Support My Blog

Sunday, January 26, 2025

SIREH OH SIREH

TANAMAN SIREH
(Piper betle) merupakan satu jenis aktiviti perkebunan yang amat jarang disebut dikalangan orang Melayu akan tetapi ia diusahakan secara semi-komersial atau komersil oleh masyaraat India di Malaysia. Pokok sireh yang berwarna hijau dan melilit kayu atau pokok sokongan adalah daripada keluarga Piperaceae yang memang mudah ditanam dan dijaga dengan kaedah penanaman organik. Apa pun penulis blog tahu dimana dikalangan masyarakat Melayu cukup kenal dengan daun sireh kerana orang-orang tua dahulu kala gemar untuk makan daun sireh. Disamping itu juga dilaporkan dimana daun sireh mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional. Daripada beberapa kali buat rujukkan didapati ada 4 jenis atau varieti daun sireh di Malaysia (tidak didaftarkan di bawah Senarai Varieti Tumbuhan Malaysia di Jabatan Pertanian lagi) iaitu Sireh Melayu Sireh Cina, Sireh Keling atau India dan Sireh Udang. Sireh Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sireh dimana ia berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sireh Cina mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding sireh Melayu. Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya. Ia mudah ditanam tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti jenis sireh yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan dia mati. Sireh Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan tetapi agak kusam. Rasanya lebih pedas dan teksturnya yang agak keras ketika dimakan. Sireh Udang pula mempunyai urat daun dibelakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Penulis blog sempa beberapa kali melawat kebun sireh milih orang tempatan yang agak komersil di Mantin, Negeri Sembilan, di Alor Gajah, Melaka dan di Kg Lima Kedai, Johor Bahru untuk mempelajari amalan agronomi penanaman sireh. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" yang mempaparkan mengenai fakta daun sireh dan beberapa kegunaan serta khasiatnya untuj rujukkan anda semua.


Memang kehebatan 
daun sirih untuk rawat penyakit serta selalu digunakan untuk seri wajah sudah lama di ketahui umum. Dilaporkan dimana ada 1,001 macam khasiat dan manfaat daun sirih dari aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi. Sirih atau nama saintifiknya Piper betle pada penulis blog adalah ia sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan sudah terbukti sejak dulu lagi. Sudah ada ramai individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi. Dalam adat istiadat Melayu terutama pada majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri. Dalam aspek seperti kesihatan, daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh malahan aspek nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik. Sirih umumnya ia memiliki dua jenis daun sirih iaitu Sirih Hijau dan juga jenis Sirih Merah namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau sahaja. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit. Apa pun kajian mendapati dimana sirih berguna sebab daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap. Ia juga mampu untuk menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak. Seterusnya sireh dapat membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang. Ia dapat menghalang dan menghentikan hidung berdarah serta dapat membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan. Kehebatan fakta daun sireh termasuk didakwa ia boleh menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau. Ia juga mampu untuk mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak serta mampu untuk menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur. Paling pembaca blog anim agro technology gembira bila dun sireh didakwa mampu membantu proses mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain beri melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker. Daun sireh juga sebagai bahan untuk pembalut untuk tangan terseliuh atau patah serta mampu untuk merawat penyakit sendi dan bisa tulang.


Banyak laporan dalam media tempatan melaporkan dimana kehebatan 'UMP hasilkan sanitizer daun sirih' iaitu sekutar tahun 2017. Ia berlaku di UMP Kuantan apabila daun sirih yang suatu ketika dulu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kerana dijadikan kudapan serta bahan penjagaan kesihatan, kini hanya menjadi penyeri atau hiasan set hantaran untuk majlis perkahwinan. Inovasi oleh penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai pensyarahnya, Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim sudah mula mengubah persepsi masyarakat moden kepada sirih kerana ia kini boleh dijadikan cecair pembunuh kuman atau 'sanitizer'. Dilaporkan diantara bahan-bahan cecair pembunuh kuman 'sanitizer' hasil kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Malaysia Pahang (Sila lihat foto sebelah). Produk ini ia berbeza dengan cecair pembunuh kuman sedia ada dalam pasaran kerana dapat mengelakkan masalah kulit merengsa berikutan penggunaan etanol iaitu bahan kimia alkohol yang asasnya dari petroleum. Kerja penyelidikan serta usaha inovasi itu dijalankan sejak 2008 dimana apabila pihaknya mahu mencari formula khas yang boleh menjadi antiseptik untuk digunakan dalam kehidupan harian. UMP telah pun menggunakan daun binahong dalam menghasilkan produk seperti sabun dan krim, bagaimanapun ia dianggap kurang berjaya kerana tidak kelihatan menarik yang mungkin menyebabkan ia sukar dipasarkan. UMP juga ada melakukan penyelidikan lanjutan untuk menghasilkan produk antiseptik mampu dipasarkan dan akhirnya berjaya membangunkan inovasi sanitizer diperbuat daripada daun sirih. Inovasi itu sudah diuji oleh Makmal Bioserasi dan Klinik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memastikan ia selamat digunakan, selain digunakan secara dalaman di UMP serta sebuah hospital swasta untuk mendapatkan maklum balas. Setakat ini ramai memberikan maklum balas positif antaranya kulit pemakai lembap apabila memakainya, tidak merengsa seperti produk lain. UMP sudah melakukan kerja penyelidikan lanjutan bagi mempelbagaikan perasa kerana setakat ini hanya ada perasa lemon. Ada juga permintaan supaya tidak dicampur sebarang perisa bagi kegunaan jemaah haji  UMP sudah mendapatkan pensijilan halal bagi cecair pembunuh kuman terbabit dan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk perakuan pengurusan amalan terbaik daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Ia mempunyai tiga peringkat dan kita kini berada di tahap ketiga, antara aspek diambil kira adalah memastikan kebersihan makmal, sekiranya berjaya memperolehnya, maka peluang mendapat persijilan halal agak tinggi. UMP adalah pengeluar pertama mendapat pensijilan halal bagi produk cecair pembunuh kuman sekiranya berjaya, pengguna tidak lagi perlu was-was menggunakannya.


