Support My Blog

Sunday, November 22, 2026

KOPI DAN FAKTA PENTING (PART 8)

KOPI (Coffee) adalah sejenis minuman popular yang mana ia dihasilkan daripada biji buah kopi (coffee berries) dari Pokok Kopi (Coffea spp) yang dipanggang dan dikisar sebagai serbuk untuk di jadikan minuman hebat. Bagi peulis blog yang sudah menuis lebih 50 artikel mengenai kopi memahami ada banyak fakta menarik bagaimana industri kopi global terus berkembang diseluruh dunia. Sebenarnya ada tiga jenis utama pokok kopi (genus Coffea) yang banyak ditanam dan ianya juga didagangkan di seluruh dunia. Pertama ada Jenis Kopi Arabica (Coffea arabica) dimana ia berasal dari Afrika Timur (Ethiopia) dimana jenis ini ia menyumbang kira-kira 70% daripada pengeluaran kopi dunia. Kedua ada Jenis Kopi Robusta (Coffea canephora atau Coffea robusta) juga ia berasal dari Afrika tengah dan barat yang menyumbang kira-kira 28% pasaran dunia. Ketiga ada Jenis Kopi Liberica (Coffea liberica) dimana ia hanya menyumbang sebahagian kecil (kira-kira 2%) pengeluaran kopi global akan tetapi jenis ini ia sangat mendominasi industri tempatan di Malaysia (terutamanya di Johor, Selangor dan Sarawak). Dari segi sejarah dimana tanaman kopi ini ia dipercayai berasal dari Ethiopia apabila seorang pengembala kambing bernama Kaldi menyedari kambingnya menjadi sangat bertenaga selepas makan buah beri merah dari pokok kopi. Menarik sebab ada banyak nama lain bagi kopi antaranya  'Kahwa' atau 'Kawa' sebagai nama asal atau variasi bahasa lama (seperti dalam bahasa Arab atau Melayu klasik). Nama lain adalah Koffie (Belanda), CafĂ© (Perancis), Caffè (Itali) dan Coffee (Inggeris) dimana ia lahir daripada perkataan bahasa Arab. Faktanya dimana Minuman Kopi adalah merupakan minuman kedua paling popular di dunia selepas minuman air kosong (plain water). Minuman kopi lazimnya ia akan memberikan kesan cepat daripada bahan 'kafein' dalam kopi boleh mula dirasai oleh badan manusia dalam masa kira-kira 10 minit selepas meminumnya. Minuman ini ada banyak jenis daripada yang murah (kopi biasa) kepada jenis minuman kopi premium dimana dilaporkan jenis kopi paling mahal di dunia ialah Jenis Black Ivory Coffee (diperbuat daripada najis gajah) dan Jenis Kopi Luwak yang di hasilkan melalui sistem pencernaan bagi haiwan musang (civet). Dilaporkan dimana antara negara yang menjadi pengeluar kopi terbesar adalah Brazil dimana ia juga sudah merangkumi kira-kira sepertiga daripada bekalan global. Agak unik sebab di Malaysia penanaman kopi sudah di perkenalkan ratusan tahun dulu dengan kebanyakan jenis kopi Liberica di tanam yang ada ciri keunikan tersendiri untuk dapat pasaran domestik dan sedikit di eksport. Malaysia mangimport jutaan kilogram kopi setahun untuk industri kopi yang semain mendapat ramai kalangan penduduk Malaysia. Di laporkan dimana dengan meminum atau dengan pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer dan masalalah jantung dimana disarankan pengambilan kafein yang berhemah agar tidak mendatangkan kesan sampingan seperti gelisah atau tekanan darah tinggI. Menarik sebab industri kopi ia akan melibatkan keseluruhan rangkaian aktiviti ekonomi yang terlibat dalam penanaman, penuaian (aspek pengeluaran), pemprosesan, pengedaran dan penjualan kopi daripada peringkat ladang sehingga ke cawan pengguna. Industri ini terbahagi kepada beberapa segmen utama di sepanjang rantaian bekalannya. Penulis blog kongsikan fakta harga kopi di Malaysia dimana ia berbeza mengikut jenis biji kopi, bentuk jualan (mentah atau panggang) dan tempat pembelian. Pertama adalah bagi harga Biji Kopi atau harga serbuk kopi iaitu bagi Jenis Kopi Tempatan (Liberica dan lain-lain) dijual pada harga RM25 - RM30 sekilogram. Bagi Jenis Biji Kopi Arabica Komersial di jual pada harga RM60 - RM90/kg dan bagi Jenis Biji Kopi Arabika Premium atau Blend dijual pada harga  RM80 - RM120 sekilogram sementara harga bagi Biji Kopi Specialty adalah sekitar RM100 - RM150 keatas/kg. Dalam pada itu harga Secawan Kopi dijual di Kedai Kopitiam Tradisional (Kopi-O) sekitar RM2 - RM3 secawan, DI kedai Runcit sekitar RM3 - RM7 satu tin/botol dan bagi jenama popular seperti Starbucks, ZUS Coffee) bagi jenis minuman asas (Americano) berharga RM7 - RM12 satu cup. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam Blog "Anim Agro Technology" saya kupan panjang lebar tentang kopi, industri dan fakta penting sebagai bahan rujukkan semua.


