KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, February 2, 2017

PENGELUARAN SUSU SEGAR NEGARA

SUSU LEMBU merupakan makanan yang amat penting untuk penduduk diseluruh dunia termasik di Malaysia. Dari laporan jabatan terlibat pada masa ini terdapat sebanyak 714 usahawan penternak lembu tenusu di seluruh negara yang terdiri daripada 10% penternak komersial dan 90% penternak kecil. Jumlah pengeluaran dalam negara pada tahun 2009 adalah sebanyak 62 juta liter. Sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berperanan dalam kepastian kualiti dan keselamatan susu segar dari ladang ke kilang selain memberikan perkhidmatan teknikal kepada para penternak melalui Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) di seluruh negara dan juga menyediakan khidmat penghantaran susu ke kilang. Ia juga mengambilkira senario keperluan susu di bawah Program Susu Sekolah (PSS) sebanyak 25.08 juta liter pada tahun 2007. JPV menyambut baik cadangan menjayakan Program Susu 1Malaysia kerana pengeluaran susu dalam negara semakin meningkat setiap tahun dan ini membuka pasaran baru untuk susu segar tempatan. Namun pelaksanaannya perlulah diperkemas dan diselaraskan dengan lebih terperinci supaya isu keracunan makanan berpunca dari kerosakan susu semasa proses pelaksanaan Program Susu Sekolah tidak lagi berlaku.  Oleh itu JPV menyarankan agar penglibatan pengilang-pengilang susu utama dalam negara diberi keutamaan bagi tujuan untuk menjayakan Program Susu 1Malaysia ini kerana memandangkan mereka memiliki kemahiran dalam urusan pemprosesan, pembekalan dan pengendalian susu yang boleh menjamin kualiti dan keselamatan susu tersebut. Susu segar diperolehi daripada penternak tenusu tempatan yang mengamalkan Amalan Penternakan yang Baik seperti yang disyorkan oleh JPV dengan kualiti susu pada tahap Gred AA dan A serta selamat daripada ‘antibiotic residue’ dan bahan-bahan kimia berbahaya. Artikel subuh in saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenao aktiviti pengeluaran susu lembu segar di negara daripada beberapa siri lawatan penulis dan beberapa kenyataan pihak berwajin serta akhbar tempatan.


Kini melalui Program Susu 1Malaysia, kilang-kilang pemprosesan susu segar yang berwibawa dan berpengalaman serta mempunyai pengiktirafan Veterinary Health Mark (VHM) JPV dan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja dibenarkan memproses dan membungkus susu-susu untuk program ini. Hanya pengedar-pengedar susu yang berdaftar dengan pengilang-pengilang susu segar yang diiktiraf oleh pihak JPV sahaja dibenarkan membuat penghantaran ke sekolah-sekolah. Keperluan susu segar untuk sekolah-sekolah di Malaysia adalah sebanyak 55 juta liter setahun. Susu segar tempatan dilaporkan hanya dapat menampung sebanyak 21 juta liter setahun sahaja dimana selebihnya iaitu sejumlah 34 juta liter susu segar setahun perlu diimport dari negara-negara pengeluar susu yang dibenarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Penggunaan susu tempatan untuk program ini akan ditingkatkan dari tahun ke tahun mengikut peningkatan pengeluaran susu tempatan sementara susu segar import akan dikurangkan selaras dengan peningkatan pengeluaran susu segar tempatan. Terdapat beberapa usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan penghasilan susu lembu dalam negara dengan beberapa projek dibawak NKEA. Kini penanaman rumput napier dan jagung bijirin mendapat sentuhan menteri pertanian untuk dimajukan bagi tujuan penghasilan makanan ternakan dalam negara dan kurangan kebergantungan kepada pasaran import yang nilai importnya amat tinggi.


