mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, September 29, 2018

MODEL TANAM NANAS KEPADATAN TINGGI

Penanaman Nanas Moris (Ananas comossus) di Malaysia, pada kebiasaannya ditanam pada jarak 90cm x 60cm x 30cm. Pada jarak tersebut, petani akan memperolehi bilangan pokok sebanyak 30,000 - 35,000 sehektar. Dalam banyak negara pengeluar nanas dunia, hanya negara Filipina mengamalkan teknik penanaman nanas berkepadatan tinggi dengan penghasilan sebanyak 80,000 - 90,000 pokok. Varieti yang ditanam ialah MD2 dan menjadi amalan ladang-ladang nanas dalam pengeluaran nanas bersaiz sederhana iaitu Gred B dan Gred C. Kaedah ini didapati mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada lebih ramai pengusaha. Setelah mempertimbangkan prospek kaedah tersebut dan setelah mengambilkira tanaman nanas merupakan salah satu lagi tanaman utama yang berjaya diperkenalkan di bawah projek tanah terbiar. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu kaedah model penanaman yang mampu memaksimumkan produktiviti. Di atas kreativiti warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah, pada tahun 2010, mereka telah berjaya memajukan pakej pengurusan tanaman nanas berkepadatan tinggi khusus bagi varieti Moris. Kaedah ini menjadi semakin popular di negeri Kedah terutamanya di kalangan penanam nanas di Daerah Kuala Muda. Atas kejayaan yang dicapai di Negeri Kedah, Jabatan Pertanian akan terus mengambil langkah positif bertujuan untuk mengembangkan kaedah penanaman nanas cecara padat dikalangan petani yang ingin terlibat dalam penanaman nanas diseluruh negara. Artikel tengahmalam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkann model tanaman nanas secara padat untuk dijadikan bahan rujukkan.

Diantara beberapa faktor penting dalam menentukan kejayaan untuk penanaman nanas adalah petani mesti mengikuti pakej amalan teknologi penanaman nanas. Pakej penanaman nanas untuk berkepadatan tinggi mengaplikasi pendekatan untuk memaksimumkan pokok dalam satu unit pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang dikeluarkan. Khusus bagi nanas varieti Moris, jarak tanaman yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan bilangan pokok di antara 80,000 – 85,000 pokok sehektar. Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi fokus kepada perkara amalan agronomi  berikut iaitu : (1) Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan pusingan bajak putar. (b) Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air (c). Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate (CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17. (d) Menggunakan semburan Ethrel sebagai bahan penggalak pembungaan bagi menggantikan pil ANAA dan (e) Mengaplikasi kaedah pengurusan tanaman secara cekap dan persis menggunakan peralatan dan mekanisasi yang praktikal dan efisien.

Inisiatif Kreatif Dalam Pengurusan Tanaman Pemilihan dan Penggunaan Benih Berkualiti Benih adalah input asas dalam penanaman. Pemilihan benih nanas yang sihat dan seragam adalah pra-syarat asas bagi menentukan kejayaan penanaman. Benih nanas perlu ditanam di tapak penanaman yang telah disediakan dengan sempurna. Benih nanas ditanam pada jarak 30cm x 30cm dengan menyediakan lorong kerja selebar 75cm pada setiap 10 baris. Kejayaan kaedah penanaman ini berpaksikan kepada cara pengurusan tanaman yang cekap dan efisien. Jentera penyembur High Clearance Boom Sprayer merupakan peralatan mekanisasi yang paling sesuai digunakan untuk kerja-kerja membaja, meracun dan semburan penggalak bunga dalam ladang nanas. Penggunaan peralatan mekanisasi ini sangat praktikal di mana tayarnya yang nipis dan tinggi membolehkan jentera ini bergerak di celah-celah dan di atas pokok nanas tanpa merosakkannya selain memberikan semburan yang serata. Bagi petani bermodal kecil, mereka boleh menggunakan Power Sprayer yang dilengkapi dengan salur getah 30m panjang, penyembur, tangki air 500 liter yang diangkut menggunakan trailer dan power tiller.

Kejayaan dan Perkembangan Pengamalan Teknologi bagi tanaman nanas secara padat hendaklah dengan  teknologi untuk mempraktikan pakej pengurusan tanaman yang disyor. Penanam nanas dan petani boleh mengeluarkan hasil hampir tiga kali ganda berbanding kaedah biasa tanpa mengurangkan kualiti dan gred hasil buah yang dikeluarkan. Ekoran daripada peningkatan bilangan buah yang dipetik, petani memperolehi pendapatan yang berganda. Jika hendak dibuat perbandingan prestasi pengeluaran nanas morris dengan menggunakan kaedah penanaman berkepadatan tinggi seperti dalam Cashflow di Jadual 1 diatas adalah didakwa ia lebih menguntungkan. Kaedah penanaman nanas berkepadatan tinggi khususnya nanas Moris telah semakin popular terutamanya di Negeri Kedah. Dalam tempoh dua (2) tahun kaedah ini diperkenalkan, seluas 40 hektar tanah yang dahulunya terbiar telah ditanam dengan nanas berkepadatan tinggi. Penanaman nanas menggunakan kaedah ini dapat dilihat di Kg. Bukit Batu Pahat, Kg. Lima Puloh Relong, Kg. Bendang Dalam, Kg. Tempoyak dan Kg. Hutan Gelam di Negeri Kedah Darul Aman. Antara kawasan lain yang akan diusahakan ialah di Kg. Sg. Bongkok, Gurun Kedah seluas 5.7 hektar. Buat masa ini, kaedah tanaman ini didapati sangat berjaya di kebanyakan kawasan tanah mineral di negeri Kedah dan dijangka boleh diperluaskan di negeri lain di seluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!.
TANAM NANAS... KEPADATAN TINGGI...
80,000 POKOK/HA.. JUMLAH KAPASITI...
NANAS MORIS... DIKEDAH MENJADI...
BOLEH DICUBA... DILAIN2 NEGERI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Muharram  1440H).
Published on:
Seat 10A, Business Class,
EK343 KUL-DXB,
FLYING ROUTE.
(29 September 2018).














No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...