Support My Blog

Tuesday, November 17, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 3)

KOPI (Coffee)
adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari pokok Kopi ( Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sevagau serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebanarnya ada t
iga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dinmana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat, menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari egi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  Kahwa atau Kawa sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab/Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), CafĂ© (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong. Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan musang (civet). Dilaporkan dimana negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopo Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.


Dilaporkan ada terdapat lebih dari 100 spesis biji kopi yang direkodkan dengan baik di seluruh dunia dimana diantara spesis biji benih kopi utama yang yang sering dikomersialkan adalah Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica), Kopi Robusta (Coffea robusta) dan Kopi Liberica (Coffea liberica). Biji-biji benih kopi ini datang dari pelbagai saiz, bentuk, warna dan juga perisa yang mana ia bergantung kepada kawasan dan keadaan di mana biji benih itu dihasilkan daripada spesis kopi yang di tanam. Antara beberapa negara pengeluar kopi dunia adalah seperti Colombia, Brazil, Vietnam, Indonesia dan beberapa buah negara lain. Pengguna kopi terbesar di dunia adalah Amerika Syarikat dimana minuman ini menjadi minuman penting. Antara faktor yang di nilai dalam kualiti penghasilan biji kopi adalah faktor ketinggian (altitude) kawasan tanah di mana pokok kopi yang ditanam dikawasan tanah tinggi lazimnya dari jenis Arabika dan Robusta yang mampu menghasilkan bunga dan buah terbaik. Dari segi amalan agronomi dimana pokok kopi yang ditanam dikawasan tanah tinggi ini dalam keadaan suhu agak rendah akan mempengaruhi secara lansung kadar kualiti buah dan biji kopi serta biji kopi yang dihasilkan. Penulis blog akan paparkan empat (4) jenis kopi untuk dikenali demi memberikan info berguna kepada semua pembaca blog ini.


1. KOPI ARABIKA
Jenis Kopi Arabika (Coffea arabica) atau 'Arabica coffee' merupakan sejenis kopi cukup terkenal dan memiliki banyak varieti. Kopi arabika merupakan kopi tradisional yang rasanya dianggap paling enak oleh ramai para penggemar minuman kopi diseluruh dunia. Biji kopi arabika memiliki ciri-ciri ukuran biji yang lebih kecil dibandingkan biji kopi jenis robusta dimana dari segi analisa makmal dilaporkan tahap kandungannya kafeinnya lebih rendah, rasa dan aromanya lebih nikmat dan lembut. Jenis kopi arabika didakwa ia mempunyai beberapa varieti yang terkenal dimana direkodkan ia termasuk Jenis Kopi Colombia (Colombian coffee). Ada dilaporkan dimana kopi ini adalah di antara varieti kopi arabika ini pertama kali diperkenalkan di Colombia pada awal tahun 1800 lagi dan disebarkan oleh penjajah diseluruh dunia. Dilaporkan dimana jika kopi ini terus digoreng ianya akan menghasilkan satu rasa dan aroma yang kuat. Sudah lama dimana negara Colombia adalah penghasil kopi kedua terbesar di dunia setelah negara Brazil dimana rekod terkini menunjukkan pengeluarannyan kopinya sekitar 12% dari kopi di dunia. Jenis Kopi Colombian Milds juga ianya dilaporkan sebagai jenis kopi yang terkenal yang ada ditanam di negara Colombia, Kenya dan Tanzania. Semua tanaman kopi ini jugaa adalah jenis kopi arabika yang telah diproses secara baik untuk kopi premium. Jenis Guatemala Huehuetenango pula dilaporkan sebagai tanaman kopi yang ditanam pada kawasan dengan ketinggian 5,000 kaki di bahagian utara negara Guatemala. Seterusnya adalah Jenis Kopi Ethiopian Yirgacheffe dimana jenis kopi ini adalah spesis kopi arabika yang berasal dari kawasan Yirga Cheffe di Sidamo (Oromia) iaitu di negara Ethiopia. Tidak ketinggalan dilaporkan dimana Jenis Kopi Hawaiian Kona yang mana ia ditanam di kaki pegunungan Hualalai di kawasan Kona di Hawaii. Kopi jenis ini telah diperkenalkan pertama kali di Hawaii oleh Chief Boki iaitu Guvernor Oahu pada 1825. Seterusnya adalah kopi arabika dikenali sebagai Kopi Jamaican Blue Mountain yanga mana ia berasal dari Blue Mountains, Jamaica. Kopi ini memiliki harga yang mahal disebabkan oleh jenama yang sangat popolar. Bagaimana pun disebelah sini dimana jenis kopi arabika juga ada yang berasal dari Indonesia termasuk jenis Kopi Jawa (Java coffee) yang berasal dari Pulau Jawa dimana kopi ini sangat terkenal sehingga nama Jawa menjadi nama identiti untuk kopi ini. 
 

