mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, September 6, 2018

DAUN KETUM - SIHATKAN AYAM

Daun Ketum Ayam (Trichanthera gigantea) atau dikenali dengan nama lain sebagai 'mandre de agua' merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan dikenalpasti sebagai alternatif sebagai makanan ternakan seperti ayam (Sila lihat foto diatas). Penulis blog merujuk kepada laporn akhbar Harian Metro pada 16 Ogos 2018 yang mempaparkan laporan ini dan seterusnya membuat banyak rujukkan untuk menulis mengenai apa kehebatan tumbuhan ini. Daun ketum ayam didakwa mengandungi bahan protein yang tinggi dimana daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses dimana ianya didapati boleh mengurangkan kos membeli bahan makanan ternakan dan memberikan ternakkan yang lebih sihat. Tumbuhan ini juga mudah ditanam di negara kita dimana ia mampu hidup subur dengan penjagaan yang baik. Akhbar Harian Metro tersebut menyatakan seorang penternak ayam dikenali sebagai En Supardi mendapati daun segar ketum ayam ini yng diperolehi daripada rakannya telah ditanam dikawasan ternakan ayamnya. Keratan benih pokokketum ayam yang dibeli dari Kuching, Sarawak dan kemudian beliau dengan mudah menanamnya dikawasan rumah. Anda jangan keliru dengan pokok ketum yang diwar-warkan merupakan tanaman yang telah digunakan oleh beberapa negara sebagai makanan ternakan. Nama ''Ketum Ayam'' ini sebenarnya bukan Pokok Ketum Biasa (Mitragyna speciosa) yang ada unsur kimia Mitragyne yang mana ianya boleh memabukkan dengan kesan seakan mengambil dadah. Anda boleh membaca mengenai ketum dalam tulisan blog saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan sebagainya. Adalah lebih baik kalau tumbuhan ini ditanam dengan skala sesuai untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk menjdai rujukkan anda semua. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali dengan nama ''ketum ayam'' untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pokok Ketum Ayam berlainan dengan Pokok Ketum Biasa kerana Pokok KETUM (Mitragyna speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga RUBIACEAE yang pernah diwar-warkan dalam massmedia di Malaysia sebagai tumbuhan yang menghasilkan "Air Daun Ketum" yang menyebabkan kesan yang mengkhayalkan. Tumbuhan ini dipercayai natif di Afrika dan juga terdapat tumbuh liar di Utara Semenanjung Malaysia serta Selatan Thailand dan kawasan sekitarnya. Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom. Mungkin ramai yang tidak mengenali pokok ini walau pun ianya berada di hadapan rumah anda. Secara tradisional air rebusan daun ketum diminum untuk tujuan memulihkan tenaga terutama bagi ibu yang baru bersalin, merawat sakit tulang belakang dan juga membuang angin dalam badan. Khasiat baik ini di salahgunakan oleh golongan tertentu dengan meminumnya dalam kuantiti banyak atau pekat menyebabkan mereka berkhayal seperti makan dadah jenis lain. Pokok Ketum jarang-jarang ditanam secara sengaja oleh orang ramai di Malaysia. Tidak ada maklumat mengenai keluasan tanaman pokok ketum CHE di Malaysia. Pokok Ketum merupakan pokok saka atau Pokok Malar Hijau yang bercabang dengan ketinggian mencapai 4 -10 meter tetapi spesis tertentu ada yang mampu hidup sehingga lebih 40 meter dalam keadaan liar dihutan. Kawasan tanah subur dan tidak tenggelam sesuai untuk tumbuhan ini tumbuh. Cara penanaman, amalan agronomi dan pengurusan tanaman pokok ketum belum ada dalam mana-mana terbitan di Malaysia kerana ianya adalah tumbuhan yang jarang di tanam untuk tujuan komersil. Batangnya tumbuh menegak dengan banyak cabang. Daun Ketum berwarna hijau gelap dan tebak dengan susunan bersilang berukuran 4-10 cm lebar dan 10-18 cm panjang. Bentuk daun adalah jenis 'Ovate-accuminate'. Daunnya akan gugur sedikit semasa musim panas tetapi akan menjadi sangat lebat dalam musim hujan. Bahagian daun inilah yang mengandungi bahan MITRAGININE iaitu sejenis bahan alkoloids yang memang memabukkan dan menyebabkann KETAGIHAN (addicted). Akar pokok ketum adalah terdiri dari akar tunjang dengan kuat masuk jauh kedalam tanah. Bunganya berwarna kuning dengan berjambak mengandungi lingkungan 120 kelopak setiap satu tangkai.


