Sebuah akhbar tempatan dengan artikel bertajuk 'Untung ternak kutu air' wajar dirujuk untuk artikel kali ini. Di Simpang Rengam, Johor sejak tujuh tahun lalu Mohd Faizal Khamis berumur 37 tahun yang hanya mengharapkan kerusi roda untuk bergerak meraih pendapatan lumayan hasil jualan ikan laga atau nama saintifiknya Betta sp. Bukan itu saja malahan orang kurang upaya (OKU) genius itu juga menghasilkan makanan untuk anak ikan laga (Sila lihat foto disebelah). Bekalan makanan ikannya dulu sukar diperoleh dan sering kehabisan stok dan diatas dasar itu maka dia berusaha menternak kutu air atau moina. Moina adalah makanan berprotin serta paling berkhasiat untuk anak ikan laga yang diernaknya di kediamannya di Jalan haji Amir Simpang Rengam sejak dua bulan lalu. Memang ada potensi kejayaan dimana dia berhasrat untuk mengkomersialkan moina ini seterusnya menambah cabang perniagaan. Dakwanya apabila anak ikan laga diberi makan moina maka ia akan lebih sihat dan dalam tempoh sebulan, anak ikan laga ini boleh dikomersialkan berbanding sebulan setengah hingga dua bulan untuk tempoh tumbesaran biasa. Beliau yang dilahirkan normal namun ketika berusia 11 tahun dia diserang penyakit saraf menyebabkan bahagian pinggang ke bawah lumpuh serta mengerekot. Dia yang memegang sijil baik pulih televisyen dan radio di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menyentuh tentsang ternakan ikan laganya dia mula berjinak-jinak mengumpul ikan berkenaan kerana minat sebelum koleksinya bertambah besar. Dia bermula dengan ikan gapi sebelum memilih ikan laga kerana permintaan terhadapnya lebih luas. Pelanggan pula bukan sahaja orang tempatan malah luar negara termasuk Singapura. Dia turut dibantu ibunya, Mon Omar, 77, dan kakak, Rose, 45. Bukan mudah bagi OKU sepertinya menjalankan perniagaan berkenaan namun tiada yang mustahil jika berminat selain bersemangat. Dakwanya dia pernah menjual 10,000 ikan laga kepada pemborong yang datang ke rumahnya.
Akhbat Harian Metro pada 21 Mac 2021 menulis artikel bertajuk 'Pembekal utama kutu air higenik' lebih menyakinkan untuk dirujuk. Disebebkan minat mendalam dalam bidang akuakultur mendorong sepasang suami isteri meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk membabitkan diri dalam perternakan kutu air (moina) higenik sehingga menjadi pembekal utama di negara ini. Walau pun pada mulanya, pasangan Mohamad Faez Saharudin dan Nurul Azwa Abdul Rahman sekadar menjual ikan pelaga atau nama saintifiknya Betta splendens secara kecil-kecilan namun atas keinginan tinggi untuk berjaya maka bekas pensyarah sebuah kolej kemahiran swasta di Melaka itu mula mengorak langkah dan kini menjadi pembekal utama makanan hidup atau kutu air higenik serta ikan laga. Bila sambutan yang diterima begitu menggalakkan hingga pasangan itu tidak cukup tangan untuk membekalkan kutu air higenik yang diternak sendiri secara komersial. Kutu air adalah elemen paling utama dalam industri akuakultur iaitu khususnya bagi industri hatceri untuk penghasilan benih ikan dan udang yang berkualiti serta sihat. Pada kebiasaannya pengusaha ikan pelaga mendapatkan bekalan kutu air hidup seperti Moina sp diperoleh dari sumber yang kotor seperti loji kumbahan atau longkang tercemar. Keadaan itu bukan saja boleh menjejaskan tahap kesihatan ikan ternak tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan pengusaha itu sendiri. Berdasarkan kepada isu kos makanan hidup import yang semakin mahal seperti Artemia spp menyebabkan kos operasi hatceri semakin meningkat. Menyedari hakikat mereka telah mengambil peluang membangunkan perusahaan kutu air secara higenik dan mengkormersialkan secara aktif mulai 2018. Beliau mnjalankan aktivitnya di pusat penternakan kutu air NS Betta miliknya bertempat di Kampung Kayu Ara Mambau, Negeri Sembilan.
Paling penting menurut beliau adalah mengenai pengetahuan teknologi ternakan kutu air secara intensif dan higenik yang mana dia memperolehinya selepas mengikuti kursus jangka pendek di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan dahulu. Dia yang berkelulusan bidang mekanikal dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dakwa dia turut membuat beberapa kajian sebelum berjaya menghasilkan kutu air yang dikeluarkan sekarang. Kajian itu untuk memastikan produk dikeluarkan benar-benar berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan bukan sahaja kepada ikan laga tetapi juga pengusaha. Dia juga mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) terutama khidmat nasihat dan kepakaran sejak dia memulakan projek kutu air itu pada 2018. Setakat ini pihaknya berjaya mengeluarkan tiga jenis kutu air iaitu Moina sp, Moina thai dan Daphnia magna selain turut mempertingkatkan lagi perusahaan ikan laga. Usahawan berasal dari Perak ini nyatakan dimana sekarang pihaknya memiliki 25 tangki ternakan kutu air higenik dengan tempoh menuai mengambil masa dua minggu secara pusingan. Setiap tangki mampu menghasilkan 500 gram (g) kutu air higenik dan setiap bulan boleh mengeluarkan sekitar 15 kilogram dengan harga yang dipasarkannya RM5.00 bagi setiap 10g. "Industri ini boleh dianggap baharu di Malaysia namun berpotensi untuk berkembang maju seperti mana dilaksanakan di Thailand. Dilaporkan dimana pasaran kutu air higenik ini bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi juga mendapat permintaan dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Beliau kini sedang berusaha untuk melakukan dan mengeluarkan telur kutu air untuk pasaran luar negara. Potensi menternak kutu ait yang selalu dipandang sepi kini boleh dijadikan industri ternakair yang berpotensi kepada mereka yang ada minat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!,,,
BOLEH DITERNAK... MUDAH SAJA...
SEDIAKAN ALATAN... ILMU JUGA...
MAKANAN IKAN... ANDA NAK CUBA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.