KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 8, 2017

NENAS YANKEE (AC6) - CIRINYA

NENAS YANKEE (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC6 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Kawasan utama tanaman nenas adalah di Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas Yankee (AC6) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Nenas Yankee bunyinya agak pelik asalnya pada penulis buat kali pertama penulis ada mendengarnya. Nama nenas ini juga dinamakan sebagai "SELANGOR SWEET" dimana ia daripada kumpulan Queen. Nenas ini sederhana saiznya dengan berat sekitar 1.0 - 1.3 kilogram. Buahnya berbentuk 'KON' dengan memanjang dan tirus diatasnya (Sila lihat foto paling atas). Buahnya yang matang berwarna hijau gelap kekuningan dengan jumlah mata agak kurang iaitu diantara 100 -130  sahaja dengan mata yang kelihatan 'timbul' (Sila lihat foto disebelah). Isinya berwarna putih jernih dengan kemanisan sekitar 11 - 14 darjah Brixs dimana ia amat sesuai untuk dimakan segar atau pun boleh diproses untuk produk nenas lain. Nenas ini juga mengandungi asid citrik sekitar 0.6 - 0.8% dan mempunyai saiz empuler sekitar 1.0 - 1.5 cm. Apa yang penulis blog seronok apabila melihat terdapat banyak sulur tangkai keluar dari sekeliling buah.


Varieti nenas Yankee ini jika dilihat ciri pertumbuhannya adalah MENEGAK. Dilihat pada warna daun sebenarnya ia berwarna ungu gelap. Terdapat pada daun kandungan antisianin yang kuat dimana sebarannya memanjang terutama kearah bahagian apeks daun (Sila lihat foto disebelah). Varieti Yangkee merupakan nenas dimana dibahagian tepi daun adalah berduri. Duri yang kecil ini lazimnya berwarna berbeza seperti warna hijau, merah jambu atau ungu seperti warna daunnya. Susunan duri adalah mengikut arah yang sama. Buahnya mudah dilihat kerana ia adalah jenis yang menonjol pada pokok nenas (Sila lihat foto dibawah sekali). Nenas Yankee pernah dijadika ikon oleh Negeri Selangor sebagai produk nenas komersil dahulu tetapi kini ia amat kurang ditanam. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca bloh anim agro technology kali  ini, Wasallam!!!....


NENAS YANKEE... DIBERIKAN NAMA...
SELANGOR SWEET... NAMA LAINNYA....
BUAHNYA SEDANG... MANIS JUGA...
TULIS RENCANA.. INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Sg Miang,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(21 Rabiulakhir 1438H)
Bersamaan 16/1/17

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...