Masih ada kalangan warga Malaysia yang masih amalkan budaya mengunyah sireh. Menarik jika dikongsikan akan isu dan bahaya kunyah sirih untuk suatu jangkamasa lama. Ini kerana ada fakta yang dakwa tabiat makan daun sirih dan buah pinang secara berlebihan akan ia mengundang masaalah kanser mulut dan kanser kerongkong. Laporan oleh Ketua Koordinator Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS) Prof Madya Dr Amer Siddiq yang mengakui perkara itu dakwa dimana kandungan arekolin dalam sirih dan pinang boleh membuatkan seseorang ketagih. Sama seperti tembakau yang ada nikotin yang terkandung di dalamnyadan ia juga menjadi faktor ketagihan iaitu kes ini sama juga dengan sirih dan pinang yang mengandungi bahan arekolin iaiatu ia adalah alkaloid yang toksik dan bertindak sebagai agonis ke atas sistem saraf. Individu yang mengambil dengan berlebihan menjadi risiko kepada kanser dan sudah dikategorikan sebagai karsinogen (bahan yang membentuk kanser) kepada manusia. Penggunaan sirih dan pinang semakin meluas di rantau Asia Pasifik seperti India, Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja, Indonesia dan masih ada Malaysia.  Dilaporkan di Malaysia ada terdapat 10.3% pemakan sirih dan pinang dimana jenis pengguna teramai adalah daripada golongan wanita iaitu sekitar 32.1% berbanding kaum lelaki sekitar 10.3%. Apa yang membimbangkan berdasarkan laporan kajian di India membuktikan semua kes kanser mulut berlaku dalam kalangan mereka yang makan sirih dan juga makan pinang. Kejadian risiko mendapat kanser mulut akibat mengambil sirih dan pinang lebih tinggi berbanding pengguna tembakau. Dianggarkan risiko keputihan di bahagian pipi dalam (oral lichen planus) terjadi 15.8 kali kerana makan sirih dan pinang manakala kebonjolan (nodular leukoplakia) adalah 3,243.1 kali. Apa pun ia semua adalah punca atau faktor pada peringkat awal untuk seseorang mendapat kanser mulut. Memang kajian menlaporkan tabiat memakan daun sirih dan buah pinang juga dikaitkan dengan kesan kesihatan kepada jantung, saraf, perut atau usus, pernafasan dan sistem reproduktif. Berlainan dengan pengguna tembakau dimana konsep dan model menerangkan proses karsinogen didokumentasikan dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan lain. Apa pun bagi pemakan sirih dan pinang dimana model atau konsep sama tidak dibangunkan sehingga mereka tidak tahu kesan yang akan diperoleh. 
Semuga artikel ini dapat beri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DAUN SIRIH... MUDAH TANAMNYA...
BERWARNA HIJAU...BANYAK GUNA...
NILAI PERUBATAN...SUDAH ADA...
BACA SEMUA...RASANYA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Jamadilakhir 1446H).

Saturday, January 25, 2025

BUNGA BIDARA - APA DIA?

BUNGA POKOK BIDARA (Ziziphus jujuba Lamk) atau Buah Jujube merupakan sejenis bunga dari tumbuhan iaitu ia dari keluarga Rhamnaceae yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Sehingga kini tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar CHE pada tahun 2024 Negeri Perak dan Pahang serta Johor merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok yang sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9 -15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Penanaman pokok bidara mudah dilakukan dengan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman darikeratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Artikel ini saya berkongsi maklumat dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai pokok bidara, buah bidara dan BUNGA BIDARA untuk dibuat rujukkan pembaca blog semua.


Pembaca blog mungkin telah membaca akan kehebatan khasiat buah bidara akan tetapi jarang membaca akan bunga bidara yang tidak kurang hebatnya. Pokok bidara yang selalu di tanam untuk dapatkan buahnya juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan sehinggakan bunga bidara juga mempunyai beberapa manfaat sama ada untuk di makan mahupun untuk tujuan lain dan untuk kelestarian persekitaran. Bunga bidara adalah jenis bunga yang berasal dari pokok yang dikenal dengan nama Pokok Bidara (Ziziphus mauritiana). Pokok bidara merupakan tumbuhan yang termasuk dalam keluarga Rhamnaceae dan selalunya ia ditemuo dikawasan tropika dan subtropika. Bunga bidara memiliki ciri khas berwarna putih kekuningan atau pun berwarna kuning pucat dan memberikan bau atau aroma yang khas. Selain ditanam sebagai tumbuhan hiasan dimana bunga bidara juga mempunyai pelbagai kegunaan lainnya. Dalam masyarakat desa dimana secara tradisional yang bunga bidara sering digunakan dalam upacara pernikahan di mana bunga ini ditempatkan di sekitar tempat perayaan atau digubah dalam rangkaian koleksi bunga. Bunga bidara juga memiliki nilai simbolik dalam beberapa tradisi dan diyakini membawa keberuntungan kepada kelompok tertentu. Seperti tulisan saya sebeum ini yang nyatakan dimana selain bunga bidara sebenarnya Buah Bidara yang tumbuh dari pokok bidara juga memiliki manfaat khas yang cukup terkenal. Buahnya mempunyai rasa manis dan segar dimana ia sering dimakan sebagai 'buah segar' atau diolah menjadi berbagai hidangan seperti jus, jem atau manisan. Buah bidara juga dikenal karena kandungan zatnya yang kaya terutama jenisk vitamin C, serat dan antioksidan. Selain itu didalam cara perubatan tradisional domana ada beberapa bahagian dari pokok bidara iaity termasuk daun, kulit batang dan akarnya yang selalu ia digunakan dalam bentuk ramuan untuk dapat mengubati berbagai masalah kesihatan seperti diare, demam, ukser mulut serta masalah pencernaan.


Penanaman pokok bidara sesuai di kawasan yang subur dengan mendapat banyak cahaya matahari. Habitat bagi pokok bidara yang di tanam akan hasilkan bunga bidara adalah jenis bunga yang berasal dari pokok yang dikenal dengan Jenis Pokok Bidara (Ziziphus mauritiana). Dilaporkan pokok jenis ini didakwa berasal dan tersebar di seluruh Mesir, Aljazair, Tunisia, Libya, Kenya, Uganda, Afrika, Pakistan, India Utara, Afganistan, Cina, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Semenanjung Malaysia. Tanah yang yang kering dan banyak terima cahaya matahari adalah habitat yang sesuai ditanam pokok dari jenis ziziphus ini. Selain itu juga dilaporkan pokok bunga bidara boleh tumbuh dengan paras ketinggian sehingga 1,000 mdpl. Meski iklim kering adalah keadaan idealnya untuk pokok tumbuh baik akan tetapi pokok bidara perlu tanah yang basah. Kehebatannya dimana pokok bidara akan dapat bertahan hidup di lokasi yang tidak terurus sekalipun. Meski bunga bidara berasal dari lokasi asal dengan ketentuan yang khusus, dimana kini ia sudah dapat dengan mudah di tanam di Malaysia.  Kaedah yang umum dalam menanam pokok bidara biasanya dilakukan dengan gunakan dan cara menanam gunakan bijinya atau dengan kaedah keratan dahan. Jika menanam terus gunakan biji bidara dimana bijibenih bidara yang matang diambil dari buah matang dan kemudian ditanam dalam media tanah sebaiknya didalam tray semaian atau polibeg semaian yang sesuai. Proses percambahan biji memerlukan keadaan sekitaran yang yang ada cahaya dan kelembaban yang cukup. Setelah disemai kemudian anakbenih yang tumbuh dipindahkan ke lokasi kebun atau keliling rumah yang sesuai untuk proses pertumbuhannya. Jika ingin menanam menggunakan keratan batang ia melibatkan pemotongan bahagian batang yang sihat dan menanamnya dalam media tanam yang sesuai. Keratan batang ini kemudian akan tumbuh menjadi tunas baru dengan ciri-ciri sama dan serupa dengan tanaman induknya. Menanam pokok bidara memerlukan perhatian terhadap lokasi yang ada sinaran matahari yang mencukupi, keliling tahap kelembaban yang optima dan penjagaan yang baik untuk pertumbuhan yang maksimal. Penting juga untuk periksa dan mempertimbangkan faktor iklim dan keadaan tanah yang membantu proses pertumbuhan  pokok bidara.


