KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 15, 2017

DAUN NENAS - JADI CENDERAMATA

TANAMAN NENAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dimajukan di negara kita terutama apabila varieti nenas MD2 diperkenalkan kerana kualitinya yang premium. Selain daripada hasil buah nenas yang boleh dijual bagi menjana pendapatan, sulur dan jambul nenas kini boleh dijual menjadi bahan tanaman dan memberikan pendapatan. Kini bahagian daun nenas pula boleh diproses menjadi silaj bagi dijadikan makanan ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Bagaimana pun kali ini penulis blog dapati daun nenas boleh dijadikan produk cenderamata istimewa daun nanas. Semasa lawatan penulis ke negara Filipina, mereka telah pun mempromosikan baju istimewa yang dibuat daripada dun nenas iaitu dinakan sebagai 'Barung'. Baju Barung ini dijual dengan harga mahal diantara RM500 - RM1,000 sehelai bergantung kepada saiz dan kualitinya. Nenas merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai usahawan tempatan yang menjadikan daun nenas sebagai produk cenderamata yang ada nilai ekonomik seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.


Tanaman buah tropika dikenali dengan nama nanas bukan saja tinggi kandungan vitamin C malahan daun tanaman kontan itu juga mempunyai serat yang tinggi. Kandungan serat tunggi ini bagaimana pun belum dapat dimenafaatkan sepenohnya dikalangan penanam nenas dan usahawan lain. Bagaimana pun menyedari keistimewaan pokok nanas ini seorang individu atau pengusaha cenderahati dari Batu Pahat, Johor iaitu Puan Azra Hussin berumur 38 tahun telah mengambil inisiatif menggunakan sepenuhnya daun tanaman itu dalam pembuatan beberapa jenis produk atau cenderamata yang dihasilkan. Katanya idea utnuk beliau penghasilan cenderahati 100 peratus daripada daun nanas terhasil sejak memulakan perniagaan percetakan di Shah Alam, Selangor lebih 10 tahun lalu. Kini hasil penelitian bercampur hobi dan minat maka beliau dari minat yang ada membuat kajian penyelidikan dan pembangunan (RnD) terhadap daun nanas dan mendapati ia boleh dikomersialkan menjadi bahan asas dalam pembuatan cenderahati. Beliau telah mula berkecimpung dalam pembuatan kraf tangan berasaskan daun nanas ini pada 2013 dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 70 jenis cenderamata berasaskan bahan berkenaan (Sila lihat foto diatas).  Diantara  70 jenis cenderamata yang dihasilkan Azra daripada kertas daun nanas.


Idea untuk membuat cenderamata daripada daun nenas ini disebabkan memang banyak daun nenas dikawasan kampongnya yang dibuang begitu sahaja atau dibakar setiap kali selepas menuai hasilnya. Kaedah membersihkan sis tanaman nenas ini dilakukan untuk penanaman nenas musim berikutnya. Bergantung kepada varieti nenas, jangkamasa penanaman dan penuaian nenas diantara 110 bulan - 14 bulan. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor di Johor Bahru oleh penulis dan wartawan lain. Seterusnya Puan Azra berkata di antara produk yang dihasilkan daripada kertas daun nanas ini termasuk kotak cenderahati, kotak tisu, penanda buku, bingkai gambar dan rantai kunci. Selain itu produk seperti bekas pensel, beg kertas dan buku cenderahati pelbagai saiz. Teknik pembuatan kertas ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan menjalani proses semula jadi untuk tujuan pengeringan kertas. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata, beliau memilih daun nanas kerana keistimewaannya yang pelbagai termasuk mempunyai kandungan serat yang tinggi, kukuh dan lebih tahan lama. Kini jika serat lain hanya boleh dibuat kertas maka serat nanas ini lebih istimewa kerana boleh menghasilkan benang.


Bermula dengan daun nanas diambil dari kebun ia kemudian diracik atau digunting halus, direndam semalaman sebelum direbus (Sila lihat foto disebelah). Bahan berkenaan dibiarkan selama dua hari sebelum dikisar menggunakan mesin industri bagi mendapatkan serat paling berkualiti. Kemudian serat nanas yang sudah dikisar dimasukkan dalam acuan lain sebelum dikeringkan. Jika cuaca panas selalunya proses pengeringan serat untuk dijadikan kertas hanya mengambil masa sehari. Kesemua proses dari awal ini mengambil masa seminggu dan daripada lima guni putih daun nanas lazimnya ia boleh menghasikan 100 keping kertas nanas. Kebiasaannya dia membuat mengikut saiz 17 x 24 inci bagi memudahkan cara penghasilan dalam membentuk pelbagai saiz cenderamata. Menyentuh bekalan bahan mentah khususnya daun nanas, Azra berkata, ia diperoleh mudah daripada kebun penduduk kampung di sekitar Batu Pahat. Ia sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Beliau selalu pergi sendiri ke kebun nanas milik pekebun untuk mendapatkan daun. Kebanyakan pekebun terbabit tidak menggunakan daun nanas sebaliknya hanya mengambil buah nanas saja. Biasanya daun nanas dibuang atau dibakar. Kini sambutan cenderamata ini amat menggalakkan hasil penjualan dalam talian dan pameran kraf di sekitar Johor dalam sebulan saya mendapat tempahan 2,000 hingga 3,000 unit cenderahati termasuk dari Pahang serta Melaka. Bekalan bahan mentah setakat ini sentiasa mencukupi, tetapi saya mempunyai kekangan dari segi tenaga kerja membuat kertas nanas kerana penghasilannya rumit dan remeh berbanding kraf lain. Usaha penulis blog menulis semula info teknologi memproses daun nenas menjadi cenderamata atau kraftangan ini perlu digalakkan dengan lebih aktif. Ini akan memberikan pendapatan tambahan jika lebih ramai yang mengusahakan dan pasaran boleh disusunatur dengan lebih bail lagi. Semuga anda mendapat info terbaik membaca artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAM NENAS... DIAMBIL BUAHNYA...
DAUN TERBUANG... MEMBAZIR SAJA...
DIPROSES LAGI...JADI CENDERAMATA....
ADA NILAI...PENDAPATAN BERGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Jerantut Hill Inn,
Jerantut, Pahang,
Malaysia.
(16 JamadilAwal 1438H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...