Support My Blog

Tuesday, April 13, 2021

DAUN KETUM GORENG CELUP TEPONG

DAUN KETUM GORENG CELUP TEPONG merupakan satu lagi produk yang telah viral bermula tahun 2016 dimana ia dijadikan satu lagi pasaran baru. Kalau biasanya cara mengambil ketum dengan merbus dan meminumnya tetapi kini telah diadakan produk baru ini. POKOK KETUM (Mitragyna speciosa) telah menjadi tajuk panas dalam media massa sekarang di Malaysia apabila ia diperkatakan oleh banyak pihak daripada kumpulan penanam, pihak berkuasa dan juga pakar-pakar pertanian. Berita terbaru bagaimana penyeludup daun ketum dari Malaysia ke Thailand telah pun bertempur dengan pihak polis dimana dua orang anggota keselamatan telah terkorban ditembak penjenayah di Perlis pada 2020. Pokok Ketum merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia dahulunya tumbuh liar dikawasan hutan tropika dan kini dikategorikan sebagai tumbuhan yang terkawal dibawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya. Nama lain tumbuhan ini adalah seperti Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom dimana ia adalah daripada famili Rubiaceae. Daripada segi taburan tumbuhan pokok ketum ini dilaporkan memang ada banyak tumbuh liar di beberapa negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu dalam kawasan hutan, belukar, sawah padi dan juga di persekitaran kawasan kampung. Pokok ketum lazimnya hidup subur di kawasan bertanah lembap dalam kawasan saliran baik dan tanah tidak mudah tenggelam terutama pada musim hujan. Pokok ketum merupakan pokok saka yang mana ia lazimnya memang boleh mencapai ketinggian melebihi 50 kaki. Ia boleh dibiakan melalui biji benih atau juga keratan batang yang boleh juga dijadikan benih untuk ditanam. Daun ketum dari segi sejarah memang telah lama digunakan secara tradisional untuk tujuan mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan lagi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat serta oleh wanita lepas bersalin. Batangnya tumbuhan ini menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebal dengan susunan bersilang berukuran 4 - 10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi ia akan menjadi sangat lebat semula dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan aktif dikenali sebagai MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memabukkan dan ia boleh menyebabkan KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunga ketum adalah berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu lagi produk iaitu daun ketum goreng celup tepung yang di pasarkan di Kedah dan Pulau Pinang menyamai dengan makanan snek daun bayam goreng tepong yang merupakan makanan tradisi untuk bahan rujukan pembaca semua.

Penulis blog beberapa kali telah menulis mengenai ketum, khasiatnya, potensinya, cakoroi dan banyak lagi artikel yang berkaitan dengan ketum. Walau pun s
ebelum ini daun ketum dijadikan air rebusan dan kemudian diminum untuk mendapatkan bahan Mitragynine ini akan tetapi sekarang daunnya telah digoreng pula dengan tepung. Air rebusan ketum selalu akan dimasukkan kedalam bekas lastik sebelum dijual dan diminum (Sila lihat foto disebelah). Penagih ketum pula sudah tahu dimana pihak berkuasa mudah mengenalpasti air rebusan ketum yang berwarna coklat dan mudah pula dibawa kemakmal untuk menmeriksa akan kandungannya. Pengusaha daun ketum telah mengubah rupabentuk produk mereka dengan mencelup daun ketum dalam tepung dan menggorengnya untuk dijadikan kerepek daun. Ia akan kelihatan nampak macam sedap pula akan tetapi pembaca blog jangan jangan gatal mencuba pulak. Mula-mula rasa enak dan kemudian terus ketagih tanpa mengetahui bahawa ia adalah daun ketum goreng salut tepong. Dilaporkan inilah cara terbaru untuk memasarkan daun ketum dimana ia bertujuan untuk meraih keuntungan. Kepada mereka akibat mencari wang daun ketum terlarang pun mereka hendak menjualnya.. Dari segi sejarah kegunaan daun ketum sebenarnya dijadikan bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Bagaimana pun bagi sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab akan menjadikan air rebusan daun ketum disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.  Air rebusan ketum biasanya boleh juga menjadikan seseorang tu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Disebabkan mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952, maka pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Jualan daun ketum goreng ni dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang dimana ada pihak yang menjual snek daun ketum kononnya sebagai seperti kerepek atau rempeyek daun bayam yang dijual di pasaran kini. Kaedah ini juga dikatakan dikhuatiri akan merebak ke kawasan lain terutama di Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara. Dilaporkan dimana produk baharu tu dikatakan diuji kaji dulu untuk mengetahui sama ada dapat permintaan tinggi atau tidak sebelum memasarkan ke kawasan lain.  AADK Negeri Kedah menyarankan kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum. Pihak Berkuasa masih tidak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam bukannya satu kesalahan.  Kalau memetik daun ketum barulah dikatakan satu kesalahan dimana salah satu taktik pengusaha ketum kan menggunakan individu lain yang hendak membeli ketum perlu memetik sendiri. Cara taktik licik macam itulah maka mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan.

