KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, October 14, 2015

GULA - SATU ANALISA EKONOMI (Part 1)

GULA (Sugar) adalah istilah yang memberi makna kepada bahan pepejal atau bentuk lain yang memberikan rasa manis. Gula terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada pepejal atau cecair dipasaran. Di Malaysia dilaporkan penggunaan gula amat tinggi dikalangan penduduknya sehingga menyebabkan ramai rakyat negara ini yang menghidapi masaalah diabetis yang mendudukki tangga k4 tertinggi di Asia. Gula merupakan bahan makanan asasi penting dalam negara selain daripada Beras, Minyak Masak dan Garam. Kini rakyat telah tahu bahawa subsidi bagi gula sebanyak 34 sen telah dimansuhkan semenjak tahun 2013. Telah  juga berlaku perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Malaysia dahulu yang mengatakan isu ini bukanlah disebabkan elemen kesihatan penyakit kencing manis tetapi mempunyai agenda-agenda lain yang kini semakin kurang diperkatakan. Sebenarnya ia amat berkait dalam industri perniagaan gula diseluruh dunia. Apa yang penulis hendak kongsikan bersama pembaca semua adalah penulis cuba menyingkap apa itu kontrak niaga hadapan komoditi gula dunia bagi merungkaikan permasalahan ini. Dalam industri perdagangan komoditi dunia, sama seperti komoditi utama negara yang lain terutamanya minyak sawit yang diniagakan secara kontrak niaga hadapan di Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BSKL) untuk dipasarkan ke negara luar. Pada masa sama Malaysia pula membeli gula di pasaran antarabangsa juga menggunakan kontrak niaga hadapan yang biasanya dilakukan di New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE) yang terletak di New York. Dalam pemasaran dan dagangan minyak sawit, ianya dilakukan sepanjang tahun dimana proses  penghantaran ke negara luar juga tidak ada batas waktu. Namun demikian bagi kontrak gula dunia adalah berbeza dimana ia hanya dilakukan pada bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun. Ini kerana penghasilan gula daripada pokok tebu adalah bermusim. Pada masa ini negara kita Malaysia hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula (1%) dari ladang tempatan untuk keperluan domestik yang mana kita memerlukan kira-kira 1.3 juta tan gula setahun. Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah. Artikel pada subuh awal 1 Muharam 1437 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu analisa ekonomi mengenai komoditi gula untuk bacaan dan rujukkan anda dalam Part 1 dan Part 2..

Rujukkan penulis mendapati dalam penghasilan gula dunia, terdapat 10 buah negara yang mengeluarkan 10 negara terhebat didunia. Terdapat kes dimana bagi sesetengah negara seperti China, walaupun pengeluaran gulanya tinggi tetapi penggunaan domestik oleh rakyatnya juga amat tinggi. Antara 10 terhebat negara-negara tersebut ialah Brazil, India, China, Thailand, Pakistan, Mexico, Colombia, Filipina, Australia dan Argentina (Sila rujuk jadual diatas). Anggaran pengeluaran gula dunia adalah sebanyak 1,370 juta mt setahun dengan separuh daripadanya adalah daripada negara Brazil (49%) atau sebanyak 673 juta mt setahun. Dikalangan negara ASEAN hanya Filipina yang tersenarai dalam carta ini dengan pengeluaran sebanyak 32.5 juta mt setahun atau 2.37% daripada pengeluaran dunia dan mendudukan tangga ke 8. Tidak kesemua penghasilan gula ini adalah digunakan untuk keperluan industri makanan dan keperluan harian kerana ia juga digunakan juga untuk tujuan penghasilan bahan bakar ethanol terutamanya dinegara Brazil. Ini kerana di Brazil telah menggunakan 30% daripada bahan bakar kenderaan yang menggunakan ethanol melalui proses penapaian air tebu. Harga pasaran gula dunia memang sentiasa tidak stabil bergantung kepada pengeluaran dan permintaan dunia tetapi kita di Malaysia memerlukan kestabilan dalam harga dan pembekalan sentiasa berterusan kepada rakyat. Malaysia kini bergantung hampir 99% daripada keperluan gula yang diimport untuk keperluan rakyatnya. Oleh itu untuk menstabilkan harga bagi satu jangka waktu yang panjang, maka mekanisma kontrak niaga hadapan bagi satu kontrak yang panjang diperlukan antara pembekal dengan pembeli.