Perlu di kongsikan maklumat akan manfaat Bunga Bidara kepada pembaca blog semua. Dilaporkan dimana hampir setiap bahagian dari tanaman bunga bidara dapat dimanfaatkan. Buahnya memiliki rasa manis dan segar dan sering dimakan segar atau diolah menjadi berbagai hidangan lain dan juga daun bidara sering juga digunakan sebagai bahan untuk membuat ubatan tradisional. Bunga bidara pun juga memiliki manfaat yang luar biasa digunakan untuk berbagai keperluan bermula sebagai bahan makanan sehingga menjadi bahan kosmetik. Bunga Bidara yang di gunakan terus dengan dimakan secara langsung atau digunakan dalam berbagai hidangan dan minuman. Bunga ini memiliki rasa manis dengan aroma yang wangi sehingga sering digunakan dalam pembuatan teh, minuman tradisional, sirap atau dimasukkan dalam makanan seperti kueh. Kegunaan bunga bidara dalam Perubatan Tradisional dimana bahan ekstrak bunga bidara diyakini memiliki sifat antiperadangan, antimikrob dan antioksidan. Apa pun selalunya bunga ini akan digunakan untuk menrawat masalah pencernaan, gangguan pernafasan, masalah kulit, dan sebagai penambah energi. Kehebatan bunga bidara dikaitkan dengan Kandungan Zatnya dimana ia mengandungl sejumlah nutrisi penting seperti serat, vitamin C, zat besi dan kalsium. Mengambil bunga bidara secara teratur akan dapat memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh termasuk mampu meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga kesihatan tulang dan gigi serta memperbaiki fungsi pencernaan. Paling hebat kegunaannya adalah bila dijadikan Teh Herbal dimana ia di guna sebagai teh herbal dari bunga bidara dapat diambil untuk mengatasi gangguan tidur, meningkatkan kekebalan tubuh, meredakan stres dan membantu melancarkan pencernaan. Akhit sekali khasiat bunga bidara dimana ia di jadikan sebagai Bahan Kosmetik. Dilaorkan estrak bunga bidara sering digunakan dalam produk-produk perawatan kulit dan rambut, seperti sabun, losion, atau minyak aromaterapi. Sifat antioksidan dan kelembutan bunga bidara dapat membantu menjaga kelembaban kulit, meremajakan sel-sel kulit, dan mengurangi kerusakan akibat radikal bebas. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA BIDARA... APA BENDANYA...
POKOK DI TANAM... DIMANA SAJA...
BANYAK KHASIAT...TEN ANTARANYA...
BACA ARYIKEL... KENA CARI UJIRASA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tmn Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilakhir 1446H),

Friday, January 24, 2025

BUNGA RAYA DAN KEPENTINGANNYA - BAGAIMANA?

BUNGA RAYA
(Hibiscus rosa-sinensis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae yang popular dengan mempunyai 8 nama saintifik yang lain. Apa pun sejarah akan buga ini diberi nama Hibiscus rosa-sinensis kali pertama sudah ddaftarkan pada pada 1753 oleh Carl Linnaeus dalam dalam sistem penamaan dikaitan sebagai bunga yang bermaksud 'Mawar China' walau pun sebenarnya ia tidak berkaitan dengan pokok mawar (Pokok Bunga Rose) dan bukan berasal daripada negara China. Pokok ini banyak terdapat di negara beriklim tropika seperti di Malaysia dengan pokoknya jenis renek dan ada lebih 200 varieti yag telah di kenalpasti sehingga kini berdasarkan kepada ciri daun, warna bung dan sebagainya. Ia mampu tumbuh sehingga 1.5 - 5.0 meter dengan lebar kanopi mencapai 1.5-3.0 meter. Penulis blog perbah melihat pokok bubga raya yag dibiarkan tumbuh sehingga tinngi dengan batang yang besar. Pokok ini dilihat ia mempunyai jenis akar tunjang dan banyak cabang dengan tumbuh menegak berbatang hijau berbentuk selinder. Ia selalu mempunyai daun yang ringkas dan tersusun berselang-seli dimana helaian daunnya berbentuk bujur seakan seperti telur dan dihujungnya meruncing dan ditepinya ada bergeriji kasar dengan lebar 7 - 20cm. Pada permukaan helai daunnya dilihat ia memeng berkilat dan licin dengan terdapat urat daun yag seakan bercabang. Bunga Raya telah dijadikan sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia selepas merdeka pada tahun 28 Julai 1960. Mengenali ciri marfologi pokok bungaraya dimana bunganya akan keluar dari ketiak daun dan banyak keuar semasa musim panas dan kurang di musim hujan. Bunganya yang cantik membuatkan ramai orang suka meihatnya terutama bunga yang berwarna kuat sperti warna Merah, Putih, Kuning, Merah Jambu, Ungu Jingga dan sebagainya. Kini warna bunga raya yang bercampur-campur atau di katakan sebagai 'Bunga Raya Hibrid' semakin di minati ramai walau pun harga jualan anakbenihnya agak mahal. Melihat bunga raya yang mempunyai kelopak besar berwarna merah paling umum dibayangkan dimana ia berukuran garispusat sekitar 10 - 20 cm dan mempunyai cepudebunga (filamen) di tengahnya (Sila lihat foto diatas). Uniknya diman disetiap bunga raya mempunyai dua-dua bahagian jantan dan juga bahagian betina. Terdapat bahagian Ovari dan bahagian betina lain bunga ini terletak pada struktur teras bunga. BUnga diperingkat Putik yang panjang berwarna hijau terbentuk sebelum ia mekar. Bila bunga mekar maka debunga akan bergerak tutun ke ovari di tengahnya yang bersaiz besar untuk proses selanjutnya. Buahnya jenis kapsul dengan panjang sehingga 3 cm dimana ia mengandungi biji benih yang bulat dengan ukuran garis pusat 3mm kecilnya. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini ditulis mengenai Bunga Raya dan kepentingannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Sering dilaporkan jika b
unga raya adalah ia merupakan salah satu kepentingannya adalah sebagai bahan Sumber Pewarna Semulajadi. Kajian mendapati jika bunga raya telah lama dikenali sebagai sumber pewarna semulajadi yang digunakan dalam pelbagai aplikasi iaitu dari kosmetik hingga makanan dan tekstil. Pewarna diperoleh melalui ekstraksi bahan aktif dari bunga raya dan ia yang kemudian boleh digunakan dalam pelbagai formulasi. Proses ini melibatkan penggunaan pelarut untuk mendapatkan warna dari kelopak bunga. Dilaporkan jika kadang-kadang perlu ada proses yang bunga raya dikeringkan dan kemudian ia digiling menjadi serbuk untuk digunakan sebagai pewarna (Sila lihat foto disebelah). Serbuk berwarna merah ini boleh ditambah terus ke dalam produk atau dicampur dengan bahan lain bagi mendapatkan kualiti pewarnaan terbaik. Apa pun yang menarik dimana bunga raya ini sesuai di jadikan sebagai bahan Pewarna dalam Makanan dan Minuman yang lebih selamat dimakan. Bunga ini sering digunakan untuk membuat minuman seperti 'Minuman Teh Hibiscus' dan didakwa ia juga mempunyai warna merah yang menarik. Pewarna semulajadi ini memberikan minuman warna yang cerah dan juga selalu akan memberikan dan mempunyai rasa yang unik. Selain itu juga dimana produk ekstrak bunga raya digunakan dalam penyediaan pencuci mulut, sirap dan produk makanan lain untuk memberikan warna merah yang alami. Ini adalah alternatif kepada pewarna tiruan yang sering digunakan dalam makanan. Paling menarik dimana bunga raya ada digunakan sebagai bahan Pewarna dalam Tekstil dimana bunga raya boleh digunakan untuk mewarnakan kain secara semulajadi. Ekstrak bunga raya digunakan untuk mencelup kain dalam proses pewarnaan dan selalunya akan memberikan warna merah yang berbeza-beza bergantung kepada cara dan kaedah penggunaan dan konsentrasi. Dalam kraftangan dan seni dimana bunga raya digunakan untuk mencipta warna yang indah pada pelbagai bahan termasuk kertas dan barang-barang hiasan. Kehebatan lain dimana bunga raya adalah sebagai bahan Pewarna Menghitamkan Rambut dan Bulu Mata dimana dengan cara penggunaan ekstrak bunga raya yang layu untuk menghasilkan jus berwarna biru kehitaman digunakan untuk menghitamkan rambut atau bulu merupakan tradisi yang telah diamalkan dalam beberapa budaya iaitu termasuk di China dan India. Bunga raya dikumpulkan dan biasanya dikeringkan sebelum digunakan. Dalam kes ini, bunga raya yang layu atau kering digunakan kerana ia mengandungi kepekatan pigmen yang lebih tinggi. Apa pun dilaporkan jika, warna yang dihasilkan dari bunga raya mungkin tidak tahan lama berbanding pewarna kimia dan mungkin memerlukan penyegaran secara berkala.


