Faktanya 'Orang-orang' atau orang-orangan ialah sesuatu benda yang mirip seperti manusia yang digunakan untuk menakutkan haiwan secara lazimnya burung daripada menghampiri sesuatu sawah atau ladang itu. Ada banyak rekabentuk dan keunika orang-orangan ini bergantug kepada keativiti dan inovasi pesawah serta status ancaman perosak padi sseperti jenis burung terutamanya jenis burung ipit yang beratus maahan samai beribu-ribu jumlahnya. Dalam banyak kawasan di Asia Tenggara dimana bentuk lazimnya orang-orangan sawah ialah 'figura humanoid' iaitu seakan patung manusia (berkepala, bertangan, bertopi, berkaki) dengan berpakaian lama dan ia akan diletakkan di kawasan lapang tengah sawah atau padi huma untuk menghalang burung seperti burung pipit dan burung gagak dan ia selalunya akan menghindarkan daripada burung-burung tersebut terus ianya mengganggu serta datang memakan benih-benih baru sahaja menjadi tanaman padi di sawah. Di beberapa negara dilaporkan dimana pemasangan alat jentera seperti kincir angin telah digunakan sebagai orang-orangan sawah akan tetapi diketahui kebanyakan pesawah menyatakan bahawa keberkesanannya sedikit berkurangan apabila haiwan mudah menjadi biasa dengan situasi keadaan struktur orang-orangan tersebut. Sebenarnya sejak penciptaan orang-orangan sawah humanoid dimana kini sudah ada cara atau kaedah yang lebih berkesan telah dibangunkan. Di USa ada dilaporkan dimana diketahui umum bahawa di tanah ladang gandum California petani disana akan emasang jenis reben filem PET aluminisasi yang sangat reflektif (pantulkan cahaya) yang diikat pada tumbuhan untuk tujuan iaitu menghasilkan kilauan dari matahari yang menakutkan kedatangan haiwan perosak. Apa pun cara dan pendekatan lain ialah menggunakan senapang bunyi automatik yang dikuasakan oleh gas propana. Kalangan saintis dan petani sudah banyakk cara termasuk percubaan menggunakan patung seorang lelaki tiub kembung atau penari udara untuk menakutkan burung namun diketahui bahawa dengan cara meletakan penari udara adalah sangat mudah untuk diatasi burung-burung gagak dan burung lain. Terdapat juga hasil kajian ada beberapa spesies sinonim cenderung untuk memakan padi-padi yang telah matang dan subur di sawah padi mahupun di ladang gandum mahupun kebun-kebun sayuran dan lain-lain sepertimana diketahui para pesawah padi diseluruh dunia apa lagi kalau kedudukan sawah tersebut tidak luas dan kedudukannya agak terpencil pula.