Jenis Kopi Cappuccino ialah sejenis minuman kopi berasal dari Itali yang sangat digemari kerana keseimbangan rasa pahit kopi dan berkrimnya susu. Kopi ini mempunyai nisbah Sekata (1:1:1) iaitu secara tradisionalnya, ia dihasilkan menggunakan nisbah yang sama rata iaitu 1/3 espresso (pati kopi pekat), 1/3 susu panas (steamed milk) dan 1/3 buih susu tebal (milk foam) di bahagian atas. Hebatnya dimana ia ada tekstur berlapis denga keistimewaan utamanya terletak pada sensasi tekstur rasa kuat espresso pada lapisan bawah bertemu dengan ciri-ciri kelembutan susu suam di tengah dan buih susu yang gebu di atas. Ia sering dihiasi dengan taburan serbuk koko, kayu manis atau seni lukisan pada buih susu (latte art) dan ini juga menjadikannya menarik dari segi rupa dan bau. Berbeza dengan minuman kopi komersial yang besar dimana jenis kopi cappuccino tradisional di Eropah biasanya dihidangkan dalam cawan porselin kecil berukuran sekitar 150ml - 180ml untuk mengekalkan kekuatan rasa. Ciri Kopi Cappuccino dilihat ia ada tiga lapisan nyata iaitu espresso di bawah, steamed milk di tengah dan foam tebal di atas. Berbanding jenis kopi caffe latte (yang lebih banyak susu cair dan buih nipis) dimana buih cappuccino jauh lebih tebal dan ringan. Ia dijdikan sebagai hidangan panas yang dihidangkan panas di dalam cawan porselin atau seramik bagi mengekalkan suhu dan kestabilan buih susu. Cara membuat Kopi Cappuccino dirumah sediakan bahan-bahan iaitu 1 shot espresso (kira-kira 30ml) atau 2 sudu kecil serbuk kopi hitam segera dibancuh dengan sedikit air panas pekat, 1/2 cawan susu segar (full cream milk untuk buih yang terbaik), sedikit serbuk koko atau serbuk kayu manis (untuk hiasan atas, jika suka). Cara buatnya dengan cara membancuh Kopi dalam 1 shot espresso menggunakan mesin kopi, atau bancuh pati kopi hitam pekat di dalam cawan. Perlu dipanaskan susu segar di dalam periuk kecil atau ketuhar gelombang mikro sehingga panas (jangan sampai mendidih, sekitar 65°C). Bagi hasilkan buih (Frothing) jika menggunakan mesin espresso, gunakan steam wand untuk menghasilkan buih susu yang halus (silky foam) dan jika tiada mesin boleh gunakan pengisar tangan (hand mixer) atau alat pembuih susu (milk frother) sehingga susu menjadi gebu. Mengabungkan dengan menuangkan susu panas ke atas espresso, kemudian sudukan atau tuangkan buih susu yang tebal di bahagian paling atas dan dihias dengan taburkan sedikit serbuk koko atau kayu manis di atas buih mengikut citarasa.


