Support My Blog

Saturday, September 15, 2018

RUMPUT DAN RUMPAI - APA PERLU DI KETAHUI (Part 2)

RUMPAI (Weeds) merupakan spesies tumbuhan renek sama ada ia rendah atau tinggi dan sama ada ia tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Rumpai pada penulis blog bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari dimana ia menganggu petani. Semasa belajar di universiti dahulu, subjek rumpai menjadi salah satuu subjek kegemaran penulis blog kerana ia melibatkan banyak aktiviti mengutip banyak jenis rumpai untuk dijadikan koleksi. Umumnya rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RUMPAI PEROSAK, RUMPAI BERSIFAT NEUTERAL dan RUMPAI BERGUNA. Namun biasanya kualiti sifat-sifat rumpai ini akan berubah mengikut keadaan tertentu. Kesan pertumbuhan rumpai menganggu pertumbuhan tanaman kerana ia bersaing dengan tanaman dari segi sumber makanan, ruang tumbuh, persaingan untuk cahaya matahari dan paling tidak baik kerana ia boleh juga menjadi perumah kepada patogen yang menyebabkan akan serangan perosak dan penyakit. Tanaman kelapa sawit (Elaies guineensis) yang dikatakan lasak pun akan terencat pertumbuhannya jika banyak rumpai tumbuh disekelilingnya apa lagi kalau ada selaput tunggul yang melilitnya. Keujudan rumput bahaya seperti Miang Mexico dikawasan perumahan amat merbahaya kepada penduduk berhampiran kerana ia akan menyebabkan kegatalan dan radang jika disentuh serta rumput ini sukar dibasmi (Sila lihat foto diatas). Anda boleh baca mengenai rumpai ini dalam artikel saya (Sila anda klik disini).  Paling teruk dimana jika ada jenis rumpai yang agresif dan invasif dimana ia juga mampu menghalang pertumbuhan tanaman serta ianya sukar dikawal seperti rumput israel, rumput miang mexico dan beberapa lagi. Memang semua orang sama ada orang awam, pegawai, penduduk perumahan awam, pengusaha pertanian dan juutera perlu mengenali dan mengetahui ilmu mengenai rumpai. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai rumput dan rumpai yang perlu dijadikan bahan bacaan semua.

Dalam pada itu terdapat juga rumpai yang mengandungi sebatian kimia yang boleh menyebabkan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan yang memakannya. Ada spesies rumpai yang mengandungi aras oksalat larut yang tinggi seperti Halogeton glomeratusdan terdapat juga rumpai yang mengandungi asid hidrosianik seperti Prunus. Selain bahan-bahan tersebut terdapat beberapa lagi bahan beracun yang boleh didapati pada rumpai. Bahan-bahan beracun ini boleh didapati terkumpul di bahagian biji, beri, umbisi atau daun. Di Afrika Selatan, biji-biji Senecio sp. yang bercampur dengan gandum telah menyebabkan keracunan kepada manusia.  RUMPAI MIANG MEXICO (Parthenium hysterophorus)  merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai "World Worst Weed" atau dalam bahasa kita "RUMPUT PALING TERUK" kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dimana ia juga mengganggu biodiversiti tanaman (Sila lihat foto disebelah). Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976 sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan mesti dihapuskan. Sekali pendang penulis dapati ia memang menarik macam pokok ulam raja dengan bunga yang agak cantik untuk sesuapa mengambil dan menanamnya. Walau pun begitu ia merupakan tumbuhan rumpai merbahaya dan menjadi ancaman kepada negara kita kerana kadar pada kerosakan yang akan rumput ini timbulkannya. Daripada beberapa contoh di atas jelas menunjuk adanya hubungan rumpai dengan kesihatan dan keracunan terhadap manusia dan haiwan ternakan.

