Support My Blog

Tuesday, November 10, 2026

ROTAN DAN FAKTA PENTING (PART 2)

ROTAN (Rattan)
adalah sejenis tumbuhan dari pokok palma memanjat (daripada keluarga Arecaceae dalam subkeluarga 'Calamoideae' yang banyak terdapat di hutan-hutan tropika terutamanya di Asia Tenggara. Bagi penulis blog dimana walaupun ia sering disebut sebagai 'Kayu Rotan' atau 'Batang Rotan' sebenarnya bukan kayu pokok biasa akan tetapi ia adalah sejenis 'liana' atau batang tumbuhan yang memanjat pokok lain menggunakan duri-durinya yang panjang. Maksud perkataan 'liana' adalah jenis t
umbuhan 'Merambat Berkayu' atau sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai akarnya di tanah dan menggunakan batang atau dahan pokok lain untuk naik ke kanopi hutan demi cuba mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan rotan tergolong dalam keluarga palma (Arecaceae) dan suku Calamoideae atau Calameae dan ia juga dikenali dari genus utama Calamus, Daemonorops dan Korthalsia yang unik. Dalam pada itu kalangan masyarakat ada yang lebih kenal dengan 'Buah Rotan tertentu' dimana ia dikenali sebagai 'Buah Manau' di Kalimantan atau 'Jernang' bagi spesies tertentu pula dilaporkan ada jenis yang unik sebab ia menghasilkan 'resin berdarah naga' atau 'Dragon's blood'. Apa pun di Sabah buahnya ini ia kadang-kala dipanggil 'Asam rotan'. Bagaimana pun ada dijual di pasaran akan sejenis produk menyerupai 'kayu rotan' yang di perbuat dari plastik atau dari PE rotan (resin wicker) dijadikan sebagai rotan turian untuk pelbagai kegunaan. Apa pun istilah 'Merotan' ia adalah perbuatan memukul menggunakan kayu rotan (rattan stick' atau dalam bahasa Inggeris sesebut 'Canning'. Ciri-ciri penting bati rotan dimana ia jenis tumbuhanyang berbatang panjang dan seragam apabila dewasa dan matang. Batangnya boleh mencapai kepanjangan ratusan kaki dengan ketebalan yang hampir sama di sepanjang batang dimana teksturnya adalah jenis kayu yang liat dan kuat. Ia memang berbeza dengan kayu biasa yang mudah patah dimana batang rotan sangat bersifat anjal, mudah dilentur apabila dipanaskan akan tetapi sangat kukuh. Melihat cara pertumbuhannya dimana ia jenis tumbuhan berperdu dan pokoknya mempunyai duri tajam pada daun dan batangnya untuk berpaut semasa memanjat ke atas silara pokok. Apa pun kegunaan utama rotan adalah untuk Industri Pembuatan Perabot yang premium harganya dimana selalu di jual dalam bentuk kerusi, meja, katil dan sofa kerana sifatnya yang tahan lasak dan estetik. Rotan juga sangat baik jika di jadikan barang anyaman atau produk kraftangan dimana ia akan disusun, dibelat, dianyam atau dihiris halus untuk menghasilkan bakul, nyiru, tikar, tambok dan banyak produk anyaman lain. Sejak dulu rotan yang besar akan di potong dijadikan Tongkat dan senjata tradisional walau pun kini sudah kurang popular. Menarik tinjau akan harga rotan di Malaysia dimana ia sangat berbeza mengikut jenis produk siap atau rotan segar sebagai bahan mentah, rotan untuk tujuan mendenda atau untuk menyebat atau jenis perabot rotan dan barangan kraf. Rotan Mentah yang belum diproses biasanya dijual mengikut gundal atau ikat dimana bagi Jenis Rotan Manau (Natural) dijual sekitar RM42 - RM46 seikat dan bagi Jenis Rotan Sega (Natural) dijual sekitar RM90.25 seikat. Ada lagi Jenis Rotan Ikat Tanpa Kulit yang di jual sekitar harga iaitu RM95 seikat sementara bagi Jenis Rotan Ikat Berkulit ia akan dijual sekitar RM99 - RM200 seikat. Di Malaysia masih boleh jumpa Jenis Rotan Sebat diman abagi jenis rotan sebat jenis Halus Biasa (Satu batang) ia dijual sekitar RM5.50 - RM8.50 seunit semtara bagi Rotan Sebat Manau (Rattan Stick ukuran 30-34mm) ia dijual sekitar RM16 seunit. Bila di jadikan produk kraftangan seperti DUlang Tampi Rotan (bentuk tigasegi saiz sederhana ia dijual sekitar RM18 - RM25 satu unit sementara bagi Bakul Rotan dijual dari RM20 - RM50 satu unit. Apa pun produk perabut rotan ia dijual bergantung kepada jenis dan kualiri daripada semurah RM300 kepada puluhan ribu ringgit. Artikel ditulis pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting bagi rotan untuk bahan rujukkan semua.

