Support My Blog

Sunday, November 15, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KOPI (Coffee)
 adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari Pokok Kopi ( Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sevagau serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi penulis blog yang sudah menulis lebih 60 artikel mengenai kopi memahami banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebanarnya ada t
iga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dinmana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat, menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari segi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  Kahwa atau Kawa sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab/Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), Café (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong. Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan musang (civet). Dilaporkan dimana negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopo Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.
 . 

Jumlah pengeluaran kopi dunia kini ia dianggarkan mencecah rekod 178.8 juta beg (bersamaan 60 kg setiap beg) atau sebanyak 10,728 juta kilogram bagi musim 2025/2026 dan diunjurkan meningkat kepada 189.7 juta beg pada musim 2026/2027 dengan Brazil dan Vietnam masih lagi menguasai lebih separuh daripada bekalan global. Dari segi kegunaan dilaporkan dimana biji kopi dunia dikomersialkan terutamanya melalui dua spesies utama iaitu Jenis Kopi Arabica dan Jenis Kopi Robusta untuk menghasilkan pelbagai produk minuman serta bahan industri makanan dan kosmetik. Menurut laporan USDA di laporkan ada lebih 70 negara diseluruh dunia yang ada menanam kopi secara komersial. Namun sebenarnya majoriti pengeluaran global tertumpu kepada 10 negara utama iaitu Brazil, Vietnam, Indonesia, Colombia, Ethiopia, Honduras, Uganda, Peru, India dan Mexico. Negara Brazil menghasilkan sebanyak 
60 - 69 beg atau guni (setiap guni 60 kg) setahun iaitu dari jenis Kopi Arabica danKopi Robusta dan ia adalah  pengeluar kopi terbesar di dunia yang menghasilkan kira-kira satu pertiga daripada jumlah bekalan kopi global. Petani di Brazil mengusahakan tanaman kopi secara perladangan dengan penggunaan alatan jentera dan di tanam oleh kalangan pekebun kecil. Di Brazil dimana Jenis Kopi Arabica adalah jenis utama dan paling banyak ditanam dimana ini menjadikan Brazil pengeluar Arabica terbesar di dunia. Apa pun jenis Kopi Robusta atau dan ada kopi ini yang dikenali tempatan sebagai 'Conilon' yang ditanam dalam kuantiti yang besar di beberapa wilayah tertentu. Ladang kopi di Brazil meliputi kawasan seluas kira-kira 2.7 juta hektar (27,000 km²) yang tertumpu di wilayah tenggara negara tersebut seperti di Minas Gerais seawasan pengeluar terbesar yang dilaporkan ia menyumbang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan nasional termasuk daerah terkenal seperti Cerrado dan Santo Antônio do Amparo), São Paulo, Espírito Santo (ia adalah pusat utama pengeluaran kopi Robusta/Conilon). Kedua adalah negara Vietnam yang merupakan pengeluaran kopi kedua terbesar di dunia (selepas Brazil dengan pengeluaran dan eksport dari Vietnam sekitar 1.62 - 1.7 juta tan biji kopi setahun (atau kira-kira 29 - 30 juta beg). Negara ini juga merupakan salah satu pengeksport utama bagi kopi segera (instant coffee) di peringkat global keseluruh dunia. Apa pun jenis Kopi Robusta merupakan jenis utama di tanam (93- 97%) daripada jumlah keseluruhan pengeluaran kopi di Vietnam  yang mempunyai rasa lebih kuat serta kandungan kafein yang tinggi. Ada sebahagian kecil sahaja di Vietnam yang menanam jenis arabica terutama di kawasan-kawasan tanah tinggi tertentu yang mempunyai iklim yang sesuai. Kawasan utama penanaman kopi di Vietnam tertumpu di wilayah Tanah Tinggi Tengah (Central Highlands) dan beberapa wilayah lain seperti di Dak Lak (wilayah pengeluar utama), Lam Dong, Dak Nong, Gia Lai dan di Kon Tum. Antara wilayah tambahan lain yang tanam kopi termasuk di Son La, Dien Bien, Quang Tri, Binh Phuoc, Ba Ria-Vung Tau dan Dong Nai.


