KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, February 9, 2017

NENAS MORIS GAJAH (AC7) - CIRINYA

NENAS MORIS GAJAH (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC7 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat beberapa varieti nenas yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Nenas varieti Morris Gajah merupakan sejenis nenas yang bersaiz agak besar dengan berat 3.0 - 6.0 kg sebiji sesuai dengan gelarannya sebagai 'GAJAH'. Varieti ini adalah dari kumpulan Queen dengan bentuk buah Selinder. Buah yang besar ini mempunyai warna kulir Ungu Cerah dan mudah dikenali dengan saiznya (Sila lihat foto disebelah). Varieti morris gajah ini mempunyai jumlah mata diantara 140 - 160 unit yang mana matanya adalah timbul. Ia adalah jenis buah nenas yang sederhana manis dimana kandungan gula adalah antara 10 - 12% Brixs, Buah ini mengandungi asid citrik sekitar 0.3 - 0.5% dan sesuai dimakan segar atau dimasak menjadi paceri atau lain-lain menu masakkan. Buah yang besar ini mempunyai isi yang sederhana teksturnya dan merupakan varieti yang paling sesuai untuk diproses. Penulis sering melihat buah morris gajah ini dimana-mana pameran yang disediakan penganjur. Penanam nenas moris ini bagaimana pun mengambil masa agak lama untuk ianya masak.

Melihat kepada ciri daun pula akan dilihat bahawa nenas Morris Gajah ini mempunyai warna yang HIJAU PUDAR. Pokoknya mempunyai tabiat tumbuh dengan melempai sahaja ketanah. Terdapat kehadiran antosianin pada bahagian daun nya iaitu dibahagian permukaan atas dengan metara (Sila lihat foto disebelah). Kandungan antosianin bagaimana pun lemah. Kehadiran bahan antisianin bagaimana pun memanjang terutama kearah apeks. Dibahagian tepi atau margin daun lazimnya terdapat duri. Duri pada varieti morris adalah sati sifat yang signifikan.Susunan duri adalah tidak teratur dengan saiz duri yang besar. Duri nenas morris gajah berbeza  dengan warna daun sama ada kekuningan atau pun kehijauan. Pendunkel varieti ini mempunyai warna hijau iaitu warna permukaan atas brakea. Lazimnya kedudukan buah nenas ini adalah menonjol dengan jelas (Sila lihat foto dibawah). Penulis beberapa kali berpeluang membeli dan makan nenas ini dan memdapati ia menguntungkan kerana saiznya besar. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


NENAS MORRIS...GAJAH NAMANYA...
BERSAIZ BESAR.... 6 KG BERATNYA..
NAMA GAJAH... SESUAI GELARNYA...
DIPROSES MASAK...ENAK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Nenas Wak Karim,
Sungai Sarang Buaya,
Muar, Johor,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...