SAYUR GORENG CELUP TEPONG merupakan salah satu makanan snek yang telah dan pernah dijadikan makanan agak popular dikawasan desa dari dulu di Malaysia. Bagaimana pun semasa remaja di kampong di Muar, Johor dahulu memang hidangan sayur daun goreng tepong hanya sering dapat semasa jamuan keramaian kenduri kendarat dan semasa Hari Raya sahaja. Penulis blog dapati makanan snek yang segar panas-panas ini sekarang ada dijual dipasar malam dan pasar tani tertentu dan masih mendapat sambutan baik dari pelanggan. Beberapa kedai runcit tertentu pula seperti outlet produk-produk Industri Asas Tani (IAT) ada menjual produk ini didalam bungkusan plastik jernih yang jelas dapat dilihat. Antara lokasi yang tidak pernah mengecewakan ada menjual produk ini seperti di Pekan Air Hitam, Batu Pahat, Johor (dekat dengan Tol Air Hitam) dimana ia sering ada dijual sepanjang masa. Membuat produk kerepik daun ini memang mudah dilakukan dengan menggunakan bahan mentah dan bahan masakan yang sangat simpel. Semua orang boleh membuatnya senddiri dirumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung kerumah. Apa pun makanan snek ini enak dimakan selepas digoreng dan apabila sudah agak lama disimpan maka sudah kurang rangup lagi dan keenakan sebenar berkurangan. Kini banyak jenis sayuran yang boleh digoreng dengan salut tepung seperti daun bayam, daun mulberi, brokoli, daun kangkung, kacang buncis, kacang panjang, terung, cendawan (pelbagai jenis cendawan (tiram kelabu, busut, kukur, volvariella dsb), lobak merah dan beberapa lagi. Pelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis maka boleh mencuba beri kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepungPelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis, cuba diberi kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepung. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Tecchnology" saya paparkan beberapa resepi menyediakan makanan sayur goreng salut tepung untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.
(1) GORENG BAYAM SALUT TEPONG
Daun Bayam (Amaranthus spp) merupakan satu jenis sayur daun yang paling popular dijadikan makanan snek seperti ini. Apa pun yang paling penting adalah mengunakan daun bayam yang segar, bersaiz agak besar, tidak banyak rosak (berlubang) dan dicuci bersih dahulu. Jika menanam sendiri daun bayam ini dirumah maka kita memang boleh mempastikan agar ia ditanam secara Organik mengikuti sistem MyOrganic. Bagi menyediakan snek ini diantara bahan-bahan diperlukan seperti Daun bayam (pastikan memilih daun yang tebal dan lebar), 200ml santan, 150 gm tepung beras serta minyak goreng secukupnya. Bagi bahan kisar sediakan sebanyak 3 butir buah keras (disangai), 1/2 ruas jari kunyit bakar, 4 ulas bawang putih, 1 sudu teh ketumbar (disangai), 1 inci lengkuas serta garam secukupnya. Cara memasak dengan mencampur dan satukan tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan hingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut. Celupkan daun bayam ke dalam adunankemudian digoreng sehingga kedua sisinya berwarna perang dan pastikan sentiasa menjaga api agar tidak hangus. Apa bila sudah kelihatan garing maka diangkat dan ditoskan minyak dan snek ini sudah siap untuk dihidangkan. Jika hendak menyimpanya pula pastikan ia sudah sejuk dan tiada minyak lagi dimasukkan didalam bekas yang sebaiknya kedap udara dan disimpan ditempat sesuai.
(2) GORENG KANGKUNG SALUT TEPONG
Daun Kangkung (Impomea reptan Poir) merupakan yang mudah didapati dengan menanam sendiri dikeliling rumah (dalam pasu atau pot atau hidroponik sahaja) atau membelinya di pasaraya atau kedai runcit. Kangkung mudah ditanam dengan perlukan masa 4-5 minggu sahaja untuk dituai. Terdapat 7 jenis (varieti) kangkong yang lazim ditanam di Malaysia tetapi yang terbaik pilih jenis kangkung yang mempunyai daun lebar dan besar. Saya ada banyak menulis mengenai kangkung yang boleh anda buat pautan dalam bloh Anim Agro Technology. Bagi menyediakan snek kangkung salut tepung diperlukan bahan terdiri daripada Kangkung Segar, 6 sudu makan tepung gandum, 2 sudu makan tepung beras, 1 sudu teh perasa cendawan, 1 sudu teh serbuk lada sulah, Air sejuk secukupnya dan juga pastinya minyak masak untuk menggoreng secukupnya. Memang agak mudah menyediakan snek ini dimana hany perlu mencampurkan semua bahan bancuhan tepung dalam mangkuk. Kemudian dimasukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati (adunan tidak terlalu pekat atau cair). Seterusnya dipanaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas). Seterusnya dicelupkan potongan kangkung dalam adunan kemudian dimasukkan dalam kuali satu persatu dan di goreng hinggga garing. Kawal api dan jangkamasa menggoreng jangan sampai hangus pula. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan. Jika hendak disimpan dimasukkan kedalam bekas yang kedap udara.