Rumpai akuatik tidak kurang juga ada yang menimbulkan masalah dalam sistem perparitan di negara ini. Rumpai-rumpai seperti Lemna, Pistia dan Eichhornia crassipes (Kiambang) didapati mampu menimbulkan pelbagai masalah yang perlu dikawal setiap masa kerana ia hidup dalam parit dan kolam-kolam boleh menyekat pengaliran air. Perahu tidak dapat bergerak dalam sungai-sungai yang dipenuhi dengan rumpai akuatik (Sila lihat foto disebelah) yang menganggu manusia. Keadaan ini akan mengganggu laluan di sungai yang merupakan sistem perhubungan yang penting disesetengah kawasan. Lazimnya hidupan seperti ikan juga sukar untuk hidup di kolam-kolam yang ditumbuhi dengan rumpai seperti Lemna, Pistia dan Salvinia di permukaan airnya. Disebabkan paras kandungan oksigen di dalam air ini sangat rendah serta kekurangan cahaya menyebabkan ikan tidak sesuai untuk hidup. Dalam pada itu rumpai juga memberi kesan keatas penjagaan kawasan rekreasi, taman dan padang permainan. Kewujudan rumpai di kawasan tersebut akan mencacatkan dan burukan pemandangan dan menyukarkan pergerakan. Ia juga akan mencacatkan kecantikan sesuatu kawasan tersebut. Rumpai turut memberi kesan ke atas kualiti ternakan. Ini boleh dilihat apabila haiwan ternakan seperti lembu tenusu dimana jika ia telah menghasilkan susu yang rendah kualitinya. Ini kerana rumpai seperti rumpai dari genus Allium spp. yang terdapat di padang-padang ragut.

Memang rumpai boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam penghasilan tanaman, dan keindahan alam sekitar. Oleh yang demikian rumpai perlulah dikawal pertumbuhannya. Terdapat pelbagai kaedah pengawalan rumpai yang boleh digunakan. Antaranya, kawalan secara mekanik, kawalan secara biologi, kawalan secara pencegahan melalui amalan yang baik dan kawalan secara menggunakan racun rumpai. Bagi kaedah kawalan secara mekanik ialah termasuk kawalan dengan tangan seperti mencabut, mencangkul, menebas keluar rumput daripada tanah (jika kawasan kecil). penggunaan mesin pemotong, bajak, penggembur sesuai digunakan sekiranya kawasan pertanian yang luas. ini memudahkan lagi kerja pengawalan di samping menjimatkan masa, kos, dan tenaga manusia. Kawalan Biologi pula dirujuk kepada penggunaan haiwan seperti kulat, parasit, bakteria dan pelbagai lagi organisma lagi. Kaedah ini juga melibatkan penggunaan binatang ternakan seperti lembu, kambing,biri-biri dan kerbau. Kaedah ini sesuai terutama di kawasan padat dengan rumpai. Untuk aktiviti MyGAP lazimnya pembiakan rumpai dapat dikawal jika beberapa langkah pengawalan telah dilakukan diperingkat awal lagi, seperti menggunakan biji benih yang bermutu tinggi dan bersih daripada biji benih rumpai. Menggunakan alat-alat pembajak, yang bersih dan dicuci selepas menggunakannya. Selain itu pastikan biji rumpai yang telah di potong tidak dibuang merata tempat sehingga boleh bercampur semula dengan biji benih tanaman. Sekiranya petani mengamalkan GAP ini ,berkemungkinan tanaman mereka menghasilkan hasil yang baik boleh ditingkatkan. Penggunaan racun rumpai dalam mengawal pertumbuhan adalah suatu kaedah yangdapat menjimatkan kos dan masa serta sering digunakan dalam bidang pertanian pada masa ini. Penggunaan racun rumpai yang baik dan sesuai dapatmenghalang pembiakkan dan memusnahkan rumpai di kawasan pertanian. Racun rumpai yang digunakan boleh berbentuk organik dan bukan organik Pengguaan pam penyebur racun merupkan kaedah paling lazim dilakukan oleh petani bagi mengawal rumput. Sebagai satu kesimpulan rumpai walaupun melalui takrifnya didakwa membawa makna kepada yang lebih buruk daripada memberi kesan baik atau kebergunaan tetapi ia tetap penting kepada ekosistem bumi kita. Rumpai boleh di kawal dan pengawalan yang betul dapat menjimatkan kos, masa , dan tenaga. Rumpai juga menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan ternakan. Semuga anda merujuk epada artikel sama Part 1 dalam anim agro technology. Wasallam~!!




MENGENAL RUMPAI.... PERLU DI BACA...
ADA KEBAIKAN... ANCAMAN PASTINYA...
MENGURANGKAN HASIL... KESANNYA...
PERLU DIBASMI... ITU AMALAN BIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruag,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Muharram 1449H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...