KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 21, 2017

PADI - BLB KURANGKAN HASIL PADI

Apakah dia Penyakit KARAH PADI atau Bacterial Leaf Blight (BLB)?. Bagaimana pun serangan penyakit BLB ini telah dilaporkan menyerang dibeberapa jelapang padi termasuk di Selangor pada tahun 2016 dengan serangan yang serius dan mengurangkan hasil padi negara. Kini penulis blog ini telah pun tahu dan faham bahawa penyakit karah padi merupakan penyakit yang merbahaya dan mampu untuk menusnahkan tanaman padi dengan teruk yang disebabkan oleh sejenis patogen iaitu Kulat (Pyricularia oryzae). Kulat ini menyerang tanaman padi sehingga mampu mengurangkan mutu hasil padi atau banyak juga kes yang 75% hasilnya musnah. Pengalaman saya melawat kawasan sawah yang pernah kena serang mendapati penyakit ini mampu menyerang pada semua peringkat pertumbuhan tanaman padi daripada anak benih, peringkat vegetatif mahu pun peringkat hampir menuai (productive stage). Pemerhatian pada peringkat awal dimana serangan di bahagian daun padi iaitu akan kelihatan daun padi kering dan kemudian mati. Diperingkat padi TERBIT pula, penyakit karah ini lebih dikenali sebagai penyakit REPUT TANGKAI dimana kita akan melihat tangkai padi mereput dan tidak ada isi pada biji padi atau gugur. Penulis merujuk kepada artikel dilaporkan dimana aktiviti serangan BLB dinegara jiran Indonesia juga menjadi isu dalam industri penanaman padi. Saintis mereka juga menggunakan bahan kimia tetapi kawalan masih kurang efektif. Dalam petak demonstrasi yang idadakan di kawasan sawah Banyumas telah menggunakan kawalan biologi iaitu bakteria dikenali dengan nama Coryne bacterium sp. yang harganya sangat murah. Bahan Coryne bacterium sp juga tidak menimbulkan pencemaran pada alam sekitar. Ini kerana Coryne bacterium sp. adalah merupakan salah satu mikrob semulajadi bersifat antagonis dapat mengawal beberapa jenis penyakit untuk tanaman. Kini penggunaan bahan ini diguna untuk tujuan mengawal penyakit BLB pada tanaman padi yang mana ia disebabkan oleh bakteri Xanthomonas campestris pv oryzae. Laporan disana juga menunjukkan penggunaan agen Coryne bacterium sp adalah penyakit bintik daun pada jagung, penyakit bengkak akar pada kobis dan penyakit Layu bakteria pada tanaman pisang. Bakteria ini berbentuk seperti batang, jenis gram positif dimana koloninya berwarna putih kotor dan di bawah lampu ultra violet tidak ada sebarang reaksi. Kemampuan bakteria ini dalam menekan penyakit Karah Padi (BLB) mencapai 80% daripada laporan kajian disana. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangan penyakit karah padi atau BLB sebagai satu bahan rujukan pembaca semua.. 


Antara tanda serangan atau simptom yang boleh dikenali serangan BLB ini dengan melihat pada daun padi dimana akan ada tanda bulatan lonjong dengan kedua-dua bahagian hujungnya tirus berwarna coklat kehitaman dan kekuningan ditepinya (Sila lihat foto disebelah). Ada juga yang kata dibahagian tepi ada bintik berwarna perang dan bahagian tengah berwarna kelabu keputihan. Terdapat beberapa varieti padi yang agak rintang dengan serangan penyakit ini, tetapi jika ianya diserang akan kelihatan bentuk bulatan agak kecil saiznya. Jika serangan berlaku pada tangkai padi pula akan kelihatan tanda perang kehitaman pada tangkai padi. Jika diserang pada tangkai maka tangkai padi akan menjadi reput atau patah dan biji padi tidak menjadi. Kerosakan ini dapat dilihat keujudannya dengan sentiasa membuat pengawasan di sawah padi (Pest and disease surveilance system). Selalu serangan penyakit BLB ini atau hawar daun bakteria (BLB) pada tanaman padi telah meresahkan para pesawah. Ia kini kadang-kadang menjadi penyakit utama pada tanaman padi dimana serangan ini mampu mengurangkan hasil sehingga mencapai 75 %. Serangan BLB atau di negara Indonesia dipanggil sebagai Penyakit Kresek (penyakit hawar daun bakteria) pada tanaman padi adalah disebabkan oleh bakteri Xanthomonas oryzae pv. Oryzae dapat mengakibatkan kerusakan tanaman dan menurunkan produksi. Bahkan, dalam serangan berat, dapat mengakibatkan terjadinya puso. Serangan penyakit ini dapat terjadi pada fase bibit, tanaman muda dan tanaman tua.