Laporan Akhbar 1: 
Salah satu Akhbar Tempatan telaporkan "Tambahan 10,000 ekor lembu tenusu tingkat pengeluaran susu negara" yang diterbitkan pasa 6 Mac, 2016  Berita yang di petik dari JOHOR BAHARU mrmulsksn laporan dengan menyatakan pengeluaran susu cair negara akan ditingkatkan menerusi tambahan ternakan 10,000 ekor lembu tenusu. Mengumumkan perkara yang demikian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bermatlamat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan itu. Katanya, langkah itu juga akan menghasilkan pertambahan susu sebanyak 20 juta liter bagi memenuhi keperluan 100 peratus kadar sara diri susu cair. “Buat masa ini, keperluan susu cair negara adalah 50 juta liter setahun di mana sebanyak 34 juta liter dihasilkan dalam negara,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat program tenusu Syarikat Allied Dairy Sdn Bhd di Larkin, di sini semalam. Baki sebanyak 16 juta liter susu cair pula diimport dari mana sebanyak 92 peratus dari Australia, satu peratus dari New Zealand manakala tujuh peratus lagi dari beberapa negara lain. Ahmad Shabery berkata program tambahan lembu tenusu itu dijangka boleh dimulakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM200 juta.nMenurutnya, buat masa ini, Malaysia hanya mempunyai antara 20,000 hingga 30,000 lembu tenusu.nKini permintaan bagi produk itu meningkat sekitar lima peratus setahun. Kerajaan turut memperkenalkan program projek permulaan (EPP) 13-Kluster Tenusu pada 2011 dalam usaha mengurangkan kebergantungan import. Menerusi program di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian itu, katanya, sebanyak tiga syarikat peneraju dilantik iaitu Allied Dairy di Johor; Evergreen Livestock Sdn. Bhd. (Sabah); dan ADMC Dairy Farm Sdn. Bhd. di Kedah. “Di bawah program itu, penternak susu kluster syarikat peneraju menerima pelbagai bentuk bantuan seperti lembu tenusu, tangki susu dan pemanas air solar dan susu yang dihasilkan dibeli semula syarikat peneraju sebelum diproses,” katanya. Kini nilai eksport bagi susu dan produk tenusu pada 2013 ialah sebanyak RM957.35 juta dan nilai import bagi susu dan produk tenusu adalah RM3.27 bilion. 

Laporan Akhbar 2:
Laporan mengenai susu lembu bertajuk "Pahang bakal jadi hab pengeluaran susu segar negara". Ini satu laporan akhbar tempatan dimana menjelang 2019, Pahang akan bakal berupaya membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun.  Ini kerana  Oahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan keupayaan membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata, walaupun kini Pahang hanya membekalkan tidak sampai lima peratus daripada 60 juta liter keperluan susu segar negara, namun dengan adanya projek ternakan tenusu baharu usahasama MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk, hasrat itu mampu direalisasikan. "Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat menjadikan Pahang sebagai hab utama pengeluaran susu segar negara. "Menteri sendiri mahukan Muadzam Shah menjadi lembah tenusu dengan turut melibatkan kawasan Rompin dan sebahagian dari Segamat," katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas lawatan kerja Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke MARDI Muadzam Shah di sini hari ini. Lawatan kerja berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Mohd Fadhil Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safiyan Ismail. Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk mewujudkan satu lagi ladang tenusu baharu di Muadzam Shah melibatkan kawasan seluas 250 hektar milik MARDI.

Pada masa ini mengulas lanjut, Sharif berkata pada masa kini katanya, Pahang menjadi antara negeri ketiga terbanyak menyumbangkan pengeluaran susu segar negara selain Sabah dan Johor. "Di Pahang, kami mempunyai empat ladang tenusu di sekitar kawasan Gambang dan Muadzam yang setiap satu mampu mengeluarkan antara satu hingga empat juta liter susu segar setahun. "Ladang tenusu baharu ini yang dijangka bakal beroperasi tahun depan mampu menyumbangkan sehingga empat juta liter susu segar setahun melibatkan antara 1,000 ekor sehingga 1,200 ekor ternakan lembu tenusu di ladang itu," katanya. Sementara itu, Mohd Fadhil berkata perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk itu adalah manifestasi sebahagian daripada beberapa inisiatif MARDI untuk memasuki era pengkormesilan dalam industri tenusu. "Ia memberi satu kesempatan untuk MARDI mengembangkan kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam bidang ternakan di lapangan secara komersil dan dengan adanya perjanjian ini, ia diharap dapat menyerlahkan lagi peranan agensi di dalam pembangunan ternakan di Muadzam," katanya. 

