Support My Blog

Wednesday, November 4, 2026

IKAN CENCARU DAN FAKTA PENTING (PART 2)

IKAN CENCARU
(Megalaspis cordyla) ialah sejenis ikan laut tropika daripada keluarga Carangidae dimana ia berada sama dnegan keluarga ikan selar dan ikan kembung yang mana ia juga lebih dikenali sebagai 'Ikan Jaket' atau '
Ikan Keras Ekor'. Dala pada iru penulis merujuk pakar perikanan laut dimana dia nyatakan ada banyak nama lain bagi ikan cencaru antaranya adalah Ikan Tegang Ekor, Ikan Caru, Ikan Cencaru Kuda (bagi saiz yang besar melebihi 1 kg), Ikan Bet Bet, Ikan Cincaru atau Ikan Cincaro, Ikan Torpedo Scad (bahasa Inggeris), Ikan Hardtail Scad, Ikan Finny Scad, Ikan Finletted Mackerel Scad dan juga Ikan Cordyla Scad. Menarik di kongsikan fakta asas dimana Ikan Cencaru ini ia kenali sebagai ikan laut yang mempunyai beberapa ciri khas yang membezakannya daripada ikan lain dan pertama Ikan Cencaru Berkulit Keras dan Bersisik Keras serta ia mempunyai satu baris sisik tebal yang besar dan keras seperti perisai atau 'jaket' di sepanjang garisan sisi badannya dari bahagian kepala ssehingga ke sirip hingga ke ekor. Meneliti akan kulit keras pada ikan cencaru yang juga ada garis sisi bertulang keras dimana ada barisan sisik yang tebal, keras dan tajam di kedua-dua belah badan ikan tersebut. Apa pun kulit kerasi ikan cencaru ini ia dijadikan Ciri-ciri Utama Ikan Cencaru sebab ia mempunyai 'Perisai Semula Jadi' yang berfungsi seperti cengkerang atau perisai di sepanjang sisi ikan cencaru. Ada 'Bahagian Tajam' dimana ikan inni ia mempunyai bucu yang tajam dan boleh melukai tangan jika tidak disiang dengan berhati-hati. Gelaran 'Ikan Jaket' di sesetengah tempat sebab kulitnya yang keras ini kelihatan seperti jaket yang membalut badan ikan. Pengguna boleh membuang kulit keras Ikan Cencaru iaitu memotong sirip di bahagian atas, bawah dan tepi ikan terlebih dahulu bagi mengelakkan tangan tercedera. Caranya adalah dengan menggunakan hujung gunting untuk mencucuk atau cuba  melubangkan sedikit bahagian kulit keras berhampiran kepala atau badan. Kemudian dengan menggunakan playar untuk mengepit bahagian kulit keras tersebut dan ia kemudian tarik atau rentap dengan kuat menghala ke arah ekor. Ciri khas ikan ini me mempunyai bentuk badan seperti 'Torpedo' atau bentuk 'streamline' yang membolehkannya berenang dengan pantas di kawasan air laut yang terbuka. Ia juga mempunyai jenis sirip tambahan (Finlets) iaitu mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang mana ia terpisah di belakang sirip dorsal (atas) dan sirip anal (ada di bahagian bawah) sebelum sampai ke ekor. Ikan Cencaru mempunyai warna badan iaitu di bahagian belakang berwarna biru kekelabuan atau kehijauan, manakala bahagian perut berwarna perak. Ia juga mempunyai satu bintik hitam yang jelas pada penutup insang (operculum). Ikan inu adaah ikan dengan tekstur isinya tebal, padat dan tidak mudah hancur apabila dimasak dan sebab itu ia sangat popular untuk dibuat cencaru sumbat. Ia dengan satu baris sisik tebal dan keras (seperti perisai atau jaket) dari bahagian sirip hinggalah ke ekor boleh membesar antara 25 - 80 cm iaitu dengan berat maksimum sekitar 4 kg. Ikan cencaru matang bersaiz 1 kg ke atas sering dipanggil cencaru kuda. dimana taburan ikan ini banyak ditemui di kawasan perairan terbuka Indo-Pasifik iaitu  dari Afrika Timur hingga ke Jepun dan Australia terutamanya banyak di Malaysia dan Indonesia. Ikan cencaru mempunyai tekstur isinya pejal, manis dan tidak mudah hancur walaupun dimasak lama. Kegunaan dalam masakan bagi ikan cencaru di Malaysia paling popular adalah Resepi dimana pada bahagian belakang ikan dibelah untuk disumbatkan dengan pes sambal atau rempah sebelum digoreng atau dibakar. Jenis masakan lain yang ramai suka adalah dimasak masak kicap, asam pedas atau Ikan Cencaru Bakar cicah sambal kicap. Penulis blog dapati dimana harga purata di Malaysia bagi Jenis Ikan Cencaru adalah purata RM19.40 sekilogram iaitu dengan purata sekitar 4 -  6 ekor Sekilogram pada Oktober 2026. ber 2026. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta tentang Ikan Cencaru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semuanya.


