Support My Blog

Thursday, November 5, 2026

IKAN CENCARU DAN FAKTA PENTING (PART 3)

IKAN CENCARU
(Megalaspis cordyla) ialah sejenis ikan laut tropika daripada keluarga Carangidae dimana ia berada sama dnegan keluarga ikan selar dan ikan kembung yang mana ia juga lebih dikenali sebagai 'Ikan Jaket' atau '
Ikan Keras Ekor'. Dala pada iru penulis merujuk pakar perikanan laut dimana dia nyatakan ada banyak nama lain bagi ikan cencaru antaranya adalah Ikan Tegang Ekor, Ikan Caru, Ikan Cencaru Kuda (bagi saiz yang besar melebihi 1 kg), Ikan Bet Bet, Ikan Cincaru atau Ikan Cincaro, Ikan Torpedo Scad (bahasa Inggeris), Ikan 
Hardtail Scad, Ikan Finny Scad, Ikan Finletted Mackerel Scad dan juga Ikan Cordyla Scad. Menarik di kongsikan fakta asas dimana Ikan Cencaru ini ia kenali sebagai ikan laut yang mempunyai beberapa ciri khas yang membezakannya daripada ikan lain dan pertama Ikan Cencaru Berkulit Keras dan Bersisik Keras serta ia mempunyai satu baris sisik tebal yang besar dan keras seperti perisai atau 'jaket' di sepanjang garisan sisi badannya dari bahagian kepala ssehingga ke sirip hingga ke ekor. Meneliti akan kulit keras pada ikan cencaru yang juga ada garis sisi bertulang keras dimana ada barisan sisik yang tebal, keras dan tajam di kedua-dua belah badan ikan tersebut. Apa pun kulit kerasi ikan cencaru ini ia dijadikan Ciri-ciri Utama Ikan Cencaru sebab ia mempunyai 'Perisai Semula Jadi' yang berfungsi seperti cengkerang atau perisai di sepanjang sisi ikan cencaru. Ada 'Bahagian Tajam' dimana ikan inni ia mempunyai bucu yang tajam dan boleh melukai tangan jika tidak disiang dengan berhati-hati. Gelaran 'Ikan Jaket' di sesetengah tempat sebab kulitnya yang keras ini kelihatan seperti jaket yang membalut badan ikan. Pengguna boleh membuang kulit keras Ikan Cencaru iaitu memotong sirip di bahagian atas, bawah dan tepi ikan terlebih dahulu bagi mengelakkan tangan tercedera. Caranya adalah dengan menggunakan hujung gunting untuk mencucuk atau cuba  melubangkan sedikit bahagian kulit keras berhampiran kepala atau badan. Kemudian dengan menggunakan playar untuk mengepit bahagian kulit keras tersebut dan ia kemudian tarik atau rentap dengan kuat menghala ke arah ekor. Ciri khas ikan ini me mempunyai bentuk badan seperti 'Torpedo' atau bentuk 'streamline' yang membolehkannya berenang dengan pantas di kawasan air laut yang terbuka. Ia juga mempunyai jenis sirip tambahan (Finlets) iaitu mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang mana ia terpisah di belakang sirip dorsal (atas) dan sirip anal (ada di bahagian bawah) sebelum sampai ke ekor. Ikan Cencaru mempunyai warna badan iaitu di bahagian belakang berwarna biru kekelabuan atau kehijauan, manakala bahagian perut berwarna perak. Ia juga mempunyai satu bintik hitam yang jelas pada penutup insang (operculum). Ikan inu adaah ikan dengan tekstur isinya tebal, padat dan tidak mudah hancur apabila dimasak dan sebab itu ia sangat popular untuk dibuat cencaru sumbat. Ia dengan satu baris sisik tebal dan keras (seperti perisai atau jaket) dari bahagian sirip hinggalah ke ekor boleh membesar antara 25 - 80 cm iaitu dengan berat maksimum sekitar 4 kg. Ikan cencaru matang bersaiz 1 kg ke atas sering dipanggil cencaru kuda. dimana taburan ikan ini banyak ditemui di kawasan perairan terbuka Indo-Pasifik iaitu  dari Afrika Timur hingga ke Jepun dan Australia terutamanya banyak di Malaysia dan Indonesia. Ikan cencaru mempunyai tekstur isinya pejal, manis dan tidak mudah hancur walaupun dimasak lama. Kegunaan dalam masakan bagi ikan cencaru di Malaysia paling popular adalah Resepi dimana pada bahagian belakang ikan dibelah untuk disumbatkan dengan pes sambal atau rempah sebelum digoreng atau dibakar. Jenis masakan lain yang ramai suka adalah dimasak masak kicap, asam pedas atau Ikan Cencaru Bakar cicah sambal kicap. Penulis blog dapati dimana harga purata di Malaysia bagi Jenis Ikan Cencaru adalah purata RM19.40 sekilogram iaitu dengan purata sekitar 4 -  6 ekor Sekilogram pada Oktober 2026. ber 2026. Artikel pada pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta tentang Ikan Cencaru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semuanya.