 
Fakta mengenai m
orfologi pokok rotan merujuk kepada ciri-ciri struktur fizikal luar tumbuhan palma memanjat ini (famili Arecaceae dari suku Calameae). Ciri-ciri utama dan morfologi Rotan yang tumbuh liar di dalam hutan atau yang di tanam selalunya ia mempunyai saiz batang yang panjang dan beruas-ruas dimana batang rotan adalah isinya padu atau tidak berongga di bahagian dalam dimanaia selalunya adalah pejal dan keras tetapi sangat anjal atau elastik. Penulis blog yang banyak kali melihat pokok rotan yang di tanam di kawasan kebun getah di Johor sebagai salah satu projek tajaan RISDA satu asa dulu mendapati dimana batang rotan ini akan dilindungi oleh pelepah dan duri yang panjang serta ianya sangat tajam serta keras untuk tujuan bagi pertahanan diri daripada ancaman haiwan. Ada laporan dimana dalam keadaan liar di hutan dimana batang rotan boleh memanjang atau boleh tumbuh sehingga beratus-ratus kaki atau ratusan meter dengan diameter secara yang agak seragam. Pokok rotanini ia mempunyai jenis pelepah dan daun agak unik sebab ia berbeza dengan pokok palma biasa yang tumbuh menegak membentuk silara (crown). DIlihat yang daun rotan bersifat majemuk dan tumbuh bertaburan berada sepanjang batang dimana pelepah daun menyelimuti ruas-ruas batang. Sebagai tumbuhan yang memanjang tumbuhan lain dimana ia mempunai sejenis 'Alat Pemanjat' yang seakan bentuk 'Cangkuk' di kenali sebagai 'Cirrus' atau 'Flagellum' dimana struktur ini ia mempunyai unjuran panjang yang juga dilengkapi dengan cangkuk-cangkuk kecil atau banyak duri melengkung. Cangkuk ini berfungsi sebagai pencengkam atau pengait pada batang pokok-pokok lain di sekitarnya bagi dapat membolehkan rotan memanjat kepada pokok lain dalam hutan untuk mendapatkan cahaya matahari. Ia mempunyai jenis akar serabut yang kukuh untuk menyokong kepada pertumbuhan batangnya yang panjang di lantai dan kanopi hutan. Menarik sebab pokok rotan spesis tertetu ia akan menghasilkan 'BUah Rotan' dimana selalunya buah rotan biasanya bersisik keras dan tersusun dalaman tandan dimana ada juga sesetengah spesies menghasilkan resin seperti warna darah naga (dragon's blood) atau buah yang boleh dimakan. Buah rotan ialah hasil hutan liar yang tumbuh daripada tumbuhan palma memanjat (spesies seperti Calamus spp. dan Daemonorops didymophylla). Ciri-ciri Buah Rotan ia mempunyai kulit yang keras, bersisik seperti buah salak tetapi saiznya lebih kecil sebesar hujung jari atau bola ping-pong bergantung pada spesies (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia berwarna coklat kekuningan apabila sudah masak dimana isinya sangat nipis, dan bertekstur kenyal serta ia mempunyai biji yang agak besar di bahagian tengah. Rasanya unik dengan gabungan rasa masam, kelat dan sedikit manis (sesetengah spesies atau yang dari Sarawak rasanya masam seakan-akan buah kelubi). Kegunaan Buah Rotan ia dimanak segar atau dijadikan snek atau makanan hutan oleh penduduk tempatan, masyarakat orang asli, atau pencinta alam. Ada yang menikmatinya bersama garam dan cili bagi menambah sensasi rasa masam serta kelat. Sesuai dijadikan jeruk atau dijadikan bahan pewarna Semula Jadi dari jenis khusus.


Walau pun kebanyakan pokok rotan ia tumbuh meliar dalam hutan tropikan akan tetapi ia masih boleh ditanam dengan melibatkan beberapa langkah penting daripada penyediaan biji benih, proses penyemaian, penjagaan sehinggalah penuaian bila pokokrotan matang. Pertama adalah  Peringkat 
Penyediaan dan Penyemaian Biji Benih dimana buah rotang matang di ambil dan dibersihkan diman dipilih buah rotan yang masak dan ia kemudian dikeringkan dengan cara dianginkan di tempat teduh selama 2 hingga 3 hari. Ia selepas agak kering maka biji direndam dengan Zat Perangsang Tumbuh (ZPT) yang dicampur air suam selama 10 - 20 minit dan biji benih disemai di dalam bedeng atau kotak semaian yang mana ada mengandungi campuran pasir dan humus. Tapak semaian ini mesti dilindungi daripada sinaran matahari terik dengan cara menggunakan paranet (50% -  60%). Kedua adalah Peringkat Penjagaan Anak Pokok Rotan di Polybag dimana apabila anak pokok tumbuh mencapai ketinggian kira-kira 0.5 meter atau mempunyai beberapa helai daun yang sihat dimana ia perlu dipindahkan ke dalam beg semaian (polybag) yang mengandungi tanah subur dan di letakkan dan dijaga anak pokok rotan di bawah naungan sehingga cukup kuat untuk ditanam di kawasan terbuka atau ladang. Ketiga adalah Peringkat Penanaman di Lokasi (Ladang atau Tanah Hutan) dimana pokok rotan gemar tumbuh di kawasan lembap atau ia berhampiran sungai atau tanah hutan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Pastikan sudah ada sistem tumbuhan untuk tujuan 'Sokongan Memanjat' kerana rotan adalah sejenis palma yang bersifat memanjat menggunakan cangkuk pada daunnya. Cara tumbuhnya ia memerlukan pokok-pokok lain atau sokongan kayu sebagai junjung untuk ia memanjat keatas atau ke silara. Ada laporan kajian di Malaysia oleh pihak MARDI dan RISDA dan Jabatan Hutan dimana bagi penanaman secara komersial adalah sangat disarankan mendapat panduan lengkap dengan hadir kursus atau boleh membaca tulisan saya (Sila klik disini). Penanaman rotan masih kurang mendapat sambutan kalangan petani di Malaysia sebab ia sukar di jaga dan berduri tajam.