Bagi penulis blog dimana fakta tentang ikan cencaru (Megalaspis cordyla) ialah sejenis ikan pelagik karnivor yang hidup di kawasan perairan tropika dan perairan subtropika. Dilaporkan yang habitat Ikan cencaru ia berada dikawasan atau ia tinggal di zon pelagik (air terbuka) dari kawasan pesisir pantai hingga ke laut lepas. Ia suka kawasan dengan kedalaman diantara 20 - 100 meter. Apa pun ikan ini ia mempunyai taburan geografi atau ada banyak ditemui di kawasan Indo-Pasifik Barat iaitu dari Afrika Timur, Asia Tenggara (termasuk Malaysia dan Indonesia) sehingga ke laut sekitar Jepun dan Australia. Ikan ini ia suka berenang dan bergerak secara berkumpulan (schooling) dalam jumlah yang besar dan aktif. Makanan Ikan Cencaru sebagai sejenis ikan yang karnivor atau ikan pemangsa (predator) aktif selalnya ia memakan ikan-ikan kecil, krustasea (seperti udang kecil atau plankton besar), dan Sefalopod (seperti sotong kecil). Dalam air kelihatan ia mempunyai bentuk badan menyerupai torpedo dengan kulit yang keras dan bersisik tebal di bahagian ekor (Sila lihat foto disebelah) . Bentuk badannya yang lonjong dan tirus seperti torpedo dengan kepalanya yang sedikit cembung dengan bibir yang tidak menebal membolehkan ia bergerak cepat. Ia mempunyai ciri garis Sisi dan Sisik (Jaket) yang mana ia bertulang keras dan tebal di bahagian belakang badan/ekor (sering dipanggil 'jaket' atau 'keras ekor'. Ia juga mempunyai sirip kecil (Finlets) iaitu deretan 7 - 9 sirip kecil terpisah (detached finlets) di belakang sirip dorsal (atas) dan sirip anal (bawah). Ia mempunyai warna badan iaitu pada bahagian atas berwarna biru kelabu atau hijau kebiruan, manakala bahagian bawah berwarna perak. 


Kitaran hidup ikan cencaru (Megalaspis cordyla) yang juga dikenali sebagai ikan jaket atau torpedo scad, mengikut proses biologi ikan pelagik (ikan air terbuka) yang bertelur di laut. Secara amnya, jangka hayat maksimum ikan ini adalah sekitar 4 hingga 5 tahun. Antara peringkat-peringkat dalam kitaran hidup ikan cencaru yag pertama adalah Peringkat Telur (Spawning) diman lazimnya ikuti musim mengawan iaitu ikan cencaru mempunyai musim membiak yang panjang sepanjang tahun. Di sesetengah kawasan (seperti Laut Arab), terdapat dua puncak musim bertelur (Mei - Jun dan November - Februari), manakala ada masa di perairan India ia direkodkan aktif antara Mac hingga Julai setiap tahun. Selaluny aberlaku 'Persenyawaan Luar' dimana ikan cencaru betina yang matang akan melepaskan ratusan ribu telur (potensi fekunditi yang tinggi) ke dalam kolum air terbuka, dan disenyawakan secara luaran oleh ikan jantan. Apa pun telur-telur ini bersifat pelagik (terapung secara bebas di lautan). Kedua ada Peringkat Larva dimana selepas telur menetas, ia menjadi larva yang sangat kecil. Larva ikan cencaru akan hanyut mengikut arus laut (planktonic stage). Pada peringkat awal ini selalunya larva ini akan memakan mikro-plankton untuk membesar. Ketiga ada Peringkat Ikan Muda (Juvenile) iaitu apabila larva membesar dan mula membentuk ciri-ciri fizikal luaran seperti bentuk torpedo dan sirip kecil (finlets), mereka memasuki fasa juvenile (anak ikan). Lazimnya anak-anak ikan cencaru mula bergerak dalam kumpulan (kawanan kecil) di kawasan pesisir pantai, kawasan payau, atau berhampiran terumbu karang yang cetek untuk mencari perlindungan daripada pemangsa. Apa pun jenis diet awal bagi peringkat ini dimana ia mula memakan krustasea kecil dan plankton yang lebih besar. Kempat adalah Peringkat Ikan Cencaru Dewasa (Adult) atau 'Saiz Matang' dimana jenis ikan cencaru betina akan mencapai kematangan seksual (sedia untuk membiak) apabila saiz badannya mencecah sekitar 22 - 26.5 cm, manakala ikan jantan matang pada saiz sekitar 26.4 - 27 cm. Umur purata peringkat ikan cencaru matang ini adalah sekitar 2.4 tahun dimana setelah dewasa maka ikan ini akan hidup dalam kawanan (schooling) yang besar di kawasan air terbuka (pelagik) pada kedalaman 20 hingga 100 meter. Ikan yang bersifat Karnivor bila jenis ikan cencaru dewasa bertukar menjadi pemangsa yang agresif, memburu ikan-ikan yang lebih kecil, sotong (sefalopod), dan udang. Apa pun jika berjaya mengelak daripada ditangkap atau dimakan pemangsa besar maka lazimnya ikan cencaru boleh membesar sehingga saiz maksimum 80 cm dengan berat mencecah 4 kg (saiz gergasi ini biasa dipanggil Cencaru Kuda di Malaysia). Kitaran ini kemudiannya berulang semula apabila ikan cencaru dewasa ini melepaskan telur di kawasan air terbuka.