Seterusnya adalah pula Jenis Kopi Macchiato iaitu kopi espresso yang dititiskan sedikit susu atau buih susu. Apa pun penulis blog tahu istilah Jenis Kopi macchiato berasal daripada perkataan Itali yang bermaksud 'tanda' atau 'bintik' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'spot atau mark'. Ia merujuk kepada shot kopi espreso yang selalunya akan 'ditanda' dengan sedikit buih susu (milk foam). Ciri-ciri Kopi Macchiato ia adalah satu jenis Kopi Espresso Macchiato (Klasik) yang terdiri daripada 1 hingga 2 shot espreso dan hanya diletakkan 1 - 2 sudu kecil buih susu di atasnya. Rasa kopi espreso yang pekat, kuat (espresso-dominant) dan pahit masih mendominasi, manakala susu hanya melembutkan sedikit kepekatannya. Ada nama 'Latte Macchiato' yang konsepnya terbalik iaitu komponen susu yang banyak dituangkan dahulu ke dalam gelas dan ia kemudian baru dimasukkan shot espreso ke atasnya sehingga meninggalkan kesan tanda pada buih susu. Kedua ada Jenis 'Caramel Macchiato' iaitu varian moden yang sangat popular di kafe dan ia mengandungi espreso, susu segar, sirap vanila, dan dilimpahi sos karamel di bahagian atas atau di dinding cawan. Kehebatan Kopi Macchiato bergantung kepada ciri Keseimbangan Rasa (Bagi versi karamel/latte) sebab pengguna akan merasai lapisan rasa yang berbeza iaitu lembut dan manis berkrim pada lapisan atas (buih dan susu), kemudian disusuli dengan rasa pahit-pahit manja kopi espreso yang pekat di bahagian bawah. Ia juga berikan kekuatan Kopi Asli dimana bagi versi klasik (espresso macchiato), ia sangat sesuai untuk peminat kopi sejati (coffee addict) yang mahukan rasa kick espreso tulen tetapi kurang sedikit ketajaman pahitnya kerana dikurangkan dengan sentuhan buih susu. Ia juga berikan satu tampilan Berlapis Yang Cantik khususnya latte macchiato atau caramel macchiato, ia dihidangkan dalam gelas telus yang menampakkan lapisan warna putih susu dan perang kopi yang sangat menarik (aesthetic). Cara membuat Caramel Macchiato Ala Kafe di rumah disediakan bahan-bahan iaitu 60 ml kopi espreso (atau dibancuh pekat dengan menggunakan moka pot daripada serbuk kopi Arabika), 240 ml susu segar (full cream), 1 sudu kecil sirap vanila atau gula vanila, ketulan ais secukupnya, sos karamel secukupnya dan juga whipped cream (pilihan tambahan). Cara penyediaan dengan membuat bbancuhan espreso pekat dan ketepikan seketika. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas tinggi dan dituangkan susu segar dan sirap vanila ke dalam gelas berisi ais tersebut. Tuangkan bancuhan espreso perlahan-lahan ke bahagian atas susu (ia akan menghasilkan kesan lapisan dan ada tanda yang cantik). Lorekkan sos karamel di bahagian atas buih susu atau di sekeliling dinding dalam gelas.


Berbalik ke Malaysia ada Jenis Kopi Tradisional Malaysia (Kopitiam) yang di hidangkan di banyak kedai kopi, restoren, hotel dan dirumah. Antaranya adalah Jenis Kopi-O, Kopi Susu, Kopi C dan Kopi Putih untuk di nikmati rakyat Malaysia. Pertama adalah Jenis Kopi O iaitu minuman Kopi hitam pekat tanpa susu (boleh tambah gula) dimana ia adalah sejenis minuman kopi hitam tradisional yang sangat popular di Malaysia dan Singapura yang biasanya dijual di kedai kopi atau kopitiam. Apa pun ciri-ciri Kopi O dibuat dari kopi hitam yang dibancuh bersama air panas dan gula, tetapi tidak ditambah susu dimana asal nama huruf 'O' ia berasal daripada perkataan bahasa Hokkien (China) yang bermaksud 'hitam'. Kopi O standard ada gula dimana jika anda mahukan kopi hitam tanpa gula dan tanpa susu maka perlu memesan 'Kopi O Kosong'. Ia mempunyai rasa yang kuat, pekat dan ada rasa sedikit berasap (smoky) dan ia sering dinikmati sebagai panas-panas bersama hidangan tempatan seperti nasi lemak. Kedua di  Malaysia ada Jenis Minuman Kopi atau Jenis Kopi Susu iaitu minuman kopi hitam dicampur susu pekat manis yang pekat dan berkrim. MInuman Kopi susu ialah sejenis minuman yang menggabungkan bancuhan kopi dengan susu atau krimer diman aia gunakan bahan asas terdiri daripada serbuk kopi, espresso atau kopi instant yang dicampur dengan susu segar, susu cair, susu pekat manis, atau krimer. Apa pun tujuan penambahan susu untuk membantu melembutkan rasa pahit kopi, mengurangkan sifat asidik kopi yang mungkin mengganggu perut, serta memberikan rasa yang lebih berlemak (creamy). Antara yang viral termasuk minuman Kopi O atau Kopi Susu tradisi kopitiam iaitu menggunakan kopi loceng atau kopi robusta dan susu pekat manis. Ada juga produk kopi susu siap minum (Ready To Drink) di pasaran seperti dalam tin atau botol. Di Malaysia ada Jenis Minuman Kopi C iaitu kopi dicampur dengan susu cair (evaporated milk) dan sedikit gula, lebih ringan dinana ia sejenis minuman kopi tradisional Malaysia dan Singapura yang dibancuh dengan menggunakan kopi pekat, susu cair (evaporated milk) dan gula. ANtara perbezaan utamanya berbanding kopi biasa dimana jenis Kopi Biasa campuran Kopi + susu pekat manis dan bagi jenis Kopi O adalah Kopi hitam + gula (tanpa susu) sementara bagi Kopi C adalah Kopi + susu cair + gula (huruf 'C' sering dikaitkan dengan jenama susu cair popular seperti Carnation atau merujuk kepada sebutan 'cair'). Kopi Kopi C Kosong pula kombinasi Kopi + susu cair (tanpa gula). Paling unik sebab di Malaysia ada Jenis Kopi Putih (White Coffee) dimana biji kopi yang disangai dengan marjerin (tanpa gula) menghasilkan rasa yang lebih lembut dan kurang pahit. Ia adalah sejenis minuman kopi yang berasal dari Ipoh, Perak, dan bukannya bermaksud biji kopi itu berwarna putih secara fizikal dimana asal-usul namanya  'Kopi Putih' ia merujuk kepada cara biji kopi dipanggang tanpa gula (hanya dengan menggunakan marjerin minyak sawit pada suhu lebih lembut) serta campuran susu pekat manis atau krimer di dalam air minuman. Perbezaan dengan Kopi Hitam (Kopi O) dimana gunakan kopi hitam tradisional dipanggang bersama gula, marjerin, dan gandum sehingga menjadi gelap dan hangus. Manakala kopi putih dipanggang dengan marjerin sahaja tanpa gula, menghasilkan warna biji yang lebih cerah. Jenis Komersial yang popular di pasaran Malaysia dilaporkan kopi putih sangat popular dalam bentuk pek segera (seperti 3-dalam-1 atau 2-dalam-1) yang menggabungkan serbuk kopi, krimer bukan tenusu dan gula.


