Support My Blog

Wednesday, November 18, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 4)

KOPI (Coffee)
adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari pokok Kopi ( Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sevagau serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebanarnya ada t
iga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dinmana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat, menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari egi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  Kahwa atau Kawa sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab/Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), CafĂ© (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong. Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan musang (civet). Dilaporkan dimana negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopo Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.


Dalam laporan satu akhbar tempatan dimana penulis dapat info dimana MARDI berjaya hasilkan beberapa varieti atau masa dulu dipanggil sebagai 'klon kopi'. Bagaimana pun semasa saya bertyugas d Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Putrajaya telah berjaya bagi menggantikan perkataan 'klon kopi' ini kepada perkataan 'Varieti Kopi' agar lebih mudah dan lebih sesuai diperjelaskan mengikuti 'plant classification system' yang lebih signifikan. Antara klon kopi yang berjaya dihasilkan oleh MARDI adalah menerusi aktiviti penyelidikan di Stesen MARDI Kluang, Johor seperti varietu Liberica dan Robusta dan sebahagiannya sudah dilancarkan kepada umum. Setakat yang diketahui d Malaysia dimana masih ramai pembacc blog yang tidak tahu akan statistik yang tepat mengenai nilai sebenar industri kopi tempatan meskipun kelihatan ia makin popular dalam kalangan peminat minuman tersebut di negara ini. Bagaimana pun penulis yang pernah terlibat teus dengan industri kopi mendapati Malaysia mengimport sekitar 80,000 mt biji kopi mentah dengan nilai anggaran import sekitar RM850 juta setahun. Bagaimana pun nilai eksport produk kopi pada tahun 2015 dicatitkan sebanyak RM1.23 billion iaitu produk proses berasaskan kopi. Merujuk rekod dimana nilai eksport kopi (biji kopi) Malaysia pada tahun 2025 adalah sebanyak RM274.4 juta, manakala nilai eksport bagi kategori produk berasaskan kopi secara keseluruhan pada tahun 2024 mencecah RM3.09 bilion. Perbezaan angka ini bergantung kepada skop klasifikasi perdagangan yang digunakan oleh agensi kerajaan dimana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai eksport komoditi kopi mentah/biji kopi merekodkan sebanyak RM274.4 juta berbanding nilai import sebanyak RM2.571 bilion. Dilaporkan dimana produk yang Berasaskan Kopi (Data 2024) oleh Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dilaporkan nilai keseluruhan eksport industri kopi termasuk kopi diproses (seperti kopi segera, kopi putih, dan serbuk kopi) mencecah RM3.09 bilion pada tahun 2025 iait ia meningkat 28.8% berbanding tahun 2023. Pasaran utama eksport Biji Kopi (2025) ada lima destinasi iaitu Filipina sebanyak RM61.3 juta, Singapura (RM60.5 juta), Thailand (RM47.5 juta), Korea Selatan (RM26.7 juta) dan Indonesia (RM13.1 juta). Kadar import biji kopi mentah ini menyebabkan Malaysia menghadapi masalah deficit 'Balance of Trade'. Aktiviti penanaman kopi di Malaysia terus menurun kerana semakin kuang minat petani untuk menanam kopi. Justeru, ramai tidak mengetahui perkembangan semasa industri kopi dari aspek pengeluaran dan penyelidikan kerana ia hanya popular semasa berada di dalam cawan di atas meja sahaja. Walau bagaimanapun, senario sebenar industri kopi tidak ramai yang ingin untuk mengambil tahu meskipun terdapat usahawan kopi terkenal di merata tempat ketika ini. Seperti dinyatakan sebelum ini dimana usaha memasarkan kopi tidak begitu rumit terutama apabila disokong dengan pelbagai bentuk pengeluaran kopi seperti pracampuran yang begitu popular ketika ini. Pasaran kopi dunia mengalami kenaikan dan penurunan harga yang sukar dijangka dimana disebabkan harga rendan menyebabkan penanam kopi berubah jumlah tanamannya kepada tanaman lain yang lebih tinggi kadar pulangannya.