(3) KACANG BUNCIS/PANJANG SALUT TEPUNG
Kacang Buncis (Phaseolus vilgaris) dan Kacang Panjang (Vigna unguiculata) juga merupakan dua jenis sayuran kekacang yang boleh dijadikan snek salut tepong. Apa pun kacang buncis lebih sesuai dan digemari ramai berbanding dengan kacang panjang kerana keenakan dan didakwa ia lebih manis dan enak. MAkanan ini sering ada dijual di kawasan pelancongan seperti di Pasar Malam, Cameroon Highland dan beberapa lokasi lain. Penulis cukup suka dengan hidangan ini yang menggunakan kacang buncis muda (yang masih rangup) dan ianya disalut dengan tepong berempah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun memang mudah membuatnya sendiri dirumah dengan menggunakan bahan seperti Kacang buncis/ Kacang Panjang segar, Tepung beras, Sedikit serbuk kunyit, Sedikit serbuk lada hitam, pelru secubit garam halus, air secukupnya dan minyak untuk menggoreng. Anda mudah menyediakan snek ini dengan cara menghiris kacang buncis atau kacang panjang kepada dua atau tiga bahagian. Kemudian dicampurkan dengan bahan iaitu tepung, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam. Seterusnya dituang air sehingga adunan pekat. Bagi memasaknya boleh dicelupkan kacang buncis atau kacang panjang ini ke dalam adunan dan goreng satu-persatu dilihat dengan teliiti sehingga kuning keemasan. elakkan memasak terlalu lama sehingga hangus dan kemudian diangkat serta ditoskan sebelum dihidangkan. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi sebagai sejenis 'lauk' yang enak.
(4) BROKOLI GORENG SALUT TEPONG
Brokoli (Brasicca oleracea) merupakan sejenis sayuran yang kebanyakannya diimport dari luar kerana kurang ditanam di Malaysia. Sayuran ini ada juga yang keliru dengan Flokoli atau pun Cauliflower. Apa pun sayuran ini sesuai dijadikan snek sayur celup tepung berempah dan boleh dijadikan hidangan berkhasiat (Sila lihat foto disebelah). Mudah sahaja membeli flokoli dipasaraya atau pasar basah atau pasar malam atau pasar tani diseluruh negara dengan harga yang berpatutan. Pilih brrokoli yang masih segar dan sesuai untuk digoreng. Bahan-bahan diperlukan jika ingin membuat snek ini sendiri terdiri dari 1 biji brokoli segar, 2 biji telur, tepung goreng berempah serbaguna secukupnya dn juga minyak untuk menggoreng secukupnya. Memang paling mudah memasaknya iaitu dengan merendam dulu brokoli dalam air garam (kalau tidak mungkin agak berbau) dan dibiarkan selama 10 minit. Cuci sebersihnya dan potong dadu. Panaskan air dalam periuk atau kuali dan setelah mendidih maka di celur seketika brokoli dan ia kemudian ditoskan. Seterusnya dipecahkan telur dalam mangkuk dan di kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian dicelupkan dadu brokoli dalam telur dan kemudian digaulkan dalam tepung goreng serbaguna (Sebagai tips jika ingin lebih tebal boleh ulang proses celup dan gaul sekali lagi).
roses seterusnya adalah menggoreng hingga warna kuning keperangan. Angkat dan toskan sbelum ianya dihidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda sukai.
(5) TERUNG GORENG SALUT TEPONG
roses seterusnya adalah menggoreng hingga warna kuning keperangan. Angkat dan toskan sbelum ianya dihidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda sukai.
(5) TERUNG GORENG SALUT TEPONG
Terung (Solanum melongena) merupakan sejenis sayuran buah yang mudah ditanam atau di beli dari beberapa outlet. Jenis Terung Panjang (Brinjal) merupakan antara jenis terung yang paling lazim digoreng dan dimakan berbanding dengan terung bulat (eggplant) atau pun terung lain (Tentunya Terung Dayak kurang sesuai). Anda boleh membaca banyak artikel mengenai terung didalam blog Anim Agro Technology. Walau pun keenakan terung goreng salut tepung ini agak subjektif akan tetapi ia masih mempunyai potensi untuk dimajukan jika kena dengan rasa dan promosinya. Bagi membuat sendiri snek ini diperlukan tentunya Terung Panjang atau Terung Peparu (masih segar dan jangan terlalu tua - banyak biji), 1 biji telur, serbuk lada hitam, garam secukupnya serta minyak masak secukupnya. Bagi memasaknya perlu dihiris terung dengan menyerong setebal kurang dari 1 cm (jika terlalu tebal kurang enak) dan kemudian dipukul telur serta digaul bersama serbuk lada hitam dan garam. Ambil hirisan terung tadi dan disalut bersama telur kemudian boleh digoreng sehinga keperangan. Sentiasa jaga api dan masa menggoreng agar tidak hangus. Seterusnya diangkat dari kuali dan ditoskan sebelum dihidangkan sebaiknya bersama sos cili. Jika hendak menyimpannya untuk jangkamasa pendek dimasukkan dalam bekas yang kedap udara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!...
DIGORENG RANGUP... DAN DITOSKANNYA...
DIMAKAN TERUS... CICAH SOS ENAKNYA...
MAKANAN SNEK...IA BAIK POTENSINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(20 Syaaban 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.