Support My Blog

Tuesday, September 11, 2018

FARM FRESH - PENERAJU TENUSU NEGARA


JENAMA FARM FRESH merupakan pengeluar susu segar terkemuka di Malaysia yang mempunyai kedudukannya tersendiri kerana menjadi penyumbang terbesar kepada industri tenusu negara. Produk Farm Fresh yang dikeluarkan pada 2009 oleh pengasasnya, Loi Tuan Ee dilihat sebagai dapat memberikan pilihan kepada penduduk tempatan untuk menikmati susu segar dan membantu mengurangkan kes kebergantungan produk tenusu yang diimport dari luar negara. Ketua Pengarah Operasi, Farm Fresh Milk Sdn Bhd (Farm Fresh), Azmi Zainal berkata syarikat Farm Fresh menyediakan 100 peratus susu segar yang tiada bahan pengawet, pewarna atau bahan bahan asing lain ditambah bermula daripada saat lembu diperah sehinggalah produk tenusu Farm Fresh tersedia di pasar raya tempatan, kesemuanya hanya dalam tempoh 48 jam. Jenama Farm Fresh yakin tenusu terbaik datangnya daripada susu segar yang diperah daripada lembu sihat. Terkini, Farm Fresh mempunyai ladang ternakan lembu tenusu berskala besar yang terletak di Mawai, Kota Tinggi, Johor dan juga di Muadzam Shah, Pahang. Penulis blog dua kali melawat ladang tenusu Farm Fresh di Muadzam, Pahang semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu. Dalam lawatan tersebut memang dapat merasai agaimana beribu ekor lembu menghasilkan susu segar berkualiti dibawah program NKEA Tenusu yang dijalankan dengan pihak swasta. Farm Fresh mampu memproses 35,000 liter susu segar dengan 30 peratus dibekalkan rakan penternak kontrak di Larkin, Johor Bahru. Farm Fresh juga dijangka mampu mendapatkan sehingga 30,000 liter susu lembu segar sehari selepas ladang ternakan yang baru dibeli di Melbourne, Australia beroperasi sepenuhnya. Terbaru dimana pembelian ladang ternakan di Melbourne itu dibuat kerana bekalan susu segar di Malaysia pada masa ini adalah tidak mencukupi. Permintaan produk berasaskan susu segera tinggi untuk pasaran tempatan, namun bekalan tidak mencukupi. Farm Fresh mengambil keputusan mendapatkan baka lembu yang mampu menghasilkan susu dalam jumlah yang banyak iaitu baka Holsteinm. Bagaimanapun kini baka jenis itu tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia dan Farm Fresh mengambil keputusan untuk membawa masuk susu yang diproses di sana ke pasaran Malaysia menerusi kilang dibina yang dijangka siap dalam masa terdekat. Artikel pada malam Ahad ini saya terus menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai Syarikat Farm Fresh sebagai salah satu peneraju industri susu segar di Malaysia.


Farm Fresh melalui evolusi yang hebat, dilaporkan hanya selepas enam tahun penubuhannya maka Farm Fresh kini mampu menghasilkan susu segar yang paling mendapat sambutan di Malaysia. Didapati produk yogurt dan minuman yogurtnya juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat berkrim dan dihasilkan oleh jenama tempatan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu permintaan terhadap produk tenusu terutama susu segar menunjukkan peningkatan menggalakkan jika dibandingkan untuk beberapa tahun lalu dan hasrat untuk mengeluarkan produk baru sentiasa ada selaras dengan usaha syarikat untuk mengembangkan perniagaan. Farm Fresh juga mempunyai ladang yang dikenali sebagai Lembah Tenusu Desaru mempunyai keluasan 121.4 hektar bakal menempatkan kira-kira 600 lembu daripada baka Australian Friesan Shahiwal (AFS). Lembu terbabit dibawa masuk dari Australia selepas kajian yang dilakukan mendapati baka ini mampu bertahan dengan cuaca dan makanan di Malaysia. Setakat ini Farm Fresh mempunyai 3,500 lembu yang mana 70 peratus daripadanya merupakan kacukan AFS dan selebihnya adalah Jersey Cross. Dalam mengimbau syarikat ini ianya bermula dengan tanaman buah naga. Kini kejayaan Farm Fresh pada hari ini adalah kesabaran beliau dan rakan-rakannya membangunkan jenama tersebut sejak ditubuhkan dan berkeyakinan perniagaan tersebut mampu memberikan impak yang besar kepada industri tenusu negara. Penglibatan mereka dalam bidang perniagaan bukanlah bermula dengan perniagaan susu segar. Mereka terlebih dahulu terlibat dalam bidang pertanian dengan menanam buah naga di tanah berkeluasan 80 ekar di Sedili, Johor tetapi tanaman buah naga tersebut diserang kulat.