Di laporkan ada beberapa Cara Tangkapan Ikan Cencaru (atau dikenali sebagai ikan jaket) boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah berkesan iaitu cara tangkapan sama ada menggunakan umpan tiruan mahupun umpan hidup atau guna umpan yang mati. Oleh kerana cencaru ialah jenis ikan pelagik yang gemar bergerak dalam kawanan maka selalunya di laporkan dimana teknik tangkapan berkumpulan adalah yang paling popular. Di antara cara-cara utama untuk menangkap ikan cencaru pertama adalah Cara Tangkapan Teknik Sabiki atau Pancing Apollo (Paling Popular) dimana teknik ini ia merupakan kaedah nombor satu yang teknik paling banyak dipraktikkan oleh pemancing di kelong, unjam, jeti atau bot. Apa pun kaedah tangkapan ini ia menggunakan rangkaian mata kail tiruan berbulu (sabiki atau apollo) biasanya saiz no12 hingga no14 dimana penulis blog ada banyak kali melakukannya di Laut Mersing semasa bertugas di sana dari 1998 - 2001. Apa pun selalunya para pemancing hanya perlu menghulurkan tali ke dalam air dan mengenjot joran secara naik-turun untuk menarik perhatian kawanan ikan. Cara ini ada banyak variasi berumpan dimana untuk hasil yang lebih premium maka para pemancing boleh mencangkukkan sedikit hirisan daging sotong atau udang pada setiap mata apollo. Iakan Cencaru sangat agresif menyerang apollo berumpan dan bila sangkaut terus di naikkan keatas sebanyak mana mata kail yang di sambar. Kedua ada Cara atau Teknik Pancingan Dasar (Bottom Fishing) dimana cara ini ia sesuai digunakan jika memancing dari atas bot yang berhenti di kawasan lubuk atau unjam.  Caranya dimana umpan diturunkan menggunakan batu ladung sehingga mencecah dasar laut, kemudian karau atau naikkan sedikit (anggaran 30 cm) dari dasar. Jenis umpan paling sesuai gunakan hirisan sotong, udang yang dikopek kulit, atau potongan ikan kecil (seperti kembung atau tamban). Ketiga ada Cara Tangkapan Dengan Jigging Mikro (Micro Jigging) iaitu satu kaedah sukan pancingan yang sangat menghiburkan kerana cencaru mempunyai daya juang yang kuat pada set pancingan ringan (light tackle). Ia m
enggunakan umpan besi tiruan kecil (micro jig) seberat 10g hingga 20g. Warna yang paling efektif selalunya adalah keperakan (silver) atau biru neon bagi menyerupai ikan bilis. Cara jig dilepaskan ke kedalaman air lalu dikarau laju sambil disentap (fast jigging) bagi meniru pergerakan anak ikan yang panik. Keempat Ada Cara Tangkapan Teknik Carolina Rig (Soft Plastic) iaitu satu lagi cara yang semakin diminati untuk menjerat cencaru di kawasan muara atau pesisiran pantai. Ia menggunakan umpan tiruan bergetah (soft plastic) bergaya anak ikan. Apa pun selepas dilontar, biarkan ladung mencecah dasar. Karau tali dengan hujung joran tegak ke atas sambil menyentak dua hingga tiga kali, kemudian biarkan ia tenggelam semula. Proses ini diulang-ulang untuk mencetuskan sifat pemangsa ikan cencaru. Kelima ada Cara Tangkapan Teknik Hanyut (Drifting) dimana nelayan akan membiarkan bot berhanyut perlahan mengikut arus laut. Umpan hidup atau potongan segar dihanyutkan pada kedalaman pertengahan air atau menghampiri dasar. Pelampung juga boleh digunakan untuk mengawal jarak kedalaman umpan. Apa pun formulanya dimana waktu terbai cari ikan cencaru di laut ia terkenal aktif makan pada waktu lewat petang atau menjelang senja (sebab itu wujud istilah 'cencaru makan petang' serta ketika kemuncak air pasang besar. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...

IKAN CENCARU ....IKAN RAKYAT JUGA...
KULITNYA TEBAL...DI BAKAR ENAKNYA...
BANYAK KHASIAT...HARGA SEDERHANA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...