Penulis blog yang pernah menanam hampir 20 jenis bunga raya tahu jika ada l
ebih daripada 200 spesies Bunga Raya di diketahui di Malaysia dan negara lain. Benar laporan jika ada terdapat banyak spesies bunga raya di seluruh dunia dan jumlahnya boleh berubah mengikut klasifikasi dan penemuan baru dalam botani. Secara keseluruhan dilaporkan terdapat lebih daripada 200 spesies bunga raya yang dikenal pasti dalam genus Hibiscus. Bagaimana pun kedapatan dimana keberadaan bunga ini sukar di tentukan kecuali jika ada koleksi oleh pihak kerajaan dan swasta yang ada menyimpan janaplasma. Kelainan ciri-ciri bunga raya ini sudah di kemaskini setaiap masa oleh para peminatnya dan saintis yang menjalankan kerja biakbaka. Bagaimana pun keunikan biakbana hibrid bunga raya sudah menajdi satu perniagaan komersial kerana ciri-ciri unik banyak warna menarik yang di hasilkan. Penting penulis blog kongsikan beberapa spesis bunga raya yang popular di Malaysia untuk di rujuk:.


(1) Hibiscus rosa-sinensis
Jenis ini adalah dari jenis 
Bunga kebangsaan Malaysia yang dikenali sebagai bunga raya atau nama saintiknya spesies Hibiscus rosa-sinensis. Spesies ini dikenali dengan kelopak besar dan berwarna merah cerah dan walaupun terdapat varieti dengan pelbagai warna seperti putih, kuning, dan merah jambu. Pada penulis blog tahu jika bunga raya Malaysia ini adalah spesies yang paling terkenal dan sering digunakan dalam landskap dan hiasan di Malaysia. Keindahan dan aspek lain seperti kepentingannya dalam budaya Malaysia telah pun ia menjadikannya simbol nasional yang melambangkan keagungan, kekuatan, dan identiti negara. Penanaman pokok jenis ini ada di lakukan di taman-taman perbandaran dan kerajaan tempatan, komplesk pejabat kerajaan, pusat membeli belah, taman perumahan, sepanjang jalanraya dan juga di sekeliling rumah di Malaysia.

 
(2) Hibiscus sabdariffa 

Jenis kedua yang popular di Malaysia merupakan tumbuhan yang penulis blog terlibat dalam memperkenalkan di kalangan petani sebagai tanaman komersial. Jenis ini yang biasa dipanggil untuk spesies ini ialah Roselle atau Bunga Raya Roselle atau Hibiscus sabdariffa. Apa pun spesies ini terkenal dengan kelopak merah dan buahnya yang digunakan dalam teh herba dan makanan. Ia dikenali kerana memiliki kandungan antioksidan dan sifat perubatan yang boleh dijadikan alternatif kepada perubatan moden. Saya ada menulis banyak artikel mengenai rosel (Sila klik disini).  Tanaman rosel kini hanya ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Johor atas tanah gambut dan berkembang di beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. Syarikat Aslah menggunakan kaedah Ladang Kontrak dengan petani disekitar Rengit, Batu Pahat, Johor dalam penanaman rosel (Sila lihat foto disebelah). Penanaman rosel lazimnya akan menghasilkan bunga atau Kaliks (Calyx) atau kelopak dari bunga rosel yang boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli. Kajian makmal mendapati kehebatan rosel ia mengandungi kandungan vitamin C (Asid askorbik) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks. Kandungan vitamin C yang amat tinggi ini menjadikan ia lebih hebat daripada buah Oren dan Ribena. Bagaimana pun buah rosel yang baru dipetik perlu diproses segera untuk mengekalkan kandungan vitamic didalamnya.


(3) Hibiscus syriacus

Jenis ketiga yang popular adalah Hibiscus syriacus iaitu jenis yang sering dikenali sebagai Bunga Raya Korea atau Althea dan bunga ini adalah bunga kebangsaan Korea Selatan yang dikenali dengan nama tempatan Mugunghwa (무궁화). Spesies bunga raya ini popular di banyak kawasan beriklim sederhana yang mempunyai empat musim yang berbeza termasuk Korea, China, dan Jepun dan subtropika. Bunga ini biasanya mekar dari musim panas hingga awal musim luruh. Salah satu ciri khasnya adalah kelopaknya yang berbentuk corong dan terdapat warna bunga yang bervariasi termasuk putih, merah, biru dan ungu. Warnanya amat menarik kombinasi beberapa corak.