Dalam pada itu syarikat juga membela ikan arowarna dan ikan sangkar tetapi semua hasil ternakan tersebut telah mengalami kerugian selepas berlaku banjir besar di Johor. Kedua-dua projek itu gagal tetapi saya bukanlah orang yang mudah berputus asa. Mereka juga mengambil keputusan membela kambing Anglo-Nubian bertujuan untuk menjalankan perniagaan susu kambing. Alhamdulillah, usaha tersebut membuahkan hasil apabila permintaan susu kambing bukan sahaja di sekitar Johor, malah mendapat permintaan tinggi dari sekitar Lembah Klang. Walaupun jualan susu kambing didapati memberangsangkan tetapi mereka terpaksa menanggung kos logistik tinggi kerana menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk penghantaran susu di sekitar Lembah Klang. Pada masa ini dengan kapasiti pengeluaran susu segar mencecah 500 liter sehari tetapi syarikat hanya dapat memasarkannya di sesetengah tempat sahaja syarikat telah mengambil keputusan berniaga sendiri di pasar tani selama tiga bulan. Mereka juga menerima maklum balas daripada pelanggan yang menganggap susu kambing mahal. Dan di situlah bermulanya sejarah susu segar Farm Fresh. Susu segar ang berkualiti dan dijamin bekalan berterusan memang perlu untuk meyakinkan pengguna.


Bermodalkan RM3 juta maka Azmi dan rakan-rakannya menambah 100 ekor lembu tenusu di samping 300 kambing tenusu sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka. Cabaran mereka ketika itu adalah bagaimana dapat mengekalkan kesegaran susu di pasaran tanpa mereka menggunakan bahan pengawet atau pun sebarang bahan pewarna. Dengan menyediakan 100 peratus susu segar merupakan resipi dalam menguasai 39 peratus susu segar pada 2015. Mereka juga memberi peluang pendapatan kepada 50 peladang kontrak tenusu. Syarikat akan membayar mereka sehingga dua ringgit tujuh puluh sen (RM2.70/liter) bagi setiap liter susu segar. Malah ada antara mereka meraih pendapatan sehingga lima belas ribu ringgit (RM15,000) hanya dengan menjadi rakan kami. Sehingga kini sebanyak lebih daripada 20 produk berasaskan susu segar dijual dipasaran tempatan dan ada potensi untuk eksport. Walaupun produk tenusu di negara ini dikuasai jenama asing terkenal syarikat Farm Fresh komited untuk menjadi pemain utama dalam industri ini biarpun bermula dari bawah. Setakat ini Farm Fresh mengeluarkan lebih 20 produk berasaskan tenusu Caffe Latte, Yogurt, Skinny, Nubian Goats Milk, Natural Yogurt dan Yarra Master Barista Milk. Farm Fresh juga mengeluarkan Yarra Farm Milk, Farm, Fresh Lactose Free Milk, Desaru Cheese dan Yogurt Drinks yang sudah berada sebaris dengan jenama terkenal dari luar negara dan boleh di dapati di semua pasar raya besar di seluruh negara. Antara produk kami yang mendapat permintaan tinggi adalah Farm Fresh Flavoured Milk (Sila lihat foto disebelah). Syarikat menjaga kesegaran susu dan kualitinya bermula dari pemilihan baka lembu terbaik, kebersihan ladang serta lembu sehingga pemprosesannya, malah tiada bahan pengawet dan pewarna.


