KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 7, 2015

LADA HITAM - VARIETI

LADA HITAM (Piper nigrum) merupakan sejenis tanaman rempahratus daripada keluarga Piperaceae yang penting. Tanaman ini merupakan tanaman yang penting di Malaysia semenjak dahulu terutama di Negeri Sarawak, Selain itu ia juga ditanam di Sabah, Johor dan Kedah. Tanaman ini dikelolakan oleh Lembaga Lada Malaysia (LLM) yang beribupejabat di Kuching, Sarawak. Pada masa ini Malaysia adalah mendudukki tempat ke 4 didunia selapas Vietnam, Indonesia dan China. Pengeluaran lada dari Malaysia akan ditingkatkan daripada 25 mt setahun pada 2015 kepada 40 mt setahun pada tahun 2020 dengan pelbagai insentif dan galakkan penanaman. Penulis merujuk kepada beberapa sumber termasuk LLM (Lembaga Lada Malaysia) mendapati negara lain yang ada mengeluarkan lada adalah Sri Lanka, Brazil, Equador dan Kampuchea. Permintaan lada hitam (Black pepper) dan lada putih (White pepper) dunia terutama daripada eropah, Eropah dan negara maju lain semakin meningkat dan bekalan memang jauh dari mencukupi. Harga pasaran Lada Hitam (Black No 1) di Malaysia semasa blog ditulis (6 Oktober 2015) adalah RM26,500 /metrik tan dan harga pasaran Lada Putih (White No 1) sebanyak RM47,500 /metrik tan. Ini bermakna harga sekilogram adalah sekitar RM26.50 sekilogram untuk lada hitam dan RM47.50 untuk lada putih. Harga ini adalah dikategorikan sebagai 'premium' atau tinggi berbanding dengan harga pada 2013 iaitu diantara RM15 - RM16 sekilogram untuk lada hitam dan RM25-RM26 untuk lada putih (Dua tahun dahulu). Walau pun harga lada ini banyak dipengaruhi oleh permintaan dan bekalan lada dunia tetapi pada masa ini ia merupakan tanaman yang mampu memberikan keuntungan kepada petani, Hampir 99% penanam lada adalah terdiri darpada pekebun kecil dan belum ada estet swasta yang menanam. Kajian penulis mendapati dengan harga premium seperti ini anggaran pendapatan penanaman lada adalah melebihi RM60,000 sehektar sehingga RM80,000 sehektar jika tanaman berhasil dengan baik. Antara beberapa varieti lada yang ditanam secara komersil di Malaysia adalah Varieti Semonggok Emas, Varieti Semonggok Aman dan Varieti Kuching. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 3 jenis varieti tanaman lada sekadar untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda.


(1) VARIETI SEMENGOK EMAS
Varieti ini dihasilkan oleh pembiakbaka tempatan dengan diberi nama "Semengok Emas". Penulis yang pernah tinggal 2 tahun di Semengok amat mengenali varieti lada ini kerana ia merupakan varieti sangat popular sejak sekian lama (Sila lihat foto sebelah). Varieti ini menghasilkan buah beri yang agak sekata dan ianya membolehkan ia dituai hanya 3 kali penuaian sahaja berbanding dengan varieti Kuching yang lazimnya perlu dipetik sebanyak  5 - 6 kali. Hasilnya adalah lebih tinggi atau lebih baik daripada Varieti Kuching. Uniknya pokoknya mempunyai kanopi yang tidak lebat dimana penulis dapati ia mudah untuk aktiviti memetik hasil. Ia lebih tahan daripada serangan Penyakit Buah Hitam (Black Berry) dan dari serangan Kumbang Belalai (Black weevil). bagaimana pun varieti ini mudah diserang dengan Penyakit Bengkak Akar (Foot Knot) dan perlu dikawal dengan baik. Kekurangan lain varieti Semengok Emas adalah kadar pertukaran kepada lada putih adalah rendah berbanding varieti kucing kerana ia mempunyai kulit yang tebal. Varieti ini juga ada ditanam di Johor, Kedah selain daripada banyak ditanam di Sarawak.



(2) VARIETI SEMENGOK AMAN
Varieti ini adalah antara varieti lada yang baru dihasilkan. Kelebihan varieti ini adalah dimana ia menghasilkan biji buah yang penuh pada tangkai (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai ukuran tangkai yang panjang dan saiz buah lebih besar berbanding dengan varieti Kuching yang pendek sedikit. Kelebihan varieti ini adalah ia masak agak serentak membolehkan waktu untuk menuai adalah pendek sedikit berbanding varieti lain. Kelebihannya adlah kerana ia tahan daripada serangan Buah Hitam (Black berry) dan Penyakit Bengkak Akar (Foot knot) berbanding varieti lain. Varieti ini juga than daripada serangan Kumbang Belalai dan juga serangan Pengorek Batang. Laporan kajian oleh beberapa sumber menyatakan anggaran hasil varieti ini adalah sekitar 6 - 8 kg sepokok setahun jika dijaga dengan baik. Polular ditanam di Sarawak dan beberapa lokasi lain.


(3) VARIETI KUCHING
Varieti paling popular dikalangan penanam lada adalah Varieti Kuching. Ia ditanam secara meluas di Sarawak dan Johor. Penulis menrupakan antara yang terlibat membawa masuk benih ini untuk penanaman di Kulai pada tahun 1998 daripada Sarawak bersama petani Cina di Kelapa Sawit, Kulai. Kelebihan varieti ini adalah kerana ia tumbuh dengan cepat dan mampu memberikan hasil yang banyak. Bagaimana pun varieti ini mempunyai kelemah tersendiri kerana ia mudah diserang Penyakit Buah Hitam (Black Berry), Penyakit Reput Akar (Root rot), Penyakit Layu Daun (Fusarium Wilt) dan juga Penyakit Daun Kerinting (Wrinkle leaf). Varieti ini mampu memberikan hasil sekitar 6 - 7 kg sepokok setahun dengan kadar hasil mampu dituai dengan kadar 1.7 -3.4 kg sepokok setahun pada tahun pertaman penanaman. Pokok lada ini perlu dijaga dengan baik dengan ketinggian 3.0 - 3.6 meter untuk mendapatkan hasil baik dengan penyelenggaraan sempurna dijalankan. Memetik hasil lda hitam memerlukan tenaga banyak dalam membuat kosting. Dengan harga tinggi dan jaminan pasaran oleh LLM maka potensi penanaman lada adalah cerah dimasa akan datang. semuga industri tanaman lada di Malaysia akan dijadikan komoditi penting dimasa akan datang. Wasallam!...
VARIETI LADA... 3 SEMUANYA...
DISARAWAK...LUAS TANAMNYA...
JOHOR KEDAH...MULA MENCUBA...
HARGA MAHAL... PERLU DIUSAHA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 219, Hotel East Sun,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(23 Zulhijjah 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...