 

Menarik sebab ikan cencaru (Megalaspis cordyla) memang berkhasiat sebab ia kaya dengan protein berkualiti tinggi dan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Kandungan nutrisi ikan cencaru yang ada jenis zat protein Berkualiti Tinggi dilaporkan ia akan membantu membina, membaiki tisu otot, serta menyokong pertumbuhan badan. Ia juga mengandungi sumber Omega-3 (EPA dan DHA) yang mampu untuk menjaga kesihatan jantung, merendahkan tekanan darah serta trigliserida, dan menyokong fungsi otak. Ada dakwa yang ikan cencaru ini ia sering dianggap sebagai pilihan alternatif sebagai 'Ikan Salmon Tempatan' yang mesra bajet. Ia kaya dengan zat Vitamin B12 yang boleh menyokong sistem saraf yang sihat dan membantu proses pembentukan sel darah merah. Ia juga ada zat mineral Penting iaitu bahan Selenium (Se) dan Zink (Zn) yang berfungsi menguatkan sistem imun badan serta menjaga kesihatan kulit. Ia merupakan jenis ikan yang Rendah Lemak dan Kalori dan baik untuk kesihatan. Apa pun masih ada Ancaman Utama makan ikan cencaru iaitu isu kandungan histamin yang tinggi kerana ia tergolong dalam kumpulan ikan isi hitam serta ada risiko bagi individu tertentu seperti pesakit ekzema, gout, atau alahan agar elakkan untuk memakannya. Pertama ancaman Kandungan Histamin Yang Tinggi dimana ikan cencaru mengandungi bahan asid amino histidine yang boleh berubah menjadi histamin jika tidak disimpan dengan segar atau dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama. Paling perlu tahu dimana ikan cencaru ia Mencetuskan Ekzema dan Kegatalan iaitu bagi penghidap kulit sensitif atau ekzema, histamin boleh menyebabkan kulit menjadi gatal, naik ruam, atau flare-up (teruk kembali). Ada sesetangah orang yang kena Masalah Angin dan Penghadaman seperti timbul masaalah GERD atau mencetuskan kembung perut, loya, muntah, asid perut naik (GERD) atau gastrik bagi yang sensitif. Memang ada Risiko kepada Penghidap Gout sebabnya ikan cencaru mengandungi purin yang perlu dihadkan oleh individu yang mempunyai masalah sakit sendi atau gout. Boleh ada risiko berlaku 
Gejala Alahan atau Gejala Keracunan Scombroid jika memakan ikan cencaru tidak segar dengan tandanya seperti pening, sesak nafas, degupan jantung laju, atau alahan teruk.