Terdapat dua jenis pokok ketum berasaskan kepada warna daun iaitu Daun berwarna HIJAU sepenohnya dan sejenis lagi daun hijau yang mempunyai tulang dan urat daun berwarna MERAH yang jelas dilihat pada dibahagian belakang daun. Jenis kedua yang mempunyai warna merah didakwa mempunyai khasiat lebih baik daripada yang jenis daun hijau sahaja. Selepas 5-10 minit air ketum diminum akan memberikan kesan khayal selama 2 - 5 jam. Kesan minum air ini akan rasa mulut kering, rasa gatal-gatal, pening-pening, banyak kencing dan juga hilang selera makan. Penulis blog merujuk kepada laporan kajian dari Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan isu viral yang perlu dikaji semula mengenai ranking daun ketum anti kanser. Laporan viral tersebut telah mendakwa ranking tersebut adalah (1) daun ketum urat hijau - 46.5%, (2) daun ketum jenis urat merah - 37.6%, (3) daun jenis halus -35,4%, (4) daun ketum bawal - 34.7%, (5) daun ketum ekor babi - 32.9%, (6) daun ketum ekor kura - 29.8% dan (7) daun ketum hitam - 23.8%. Didakwa juga dimana semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah jus ketum panas tanpa gula. Dalam pada itu ada penemuan resepi baru dari negara China dimana kepada pesakit diabetes tidak usah bersusah-payah pergi berubat dengan doktor lagi. Cukup dgn mengisar 12 helai daun ketum panjang yang dicampur 1 daun ketum urat merah. Minum dengan kekerapan sebanyak dua kali sehari.  Kemudian pesakit perlu memeriksa kadar gulanya keesokan hari dimana dinyatakan akan berlaku turun kadar gulanya. Sudah banyak pesakit dilaporkan telah membuktikan menyebabkan pesakit mendakwa ia adalah mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi. 


Penulis blog merujuk beberpa temubual dengan rmai pendudu kampong yang bekerja dalam sektor pertanian. Memang ramai orang kampong menyatakan kesan air ketum yang membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja (Sila lihat foto disebelah). Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula boleh digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Bagi tujuan mendapatkan khasiat optima ada petua yang perlu diketahui. Sebaiknya jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik maka di masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih. Kemudian diramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap. Seterusnya direbus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan air yang banyak dan biar menjadi air yang pekat. Lagi pekat airnya maka didakwa kuasanya lebih kuat (kaw-kaw). Kemudian setelah 2 jam maka dimatikan api. Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis untuk diminum terus atau disimpan. Dinasihtkan agar meminum airnya dengan sedikit sebab kalau diminum berlibihan maka kesannya memabukkan.  Jangan minum berlebihan dan sebenarnya air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAUN KETUM AYAM... ITU TIDAK SAMA...
MEMABUKKKAN ... ITU KETUM BIASA...
BOLEH DITANAM... BERNILAI DAUNNYA ...
MAKANAN TERNAKAN... KENALAH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4818, Aras 4,
Hostel Anggerik, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, WP, Malaysia.
(16 Ogos 1439H).
Published from:
Room 2816, Avilion Admiral Cove, PD.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...