Support My Blog

Wednesday, April 7, 2021

BAGAIMANA SEMALU KUNCUP?

RUMPUT SEMALU
(Mimosa pudica Linn.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daunnya selalu kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adalah dalam kategori 'rumpai' atau 'weeds'  yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah kerana menganggu. Dipercayai ia adalah satu jenis tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri Malu, Kembang Gajah, Rumput Rimau, Memalu, Keman dan juga Duri Keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya bersaiz halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 meter (5 kaki) bergantung kepada spesisnya. Daunnya kupuan (bipinnately) iaitu dengan satu atau dua pasang pinnae dengan mempunyai sekitar 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles pada batang juga mempunyai duri tajam. Duri ini jika terpijak kalau kaki ayam (tidak pakai kasut) atau kena tangan (ketika hendak  mencabutnya) memang menyakitkan apabila tercucuk. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi akan menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang amat jarang sehingga 1.5 meter (5 kaki). Daun semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. 
Bunga semalu adalah sangat cantik dengan warna pink keunguan atau putih yang terang. Bunga yang berukuran 2-3 cm garispusat ini mempunyai banyak stamen dan didebungakan oleh agen pendebungaan. Apabila telah berlaku proses pendebungaan maka akan menjadi buah Semalu. Buah semalu yang berwarna coklat kehitaman mampu 'meletup' dan mencampakkan bijinya sejauh mungkin apabila cukup matang. Buah semalu juga mempunyai kulit yang berduri atau bercangkuk dan akan melekap pada kain untuk disebarkan kekawasan lain. Semalu adalah tumbuhan rumpai yang 'tidak malu' kerana mempunyai kadar pembiakan yang cepat disatu-satu kawasan. Akarnya yang kuat dan dalam menyukarkan kawalan secara manual kerana akar atau rizom yang tertinggal akan hidup dengan mudah. Jika kita potong dengan mesin rumput jika sia-sia.  Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana tumbuhan semalu boleh kuncup apabila disentuh dan terbuka semula beberapa lama kemudian untuk tujuan menambah pengetahuan pembaca blog semua.

Semenjak kecil dan remaja dulu kalau terjumpa rumput semalu dibelukar atau tepi jalan penulis blog memang suka mengusiknya dan daunnya akan jadi kuncup. Memang menjadi persoalan kalangan orang awam bagaimana sejenis tumbuhan boleh melakukan sesuatu seperti kuncup apabila disentuh. Ada juga pemikiran bagaimana dan k
enapa Pokok Semalu boleh ‘Menguncup’ apabila ianya disentuh?. Sebenarnya orang biasa memang kenal akaan dengan rumput semalu atau ada kalanya ditulis sebagai 'pokok semalu'. Pada penulis blog ia lebih layak dipanggil sebagai rumput (weeds) dan bukan istilah 'pokok' kerana pokok lazimnya tumbuh menegak dan berbatang yang nyata. Uniknya tumbuhan renek ini akan cepat menguncup apabila disentuh. Cuba bayangkan adalah semalu akan menguncup juka apabila ia ditiup angin atau ditimpa kayu dari pokok ditasnya?. Lazimnya tumbuhan yang mempunyai bunga seakan-akan 'dandelion' ini sering menarik perhatian kanak-kanak di tepi padang permainan disebabkan keunikannya dan mengganggunya. Memang susah juga untuk menghapuskan rumput semalu ini jika tidak betul teknik membasminya. Kalau semalu masih sedikit di halaman rumah maka ia boleh dicabut secara manual menggunakan playar. Sepit perdu semalu dengan playar dan ditarik keatas dimana semua akar dan batangnya akan tercabut. Jika sudah banyak semalu dilokasi sebaiknya menggunakan racun rumput jenis sistemik (h=jangan guba racun sentuh) untuk mematikan sehingga keperdu akarnya dalam tanah.

