Support My Blog

Saturday, April 17, 2021

FAKTA BUAH TEMBIKAI DI MALAYSIA (Part 3)

BUAH TEMBIKAI
(Citrrullus lunatus) atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai buah yang diminati oleh semua golongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Daripada laporan FAO menunjukkan sebanyak 99.16 billion metrik tan tembikai dihasilkan pada tahun 2010 dengan keluasan penanaman seluas 3.467 juta hektar CHE. Negara China merupakan pengeluar utama tembikai dunia dengan penanaman seluas 1.83 juta hektar menghasilkan sebanyak 66.225 billion metrik tan diikuti dengan negera Turki seluas 150,000 hektar, Negara Iran (135,962 hektar) dan Russia seluas 117,800 hektar. 
Malaysia pula menanam seluas  9,310 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 155,210 metrik tan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM 305,210,000 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020).. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri. Malaysia masih belum mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan. Artikel tengahari Sabtu ini saya menulis beberapa fakta mengenai buah tembikai dalam ''Anim Agro Technology'' berdasarkan beberapa laporan media dan tinjauan penulis dalam bidang pertanian selama 37 tahun untuk dijadikan rujukan anda semua.

Risiko penanaman tembikai selain daripada faktor pasaran adalah serangan penyakit dan kemarau berpanjangan. Ini kerana kejadian k
emarau jejaskan hasil tanaman tembikai. PTanaman tembikai boleh terjejas apabila tanah kering serta pokok tembikai akan layu akibat musim kemarau melampau ketika ditemui di Kampung Bendang Luas, Tumpat, Kelantan (Sila lihat fto disebelah). Dia adalah salah seorang petani di Kampung Bendang Luas dimana bakal mengalami kerugian besar sekiranya musim kemarau sejak dua bulan lalu berterusan. Bagi Mohd Roslan berumur 50 tahun yang menanam tembikai sejak lebih 20 tahun lalu dakwa akibat kemarau menjejaskan tanaman dan sekali gus menjejaskan pendapatannya. Pada kebiasaannya dia mampu memperoleh lebih 100 tan tembikai untuk tanah seluas 8.4 hektar namun sejak kemarau hanya 10 tan per hektar sahaja dapat dihasilkan. Banyak pokok yang rosak termasuk menjadi kering dan layu menyebabkan buah tidak dapat dihasilkan. Ini menyebabkan hasil tanaman tembikainya hanya mampu dijual untuk pasaran sekitar Kelantan sahaja berbanding sebelum ini, ia turut dipasarkan hingga ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa mengorek kolam untuk mengairi tanamannya dengan kaedah menggunakan enjin pam. Kos penanaman juga meningkat kerana proses mengairi tanaman perlu dilakukan bermula jam 7 pagi hingga 10 malam tanpa henti. Dia terpaksa gunakan tiga enjin pam untuk menyedut air dari kolam berhampiran untuk mengairi tanaman. Kos pembelian diesel juga turut meningkat kerana penggunaan enjin selama 15 jam tanpa henti. Kebun tembikai lainya diusahakan di Rantau Panjang, Tanah Merah dan Gua Musang. Apa pun sekiranya kemarau masih berterusan maka dia terpaksa mendalamkan kolam kerana khuatir air yang sedia ada tidak dapat menampung untuk proses pengairan tanaman.

Camprtangan 
FAMA menetapkan harga lantai tembikai 80 sen sekilo menjadikan program ini mengembirakan peanam tembikai di Marang, Terengganu. Petani meneruskan kutipan buah tembikai di Kampung Padang Garam untuk dipasarkan. Kini FAMA menetapkan harga lantai tembikai di ladang pada kadar 80 sen sekilogramPenetapan pada harga berkenaan bertujuan mengelak penganiayaan orang tengah terhadap pengusaha tanaman itu di negeri ini. Ramai orang tengah pada awalnya melantik pemborong yang hanya menawarkan harga di ladang antara 30 sen hingga 50 sen sekilogram. Harga buah tembikai yang terlalu rendah ditawarkan orang tengah itu menyebabkan berlakunya keresahan dalam kalangan penanam buah itu di negeri ini. Bagi mengatasi masalah pengusaha menjadi mangsa orang tengah maka pihak FAMA dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri bersetuju membelinya secara terus dan menetapkan harga lantai 80 sen sekilogram. Setakat ini seramai 19 pengusaha tanaman tembikai di seluruh negeri membabitkan pengeluaran sebanyak 466 tan dengan jumlah hasil pengeluaran melebihi RM370,000 menandatangani perjanjian persetujuan menjual tembikai secara terus kepada FAMA. Dilporkan pengeluaran tembikai di negeri Terengganu meningkat sebanyak 4,000 tan jika dibandingkan hanya 2,000 tan tahun 2109. Walaupun pengeluaran tembikai di negeri ini meningkat akan tetapi tidak berlaku lambakan. Setakat ini FAMA tidak berhadapan masalah untuk memasarkan tembikai berikutan permintaan tinggi daripada pemilik pasar raya dan pemborong termasuk dari Singapura. Mengenai insentif tambahan ditawarkan kepada pengusaha buah-buahan tempatan termasuk tembikai di negeri ini, Mohd Azrul berkata, pengusaha buah-buahan tempatan yang mendapat persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) akan menerima bayaran insentif sebanyak 10 sen sekilogram.

Percayakah anda apabila buah tembikai dari kampung Ubai, Kuantan berjaya ke Dubai kerana kualiti dan keenakannya. Dari Pahang j
ika sebelum ini hanya buah durian Musang King, nangka madu dan manggis dari negeri ini berjaya dalam menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke China dan Eropah akan tetapi kini buah tembikai dari Ubai, Pekan pula memasuki pasaran Dubai. Dilaporkan dimana apabila Kampung Ubai sudah dipilih oleh kerajaan negeri sebagai lokasi pelancaran promosi ‘Tembikai Dari Ubai Ke Dubai’ disebabkan oleh kerana ia merupakan kawasan penanaman utama tembikai di Pahang. Kampung ini telah menjalankan aktiviti penanaman tembikai sejak 30 tahun lalu dimana seramai 38 orang penduduk di sini terlibat dalam penanaman buah tersebut di kawasan seluas hampir 29 hektar. Dilaporkan bagi peringkat permulaan untuk eksport ini disasarkan sebanyak 80 tan metrik buah tembikai dari sini ke Dubai dengan empat kali penghantaran sebulan. Lazimnya
 buah-buah tembikai yang siap sedia untuk dieksport melalui proses penggredan yang ketat untuk pastikan jaminan kualiti. Program ini didakwa akan dapat menarik lebih ramai kalangan penduduk terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Ia juga dilaksanakan agar dapat memberi impak berganda kerana ia merupakan projek sentuhan kerajaan kepada rakyat melalui pertanian sekali gus menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Buah tembikai yang kaya dengan khasiatnya semakin menjadi kesukaan ramai penanam tembikai di kampung ini apabila mereka menjanjikan pulangan yang baik kepada petani. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM TEMBIKAI.... IKUT MASA...
MUSIM HUJAN... ELAKKAN DIA...
HARGA JATUH... DIBANTU FAMA...
EKSPORT KE DUBAI... BERJAYA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...