Laporan Akhbar 3:
NSDF hasil 650 liter susu segar sehari

Kehijauan dan panorama indah di NSDF 
pasti memukau pengunjung yang datang.

KUALA PILAH, OKTOBER - Disebaik tiba di ladang ternakan lembu tenusu, NS Dairy Farm (NSDF), mata penulis telah pun tertancap melihat kehijauan dan panorama indah yang seakan-akan berada di bumi New Zealand (Sila lihat foto diatas). Pemandangan bentuk muka bumi yang berbukit bukau dipenuhi lembu tenusu yang sedang meragut rumput, landskap NSDF saling tidak tumpah seperti negara pengeluar susu segar terbesar dunia itu. Terletak di Kampung Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ladang seluas 53 hektar yang diluluskan kerajaan negeri itu beroperasi sejak tahun 2008. Pengusahanya, Datuk Mohd. Nor Abdul Wahid, 64, atau lebih mesra dipanggil Pak Lang itu mempunyai latar belakang dalam bidang perbankan dan kewangan. Anak jati Negeri Sembilan yang dilahirkan di Kampung Terachi, Tanjung Ipoh itu, pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan, Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum meninggalkannya pada tahun 1998. Siapa sangka, hutan belantara yang diteroka sejak lapan tahun lepas itu mampu bertukar menjadi seluas mata memandang. Selain aktiviti tenusu, ladang tersebut turut memberi fokus kepada aktiviti lain seperti penternakan lembu daging, agropelancongan dan produk pengeluaran susu berperisa sendiri. Mengingati kepayahan yang pernah dilalui, Mohd. Nor berkata, beliau pernah tidur dalam hutan bagi memantau pekerja-pekerja melakukan kerja pembersihan yang memakan masa kira-kira setahun. Ia bagi menyediakan tapak ladang, kandang, bangunan rumah pekerja dan pastura (padang rumput yang ditanam bagi ternakan bebas meragut). “Perkara pertama yang saya buat ialah rangka kedudukan prasarana untuk keseluruhan bagi penternakan lembu tenusu.


MOHD. NOR amat menitikberatkan aspek kesihatan dan keselesaan haiwan ternakan. “Apabila sudah ditentukan kawasan mana hendak dibina kandang, kolam dan bangunan lain, barulah boleh mulakan kerja penanaman pastura selari dengan pembinaan prasarana,” kongsinya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini. Apabila pastura yang ditanam mula matang, barulah lembu tenusu peringkat pertama berjumlah 50 ekor daripada baka Jersey dari Australia dibawa masuk ke ladang. Bagi menjimatkan kos pembinaan keseluruhan ladang, segala reka bentuk prasarana, pembinaan dan pembelian bahan pembinaan dikawal selia oleh beliau sendiri. Dalam pada itu, Pengurus Ladang, Mohd. Kamarozaman 59, berkata, selain daripada pengeluaran hasil produk tenusu, NSDF juga menghasilkan lembu-lembu baka atau fidlot jantan, betina daripada baka Jersey atau Jersey Fresian dan kambing Boer. Seekor lembu tenusu mengeluarkan susu sehingga 7.3 liter sehari dan pihaknya mampu memproses susu segar sebanyak 600 hingga 650 liter dalam sehari. Pada peringkat awal, susu segar yang dikeluarkan setiap hari dihantar terus ke Pusat Pungutan Susu di Kuala Pilah dan seterusnya dijual kepada sebuah kilang memproses susu segar di Johor Bharu, Johor. “Pada pertengahan tahun 2015, kami mula memproses sendiri susu segar berperisa setelah terbinanya sebuah kilang di dalam kawasan ladang kami,” katanya yang kini mengeluarkan lima perisa susu iaitu keladi, coklat, jagung, strawberi dan biasa yang boleh didapati di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.