2. KOPI ROBUSTA

Jenis Kopi Robusta (Coffea robusta)  merupakan jenis kedua terpopular di tanam dan diedarkan diseluruh dunia. Kopi jenis ini selalunyai mempunyai ciri bijinya sedikit lebih kasar apabula ujirasa di lidah dimana rasanya lebih manis seperti coklat. Dasi aspek penanaman dimana jenis kopi Robusta sesuai pula tumbuh dan hidup di kawasan tanah dengan ketinggian 400 - 700 meter dari paras laut dengan purata suhu sekitar 21 - 24°Celcius. Malaysia ada sedikit menanam kopi robusta iaitu di Sabah sebagai salah satu jenis kopi selepas jenis liberica. Dari segi perbezaannya dimana tanaman pokok kopi robusta selalunya ia tidak mudah rosak oleh penyakit dan serangga perosak. Dari segi penghasilan dilaporkan dimana jenis kopi ini lazimnya akan memberikan penghasilan sehektar lebih tinggi dengan kos pengeluarannya yang agak rendah berbanding varieti kopi lain. Kopi Robusta merupakan jenis biji kopi yang paling banyak diproses untuk menjadi kopi instant (larit dalam air) kerana dilaporkan ia mempunyai ciri kadar kafeinnya yang agak tinggi dan amat sesuai diminum semasa perlu suntikan tenaga dalam badan dengan cepat. Dari beberapa laporan dimana antara jenis atau varieti kopi robusta yang popular dihasilkan seperti Kopi Luwak dari Indonesia dan Kopi Alamid dari Filipina. Malaysia mengimport biji kopi robusta dengan jumlah yang tinggi untuk kegunaan beberapa kilang bagi menghasilkan kipi tiga dalam satu yang merupakan produk terkenal diseuruh dunia.


3. KOPI LIBERICA
Jenis Kopi liberica (Coffea liberica) dilaporkan ia berasal dari Liberia, Afrika Barat dan ada di tanam di banyak negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Tanaman kopi liberica sesuai ditanam dan tumbuh dengan baik dengan pokoknya mampu mencapai ketinggian sehingga 9 meter dari tanah jika tidak dicantas. Secara umumnya dimana jenis kopi ini memiliki ukuran daun, bunga, cabang, buah dan pokok yang lebih besar jika ia dibandingkan dengan jenis Kopi Arabica dan Kopi Robusta. Dilaporkan dimana isu kopi liberika agak mudah diserang (rentan)  terhadap penyakit HV (Hemileia vastratix) atau penyakit karat daun yang berlaku di kawasan tropika. Walau pun dilaporkan dimana kopi liberica umumnya dimana ia mempunyai kualiti buah yang relatif rendah tetapi ada ciri-ciri kehebatannya adalah dimana kopi jenis liberica mampu untuk menghasilkan buah sepanjang tahun dan dapat tumbuh dengan baik di kawasan dataran tanah rendah. Kopi liberica mempunyai beberapa ciri atau karakteristik unik seperti ukurannya bijinya lebih besar dari kopi arabica dan kopi robusta sehingga ada digelar sebagai jenama 'Elephant Coffee' di Malaysia. Kopi liberica yang mempunyai saiz mampu berbuah sepanjang tahun walau pun ia dilaporkan mempunyai kualiti buah relatif rendah dengan keadaan ukuran buah tidak merata amat diminati oleh penduduk tempatan. Di Malaysia jenama seperti Kopi 434 di Muar Johor yang ada menggunakan kopi Liberica merupakan diantara jenama kopi tempatan yang agak terkenal di selatan tanah air. 
 

4. KOPI EXCELSA
Tidak ramai pembaca blog ini yang ada mengenali Kopi Excelsa (Coffee excelsa) yang dilaporkan ia berasal dari Afrika Barat iaitu ditemui dekat Danau Chad. Kopi jenis Ekselsa ini kurang ditanam kerana ia sesuai untuk ditanam dikawasan yang iklimnya dataran rendah yang basah. Kopi jenis ini sangat mudah ditanam dan dijaga kerana ia tidak mudah diserang perosak dan penyakit tetapi hasilnya agak rendah. Kopi jenis ini kurang dikomersilkan dipasaran antarabangsa dan selalunya digunakan oleh masyarakat tempatan sahaja. Bagi penulis blog dimana Jenis 
Kopi Excelsa (kini dikelaskan secara saintifik sebagai Coffea liberica var. dewevrei) yang mana ia mempunyai beberapa ciri khas dari segi fizikal, rasa, dan tanaman dan melawat kenum kopi inidi Ranau, Sabah. Ciri tanaman dan buahnya dimana ia dilihat mempunyai daun yang lebih lebar dengan permukaan hijau tua di bahagian atas dan hijau cerah di bahagian bawah. Pada batangnya mirip dengan pokok nangka dimana buahnya ia berwarna merah marun pekat, berbentuk lonjong atau seperti tetesan air dengan ukuran sekitar 2 -3 cm. Bijinya lebih besar daripada Arabika atau Robusta dan mempunyai warna kuning cerah dan uniknya pokoknya sangat tahan lasak, mampu hidup di kawasan tanah gambut, serta tahan terhadap serangan kulat karat daun (Hemileia vastratrix). Ketika ujirasa kopi ini citarasanya unik sebab ia mempunyai karakter rasa buah-buahan tropika (seperti nangka atau salak), sedikit masam (tart), fruity, serta sentuhan nutty dan karamel.Ada ciri 'Aftertaste' dimana deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan gabungan rasa buah dan kopi hitam. Jika diproses secara tradisional (cara natural) dimana ia boleh kemudian meninggalkan rasa pahit yang kuat di mulut. Ia ikenali sebagai salah satu varietas kopi dengan kandungan kafein yang agak rendah. Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H).
Alfatihah kepada Abdul Halim yang
Kembali ke Rahmatullah  ptg tadi jam 4.41 ptg pada 16 Nov 2026 di Hospital Melaka.
Semuga rohnya dicucuri rahmat...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...