KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, October 17, 2015

INDUSTRI KOPI DIFILIPINA

TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman minuman yang penting di Filipina semenjak diperkenalkan oleh Sepanyol 250 tahun dahulu. Negara tersebut kini mempunyai seluas 116,459 hektar tanaman kopi dengan pengeluaran 'green coffee' sebanyak 78,634 mt pada tahun 2014 (Sumber: Laporan DOA Philipines 2014). Jumlah ini adalah beganda-ganda luasnya daripada tanaman kopi di Malaysia pada tahun yang sama dengan keluasan 3,714 hektar sahaja. Hampir 75% varieti kopi ditanam adalah jenis Robusta, 20% jenis Arabica dan bakinya adalah jenis Liberica dan Excelsa. Penanaman kopi dengan komersil ini membolehkan negara Filipina pernah menjadi pengeluar biji kopi ke 4 didunia dari segi pengeluaran sebelum penanaman kopi berkurangan akibat krisis harga kopi dunia merudum pada tahun 2001.  Semasa kemuncak industri kopi di negara tersebut, terdapat banyak estet kopi disekitar Lipa di sekitar Batangas menjadi jutawan. Sejarah sekitar tahun 1887 membolehkan Queen of Spain Isabella melawat kawasan tersebut sehingga bandar tersebut dinamakan 'Villa de Lipa ' yang terkenal dengan tanaman kopinya.Industri tanaman kopi di negara tersebut semakin teruk apabila berlakunya wabak penyakit 'coffee rusts' menyebabkan ramai petani meninggalkan tanaman ini sehingga sekarang hanya mampu menghasilkan hanya 0.012% pengeluaran kopi dunia. Kini dengan teknologi pemprosesan kopi melibatkan 'special brew' dan 'special blend' membolehkan industri kopi diteruskan dengan sokongan syarikat Nestle dan NCRDEC iaitu Pusat Penyelidikan Kopi Filipina berpusat di State Cavite University. Penulis yang berpeluang melawat pusat NCRDEC ini pada 29 Mei 2015 berkongsi maklumat bagaimana penyelidikan dan pemindahan teknologi tanaman kopi di lakukan dinegara tersebut dalam bloh "Anim Agro Technology" untuk makluman semua.


Data oleh Jabatan Pertanian Philipines menunjukkan jumlah import kopi jauh lebih tinggi daripada jumlah import. Pada tahun 2014 sebanyak USD620,494 nilai eksport kopi dan sebanyak USD 214.6 juta adalah jumlah import bahan kopi menjadikan BOT (Balance of Trade) kopi sekitar -USD 213.9 pada tahun 2014. Hampir separuh daripada jenis kopi yang diimport (47%) adalah dari jenis Biji Kopi Mentah (Green beans) dan bakinya adalah import kopi roasted dan produk akhir kopi. Negara yang membekalkan biji kopi ke Filipina adalah Vietnam (65%), Indonesia (23%), China, Singapura dan Taiwan. Bagi jenis import ekstrak kopi mereka mendapatkannya dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Diantara negara yang mana Filipina mengeksport produk proses koli seperti USA, Australia, Fiji, Hong Kong dan Singapura. Walau pun pengeluaran kopi tempatan semakin berkurangan dan jumlah import semakin meningkat, Jabatan Pertanian masih terus menjalankan aktiviti penyelidikan kopi, pengembangan pertanian, regulatory tanaman kopi dan kerjasama dengan syarikat multinasional seperti Nestle. Antara beberapa punca kenapa penanaman kopi semakin berkurangan setiap tahun di Filipina seperti pertukaran tanaman kopi kepada tanaman lain, harga ladang yang tidak terjamin, gulongan petani muda tidak berminat bertani, tanah dijadikan kawasan perumahan dan industri serta kekurangan baka baru hasil tinggi.


Terdapat 4 jenis kopi yang ditanam di Filipina iaitu Jenis Arabica, Jenis Robusta, Jenis Excelsa dan Jenis Liberica. Jenis paling luas ditanam adalah Kopi Robusta (Coffea robusta) yang mencapaii 75% daripada jumlah kopi yang ditanam. Kopi ini dipanggil dengan nana tempatan sebagai "Kaping manipis". Kalau saya hendak terjemahkan bahasa Tagalog ini maknanya seakan biji kopi yang berkeping dan nipis sahaja. Ia mengandungi bahan caffiene sekitar 2.0 - 2.5% lebih tinggi daripada jenis Arabica. Rasanya memang kuat (fairly strong) dan memberikan potensi hasil yang tinggi. Pokoknya adalah berzaiz besar dengan dahan bentuk seperti 'payung'. Mempunyai bentuk daun bergelombang ditepinya dan bunga berwarna putih dengan 4-6 kelopak. Mula berhasil selepas 3 tahun ditanam dengan potensi hasil sebanyak 1,200 mt 'clean coffee bean' sehektar. Kopi jenis Liberica kurang popular ditanam dengan kurang dari 3% daripada jumlah keluasan. Kopi Liberica (Coffea liberica) dipanggil dengan nama "Kaping Barako" dalam bahasa Tagalog yang popular dikawasan Pulau Mindanao. Ia memberikan aroma yang kuat dan mampu memberikan hasil sebanyak 500 - 1,000 kg biji kopi sehektar.


Kopi Jenis Arabica juga luas ditanam di Filipina dengan anggaran keluasan 15,700 hektar. Kopi ini dipanggil dengan nama "Kaping Tagalog" dalam bahasa tempatas. Kopi Arabica (Coffea arabica) mempunyai kandungan asid sangat rendah iaitu 0.8 - 1.3% sahaja dengan aroma yang sangat kuat. Kopi jenis ini ditanam dikawasan tanah tinggi seperti di sekitar Bagio, Luzon Utara dengan ketinggian tanah diantara 900 - 1,800 meter dari paras laut. Kopi ini memerlukan suhu agak sejuk untuk menghasilkan bunga dan buah berkualiti. Jenis kopi terakhir yang ada ditanam di Filipina adalah Kopi Excelsa yang dikenali dengan nama tempatan sebagai "Kaping Makapa". Kopi Excelsa (Coffea excelsa) ini kurang ditanam dengan saiz bijinya lebih besar daripada robusta dan kecil sedikit daripada liberica. Antara produk kopi dari Filipina yang dipasarkan di Malaysia dengan jenama "MX3" didapati mampu bersaing dengan produk kopi tempatan (Sila lihat foto dibawah). Produk kopi ini adalah 'sugar free' dengan menerima sijil halal dan dicampur dengan kulit buah manggis untk dijual dengan produk 4-in-one. Semasa ujirasa kopii MX3 penulis dapati memang enak dan sesuai untuk orang Malaysia kerana ia mempunyai kemasian, kepahitan dan aroma yang sesuai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda.
Wasallam!.
Produk Kopi MX3 Filipina yang di eksport ke Malaysia
KOPI FILIPINA....DULU UTAMA...
116,500 HEKTAR...LUASNYA...
MASIH IMPORT...BANYAKNYA...
PALING LUAS... JENIS ROBUSTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marcopolo Ortigas Hotel,
Pasig City, Manila,
Philipines.
(12 Syaaban 1436H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...