Memang terdapat pengusaha yang menanam kopi secara kecil-kecilan dan ada yang menanam agak luas sperti estet atau ladang komersial. Isunya adalah sejauh mana mereka mampu memenuhi permintaan pasaran daripada segi kuantiti pengeluaran. Kajian penulis mendapati tahap pengeluaran kopi tempatan berbanding dengan import amat tinggi iaitu hanya sekitar 2% sahaja. Ini bermakna Malaysia mengimport sebanyak 98% daripada luar negara untuk keperluan domestik dan eksport. Kalau sebelum ini ada sekitar 100 syarikat yang diberikan Permit Import (AP) ileh kerajaan, semenjak Febuai 2016 Perdana menteri melalui kaedah iaitu pengubahsuaian bajet telah memansuhkan AP ini. Kini semua syarikat boleh membawa masuk biji kopi mentah ke Malaysia mengikuti konsep liberalisasi. Ini akan menjadikan program penanaman kopi didalam negara semakin kurang diminati dimasa akan datang. Harga kopi import adalah jauh lebih murah daripada kos pengeluaran kopi dalam negara. Penulis mendapati harga kopi import hampir separuh daripada kos harga kopi tempatan. Bagaimanakah program menanam kopi yang diluluskan dalam RMK Ke 11 dan RMK ke 12 yang akan dilaksanakan jika pengmportan biji kopi mentah telah diliberisasikan?. Penulis blog yang mengikuti terus akan semua perkembangan industri penanaman kopi mendapati di Malaysia ianya semakin malap. Walau ada bajet khusus untuk menanam kopi dilaporkan oleh Jabatan Pertanian dimana ne=memang semakin kurang petani di Malaysis terutama di Semenanjung Malaysia hendak menanam kopi. Kita sama-sama tunggu dan melihat akan perkembanan industri penanaman kopi ini jika tidak ada perancangan yang ebih baik. Malaysia mengimport jutaan tan biji kopi mentah setiap tahun bagi menampung kadar permintaan biji kop yang terus mecanak naiknya. Apa pun penulis sebenanya setuju untuk AP pengimportan biji kopi mentah ini dibatalkan dimana industri kopi negara terus berkembang dengan lebih sihat.


Jika hendak menanam kopi adakah baka atau benih yang mereka hasilkan berkualiti serta mampu untuk memenuhi selera penggemarnya serta berpotensi untuk dipasarkan. Laporan menunjukkan kopi Arabica adalah paling disukai oleh penduduk dunia dan diikuti dengan jenis kopi robusta. Kopi tempatan yang banyak ditanam di Malaysia adalah jenis kopi Liberica yang kurang disukai oleh penduduk dunia. Kopi liberica adalah lebih pahit dan diminati oleh penduduk tempatan sahaja. Berdasarkan sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal dari Ethiopia, Afrika kira-kira 3,000 tahun dahulu. Sejak sekian lama kopi menjadi minuman paling popular di seluruh dunia. Menyedari akan kepentingan memperhebatkan semula industri kopi MARDI menjalankan penyelidikan teknologi pengeluaran serta menghasilkan benih baharu kopi varieti Liberica dengan menghasilkan bahan tanaman yang bermutu. Penggunaan varieti Liberica adalah tepat memandangkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan tanah di negara ini. Jabatan Pertanian merupakan mereka yang terlibat dalam industri kopi semenjak zaman penjajah lagi. Mereka memajukan tanaman kopi sebagai tanaman selingan dan tanaman monokrop melalui projek kelompok dan projek usahawan komersil. Dilaporkan pada satu ketika iaitu kira-kira 30 tahun lalu jumlah pengeluaran kopi Liberica hanyalah antara 0.3 tan hingga 0.7 tan sehektar tetapi kini ia telah meningkat lagi denga penggunaan varieti baru. Justeru bagi menampung keperluan segera tanaman kopi yang berkualiti pihak MARDI melakukan penyelidikan, penilaian dan pemilihan dan berjaya menghasilkan benih polihibrid sebagai bahan tanaman iaitu MKL 1 pada 1992 sehingga sekarang. Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...