Gejala Serangan penyakit ini perlu diketahui oleh pesawah. Tanda awal serangan penyakit ini adalah pucuk daun menguning, kemudian menjalar melalui bahagian tepi daun hingga ke pangkal. Pada serangan BLB yang lebih teruk dimana daun padi akan kelihatan mengering (Sila lihat foto disebelah). Pada serangan teruk ini ianya berlaku hanya dalam waktu 30 hari sahaja dimana tanaman padi menjadi kering serta menyebabkan tidak ada pembentukan padi. Penyakit BLB juga menyebabkan batang padi mudah rebah sehingga sangat mengganggu proses pengisian isi padi (Panicle initiation) disebabkan padi jadi HAMPA. Penularan penyakit melalui saliran air, angin dan biji benih serta infeksi terjadi melalui stomata. Perkembangan penyakit BLB juga sangat dipengaruhi oleh persekitaran dimana kelembaban tinggi dan suhu rendah antara 20 - 22 Celsius. Itu sebabnya pada musim hujan dimana berlaku redup akibat penutupan awan maka penyakit BLB mudah merebak dan berlaku. Oleh itu digalakkan agar penanaman varieti padi yang tahan penyakit ini perlu dilakukan. Dalam pemehatian lain penulis dapat info dimana jika menanam padi dengan jarak terlalu rapat terutamanya dengan kaedah tabur terus ia menjadikan serangan BLB mudah berlaku. Begitu juga jika menggunakan baja Nitrogen yang berlebihan sekitar 300 kg urea/ha dan juga penggunaan baja nitrogen tanpa Posforan (TSP) dan atau Kalium (KCl) akan menyebabkan penyakit BLB mudah berlaku. 


Dalam laporan akhbar tempatan berjudul 'BLB kurangkan berat bijirin padi' yang diterbitkan akhbar tempatan yang berlaku di Selangor memang telah disahkan. Artikel tersebut memulakan bicara dengan mennyatakan apakah yang dimaksudkan dengan penyakit hawar daun bakteria (BLB) yang menyerang padi?. Katanya BLB adalah penyakit vaskular padi yang disebabkan sejenis bakteria iaitu dinamakan sebagai Xanthomonas oryzae pv oryzae. Ianya menyebabkan jangkitan bermula dari mana-mana bahagian daun terutama dari tepi dan hujung daun. Serangan BLB boleh mengurangkan berat bijirin padi akibat kehilangan luas permukaan daun untuk fotosintesis. BLB juga menyebabkan kehilangan hasil hingga 50 peratus dan menjejaskan kualiti biji padi. Laporan pertama BLB dikesan pada tahun 1967 dan pada varieti seribu gantang pada awal 1980 an. Wabak BLB yang serius pernah berlaku pada tahun 1988 dan 1994 dengan penanaman varieti yang rentan menyebabkan kehilangan hasil hingga 50 peratus. Pada 2013 dan 2016 dilaporkan BLB menyerang lagi sawah padi di Sekinchan, Selangor dengan 80 peratus kawasan diserang BLB membabitkan varieti MR 220 CL2, MR 263 dan MR 269. Baru-baru ini penyakit BLB agak serius berlaku di kawasan jelapang padi Barat Laut Selangor (BLS) iaitu kira-kira 7,800 hektar atau 40 peratus kawasan penanaman diserang BLB membabitkan varieti MR 284, MR 220 CL2 dan MR 219. Kajian awal mendapati diantara keadaan yang kondusif untuk BLB seperti hujan lebat dan angin kencang berterusan, mendung, kelembapan yang tinggi, suhu sekitar 26 hingga 30 darjah Celcius, kadar baja nitrogen (N) tinggi serta jarak di antara tanaman yang rapat. Penyakit ini boleh tersebar dengan cara percikan air hujan (hujan angin atau ribut) terutama ketika daun tercedera disebabkan angin, pengairan, banjir, peralatan ladang, benih tercemar dan pekerja sawah.