Ada beberapa resepi poluar dari Ikan Cencaru di Malaysia akan tetapi resepi paling popular dan digemari ramai untuk ikan cencaru ialah Ikan Cencaru Sumbat Sambal dan Ikan Cencaru Bakar Cicah Air Asam. Pertama adalah jenis Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal (Klasik) dimana konsepnya adlah ikan ini akan dibelah di bahagian belakang (bukan perut), digaul kunyit dan garam, kemudian disumbat dengan pes sambal sebelum digoreng garing. Bahan utama disediakan adalah 3-5 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang), pes sambal sediakan bawang merah, bawang putih, cili hidup atau cili api, belacan dan air asam jawa atau sedikit bahan kerisik (Sila lihat foto disebelah). Dalam kes ini ada juga resepi lain iaitu Resepi Ikan Cencaru 
Sumbat Sambal Kelapa dimana kelainannya ia akan menggunakan kelapa parut digaul bersama sambal dan dibalut daun pandan yang di jadikan pes dan disumbat kedalam isi ikan cencaru. Ia enak di makan begitu sahaja akan tetapi selalunya di makan dengan basi putihyang panas lagi.Bagaimana pun bagi penulis blog mendapati yang paling popular dan ramai suka makan adalah Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal menggunakan bahan-bahan ringkas dan sedap yang digoreng garing (Sila lihat foto paling atas sekali). Resepi ini perlu di sediakan bahan-bahan 4 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah di bahagian belakang), serbuk kunyit dan garam (untuk melumur ikan)  dan bahan-bahan dalam membuat Sambal disediakan 5-10 biji cili kering (direbus atau direndam air panas), 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci belacan (dibakar sedikit), 1 inci halia (pilihan), 1 sudu besar air asam jawa (atau jus pekat asam jawa), 1 sudu besar gula pasir (atau gula melaka), garam secukup rasa, minyak masak untuk menumis dan menggoreng. Cara mudah untuk membuatnya dengan menyediakan ikan dulu dimana ikan dibelah bahagian belakang ikan cencaru (jangan sampai putus dua) dan di lumurkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian ketepikan. Bagi menyediakan Sambal perlu di kisar atau ditumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan dan halia (jangan terlalu lumat atau berair). Dalam kuali di panaskan sedikit minyak untuk menumis sambal iaitu bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Dimasukkan air asam jawa, gula dan garam dan dikacau sebati hingga sambal agak pekat dnan ia kemudian angkat dan biarkan sejuk. Cara Menyumbat sambal tadi ke dalam belahan belakang ikan sehingga padat dan rapikan. Kemudian proses menggoreng dimana dipanaskan minyak secukupnya dalam kuali, goreng ikan dengan api sederhana hingga garing dan masak di kedua-dua belah. Seterusnya ikan di angkat dan di toskan dan sedia untuk dihidang panas-panas dimakan dengan nasi putih atau diratah sahaja. Ketiga ada Resepi Ikan Cencaru Bakar dan Cicah Air Asam dimana ia mudah disediakan dengan berkonsepkan 'Ikan Bakar' dimana ikan ini dibakar menggunakan pemanggang, arang, ketuhar, atau air fryer dan dihidangkan bersama sos air asam yang pedas-pedas masam (Sila lihat foto paling bawah sekali). Membuatnya mudah iaitu disediakan bahan seperti 4-5 ekor ikan cencaru dilumur garam dan kunyit. Bagi membuat air asam disediakan Cili padi, tomato, bawang, belacan dibakar, jus limau kasturi atau limau nipis dan pes asam jawa yang digabungkan menjadi air asam untuk di makan dengan ikan cencaru bakar. Beberapa resepi popular yang lain adalah Resepi Ikan Cencaru Goreng Kunyit atau Ikan Cencaru Goreng Berempah dimana ia digoreng garing bersama kisaran bawang, halia, dan serbuk rempah, sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan. Ada juga Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap yang berkuah atau likat dimana ia dimasak bersama bawang, halia, cili dan kicap manis. Paling jarang penulis blog ujirasa adalah Resepi Ikan Cencaru Masak Lemak Kuning dimana ia dimasak bersama santan, serai dan kunyit hidup bagi versi yang lebih lembut dan tidak pedas.  


Menyentuh tentang ikan cencaru di laporkan masih t
iada mitos atau sumpahan khusus yang mistik (seperti sumpahan ikan tapah) berkaitan dengan ikan cencaru (Megalaspis cordyla) ia ujud di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog buat tinjauan dari sumber lain dimana ada mitos atau cerita orang tua mengenai ikan cencaru di Malaysia sebenarnya adalah petua kesihatan, pantang larang makanan, atau salah faham rakyat. Pertama adalah Mitos Pantang Makan Cencaru Lepas Bersalin atau Semasa Berpantang dimana dipercayai oleh orang tua melarang wanita dalam pantang atau yang mempunyai kulit sensitif atau masaalah ekzema tidak makan ikan cencaru. Faktanya adalah ikan cencaru tergolong dalam kumpulan ikan berdaging gelap yang tinggi kandungan histamin dan boleh mencetuskan rasa gatal-gatal atau alahan bagi individu tertentu (bukan satu sumpahan ghaib). Kedua ada Mitos  Ujian Calon Isteri (Tarik Kulit Cencaru) dimana dilaporkan ada jenis mitos atau 'Cerita Jenaka' dizaman dulu mereka akan menguji kepandaian bakal menantu perempuan sama ada dia 'reti menyiang dan semasa cuba menarik kulit keras cencaru' dengan kemas. Faktanya kisah ini cuma tradisi lisan atau gurauan dalam masyarakat Melayu berkaitan kemahiran dapur, memandangkan ikan ini ada barisan sisik keras di sisi yang digelarkan 'ikan jaket' yang perlu dikupas sebelum dimasak. Ketuga ada Mitos Kandungan Asid Urik (Gout) dalam Ikan Cencaru dimana bila makan ikan cencaru didakwa ia boleh menyebabkan penyakit sendi serta-merta. Faktanya adalah ikan cencaru mempunyai purin yang agak tinggi seperti kebanyakan ikan laut lain, jadi penghidap gout perlu sesiapa menghadkan jumlah pengambilan bukan kerana ia berpuaka seperti mitos tersebut. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 iaitu sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang ianya edukatif. Wasallam!!!...

IKAN CENCARU ....IKAN RAKYAT JUGA...
KULITNYA TEBAL...DI BAKAR ENAKNYA...
BANYAK KHASIAT...HARGA SEDERHANA...
BACA ARTIKEL...TAHU AKAN FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tamab Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1448H).

Ya Allah... sembuhkan Abdul Halim...Amin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...