Sebagai pengiktirafan, NSDF telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sebagai ladang kluster tenusu di bawah Program EPP 13 MOA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mohd. Kamarozaman berkata, di ladang tersebut, proses pembiakan akan bermula setelah 45 hari lembu betina melahirkan anak. Terdapat tiga cara pembiakan yang digunakan di ladang NSDF iaitu kaedah permanian berhadas (AI), pembiakan secara AI serentak (15 hingga 20 ekor menggunakan mani lembu jantan di ladang) dan pembiakan semula jadi. Menerusi ketiga-tiga kaedah itu, ia menghasilkan kejayaan yang begitu memuaskan. Dalam aktiviti Agropelancongan, JUASSEH AGRO PARK juga ada menawarkan penginapan dan aktiviti lain iaitu berkonsepkan agropelancongan. Menyediakan penginapan farmstay untuk seisi keluarga dan berkumpulan dengan tawaran pelbagai aktiviti riadah, NSDF hampir melengkapkan beberapa fasa pembangunan ladangnya dengan jenama Juasseh Agro Park (JAP). Menerusi agro pelancongan, para pengunjung berpeluang melihat ladang lembu dan menyertai pelbagai aktiviti riadah antaranya, memanah, flying fox, futsal, berbasikal, memanjat dinding dan melawat ladang menaiki trem. Pengunjung juga boleh menaiki menara anjung bagi mendapatkan pemandangan menarik di sekeliling ladang. Rumah farmstay yang dibina adalah fasa ketiga dalam perancangan ladang bapanya bagi mengembangkan lagi perniagaan NSDF. “Terdapat empat bilik perdana dan bilik asrama berkumpulan yang boleh memuatkan sehingga 350 orang dalam satu-satu masa. Kami juga dalam proses menyediakan tapak perkhemahan bagi para pelajar sekolah, kolej dan universiti melakukan aktiviti-aktiviti di sini,” jelasnya. Pihak NSDF mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk mengadakan program team building, hari keluarga dan kem motivasi di lokasi tersebut. Malah, sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kaedah penternakan lembu tenusu secara profesional dan intensif serta pemprosesan susu segar dan aiskrim di kilang susu berperisa yang terletak dalam kawasan ladang. Dibantu dua lagi kakaknya, dia berharap dapat mengembangkan lagi produk tenusu di ladang itu. “Banyak lagi yang kami rancang, tetapi biarlah dilakukan mengikut kemampuan,” katanya dalam perancangan membina sebuah lagi kilang memproses susu segar di ladang itu. Sementara itu, salah seorang pengunjung, Mohamad Afiq Mohd. Khir, 22 mengakui NSDF mempunyai tarikan yang tersendiri sehinggakan membuat dirinya berasa tenang dan damai tatkala berada di ladang itu. “Saya merupakan seorang penggemar aktiviti luar dan pencinta alam semula jadi. “Disebabkan faktor keterbatasan waktu akibat kekangan kerja, aktiviti luar ini tidak dapat dibuat sekerap dahulu,” ujarnya sambil tersenyum. Katanya, peluang untuk dia melawat kawasan sekitar NSDF sambil ditemani keindahan panorama ladang berkenaan sudah cukup melepaskan rindunya terhadap alam sekitar yang mendamaikan. Ternyata, kedatangannya ke ladang tersebut amat berbaloi kerana di samping itu juga, dia dapat melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama dengan rakan-rakannya. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology ksli ini. Wasallam!!!.
SUSU LEMBU... KHASIAT DIPERLUKAN...
KANAK-AKANK PERLU...TUMBESARAN...
SANGAT KURANG... HASIL TAMPATAN...
PELBAGAI USAHA ....AKAN DIMAJUKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Diary Farms,
Chini, Pekan,
Oahang, Malaysia.
(3 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...