(4) Hibiscus mutabilis

Jenis keempat adalah Hibiscus mutabilis yang juga dikenali juga sebagai Bunga Raya Harimau atau Confederate Rose, adalah spesies bunga raya yang menarik dengan beberapa ciri khas. Salah satu ciri yang paling menarik tentang bunga raya ini ialah perubahan warna bunga sepanjang hari. Bunga mula mekar dengan warna putih, kemudian berubah menjadi merah jambu, dan akhirnya ke merah terang sebelum layu. Proses perubahan warna ini menjadikannya sangat unik dan menarik untuk penanaman di taman. Apa pun penulis blog dapati dimana bunga raya dari spesies ini biasanya besar yang mempunyai diameter antara 10 - 15 cm. Kelopak bunganya pula mempunyai bentuk corong dan sedikit berlipat. Hibiscus mutabilis boleh tumbuh dalam iklim subtropika hingga tropika dan memerlukan iklim yang cukup panas dan matahari penuh untuk berkembang dengan cantik.


(5) Hibiscus grandiflorus

Jenis ke ima yang popular adalah varieti Hibiscus grandiflorus atau pun ia sering dikenali sebagai Bunga Raya Berbunga Besar kerana diameternya boleh mencapai 15 - 20 cm. Bunga raya spesies ini biasanya berwarna merah, merah jambu, atau ungu. Jenis Hibiscus grandiflorus ini selalunya ia memerlukan satu pendedahan penuh matahari untuk pertumbuhan yang optimum dan pembungaan yang banyak. Jadi, lokasi yang terdedah dengan cahaya matahari langsung adalah yang terbaik untuk pembiakan bunga raya ini. Bagaimana pun penanaman jenis ini agak kurang dilakukan di kalangan pemilik rumah-rumah persendirian kerana ciri khasnya yang sukar mendapatkan bakanya jika kurang ilmu pengetahuan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUNGA KEBANGSAAN... BUNGA RAYA....
MUDAH DI TANAM... DIMANA SAHAJA...
AMALAN AGRONOMI...PERLU DI BAJA...
BUNGA CANTIK.. RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,, Johor.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1446H).
Posted from
Desaru, Johor.

Thursday, January 23, 2025

SEMBANG PASAL KACANG BOTOR

KACANG BOTOL atau KACANG BOTOR atau KECIPIR (Psophocarpus tetragonolobus) adalah sejenis sayuran ulam berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A dan B. Dari bahan rujukan ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang atau kayu junjung atau pagar rumah untuk memanjat. Ia selalu ada ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah. Biasanya buah kecipir ini apabila matang akan berukuran sekitar 15-20 cm panjang dan selalu mempunyai 4 sayap yang bergerigi. Dikalangan masyarakat biasanya kacang botor ini digunakan dalam masakan sayur dan juga dimakan mentah sebagai ulam. Ulam kacang botor ini lebih enak dicicah dengan sambal belacan dimakan dengan nasi suam panas dan pelbagai laukpauk lain. Apa pun biasanya kacang botor boleh ditanam di berbagai-bagai jenis tanah iaitu dari ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.0 adalah paling sesuai. Penanaman kecipir ini boleh dilakukan secara komersil didalam kebun atau ditanam sebagai tanaman hobi keliling rumah. Kerja untuk menyedia kawasan dikawasnan kebun dilakukan dengan membajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sebaiknya disediakan batas berukuran 1.3 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjangnya 7.5 meter atau mengikut keadaan kawasan. Disyorkan jarak antara batas adalah 30 cm dengan panjang batas mengikut kesesuaian. Apa pun kenanam kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 g bagi 100 g biji benih sebelum menanam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 cm antara pokok dan 1 meter antara barisan ataupun 60 cm x 60 cm. Tiap-tiap batas mengandungi dua barisan pokok. Menanam terus biji benih ke atas batas sebanyak dua biji selubang, lebih kurang 2.5 cm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang. Selalunya bagi kawasan seluas 0.4 ha lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dan menulis mengenai beberapa fakta mengenai kacang botor atau kecipir untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

Pertama dimana ada s
edikit tips tanaman kacang botol atau kecipir atau kacang kelisa yang mudah di lakukan di rumah sendiri untuk kegunaan sendiri yang segar. Sebaiknya di gunakan polibeg besar saiz 20' x 22' atau 20' x 20' dengan jumlah yang sesuai mengikut pokok yang hendak ditanam. Digalakkan untuk mengisi media cocopeat penuh atau tanah campuran yang dijual di nurseri dan sebaiknya cocopeat tadia dipadatkan. Bagi mereka yang ada stok cocopeat terpakai lagi bagus di guna semula untuk menjimatkan kos atau membei sahaja yang baru. Sebaiknya disemai dulu benih kacang botol dalam tray semaian dan biarkan tumbuh dahulu. Dalam polibeg sebaiknya media ini dibasahkan dengan air baja kemudian tanam anak benih iaitu sebanyak dua (2) pokok setiap satu polibeg bagi tujuan iaitu membolehkan tidak ada kematian. Seterusnya disiram baja cecair AB (seperti jenis BME Plus) yang cukup unsurnya dengan bacaan EC 2.0 selama 3 - 4hari sekali sehingga media tersebut menjadi basah dan pada hari yang lain  hanya perlu menggunakan air kosong sahaja. Jika terlampau gemuk kurangkan sedikit bajanya (kalau terlalu banyak unsur Nitrojen nanti mudah ada masaalah lain seperti pokok terlalu rimbun dan kurang pengudaraan serta mungkin lambat berbuah). Selalunya jika di lihat selalu agak kuran risiko serangan perosak dan penyakit dan jika ada dikawal serangga terutama ulat dengan kawalan gunakan bahan 'organik propester'. Apa pun apabila umur pokok sudah matang dan berbunga perlu sentiasa di petik yang masih muda kerana jika lambat menuai maka kacang botor akan tua dan keras. Pastikan pokok ini di letakkan di tepi pagar rumah (ada pagar chainlink lagi baik) dan jika tiada mesti dipasang tiang junjung. Sebaiknya elakkan dari menggunakan baja dan racun kimia kerana kacang botor sesuai di makan terus enjadi ulaman atau di masak menjadi sayuran yang enak di akan dengan nasi. Gunakan baja organik dan bahan organik yang sesuai.


