Support My Blog

Saturday, April 3, 2021

AYAM ORGANIK NANAS

AYAM KAMPONG ORGANIK merupakan satu produk terbaru di Malaysia yang kini telah dipasarkan di beberapa premis dikawasan Lembah Kelang, Johor Baru dan juga di Singapura daripada sebuah syarikat tempatan. Penulis pernah bebrapa kali membuat ujirasa ayam kampong organik ini dan melawat lokasi penternakan ayam serta ladang nanas Syarika AQUINA di Negeri Johor. Mereka menggunakan formusali penternakan ayam organik dimana salah satu daripada formulasinya didakwa menggunakan bahan daripada buah nanas yang menurut kajian memang menjadikan ayam organik ini lebih lembut dan berkhasiat. Dalam tinjauan di beberapa outlet pasaraya di Kuala Lumpur mendapati harga runcit ayam kampung organik ini setanding dengan produk ayam kampung biasa dikawasan sejuk beku. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempersijilkan ayam organik ini sebagai akreditasi pemgesahan status ayam organik. Dalam pada itu penulis merujuk kepada tanaman nanas (Ananas cosmosus) yang juga merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang diusahakan oleh Syarikat Aqina untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas syarikat ini berada di Pontian Johor iaitu ladang tanah gambut.  Penulis blog dapati pada tahun 2018 dilaporkan seluas 13,027 hektar tanaman nanas dengan penghasilan sebanyak 375,500 metrik tan dihasilkan (Sumber: Booklet Stetistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Nanas ditanam daripada sulur, jambul atau kaedah pembenihan lain yang sesuai kecuali TIDAK DISYORKAN menggunakan benih Kultur Tisu untuk semua jenis nanas hibrid termasuk Nanas MD2. Kalau dahulu penanaman nanas adalah untuk diproses dalam tin (Kaleng) atau dibuat jus atau untuk masakan akan tetapi kini penanaman banyak tertumpu kepada nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport.  Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Nenas sejenis tumbuhan yang tumbuh setinggi 50-150cm. Daun panjang dan tirus, hujung tajam, tepi daun berduri dan sebahagian varieti tidak berduri serta susunan berpilin. Bunga pada buah kedapatan sehingga 200 kuntum. Setiap satu jambak berwarna ungu kemerah-merahan yang boleh disenyawakan melalui pendebungaan untuk menjadi biji. Buah berwarna hijau ketika muda dan jingga atau merah apabila masak. Buah biasanya dimakan segar, ditinkan atau dijadikan jus. Pokok Nanas mengeluarkan 3 jenis sulur yang boleh digunakan untuk penanaman iaitu sulur angin, sulur tangkai dan sulur tanah. Varieti nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan yang besar iaitu jenis Nanas Cayene, Nanas Spanish dan Nanas Queen. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai produk ayam kampung organik pertama di Malaysia menggunakan makanan dari formulasi nanas seperti yang ada dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Akhbar tempatan telah melaporkan dimana industri 
penternakan ayam terus berkembang dengan penghasilan produk makanan tambahan melalui proses iaitu pengekstrakan enzim nanas MD2 bagi menghasilkan hasil ternakan bebas sisa antibiotik dan bebas hormon semasa peringkat pertumbuhan. menurut kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam yang berkata dimana ternakan ayam itu ditambah dengan enzim probiotik yang diekstrak melalui diet harian ayam berkenaan. Beliau berbesar hati mengumumkan kejayaan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini kerana Malaysia mempunyai pakar penyelidik berbakat serta mempunyai syarikat yang mampu memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan dan memajukan industri penternakan.  Pengguna bukan saja dapat menikmati penghasilan produk sihat dan selamat tetapi juga ayam diberi makanan tambahan serta membiak secara semula jadi. Dia berharap pengeluar ayam di Malaysia akan mengamalkan sistem inovatif ini sebagai amalan industri terbaik untuk memastikan ternakan yang lebih berkualiti. Pengusaha dari syarikat Aqina iaitu En Wesley mendakwa hasil kerjasama antara Aqina dan UMPT iaitu anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu telah dapat memperkenalkan pemakanan yang lebih sihat, selamat dan lazat untuk dimakan rakyat Malaysia. Ladang Aqina Farm mengamalkan sistem inovatif yang mengintegrasikan ladang nanas Aqina MD2 dan ladang ayam Aqina. Aqina berjaya menggunakan hasil kumuhan ayam sebagai baja organik untuk meningkatkan kualiti tanah bagi menghasilkan nanas MD2 yang berkualiti. Kumpulan Aqina akan terus meluaskan produk mereka di dalam pasaran tempatan serta melabur di dalam pemprosesan penternakan pada masa akan datang. Meraka akan terus menghasilkan pembiakan ayam nanas dan menjadi pembekal inovatif pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh Malaysia termasuk Singapura serta seluruh Asean melalui pemborong serta peruncit.