Seteruanya adalah Negara Colombia sebagai salah satu pengeluar kopi terbesar di dunia khususnya bagi kategori kopi Arabica. Jumlah Pengeluaran Kopi Colombia secara purata menghasilkan kira-kira 11.5 - 14 juta beg kopi setahun (bergantung kepada musim dan unjuran tahunan, contohnya diunjurkan mencapai sekitar 13.8 juta beg dalam unjuran pasaran baru-baru ini). Dilaporkan Colombia kini ia menduduki tangga ketiga dunia dalam kemampuan keluarkan jumlah  keseluruhan pengeluaran kopi (selepas Brazil dan Vietnam) akan tetapi merupakan pengeluaran biji kopi Arabica tertinggi di dunia atau kedua terbesar dalam Arabika bergantung kepada data tahunan.  Di Colombia jenis Kopi di tanam adalah 100% jenis Arabica yang berkualiti tinggi, beraroma dan seimbang (washed arabica). Dilaporkan dimana antara varieti utama yang ditanam di Colombia adalah sepeti  Caturra, Castillo, Colombia, Typica, Bourbon, Maragogype, dan Tabi. Tanaman kopi di Colombia tertumpu di kawasan pergunungan Andes dengan ia merentasi tiga julat utama (Tengah, Barat dan Timur) pada ketinggian ideal antara 1,200 - 2,000 meter dari aras laut. Ada juga kawasan 'Segitiga Kopi' atau dalam bahasa tempatan sebagai 'Eje Cafetero' yang sudah dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO untuk di kekalkan yang merangkumi jabatan Caldas, Quindío dan Risaralda, serta kawasan sekitar Tolima. Keempat ada negara jiran iaitu Negara Indonesia sebagai salah satu negara penghasil kopi terbesar di dunia (peringkat keempat). Jumlah pengeluarannya sekkitar 758 - 795 metrik tan setahun iaitu berdasarkan data statistik nasional dan global dimana ia didominasi oleh perkebunan rakyat kecil yang mencakup sekitar 92% dari total keseluruhan lahan kopi di Indonesia. Apa pun jenis Kopi Utama di Indonesia ada tiga jenis utama kopi iaitu Jenis Kopi Robusta yang merupakan jenis yang paling banyak diproduksi di Indonesia (mendominasi sebagian besar total produksi) dimana ia tumbuh subur di dataran rendah hingga ketinggian 400 - 700 mdpl (atau hingga 1.000 mdpl), dengan rasa yang lebih kuat, pahit dan kadar kafein tinggi. Indonesia juga menanam Kopi Arabica di dataran tinggi dengan ketinggian 1,000 - 1,200 mdpl yang mana jenis ini ia mempunyai ciri-ciri rasa yang lebih kompleks, aromatik dan tingkat keasaman khas. Ketiga Indonesia juga menanam Jenis Kopi Liberica iaitu dalam jumlah yang lebih sedikit dibanding Arabika dan Robusta. 
Lokasi penanaman kopi di Indonesia sangat tertumpu di beberapa pulau utama seperti Sumatera sebagai penyumbang terbesar (bekalkan lebih dari 1/4 dari jumlah nasional seperti di Kawasan Sumatera Selatan yang mana ia adalah pengeluar kopi terbesar di Indonesia dengan menfokuskan jenis kopi Robusta. Ia berp pusat di Lahat, Muara Enim dan kawasan sekitarnya dari ratusan ribu hektar lahan). Kedua di Lampung dimana kawasan ini ia dikenali sebagai gudang utama dan sentra pengeluaran kopi Robusta terbesar di Indonesia (terutama di Lampung Barat, Lampung Tengah, dan Lampung Selatan). Di Kawasan Aceh (Dataran Tinggi Gayo) ia sudah terkenal secara internasional dengan produk 'Kopi Arabika Gayo'. Selain itu wilayah Mandailing Natal dan sekitar Danau Toba popular dengan produk khas seperti Kopi Mandailing. DI Pulau Jaea seperti di Jawa Timur dan Jawa Tengah mereka menanam kopi Arabika dan Robusta berkualiti.  