Memakan kacang botor yang segar di tanam sendiri atau membelinya di pasar memberikan nilai permakanan tersendiri. Terdapat banyak laporan mengenai k
hasiat Kacang Botol bagi tijuan kesihatan. Pertama dilaporkan khasiatnya adalah ia mampu Mengawal Diabetes sebab ada kandungan bahan kalsium berpotensi untuk mencegah diabetes. Bahan ini ia berkesan dengan cara mengoptimumkan metabolisma glukosa dalam badan. Kacang botol merupakan sumber kalsium yang amat baik untuk mengopitimakan metabolisma gula dalam darah dan mencegah diabetes dimana ia secara langsung memberi kesan kepada sel-sel pankreas yang dapat mengawal aktiviti rembesan insulin dan paras gula dalam darah. Makan kacang botol yang tinggi dengan kalsium bersama vitamin D didakwa ia mampu menstabilkan paras glukosa dalam darah. Ia juga di dakwa akan Meningkatkan Imuniti sebab ia kaya dengan vitamin C dan vitamin A dimana pengambilan kekacang membantu dalam menguatkan sistem imun, malah menyokong badan daripada sebarang kemungkinan jangkitan dan penyakit. Vitamin C dalam kekacang seperti kacang botol ini memainkan peranan sebagai perisai yang akan menangkis penyakit dan menjaga semua. Kedua-dua jenis vitamin ini membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang daripada jangkitan penyakit. Seterunya didakwa ia akan dapat Mencegah Penuaan sebab makan ulaman seperti kacang botol yang ada kandungan antioksidan yang tinggi sekaligus membantu melindungi membran sel daripada kerosakan akibat radikal bebas yang bertindak sebagai punca kanser serta timbul masalah pada fungsi organ serta memberi kesan-kesan penuaan. Vitamin C dan vitamin A dalam kacang botol ini akan menghalang permulaan penuaan pra-matang dan melindungi kulit daripada kedutan, jeragat dan kerosakan lain seiring meningkatnya usia. Ia akan memperbaharui sel-sel kulit dan membantu dalam merawat keanjalan kulit. Ke empat dimana kacang botor dilaporkan akan Mengurangkan Simptom Migrain sebab selalunya apabila ada pengurangan tryptophan boleh memburukkan kesakitan yang berkaitan dengan sakit kepala, ketegangan dan migrain. Makanan seperti kacang botol memiliki jumlah tryptophan yang baik dimana bahan asid amino ini akan dapat mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan tekanan dan ketegangan. Mengambil kekacang ini boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain serta ia membantu dalam penghasilan serotonin iaitu bahan yang seterusnya menawarkan kelegaan daripada simptom migrain. Dakwaan jika ulam ini ada Tinggi Manfaat untuk Wanita Mengandung seperti folate. Amalan pemakanan bersama kekacang ini didapati bermanfaat semasa kehamilan. Ia membantu menyokong nutrisi yang sihat untuk janin dan mengelakkan timbulnya sebarang kecacatan berkaitan tiub saraf kepada bayi yang bakal lahir. Selain kandungan folat unsur sumber zat besi dalam kacang botol akan mengurangkan risiko anemia pada si ibu.


Seterusnya kacang botor juga ulaman yang B
ersifat Anti-radang dimana ekstrak dari kacang ini didapati boleh mengurangkan penghasilan komponen kimia yang pro- keradangan seperti IL-6. Ada juga unsur Manganese didalam kacang botol yang didakwa ia juga berpotensi mengurangkan keradangan. Sifat antioksidan didalam bahan mineral ini berfungsi dalam melegakan sebarang kesan seliuh atau bengkak. Siapa sangka jik akhasiat kacang botor juga Baik untuk Mata dimana pengambilan kacang botol secara rutin dikatakan dapat mencegah timbulnya masalah mata seperti glaukoma dan katarak menurut beberapa kajian dan penyelidikan. Perkara ini disebabkan kacang botol juga ia mengandungi vitamin B1 atau dikenali sebagai bahan Thiamin dimana bahan ini akan dapat meningkatkan penglihatan serta melindungi serta menguatkan otot mata. Sayur ini akan dapat juga Memberi Tenaga termasuk bahan mineral fosforus (P) didalam kacang botol didakwa mampu untuk meningkatkan kecergasan dan boleh membantu dalam menangani masalah seperti keletihan dan otot lemah. Kajian pada tahun 2017 membuktikan kandungan bahan guna yang berbeza dalam kacang botol termasuk glukosa, gula-fruktosa, sukrosa, laktosa, galaktosa dan maltosa akan dapat meningkatkan tenaga individu yang memakannya secara konsisten. Kesan seperti makan kacang botor akan Menyihatkan Tulang sebab ada kandungan kalsium dalam kekacang mempunyai pelbagai manfaat signifikan. Kacang botol merupakan sumber yang baik untuk tujuan mendapatkan mineral kalsium dimana ini sekaligus baik untuk kesihatan tulang. Perkara ini seterusnya akan mengurangkan risiko mendapat osteoporosis kepada peminat kacang botor. Dalam masa yang sama kandungan kalsium di dalam kacang botol juga bermanfaat untuk kesihatan organ lain seperti bahagian gigi dan kuku. Paling kurang dipercayai jika memakan kacang botor akan dapat ia  Membantu Penurunan Berat Badan sebab ia adalah makanan jenis sihat dan mempunyai kandungan kalori yang rendah. Ia juga mempunyai lebihan jumlah serat yang membantu dalam penurunan berat badan yang sihat. Kandungan serat dan kalori yang rendah membantu memberi rasa kenyang. Apa pun info ini secara tidak langsung membawa kepada cara pengurangan pengambilan snek secara berterusan dimana makanan yang tidak baik akan ia menyebabkan penambahan berat badan yang tidak perlu.


Menarik dalam portal bernama bertajuk '
Rezeki kacang botol' untuk dikongsi dan disembangkan. Bagi pemuda Syed Firdaus yang mengusahakan projek tanaman kacang botol secara komersial di Kampung Tamin sesuai di rujuk. Dia kini mampu tersenyum lebar apabila tanaman kacang botol diusahakan mendapat permintaan tinggi daripada pemborong sekitar Selangor. Baginya projek tanaman kacang botol itu diusahakannya secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar. Ada ramai petani mengusahakan tanaman seperti timun, cili, terung, kacang panjang dan bendi, tetapi dia memilih kacang botol atau kacang kelisa. Dakwanya dimana kerja penjagaannya juga tidak rumit dan kurang terdedah kepada serangan penyakit kecuali ancaman lalat buah. Selepas dua bulan tanaman itu sudah mula untuk ia mula mengeluarkan hasil dan pokoknya tahan lama. Minatnya terhadap pertanian bermula sejak kecil berikutan kerap menemani bapanya mengusahakan kebun. Apa pun di laporkan selepas tamat pengajian di Kuliah al Lughah Waddin di Pekan dimana dia terus membabitkan diri dalam bidang pertanian. Dia pernah mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pertanian di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor dan gembira apabila harga kacang botol yang stabil membolehkan dia memperoleh pendapatan agak lumayan. Kacang botol ini dipetik setiap dua hari sekali dan dihantar ke Pasar Borong Selayang di Selangor dan Pasar Besar Jerantut serta mampu mengeluarkan 100 kilogram selang sehari tuaian. Semuga tulisa ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BOTOR... SAMA KACANG KELISA...
MUDAH DI TANAM... KELILING RUMAH SAJA...
DIDALAM POLIBEG...DI PASANG JUNJUNGNYA...
MENJADI ULAMANAN...MASAK SAYUR JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1446H).

