarang ini ada banyak restoran kelas ekslusif atasan yang menyajikan menu dengan menggunakan bahan asas kaviar. Mereka menggunakan telur ikan yang sukar dijumpai ini dimana walaupun kuantiti sedikit dihidangkan akan tetapi harganya sangat mahal. Kaviar juga selalu hanya ditaburkan sahaja di atas hidangan makanan dengan jumlah yang tidak telalu banyak (Sila lihat foto disebelah). Khasiat dan manfaat kaviar berhubung dengan kandungan omega-3 yang mampu mengurangkan masaalah penyakit reumatoid arthritis dan mencegah kemunculan pelbagai jennis penyakit degeneratif. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MAKANAN MAHAL...BAGI ORANG KAYA...
IKAN STURGEON... DIAMBIL TELURNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.