KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 7, 2017

NENAS JOSAPINE (AC5) - CIRINYA

NENAS JOSAPINE (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC5 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Sejal lama dulu kawasan utama tanaman nenas adalah di Negeri Johor terutama dikawasan tanah gambut tetapi kini Pahang telah memperluaskan tanaman nenas dengan projek dibawah LPN dan ECERDC di Daerah Rompin. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas JOSAPINE (AC5) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda. 

Buah Nenas JosaPine adalah hasil kacukan diantara Nenas JOHOR (JO) dengan Nenas SARAWAK (SA) yang dilakukan oleh saintis di Malaysia dan hujungnya ditambah dengan PINEAPPLE (PINE) menjadikan nama varieti JOSAPINE. Nenas Johor adalah jenis nenas dari kumpulan 'Spanish' dan Nenas Sarawak adalah dari kumpulan Smooth Cayenne. Hasilnya varieti ini mempunyai saiz yang besar dengan purata berat buah dari 1.0 - 1.3 kg sebiji. Penulis memeriksa semasa membuat lawatan teknikal mengenai tanaman nenas varieti ini di Pusat Pembiakan Nenas di Stesyen Alor Bukit, Pontian ,Johor mendapati buahnya berbentuk Selinder dengan warna kulit merah atau jingga. Diteliti lanjut ia mempunyai antara 100 - 120 mata dengan keadaan matanya adalah 'timbul' dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Varieti Josapine mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan rasa manis dimana kanfungan gula adalah 16-17 Brixs. Kadar kandungan asid citrik sekitar 0.5 - 1.2% sahaja. Ia mempunyai saiz empulur yang besar iaitu sekitar 2.5 - 3.8 cm dengan warna permukaan atas braktea adalah hijau. Pada penulis blog anim agro technologu mendapati ia amat sesuai untuk dimakan segar dan juga boleh diproses.


Nenas Josapine ini mempunyai warna dominan pada permukaan atas daun iaitu UNGU GELAP. Warna daun varieti ini amat berbeza dengan kebanyakkan varieti lain dimana memang terdapat antosianin dipermukaan atas daun dengan jelas. Keamatan (intensity) antosianin pada daun varieti ini SANGAT Kuat. Sebaran antosianin ini adalah meluas memanjang dan seragam pada bahagian margin dan juga alur daun (Sila lihat foto disebelah). Masa penulis blog teliti lanjut mendapati terdapat DURI pada bahagian margin daun dengan warna duri yang dominan adalah Merah sama seperti warna daun.  Arah duri juga didapati ujud pada kedua-dua arah dengan saiz duri yang SEDERHANA. Melihat cara pertumbuhan pokok nenas Josapine didapati ia tumbuh dengan SEPARA MENEGAK (Sila lihat foto dibawah) dengan kedudukan buanya adalah menonjol dibahagian atas pokok. Penulis dapat memetik, megupas dan menguji rasa nenas varieti Josapine diladang dengan amat memuaskan. Penulis blog popular anim agro mengesyorkan agar petani menanam dan pengguna dapat membeli nenas varieti Josapine ini. Wasallam!!!.


Penulis ditengah-tengah ladang nenas komersil buat analisis.

NENAS JOSAPINE... MANIS RASANYA...
NENAS JOHOR... SARAWAK KACUKNYA...
BUAHNYA BESAR...BAIK HARGANYA...
INGIN MENANAM...CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan Persidangan, Everly Hotel,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(19 RabiulAkhir 1438H)
Hadir Konvensyen MyGAP dan MyOrganis 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...