Bernama melaporkan dimana b
agi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam. Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang. Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek. AADK khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini. Produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak. Pada masa yang sama adalah disarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum. Sekarang kerajaan tidak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan. Ini adalah antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan. Dilaporkan oleh AADK dimana kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1). Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes dimana pesalah hanya akan didenda. 

Kini dilaporkan oleh media dimana m
emang ada dakwaan dimana telah ada mereka yang sudah menjadi 'jutawan' selain hidup mewah dengan hanya menanam dan menjual daun dan air ketum yang mendapat permintaan tinggi. Walaupun beberapa kali kita lihat dalam berita dimedia eletronik dan di program TV3 seperti Rancangan 999 dimana banyak serbuan dan tangkapan dilakukan kepada mereka yang terlibat dengan pengedaran, penjualan dan eksport daun ketum atau air ketum tetpi dilaporkan masih ada usahawan yang meneruskan usaha menanam ketum. Berita tempatan seperti sumber Bernama ada mennyatakan dimana menurut Ketua Polis Perlis iaitu Datuk Surina Saad ada mengakui pulangan besar penanaman ketum dan telah menyifatkan perkara itu tidak akan selesai selagi tiada undang-undang mengharamkan proses penanamannya. Menurutnya hukuman denda sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 langsung tidak lagi menakutkan pesalah ketum untuk terus melakukan aktiviti tersebut. Mereka ini menanam dilokasi yang agak sukar untuk dilihat oleh pihak awam atau pihak berkuasa kerana pokok ketum agak sukar dikenali oleh kebanyakan orang jika ditanam dengan secara tersembunyi. Selalunya bagi mendapatkan benih tanaman dan lokasi penanaman ketum tidakah sukar kerana pokok ketum boleh gunakan biji benih yang matang dan disemai seterusnya boleh ditanam dikebun. Proses penjagaan tanaman ketum yang lasak ini mudah kerana amat kurang serangan perosak dan penyakit semulajadi yang merosakkan tanaman. Proses untuk menuainya juga mudah dengan memetik daunnya sahaja dan menggredkannya sebelum dimasukkan kedalam guni atau diproses menjadi minuman air ketum. Produk baru daun ketum goreng salut tepong perlu dipantau selalu kerana jika sudah menjadi kesukaan masyarakat tempatan mungkin agak sukar dikawal. Bagaimana pun penulis blog terfikir bagaimana keberkesanan mitragynine dalam daun ketum yang digoreng sama ada ia masih menyamai dengan efek air rebusan ketum atau serbuk ketum (powder). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DAUN KETUM... DIREBUS AIRNYA...
DIMINUM PULA... KHAYAL RASANYA...
DICELUP TEPONG... DIGORENGNYA...
PRODUK BARU... BELUM UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Banda Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...