Menarik di Malaysia ada banyak 
Jenama Kopi Popular yang selalu dapat di nikmati di mana sahaja. Penulis blog dapati selain jenama kopi popular antarabangsa seperti Starbuck, Costa Coffee, Tim Hortons, Dunkin's, The Coffee Beans and Tea Leafs dan banyak lagi masih mendapat langganan yang baik oleh peminat kopi di Malaysia. Bagaimana pun ada banyak jenama lokal di Malaysia antaranya pertama Old Town White Coffee yang sinonim dengan kopi putih Ipoh yang mempunyai rasa seimbang. Jenama OldTown White Coffee ialah rantaian restoran kopitiam halal yang terbesar di Malaysia dan juga jenama produk kopi segera yang terkenal. Sejarah asal-usul ia ditubuhkan pada tahun 1999 di Ipoh, Perak yang mana ia juga berinspirasikan tradisi kopi putih gaya Hainan sejak tahun 1930-an. Konsep Kafe jenama ini ia menawarkan suasana kopitiam moden yang berhawa dingin dengan menyajikan kopi putih khas Ipoh serta pelbagai hidangan tempatan seperti nasi, mi, dan roti bakar. Ia terkenal dengan pek kopi putih segera (seperti 3-in-1) yang dieksport ke banyak negara dan ia disahkan halal dan merupakan rantaian kopitiam halal terbesar di negara ini dimana ia diasaskan di Malaysia akan tetapi kini dimiliki oleh syarikat minuman dari Belanda iaitu Jacobs Douwe Egberts (JDE). Kedua ada Jenama Kopi Chek Hup iaitu satu jenama dari Ipoh yang menggunakan gula batu untuk rasa yang lebih smooth. Chek Hup ialah jenama minuman terkenal dari Malaysia yang diasaskan di Ipoh, Perak pada tahun 1965, bermula sebagai pengeluar gula batu sebelum berkembang menghasilkan kopi putih segera dan pelbagai produk lain. Ciri-ciri utama kopi Chek Hup dimana kopinya ada menggunakan gula batu (rock sugar) dan ia bukannya gula putih biasa bagi menghasilkan rasa manis yang lebih lembut dan seimbang. Adunan Kopi ia menggunakan adunan nisbah emas (golden ratio) antara biji kopi Arabica dan Robusta yang dipanggang dengan cara tersendiri.  Ia juga dibuat tanpa perisa tiruan dan ia diformulasi tanpa sebarang perisa kopi tiruan tambahan. Dilaporkan beberapa jenis produk popular mereka ialah Chek Hup Ipoh White Coffee (Original, Rich, Less Sweet), teh tarik, serta minuman coklat (Koko).  Artikel ini di tulis dalam sembilan (9) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8 dan Part 9 untuk di baca kesemua sekali. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KOPI...MINUMAN KEDUA DI DUNIA...
ADA 3 JENIS UTAMA...KENALI CIRINYA...
NEGARA BRAZIL...PENGELUAR UTAMA...
MENBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1448H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...