Wednesday, January 22, 2025

SEMBANG PASAL KANGKONG (PART 3)

SAYUR KANGKONG (Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang pasal kangkong dari media sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Penulis blog amat suka makan SOTONG KANGKONG (Kangkong Cuttlefish) adalah sejenis makanan tempatan yang semakin popular masa kini kerana keenakannya dan juga harganya. Penulis blog sesekali pekena makanan enak sotong kangkong ini yang mudh di perolehi di beberapa Medan Selera disekitar Putrajaya, Johor Bahru dan Melaka. Bagaimana pun terkini saya dapat makan Sotong Kangkong Taiping di Medan Selera Perniagaan Bandar Taiping yang dikira sangat popular dikalangan orang tempatan dan pelancong luar yang berkunjung ke Taiping, Perak. Bukan sahaja peniaga Melayu yang berniaga sotong kangkong disini sebaliknya peniaga Cina dan India pun ada dilokasi ini. Selain daripada hidangan sotong kangkong di medan selera ini ada menyediakan pelbagai makanan lain seperti Yong Tau Foo, Nasi Goreng, Nasi Ayam, pelbagai jenis mee goreng kue tiow goreng, sate, rojak dan bermacam lagi. Memang sesak semasa penulis blog berkunjung semasa cuti sekolah baru-baru ini. Terdapat banyak gerai yang mempamerkan resepi sotong kangkong disini dengan banyak pilihan. Makanan seafood ini diminati oleh semua kaum dan juga peringkat umur kerana ia tidak pedas dan merupakan makanan laut yang popular. Sotong Kangkong ini dipercayai diasaskan oleh orang Cina dimana resepi ini kemudiannya disesuaikan dengan citarasa tempatan yang disukai ramai orang. Selain daripada mekanan Sotong Kangkong sering juga akan didapati Rojak Sotong Kangkong yang dibezakan sedikit dengan tambahan beberapa bahan didalamnya.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sotong kangkong adalah 1 ekor sotong kembang dan dicuci bersih, 1 ikat kangkung muda dicuci bersih, Bijan panggang secukupnya dan juga Bawang goreng secukupnya. bagi membuat bahan sos maka diperlukan 2 ulas bawang putih perlu d tumbuk halus, 2 biji cili merah yang tumbuk halus, 4 sudu makan petis udang, 2 sudu makan sos hoisin, 2 sudu makan sos plum, 1 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap pekat, Gula secukup rasa, 1 cawan air serta sedikit bancuhan tepung jagung (jika perlu). Cara menyediakan dimulakan dengan mendidihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong kembang dalam air mendidih. Kemudian sotong dan kangkong celur tadi dihiris nipis dan ketepikan. bagi menyediakan so pula perlu dimasukkan air, cili merah dan bawang putih dan kemudian dididihkan. Selepas itu dimasukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat diman ia kemudian dikacau sebati dan buat ujirasa. Jika perlu memang perlu ditambah gula sehinga sesuai dengan citarasa. kemudian dididihkan sos dimana jika didapati cair maka dimasukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya. Selepas itu sos diangkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong. Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya diatas makanan tersebut sebelum ianya dihidangkan untuk sedia dinikmati. Sebagai info tambahan biasanya sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir tersebut anda boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.


Fakta menarik pasal kangkong untuk disembangkan dan k
andungan nutrisi dan lazatnya makanan ada kangkong termasuk Rojak Petis. Rojak petis merupakan satu makanan berkhasiat dari pelbagai buah-buahan, sayuran dan petis. Kangkung yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat baik untuk kesihatan salah satu bahan rojak petis yang signifikan ada. Ini kerana diantara kandungan nutrisinya termasuk zat Vitamin A yang dilaporkan ia akan membantu menjaga kesihatan mata dan kulit. Ada juga zat vitamin C yang akan meningkatkan sistem imuniti dan melindungi tubuh daripada penyakit. Zat  Besi pula akan membantu dalam penghasilan sel darah merah. Bahan serat dalam kangkong yang dimanan akan dapat membantu dalam proses pencernaan. Sementara itu ada zat Kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi.
Khasiat Kangkung Untuk TubuhMeningkatkan Sistem Imuniti dilihat apabila kandungan vitamin C yang tinggi dalam sayur kangkung membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Paling pasti apabila kangkong mampu membantu Melancarkan Sistem Pencernaan bila kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembelit. Kangkong juga akan Meningkatkan Kualiti Darah sebab Zat besi dalam kangkung memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah dimana ini sekaligus mencegah anemia. Percayakah pembaca blog anim agro technology jika kangkong juga akan Menyuburkan Kulit sebab zat Vitamin A dalam kangkung membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah kulit menjadi kering dan berkedut. Paling bagus apabula kangkong akan Meningkatkan Kesihatan Mata sebab kandungan vitamin A yang tinggi juga penting untuk menjaga kesihatan mata dan mencegah penyakit mata seperti rabun malam. Ada banyak cara dalam mengambil sayur kangkonh sebagai makanan. Kangkung boleh dimasak dengan pelbagai cara di antaranya seperti Resepi Kangkung Goreng Belacan yang merupakan sejenis hidangan popular ini selalu menjadi pilihan utama dalam menu keluarga Melayu. Kangkung digoreng dengan bahan seperti belacan, bawang putih, dan cili merah untuk memberikan rasa pedas yang menyelerakan. Kangkong juga sesuai di masak sebagai Sup Kangkung iaitu pilihan yang sesuai untuk jadi hidangan tengahari yang sihat. Ia selalunya dimasak dengan ikan bilis dan ditambah sedikit lada putih untuk rasa yang lebih menyengat. Paling sering adalah resepi Kangkung Tumis dimana mudah disediakan menggunakan sedikit bawang putih dan sos ikan untuk rasa yang simple tetapi lazat. Perlu tahu ciri memilih sayur kangkung yang berdaun segar dan tidak layu. Pilih kangkong yang mana batangnya harus kelihatan hijau cerah dan tidak pecah. Penyimpanan kangkung dalam peti sejuk untuk memastikannya kekal segar dengan cara membungkusnya dengan kain basah sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik agar kangkung tahan lebih lama. Bagi penulis blog dapati dimana kangkung adalah sayuran yang tidak hanya enak dimakan tetapi juga kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Tidak kira sama ada anda memilih kangkung darat atau kangkung air, kedua-duanya menawarkan manfaat kesihatan yang sama hebat. Mulakan gaya hidup sihat anda dengan menambahkan kangkung ke dalam menu harian anda. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda untuk mereka juga mendapat manfaat dari sayuran yang hebat ini. Cuba juga pelbagai resipi kangkung hari ini dan rasai perubahan positif dalam kesihatan anda. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai untuk ia di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat terbaik kepada pembaca blog anim agro tgechnology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA KANGKONG... POPULAR DIA...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).

