KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, February 3, 2017

NENAS MORIS (AC1) - CIRINYA

NENAS MORRIS (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC1 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Moris adalah nenas dari kumpulan QUEEN dengan mempunyai berat buah sekitar 0.5 - 1.5 kg sebiji. Buah nenas moris yang matang berbentuk kon ke bentuk Kon Selinder dengan mempunyai warna kulit yang hijau gelap. Penulis yang memeriksa beberapa kebun nenas moris mendapati bilangan bebuah adalah 100 - 120 dengan purata lebar empulur buah sekitar 2.0 cm. Nenas moris mempunyai isi yang berongga dengan tekstur yang rapuh dan berwarna kuning. Daripada analisa mendapati tahap kemanisan nenas moris diantara 15-17% iaitu dikira sebagai varieti buah yang manis sesuai untuk dimakan segar. Kandungan asid citrik 0.4 - 0.7%. Warna permukaan atas braktea adalah merah jambu gelap dengan mempunyai ciri khusus iaitu mata bebuah timbul. Buah nenas moris merupakan varieti yang sesuai dimakan segar dan juga serng digunakan untuk masakkan seperti paceri nenas dan makan lemak ikan masin. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri varieti nenas moris dan kaedah menganai bahan tanaman yang sesuai untuk ditanam.



Dalam mengenal nenas moris sebaiknya diterangkan akan ciri-ciri marfologi varieti pokok nenas moris. Tabiat pokok ini adalah dimana ia tumbuh secara menegak dengan biasanya kedudukkan buah nenas adalah 'terlindung' ditengahnya (Sila lihat foto paling atas). Jika diteliti akan dilihat buahnya berbentuk kon ke kon selinder dengan warna dominan pada kulit hijau kekelabuan (Green to grey) seperti foto disebelah. Penulis dapat lihat bentuk nnas moris adalah berbentuk 'Kon' atau 'Kon Selinder' dengan jelas. Warna dominan kulit nenas moris adalah Hijau Kekelabuan (Green greyish) dan ia juga mempuyai warna pedunkel permukaan atas sebagai Merah Jambu Gelap. Nenas moris adalah jenis nenas yang dahulu sangat popular ditanam oleh petani kerana ia merupakan jenis nenas yang lasak. Negeri Johor terutamanya telah menanam nenas moris sebagai varieti yang sesuai untuk kawasan tanah gambut. Pokok nenas moris juga mudah dijaga berbanding dengan varieti lain seperti MD2 dan beberapa jenis lagi. Walau pun kini ramai petani telah menukar varieti kepada nenas MD2 dan Nenas Gandul atau Nenas N36, masih ramai petani yang masih setia dengan tanaman nenas morris.


Daun nenas moris adalah dominan berwarna hijau pudar dengan warna dominan pada permukaan atas (adaxial). Foto diatas menunjukkan terdapat kehadiran anthocyanin pada permukaan atas daun dengan jelas (Sila lihat foto diatas). Tahap keamatan bagi varieti nenas moris yang mempunyai bahan anthocyanin juga pada tahap sederhana dengan sebarannya secara memanjang terutama kearah apeks. Bagaimana pun jelas dilihat bahawa tidak ada sebarang bahan anthocyanin dibahagian bawah daun. Sifat pada margin daun varieti nenas moris adalah berduri (thorny) dikedua-dua belah kiri dan kanan laidaun. Susunan duri pada daun adalah teratur dengan arah duri mengikut arah sama dan sekata. Lazimnya warna duri adalah sama dengan warna daun. Bagaimana pun jika diteliti akan kelihatan warna dominan duri iaitu berwarna merah. Saiz duri nenas moris dikelaskan sebagai sederhana. Bahagian daun juga ada menunjukkan ada kehadiran anthocyanin pada permukaan atas dengan keamatan (intensity) sederhana. Terdapat sebaran anthocyanin yang secara memanjang terutama kepada arah apeks. Didapati sifat mardin dan tepi daun adalah BERDURI. Durinya yang berwarna merah ini adalah berwarna merah dengan saiz duri sederhana.


Nenas morris adalah daripada jenis kumpulan QUEEN. Kaedah pembiakannya adalah dengan menggunakan sulur dan keratan batang umbisi. Lazimnya varieti nenas moris ini kecil sahaja iaitu sekitar 0.8 - 2.0 kg sebiji bergantung kepada cara pengurusan tanaman dan faktor yang lain. Ia mempunyai diantara 100 - 200 mata nenas setiap biji yang menonjol ketara. Buah nenas moris juga apabila dibelah mempunyai isi berwarna kuning dengan berongga dan mepunyai tekstur yang rapuh (crunchy). Saiz empulur nenas ini sekitar 2 cm dimana nenas ini sering digunakan sebagai nenas segar. Walau pun kehebatan nenas ini ini adalah tahap kemanisannya tetapi ia hanya sekitar 12 - 14 darjah Brixs yang dianggap nenas segar yang sesuai dimakan. Kandungan asid citriknya pula adalah sekitar 0.4 - 0.7% dan merupakan nenas yang lama menjadi permintaan ramai sebelum kehadiran varieti Nenas MD2. Ia dijual dengan harga ladang diantara RM 0.80 - RM2.00 sebiji bergnatung kepada musim, saiz buah, gred buah dan lokasi penanaman. Lazimnya nenas moris yang ditanam di tanah mineral adalah lebih manis daripada nenas moris yang ditanam di tanah gambut. Aemuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna keada pembaca semua. Wasallam!!!.

Penulis sedang membuat penelitian nenas di kebun nenas.

NENAS MORIS... TERKENAL LAMA ...
BUAHNYA SEDANG...MANIS RASA...
MUDAH DITANAM... CEPAT HASILNYA...
DIMAKAN SEGAR... DIMASAK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nenas Moris,
Kg Parit Lapis, Sg Balang,
Muar, Johor, Malaysia.
(16 Safar 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...