BURUNG PIPIT (Anthus spp) merupakan sejenis kumpulan burung yang terdapat di Malaysia dengan mendiami didalam dipelbagai kawasan lapang dan belukar. Secara amnya terdapat 3 kategori burung pipit yang saya tahu mengikut habitat iaitu Jenis Burung Pipit Raya, Jenis Burung Pipit Rumah dan Jenis Burung Pipit Kepala Hitam. Bagi saya dikawasan jelapang padi dan kawasan tanah lapang di Malaysia terdapat dua jenis burung pipit yang habitatnya dikawasan tanaman padi iaitu Burung Pipit Uban (Lonchura maja) dan Burung Pipit Padi (Lonchura leucogastra). Saya memang gemar menangkap dan belajar mengenai burung pipit semanjak zaman kanak-kanak lagi. Burung pipit mempunyai nilai ekonomi kerana ada dijual dikedai-kedai jualan haiwan ternakan. Ramai peminat memelihara burung pipit didalam sangkar yang digantung dikawasan rumah sebagai hobi. Banyak kalangan penduduk kampong dan pendalaman dijadikan lauk makan.Serangan burung pipit dikawasan tanaman padi terutama dikawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang atau kawasan terpencil menjadi satu ancaman kepada pesawah. Jika serangan burung pipit tidak dikawal maka serangan oleh burung pipit mampu mnengurangkan hasil padi sehingga 40-70% jika tiada kawalan langsung (Sila lihat foto disebelah). Biasanya petani akan membuat objek seperti 'ORANG-ORANG' yang diletakkan tengah sawah iaitu tiang kayu yang di pasang dengan baju lama dan dipasangkan topi dan disambung dengan tali yang ditarik dari satu punca. Objek orang-orang ini akan bergerak-gerak seperti manusia sambil petani menjerit-jerit menghalau burung tersebut. Tali tersebut juga di gantung dengan tin-tin susu (2-3 tin) yang digantung dan akan mengeluarkan bunyi yang mengejutkan burung pipit lalu terbang. Pengalaman saya ketika menanam padi di Solok Komong Muar dan Sawah Ring, Muar, Johor dulu mendapati penat juga nak goyang tali kerana burung pipit yang lapar tetap terbang dan datang balik makan padi hingga kenyang. Sebenarnya burung pipit pada musim menuai hanya aktif pada masa siang hari sahaja iaitu dalam cuaca panas yang baik. Ia kurang aktif pada masa hujan atau mendung.
Penulis blog kongsikan fakta bagaimana 'Orang-orang' di sawah padi ialah patung menyerupai manusia yang dipasang untuk menakutkan burung seperti pipit dan gagak daripada merosakkan tanaman padi. Pesawah selalunya mereka boleh membuatnya dengan mudah menggunakan kayu atau buluh serta pakaian terpakai. Secara tradisional dimana asasnya antara bahan yang diperlukan adalah Struktur Kerangka dimana ia di buat dari dua batang kayu atau buluh (satu tiang tegak sekitar 1.8 - 2.4 meter dan satu palang bahu sekitar 1.5 meter panjang). Perlu dsediakan bahan pengikat seperti Jenis Tali rafia, dawai, paku atau skru dan juga bahan membuat badan dan membuat kepala terdiri daripada baju lama, seluar atau kain, karung goni atau sarung bantal lama serta ada yang suka menggunakan bahan jerami atau rumput kering untuk isian. Paling unik sebab sebagai bahan tambahan dimana pesawah akan menggunakan bahan topi atau jenis pita pemantul cahaya atau tin susu atau tin biskut atau tin minyak tanah kosong berisi batu kecil untuk menghasilkan bunyi yang nyaring aabila ia bergegar ditiup angin atau disambung dengan tali panjang yang di tarik berulang-ulang. Cara paling mudah membuatnya dalam beberapa watu dimana pertama di bina kerangka iaitu diikat atau pakukan palang bahu secara melintang pada tiang tegak menyerupai bentuk salib. Kemudian barulah di Pasangkan Pakaian dengan kerangka itu disarungkan baju lama pada palang bahu dan ikat hujung lengan serta bahagian bawah baju. Ada kalangan pesawah akan mengisi badan orang-orang ini dengan mengisi badan iaitu dimasukkan jerami, rumput kering atau kain perca ke dalam baju supaya kelihatan berisi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Kreativiti pesawah membuat kepala dengan boleh menyumbat jerami atau kain ke dalam karung guni atau guna sarung bantal, diikat dengan kemas dan sebaiknya ia sesuai dipasang di hujung atas tiang tegak. Bagi membuat ia lebih di geruni burung yang di jangka selau datang maka 'orang-orang; ini di syotkan agar di tambah kesan gerak dan kesan bunyi diman a selain pergerakan bahagian top, jenis kain berkibar reben pita pemantul cahaya supaya mudah bergerak ditiup angin dan menarik perhatian burung dan terbang sebab ketakutan iaitu dengan encucuk tiang tegak dengan kuat ke dalam batas atau tanah sawah yang sesuai. Dalam kajian dan penelitian penulis blog dimana masih tiada kos tetap untuk membuat orang-orang (orang-orangan sawah) kerana selalu ia bergantung pada bahan yang digunakan. Lazimnya di Muar dan di Melaka dimana jumlah kosnya sangat murah atau hampir percuma (RM0 - RM30 seunit) jika memanfaatkan bahan sedia ada atau barangan terpakai. Beberapa jenis faktor yang akan mengubah atau mempengaruhi Jumlah Kos Saiz Memuat Orang-orang termasuklah jumlah keluasan sawah dimana ini ia akan menentukan berapa banyak unit patung orang-orang yang perlu dipasang. Aspek ketahanan cuaca juga perlu di fikirkan sebab jenis bahan tahan panas dan hujan (seperti buluh atau kayu yang dirawat atau ikatan lebih kukuh) dimana ia mungkin memerlukan sedikit kos tambahan lain iaitu berbanding binaan sementara patung yang murah, mudah ata secara percuma daripada sisa buangan sahaja.