Tuesday, January 21, 2025

SEMBANG PASAL KANGKONG (PART 2)

SAYUR KANGKONG (Ipomoea spp.) merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 Celcius dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksidan dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira sembang pasal kangkong dari beberapa sumber sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Menarik dalam portal sinarharian.com bertajuk '
Tuai lebih satu tan kangkung hidroponik sebulan' memang menarik kisahnya. Bagi Muhd Syafiq sayuran kangkung yang hampir matang dan sedia untuk dituai menjadi kepuasan dirinya. Dia yang berada di Besut, Terengganu telah  mengusahakan tanah terbiar dengan menanam kangkung secara hidroponik membuahkan hasil apabila berjaya menuai lebih satu tan sayuran itu dalam tempoh sebulan. Dia dan rakannya telah  memulakan tanaman di atas tanah seluas 0.2 hektar bagi memperoleh pendapatan sampingan dengan berkongsi modal sebanyak RM35,000. Mereka tidak menyangka hasil tanaman itu mendapat sambutan hangat kerana ia dilakukan sekadar mengisi waktu terluang. Cara menanam kangkung secara hidroponik bagi mencari sumber pendapatan sampingan di samping mengisi masa lapang dan tidak sangka usaha ini membuahkan hasil yang memberangsangkan sehingga mampu meraih pendapatan kira-kira RM4,000 dalam tempoh sebulan di Kampung Gong Kepas, Besut. Merekayang bekerja sebagai 'freelance' di sebuah syarikat swasta dakwa setakat ini jumlah kangkung yang dituai dalam tempoh seminggu mencecah 300 kilogram (kg) dan dijual pada harga RM5 setiap sekilogram bagi jualan runcit. Selalunya dalam masa seminggu kita akan tuai dan jual kangkung ini sebanyak tiga kali, tetapi jumlah itu sebenarnya masih belum mencukupi untuk menampung permintaan pelanggan. Pelanggan tetap yang sentiasa mendapatkan bekalan kangkung ini adalah dalam kalangan pengusaha kantin dan restoran. Disebabkan kangkung ini mendapat permintaan tinggi setiap hari maka mereka juga terpaksa menghadkan pembelian bagi setiap pelanggan. Mereka menggunakan kaedah pertanian moden dengan menggunakan sistem hidroponik dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tanaman kangkung yang juga digelar 'sayur longkang' itu. Kaedah ini ia dapat mengawal dan memantau bagi memastikan sistem pengairan di sepanjang kawasan tanaman tersebut berjalan dengan lancar. Apa pun dengan kecanggihan teknologi dilihat kualiti hasil pertanian tanaman 'sayur longkang' ini lebih terjamin dan kaedah tanamannya juga lebih mudah serta tidak menggunakan tenaga yang lebih. Mereka kini sedang merancang untuk meluaskan kaedah tanaman secara hidroponik itu dengan pelbagai tanaman kontan lain termasuk sawi dan berhasrat untuk mengusahakan tanaman sayuran lain yang sesuai menggunakan kaedah hidroponik.


Berlainan pula sembang pasal kangkong di Pendang, Kedah apabila isu 'Tali air cetek, dipenuhi kangkung - Pesawah' untuk dikongsikan. Dilaporkan ada sekitar 20 orang pesawah di Kampung Alor Ali dan Kampung Tok Pauh Mukim Bukit Raya di sini mengalami kerugian apabila tidak dapat mengerjakan sawah kerana masalah perparitan. Bagi pesawah Abdul Hamid (45) dakwa tali air di kawasan sawah seluas 30 hektar itu tidak diselenggara dengan baik dimana ini menyebabkan ia semakin cetek selain dipenuhi kangkung (Sila lihat foto disebelah). Keadaan itu berlarutan sejak lima tahun lalu walaupun aduan kepada pihak bertanggungjawab sudah diajukan beberapa kali. Selalunya apabila musim hujan inilah masalah sawah disini bertakung dalam sawah dimana pihak MADA meminta pesawah ikut jadual tanaman tetapi macam mana hendak ikut kalau air masih bertakung. isu sama berlaku juga pada musim panas apabila air tidak boleh masuk ke dalam sawah menyebabkan proses tumbesaran padi akan terbantut. Apa pun setiap kali musim tanam padi maka pesawah disini akan rugi RM1,000 bagi setiap 0.3 hektar yang kami usahakan. Pesawah lain Ahmad Puzi (62) dakwa kali terakhir tali air berkenaan diselenggara adalah kira-kira tujuh tahun lalu dimana kini ia kembali cetek. Pesawah disini pernah berpakat mengumpul duit RM50 seorang untuk menyewa jengkaut bagi membuang kangkung di situ, namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah itu sepenuhnya. Tali air ini perlu didalamkan tapi kosnya terlalu tinggi, kami tak mampu nak sewa jengkaut untuk tempoh yang lama. Setiap kali musim padi pesawah hanya balik modal dan terpaksa bayar hutang kepada tauke padi dan MADA bagi pembelian benih padi. Rakannya pesawah Rosli Ahmad (52) dakwa keadaan yang dihadapi itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung kos membayar sewa jentera membajak dan membeli benih sebanyak dua kali. Sepatutnya pesawaj disini sudah mula menabur tapi sekarang terpaksa tangguh dulu, saya pula perlu bayar sewa kepada pemilik setiap musim. Jika MADA tidak mengambil tindakan kami tidak tahu bila kami boleh mula menabur benih dan mereka harap MADA mengambil berat aduan kami ini kerana sudah terlalu lama menanggung kerugian.


Kisah yang ini agak unik untuk disembangkan apabila ada 'Budak 6 tahun tanam kangkung, kongsi 10 keluarga' dan patut di contohi. Kisah dari Slim River, Perak dimana berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan (6) yang mula menanam kangkung dan kini hasil tanaman itu turut dikongsinya dengan 10 keluarga lain. Dia yang juga belajar sebagai murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Slim Permata, Slim River. Dia membeli tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya kemudian digunakan bagi membeli baja. Modal itu hasil tabungannya yang diberikan keluarga dan mampu menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan. Dakwanya kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran. Kalu sebelum ini dia tidak gemar makan sayuran namun selepas menanam sendiri kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran. Kemudian selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu dimana selebihnya disedekahkan kepada jiran. Aktiviti ini selalu dilakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat terbaik kepada pembaca blog anim agro tgechnology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KANGKONG... POPULAR DIA...
MUDAH DI TANAM... MURAH HARGANYA...
RAMAI ORANG ...SUKA MEMAKANNYA...
KANGKONG SOTONG...ADUH ENAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...