Simptom serangan bermula dengan warna hijau gelap kekelabuan pada hujung daun kemudian melebar dan bertukar menjadi kuning keperangan membentuk jaluran seperti corak berombak serta bergulung. Pada awal jangkitan, selut bakteria kelihatan seperti embun putih atau kuning kelihatan pada awal pagi. Sekiranya serangan teruk maka jangkitan merebak ke seluruh bahagian daun dan berubah menjadi putih kekelabuan hingga daun kering serta mati. Selain itu, simptom menunjukkan tangkai padi tidak produktif, isi padi tidak penuh dan berkualiti rendah. Faktor utama menyumbang kepada sebaran wabak penyakit BLB ketiadaan varieti padi semasa yang rintang penyakit BLB, semua varieti padi semasa sedia ada adalah sederhana rentan atau rentan kepada penyakit BLB. Pembangunan varieti baru yang rintang kepada penyakit BLB masih dalam peringkat kajian. Faktor cuaca yang sangat ‘digemari’ BLB iaitu hujan berturut-turut dan kelembapan yang tinggi. Kebanyakan petani didapati menggunakan baja N berlebihan dan tidak mengikut peringkat (semua baja subsidi habis pakai sebelum 50 hari selepas tanam). Jika pesawah tidak mengamalkan semburan pencegahan racun berasaskan kuprum (anti-bakteria) untuk kawalan BLB tetapi amalan sedia ada dimana kebanyakan petani dipercayai menyembur apabila serangan teruk sudah berlaku. Ada juga pesawah yang menggunakan racun salah seperti racun kulat dan peringkat kawalan salah juga antara penyumbang kepada penyakit BLB. Penggunaan benih tidak sah kemungkinan dicemari BLB dan jika digunakan pada musim seterusnya boleh mendorong kepada kejadian penyakit BLB disebabkan kesediaan sumber inokulum BLB dalam benih berkenaan. Pemantauan awal penyakit BLB dengan semburan racun berasaskan kuprum boleh dilakukan dengan segera. Racun berasaskan kuprum bertindak sebagai racun sentuhan, ia hanya boleh bertindak dengan berkesan sekiranya disembur pada awal serangan. Langkah kawalan yang perlu diambil bermula dari peringkat pertumbuhan maksimum hingga terbit tangkai. Semua varieti padi semasa tidak tahan kepada serangan BLB. Semburan pencegahan dengan racun berasaskan kuprum pada peringkat awal pertumbuhan iaitu 20 hingga 25 hari lepas tanam (HLT), pertumbuhan maksimum (45 hingga 50 HLT) dan terbit tangkai (65 hingga 70 HLT). Semburan pencegahan apabila hujan kerap atau pada kawasan diserang musim sebelumnya. Aktiviti untuk memantau serangan BLB terutama pada peringkat kritikal dan semburan kawalan sekiranya jangkitan berlaku sebanyak dua atau tiga kali selang tujuh hingga 10 hari. Adalah lebih baik jika sentiasa memusnahkan sumber inoculum BLB (bakar jerami, tunggul dan padi batat secara menyeluruh), biarkan sawah kosong untuk kering bagi mengurangkan populasi bakteria dalam tanah serta residu pokok terutama selepas bajak pertama. Pesawah juga perlu menggunakan benih yang sah dan bebas penyakit bagi mengelak sebaran patogen bakteria melalui benih serta mengawal kadar baja N dan diberikan secara berperingkat. Semuga rencana dalam abim agro technologi ini da[at beri info kepada anda. Wasallam!!!.
PENYAKIT KARAH... BLB SINGKATNYA...
TANAMAN PADI..PUNCANYA BAKTERIA...
KURANGKAN HASIL..PADI JADI HAMPA...
MEMBACA ARTIKEL...INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Sekinchan, 
Selangor, Malaysia.
(20 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...