Penulis blog paparkan negara pengeluar kopi dunia yang hebat ke lima iaitu Negara Ethiopia dengan anggaran jumllah pengeluaran Ethiopia sekitar 11.6 - 12.1 juta beg 60-kilogram (atau ia sekitar 400,000 mt) setiap tahun dan jumlah ini sudah menjadikannya salah satu pengeluar dan pengeksport kopi terbesar di Afrika. Ethiopia mampu mengeksport jutaan beg kopi dengan pendapatan berbilion dolar, dan sektor ini menyokong jutaan petani tempatan. Apa pun jenis utama kopi
di Ethiopia sebagai tempat asal bagi Kopi Arabika (Coffea arabica) dimana ia juga sering dikaitkan dengan 'Kopi Warisan Abyssinia' dengan mempunyai ciri biji kopi Arabica yang mana ia tumbuh secara semula jadi di dataran tinggi dengan pelbagai varieti tempatan (heirloom) yang menghasilkan profil rasa unik seperti nuansa bunga (floral), buah-buahan, sitrus, melati dan beri. Tanaman kopi di Ethiopia dilaporkan tertumpu di beberapa wilayah dataran tinggi utama (ketinggian sekitar 1,200 - 2,000 meter ke atas dari aras laut) seperti di kawasan Yirgacheffe yang terkenal dengan kopi berkualiti tinggi yang diproses cara basah (washed), mempunyai aroma bunga dan teh. Ia di tanam di Sidamo (Sidama) iaitu salah satu wilayah pengeluar utama yang menghasilkan kopi berprofil rasa manis dan seimbang serta di Harrar sebagai satu wilayah pengeluar kopi tertua di Ethiopia dengan ciri khas rasa beri yang berani (bold). Kopi di tanam juga di Limu dihasilkan kebanyakannya oleh pekebun kecil dengan profil rasa sitrus yang bersih serta di Kaffa & Jimba (Jima) iaitu dikawasan asal usul sejarah tempat kopi pertama kali ditemui (hutan Kaffa) dengan pelbagai varieti heirloom serta di Guji (Uraga) iaitu satu kawasan dataran tinggi yang terkenal menghasilkan biji kopi specialty bermutu tinggi. 


Keenam adalah Negara Uganda yang merupakan pengeksport kopi terbesar di Afrika dan menyumbang kira-kira 4% daripada bekalan kopi dunia iaitu dengan pengeluaran tahunan sekitar 6.7 juta beg (sekitar 400,000 tan metrik) bagi musim 2024/25. Lebih daripada 1.7 juta isi rumah petani kecil di negara ini bergantung kepada tanaman kopi yang menjana pendapatan eksport melebihi $2.2 bilion USD. Berdasarkan data dari Colipse Coffee yang memetik USDA di Uganda mereka  berada dalam kelompok 10 pengeluar kopi utama dunia dan muncul sebagai pengeksport kopi nombor satu di benua Afrika dengan mengatasi Ethiopia dari segi nilai eksport terkini. Dilaporkan hampir 99% daripada pengeluaran ini diusahakan oleh pekebun kecil dengan purata saiz ladang kurang daripada satu ekar. Dilaporkan Uganda mempunyai kelebihan unik kerana tanaman kopi Robusta berasal secara semula jadi dari hutan hujan negara itu, manakala Arabica diperkenalkan pada awal abad ke-20 oleh penjajah. Pengeluaran jenis Kopi Robusta meliputi sekitar 80 - 85% dari kopi dihasilkan dan ia merupakan tanaman utama Uganda yang tumbuh subur di kawasan tanah rendah yang panas pada ketinggian 800 - 1,500 meter. Varieti utama kopi ini termasuk varieti Nganda, Erecta serta siri klon tahan penyakit KR1 sehingga KR10. Di Uganda dimana penanaman jenis Kopi Arabica cuma 15 - 20% sahaja dimana ia ditanam di kawasan tanah tinggi yang sejuk pada ketinggian tanah diantara 1,300 - 2,300 meter dari aras laut dimana antara varieti popular termasuk SL14, SL28, Kent, Typica dan juga varieti Nyasaland (yang dikenali sebagai kopi Bugisu). Aktiviti penanaman kopi di Uganda dibahagikan mengikut ketinggian geografi seperti di Wilayah Tengah (Lembangan Tasik Victoria) Robusta dengan ketinggian 1,200 seperti di Buganda, Masaka dan Mukono. Kedua adalah Kawasan Gunung Elgon atau Bugisu (Timur) yang di tanam kopi arabica pada tahap ketinggian antara 1,300 - 2,300 meter iaitu dikawasan tanah gunung berapi yang subur di sekitar Mbale dan Sebei dan kawasan ini ia terkenal dengan kopi Arabica berkualiti tinggi. Ketiga ada KAwasan di Pergunungan Rwenzori (Barat) ditanam kopi arabica pada ketinggian 1,600 - 2,200 m dimana ia di gelar sebagai 'Mountains of the Moon' di Kasese yang bersempadan dengan Republik Demokratik Congo. Keempat adalah di Wilayah Barat Daya (Kisoro) ditanam dengan jenis kopi Arabica dan Robusta di ketinggian 1,500 - 2,200 meter keatas ditanah subur dan akhir selali di kawasan West Nile (Barat Laut) ditanam dengan kopi Arabica dan Robusta pada ketinggian antara 1,000 - 1,800 m termasuk di Arua, Nebbi, dan Zombo. 
Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...