Pokok semalu atau nama saintifiknya Mimosa pudica ini juga turut dikenali dengan nama Zombie plant, Touch-me-not dan Putri malu sesuai dengan ciri khusus menguncup apabila tumbuhan disentuh. Persoalannya adalah tahukah anda, mengapa daun semalu menguncup bila disentuh atau terkena hujan?. Apa pun banyak laporan kajian saintifik pernh dilakukan akan proses p
ergerakan semalu setelah disentuh dikenali dimana ia adalah sebagai 'Thigmonasti'. Dalam tindak balas tersebut dimana apa yang berlaku adalah proses Mekanosensori dimana air dalam sel tumbuhan menghasilkan tekanan turgor serta juga tekanan pada sel dinding yang membuatkan tumbuhan dapat ‘berdiri’ tegak. Bagaimana pun apa yang unik adalah apabila berlaku sentuhan pada tumbuhan semalu ini sama ada dengan melakukan sentuhan sengaja atau tidak sengaja atau menggoncangnya akan berlaku proses penguncupan. Apa yang berlaku adalah dimana pada 'Bahagian Bawah' tangkai daun yang dikenali sebagai pulvinus akan diaktifkan. Ini menjadi rangsangan dari luar dimana ia aakan menyebabkan bahagian tumbuhan tersebut membebaskan ion potassium, membuatkan air dan elektrolit keluar daripada sel tumbuhan dan menyebabkan tekanan turgor sel berkurang. Apabila tekanan berkurang maka sel akan mengecut dan ini akan menyebabkan daun menjadi kuncup. Walau pun kita agak sukar untuk memahami istilah saintifik yang mana ia dijelasknan akan tetapi proses ini memang hanya boleh dilakukan oleh semalu dan beberapa tumbuhan lon seperti Periok Ker menutup jantungnya apabila ada lalat yang memasukkinya.

Masih kurang puashati dengan cara penjelasan diatas kenapa perlu semalu boleh menguncup apabila disentuh?.  Sebenarnya proses penguncupan ini memerlukan tenaga dari semalu dan ianya akan juga mengganggu proses fotosintesis tumbuhan tersebut. Timbul juga persoalan mengapa daun semalu masih menguncup sedangkan ia satu proses yang ‘memenatkan’ tumbuhan tersebut. Apakah alasan saintifik berkaitan dengan perkara ini?. Bagaimana pun didalam membuat beberapa rujukkan dimana sehingga kini saintis masih belum dapat menjelaskan punca utama proses tersebut berlaku. bagaimana pun dari segi logik dan kajian saintifik pula ramai saintis percaya ianya berfungsi sebagai salah satu daripada mekanisme perlindungan terutama daripada haiwan herbivor atau ruminan yang cuba memakannya. Penulis blog juga terfikir perkara sama kerana sebelum ia kuncup mungkin dapat dilihat warna hijau dengan jelas oleh haiwan pemakan daun (ruminan) yang mana apabila terpijak dan berlaku pergerakan maka haiwan tersebut tidak jadi memakannya kerana sudah 'hilang' dari pandangannya. Wallahualam akan penjelasan ini tetapi hanya Allah jua yang tahu akan perkara ini. Dari segi logik memang rumput semalu ini amat lasak dilokasi tumbuhnya dan sukar untuk dimusnahkan.Petani pun kadangkali pening kepala apabila semalu sudah tumbuh dikebunnya. Sebaiknya semalu ini dikawal segera dari peringkat awal lagi kerana ia mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak terjejas pertumbuhannya sama ada berlaku kemarau panjang tau pun banjir selapas hujan. Bijinya yang banyak mudah 'meletup' dan berduri sehingga boleh 'melekat' kuat kepada kaki haiwan dan manusia untuk penyebarannya. Semuga artikel ini memberi sedikit jawapan atau penjelasnan kenapa semalu akan kuncup apabila disentuh. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA SEMALU... KUNCUP SIFATNYA...
MULA SEGAR... SENANG LIHATNYA...
BILA KUNCUP... RANTING SAHAJA...
ADA PENJELASAN... ARTIKEL DIBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...