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaydia di RTM1 didakwa dimana p
engeluar daging ayam kampung organik utama di Malaysia iaitu Aqina Group of Companies (Aqina) akan mula mengeksport daging ayam keluarannya ke Asia Barat seawal separuh pertama tahun depan. Pengarah Eksekutif Kumpulannya iaitu Encik Wesley Tan telah nyatakan dimana pasaran eksport baharu itu bakal disokong kilang pemprosesan daging ayam bernilai kira-kira RM30 juta iaitu pengeluaran komersil yang dijadualkan beroperasi akhir tahun 2019. Kilang baharu beroperasi di Pekan Nenas, Johor itu berkeupayaan memproses 8,000 daging ayam sejam atau 64,000 daging ayam sehari dalam satu syif, atau dua kali ganda jumlah itu sekiranya membabitkan dua syif. Eksport akan membabitkan tiga produk ayam utama kami iaitu Red Label yang terdiri daripada ayam kampung dikenali sebagai ayam merah dalam pasaran ayam; Black Label iaitu ayam hitam premium segar; dan White Label iaitu ayam putih premium segar juga dikenali sebagai Ayam Nanas. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Ayam Nanas di Giant Hypermarket Kota Damansara semasa pelancaran disempurnakan Ketua Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mengulas lanjut dimana bersandarkan anggaran konservatif maka pihaknya mensasar menguasai 30 peratus pasaran daging ayam tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding sekitar dua peratus ketika ini. Selain pasaran tempatan, daging ayam Aqina turut dijual di Singapura. Pada majlis sama Quaza turut mengumumkan kerjasama antara Aqina Agriculture and Biotech Industries Sdn Bhd dan UMP Technology Sdn Bhd (UMPT), anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi memperkenalkan Ayam Nanas ke pasaran Malaysia. Ayam Nanas didakwa adalah produk pertama seumpamanya di Malaysia dengan mana ia ditambah enzim probiotik yang diekstrak daripada varieti nanas MD melalui diet harian ayam diternak. Enzim probiotik MD2 digunakan dalam amalan pertanian penternakan di ladang Aqina bagi menggantikan penggunaan antibiotik sedia ada untuk menghasilkan ayam yang bebas sisa antibiotik dan bebas hormon pertumbuhan. Aqina juga bekerjasama dengan GIANT Hypermarket, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON MaxValu, HERO MARKET, Jason Food Hall, Cold Storage, Ben’s Independent Grocer, Maslee Express, De Luxe Circle Fresh Mart serta NSK Trade City untuk mengedarkan Ayam Nanas ke seluruh negara.

Akhbar Berita Harian Ayam dengan tajuk berita 'Bekal Ayam Kampung Organik' menarik dibaca. Ayam kampung organik terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan 30 peratus rendah lemak jika dibanding dengan ayam konvensional. Kini p
ermintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai kerana bebas ancaman toksin hormon dan lebih enak.  Potongan daging yang lebih padat, berprotein dan tempoh memasak menjimatkan menjadikannya pilihan praktikal bagi rutin masakan harian. Bezanya dimana ayam diternak secara komersial dipercayai mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang boleh menjadi ancaman kepada tahap kesihatan. Kini sebagai  peneraju pasaran pengeluaran ayam kampung organik Aqina berusaha mencapai dan mengekalkan mutu piawaian yang tinggi bagi pengeluaran ayam kampung organik. Pengarah Eksekutif Kumpulan Aqina Wesley Tan berkata dimana Aqina Farm berjaya menempa sejarah apabila diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (MyOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Syarikatnya adalah pembekal pilihan daging sihat yang dikenali sebagai peneraju ladang ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ia juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan halal yang disahkan merangkap pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nanas, Johor. Mereka mempunyai kapasiti pengeluaran 6,000 ekor ayam setiap jam. Kami mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi ayam mencapai ukuran optimumnya, tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan. Meraka juga percaya proses tumbesaran dan pemakanan lebih baik serta pergerakan yang aktif akan membuatkan ayam kampung lebih berkualiti dan enak. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ayam kampung organik jenama Aqina dan penyampaian sijil MyOrganic serta MyGAP di Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Yasser Arafat Zainal Rashid. Didakwa dimana ayam kampung organik mengambil dua kali ganda masa untuk mencapai berat pasaran iaitu kira-kira 81 hari kerana mereka tidak menukar makanan menjadi otot dengan begitu cepat jika dibandingkan dengan ayam komersial biasa. Ayam kampung organik ini adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan di dalam pasaran organik apabila makanan bagi ayam diformulasi khas menggunakan formula kami sendiri. Ia mengandungi enzim bromelain semula jadi hanya boleh didapati daripada nanas MD2 yang turut mengandungi vitamin C dan B1, kalium, mangan dan fitonutrien. Ayam ini bukan saja pilihan yang lebih sihat, tapi dagingnya juga lebih lembut untuk hidangan harian anda. Syarikat berharap untuk terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan termasuk penternakan ayam kampung. Selain itu, menjadi pembekal inovatif untuk menjadi pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh negara. Ia termasuk eksport ke luar negara termasuk Singapura dan negara ASEAN lain melalui pemborong, peruncit serta juga rantaian makanan atau minuman. Pakar runding veterinar Aqina iaitu Dr Gulam Shah Faizal Din dakwa antara kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Syarikat mampu membekalkan ayam kampung organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
AYAM ORGANIK... SUDAH ADA...
DIKELUAR OLEH... SYKT AQINA...
ENZIM NANAS... ANTARA DIGUNA..
DAGING LEMBUT... BOLEH DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 144H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...