Fakta menarik juga akan status industri rotan di Malaysia sebagai salah satu sektor ekonomi dan warisan kraf yang memanfaatkan sumber hutan tropika negara. Kekuatan asas berkaitan asas Industri Rotan di Malaysia dimana  Malaysia mempunyai lebih kurang 107 spesies rotan di Semenanjung Malaysia serta pelbagai jenis lagi di Sabah dan Sarawak, terutamanya dari genus Calamus. Punca bahan asas rotan ini adalah dimana r
otan tumbuh secara semula jadi di hutan malar hijau dimana sejak pertengahan 1980-an pihak kerajaan Malaysia turut menggalakkan pembukaan ladang rotan khas di beberapa lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak walau pun kini status kejayaannya jarang di laporkan kepada umum. Tujuan utama pencarian dan penanaman rotan adalah untuk pembuatan perabot dimana kayu rotan digunakan secara meluas untuk menghasilkan perabot rumah yang berkualiti tinggi dan tahan lasak iaitu dengan beberapa syarikat tempatan berkembang menjadi pengeluar serta pengeksport utama. Hasil rotan juga ia di gunakan dalam industri kraftangan dan anyaman dimana ia menjadi identiti tradisi masyarakat tempatan seperti bakul, tudung saji, beg tangan, tikar, dan topi tradisional (seperti terendak di Sarawak) yang diusahakan oleh komuniti kraf seperti beberpa pusat yang ujud di Terengganu, Kelantan dan Sarawak. Dalam kegegunaan lain di laporkan rotan juga digunakan dalam sektor hiasan serta alat-alat tradisional atau peralatan khusus. Ada di laprokan dimana dengan kemajuan teknologi dan perubahan zaman dimana status industri tradisional di Malaysia telah beransur-ansur merosot. Industri tradisional biasanya merujuk kepada kemahiran hidup yang mempunyai sejarah panjang dan berkembang daripada budaya, terutamanya berintensif buruh dan memberi tumpuan kepada pembuatan dan juga aktiviti pemprosesan. Selain perikanan dan pertanian, industri tradisional negara termasuk pandai besi, kedai jahitan, dobi tradisional, rombongan teater, perkhidmatan duplicat kunci, pembuatan kapal kayu, industri kraftangan seperti didalam aktiviti pemprosesan rotan, ukiran kayu, tembikar, alat muzik tradisional, pembuatan barangan berasaskan timah, terompah dan sebagainya. Apa pun didalam menghadapi masyarakat perindustrian dan komersial moden serta teknologi moden, industri tradisional hampir tidak mempunyai daya saing sebab Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai spesis rotan. Menurut Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, terdapat kira-kira 107 spesies rotan yang terdiri daripada lapan genera di mana hanya 20 spesies sahaja yang dikenal pasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran di semenanjung Malaysia. Pada pertengahan hingga akhir abad ke-20, hampir setiap isi rumah mempunyai produk buluh dan rotan buatan tangan, terutamanya sofa rotan dan kerusi rotan yang merupakan perabot penting bagi setiap isi rumah. Hari ini bagaimana pun jenis perabot kayu dan plastik yang dihasilkan secara industri agak murah dan reka bentuk mereka adalah novel dan pelbagai, menjadikan produk rotan yang popular pada akhir abad lalu bukan lagi pilihan pertama. Kalangan para pemilik generasi kedua sebuah kedai rotan di Alor Setar, Kedah yang telah menjalankan perniagaan lebih setengah abad berkata, ramai tukang yang terlibat dalam kraf rotan adalah lebih tua, hal ini demikian kerana generasi muda kurang minat dalam kemahiran berkenaan hingga dilapor ia menyebabkan kemahiran tersebut tidak diturunkan. Masalah ini boleh menyebabkan kehilangan kemahiran membuat rotan dan kemerosotan industri. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...
KAYU ROTAN ...IA TUMBUH DI MALAYSIA...
ROTAN MATANG...KUAT DAN BERHARGA...
BANYAK DIGUNA...JADI PERABUT DIA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...