Dalam pada itu melihat kepada potensi syarikat maka Khazanah Nasional Bhd turut mempunyai kepentingan dalam syarikat sebanyak 30 peratus dan dengan suntikan modal itu, kami mengorak langkah mengembangkan pasaran tenusu tempatan. Syarikat juga dilantik oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai pengurus ladang ternakan lembu seluas 240 hektar di Muadzam Shah, Pahang dan melahirkan ramai usahawan menerusi projek itu. Cabaran menguruskan perniagaan memang sukar dimana En Azmi (Sila lihat foto disebelah) yag juga tidak terlepas berdepan dengan cabaran dalam menguruskan perniagaannya, beliau menganggap cabaran yang dihadapi sebagai pembakar semangat kepadanya untuk terus maju. Diantara cabaran yang beliau dihadapi ialah berdepan dengan bekalan makanan lembu yang tidak mencukupi, kami terpaksa mengimportnya dan kos pembiayaannya tinggi. Ia berlaku apabila rumput yang menjadi makanan utama kepada lembu tidak tumbuh kerana faktor cuaca. Selain itu antara cabaran lain ialah logistik terutamanya untuk mengambil susu segar yang dikumpulkan daripada penternak dari seluruh Malaysia kerana terkini kebanyakan penternak berada di kawasan terpencil dan sukar diakses oleh syarikat. Sebagai antara yang terlibat dalam program projek permulaan (EPP) 13-Kluster Tenusu yang diwujudkan untuk meningkatkan pengeluaran susu tempatan dan mengurangkan kebergantungan import, Azmi melihat kebanyakan penternak kita masih terkebelakang.  Mereka perlu keluar daripada lingkungan penternak biasa dan lebih berdisiplin.


Syarikat kini menyasarkan untuk menjadi syarikat pengeluar susu segar terbesar di Asia Tenggara. Perancangan dilakukan dimana selain pasaran Malaysia, Farm Fresh juga mengeksport rangkaian produknya ke Singapura dan syarikat menyasarkan menjadi pengeluar susu terbesar di Asia Tenggara. Terkini Farm Fresh boleh diperolehi si semua pasara raya di negara ini, 22 stokis di seluruh negara serta mempunyai 314 pengedar sah di seluruh negara. Kami mengeluarkan 35,000 liter susu segar sehari dan kami memproses 12.7 liter setahun. Setakat ini, negara memerlukan 30 juta liter susu segar. Syarikat Farm Fresh juga mencatatkan jualan yang juga agak memberangsangkan iaitu RM120 juta pada 2017 dan menyasarkan peningkatan 20 peratus pada tahun ini. Ianya adalah didorong oleh permintaan tinggi terhadap susu segar terutamanya dalam kalangan pelanggan baharu. Syarikat berkeyakinan sasaran itu mampu dicapai berikutan strategi pemasaran dan inisiatif pengedar sah yang telah berjaya menyumbang 20 peratus kepada jualan syarikat. Farm Fresh menjangkakan juga permintaan rangkaian produknya akan meningkat pada Ramadan nanti terutamanya susu kurma. Selain itu syarikat juga memperuntukkan RM45 juta untuk membeli ladang di Australia dan melaburkan RM25 juta untuk penambahbaikan ladang di Muadzam, Pahang. Pada tahun 2019 syarikat juga melakukan penambahbaikan baka di Australia sebagai satu langkah untuk mendapatkan baka yang baik. Kami juga turut menerima permintaan dari beberapa negara untuk mendapatkan rangkaian produk kami iaitu Filipina, Timur Tengah dan Indonesia. Syarikat juga berkeyakinan dengan adanya 300 pekerja maka Farm Fresh akan terus berkembang maju dan menjadi pengeluar susu terbesar dalam negara dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
FARM FRESH ... IANYA SATU JENAMA...
PELBAGAI PRODUK... LEMIH 20 SEMUA...
BANYAK DIJUAL ...DALAM PASARAYA...
SYARIKAT TEMPATAN... KUAT BERUSAHA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Belaka,
Melaka, Malaysia.
(1 Muharam 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...