Dalam dunia persawahan zaman moden sekarang terutama amalan agronomi penanaman sayah yang luas dan moden peranan oleh oleh patung orang-orang semakin berkurangan. Secara tradisinya dilaporkan yang orang-orang di sawah padi berfungsi menghalau burung dan haiwan perosak akan tetapi dalam kes kepercayaan lama ia juga dikaitkan dengan semangat tanaman, penjaga sawah serta masih ujud dengan beberapa unsur mistik. Pertama ada Mitos Berkaitan Dengan Lambang dan Semangat Tanaman dimana dikebanyakkan kawasan di Asia Tenggara masih ralai yang sering dikaitkan dengan semangat padi atau hasil tanaman. Kepercayaan ini bagaimana pun adakalanya disertai amalan atau mantera tertentu sebelum dipasang agar hasil menuai menjadi mitos lumayan. Mitos kedua adalah Ia Sebagai Penjaga Sawah dan Pencegah niat jahat dimana sejarahnya dakw didalam cerita rakyat dan kepercayaan penunggu sawah, figura atau penjaga sawah dianggap mengawasi kawasan tanaman daripada gangguan serta niat jahat. Menarik sebab di Jepun dilaporkan ada Mitos Ia Sevagai Dewa Sawah dimana patung sawah seperti Kuebiko dikaitkan dengan kepercayaan dewa yang mengetahui banyak perkara dan membantu mengusir semangat jahat. [Keempat ada Mitos Kisah Seram dan Saka yang berkait denga orang-orang kerana bentuk strukturnya ianya menyerupai manusia dan berdiri sendirian di tengah bendang pada waktu malam, orang-orang kerap menjadi bahan cerita seram atau tanggapan mistik apabila kelihatan seolah-olah bergerak atau 'dihuni' oleh entiti halus. Bagi penulis blog percaya jika di Malaysia dimana istilah orang-orang atau orang-orangan biasa digunakan untuk patung jerami atau pakaian lama yang dipacak di bendang (seperti yang turut diraikan dalam acara budaya seperti Pesta Angin Timur di Perlis). Dalam pada itu di laporkan juga di Melaka dan beberapa negeri-negeri Melayu lain, kepercayaan tradisional padi turut memiliki motif semangat padi tersendiri contohnya di Solok Hilir, Melaka da amalan semangat padi pernah dikaitkan dengan sarang telur labah-labah di sawah. Artikel ini di tulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang di syorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga tulisan kali ini memberikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
ORANG-ORANGAN ...DI TENGAH SAWAH DIA
IA TAKUTKAN BURUNG...MACAM MANUSIA...
BERMACAM BENTUK...YANG BERBUNYI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... FAKTANTA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Baai Panjang MUrni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1448H).
BERMACAM BENTUK...YANG BERBUNYI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... FAKTANTA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Baai Panjang MUrni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1448H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.