Bagi membincangkan isu pasaran gula, memang agak sukar kalau pembaca bukan seorang ahli ekonomi atau hanya rakyat marhaein macam saya. Penulis juga ambil contoh dimana Malaysia adalah sebagai negara pembekal komoditi yang lain seperti minyak sawit dimana kita juga tertakluk kepada kontrak niaga hadapan. Jika pihak Malaysia telah menandatangani sesuatu kontrak pembekalan minyak sawit dengan harga yang tinggi untuk satu jangka waktu yang panjang, tiba-tiba pula harga pasaran minyak sawit dunia jatuh merudum dimana kesannya ianya akan menjejaskan pasaran. Tetapi kita masih lagi setakat ini masih menikmati harga jualan yang tinggi. Itulah yang dinamakan 'pasaran derivatif' yang melindungi pihak pembekal dan pembeli dengan satu ikatan harga bagi satu jangkawaktu yang telah dipersetujui dalam kontrak. Dalam kes lain artikkel ini menyentuh pengimportan gula lazimnya ia akan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang telah diberi permit import (AP) dengan harga yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Perbezaan antara harga belian oleh syarikat-syarikat ini dengan harga jualan runcit akan dibayar oleh kerajaan melalui mekanisma subsidi. Syarikat-syarikat ini haruslah mempunyai kilang memproses gula sendiri sebagai syarat mendapatkan AP. Ini kerana gula yang diimport dari luar bukanlah gula putih seperti yang kita gunakan seharian tetapi jenis gula mentah. Ia adalah gula mentah yang keperangan warnanya serta masih mempunyai unsur-unsur lain yang perlu dinyahkan terlebih dahulu sebelum menjadi pelbagai bentuk gula seperti gula pasir, gula halus atau gula kiub.


Di Malaysia dari laporan dinyatakan kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd di Shah Alam yang dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki oleh Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah (Sila lihat foto sebelah). Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota. Dilaporkan Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua bentuk kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV. Keadaan pengimportan gula tidak sama dengan komoditi 'guna terus' seperti pengimportan beras atau lain-lain komoditi yang boleh terus digunakan. Gula Merah diimport mesti melalui proses pengilangan lagi. Mereka yang memohon permit pengimportan gula layak diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kilang untuk pemerosesan terlebih dahulu. Kini keempat-empat kilang tersebut mampu untuk memproses sehingga 2.0 juta tan gula setahun. Ianya telah jauh melebihi keperluan gula dalam negara negara. Dalam kes di Sarawak syarikat memproses gula yang beroperasi adalah syarikat Admuda Sdn Bhd diberikan permit import dan mendirikan kilangnya. Jika pengimportan gula bertapis iaitu gula pasir yang sudah siap diproses dibenarkanmaka ini akan menyebabkan harganya lebih mahal serta keadaan tidak konsistan dipasaran. Bagaimana pun keadaan ini hanya diperlukan pada waktu-waktu singkat sahaja terutamanya untuk pasaran Sabah dan Sarawak.


Pada masa ini penanaman tebu di seluruh dunia terdedah dengan pelbagai keadaan bencana alam termasuk perubahan cuaca yang mana ia boleh menyebabkan banjir ataupun kemarau. Akibatnya jumlah tuaian atau pun penghasilannya juga dari tahun ke tahun tidak menentu sedangkan permintaan untuk gula semakin meningkat saban tahun. Keadaan ini menyebabkan krises gula dipasaran dunia apabila kadar permintaan melebihi penawaran menyebabkan harga gula akan naik dan juga sebaliknya berlaku jika penawaran melebihi permintaan maka harga akan menurun. Penulis dalam mebuat analisis dan rujukkan dari beberapa sumber mendapati selama ini didunia telah menyaksikan harga gula yang amat kompetatif bermula dengan US$220 per metrik tan (RM880/mt) dalam tahun 2008 yang kemudiannya naik menjadi US$440 (RM1,760/mt) dalam tahun 2009 dan akhirnya menjadi US$660 (RM2,460/mt) dalam tahun 2010. Ketika itu jika tiada mekanisma subsidi harga gula, tentu rakyat Malaysia tidak dapat menikmati kadar harga gula yang rendah. Keadaan Ringgit yang rendah semasa artikel ini ditulis pada Oktober 2015 dengan kadar tukaran 1USD = RM4.40 menyebabkan kos pengimportan gula akan meningkat lebih tinggi lagi. Rekod FAO ada menunjukkan selalunya amalan normal dagangan apabila penawaran yang rendah tetapi permintaan yang tinggi maka harga akan melambung. Ketika itu keseluruhan stok pengeluaran gula dunia berada pada 30.50 juta metrik tan seperti apa yang dilaporkan berlaku dalam tahun 2008/2009. Bekalan gula didapati menurun kepada 29.0 juta metrik tan pada tahun 2009/2010. Akhirnya kembali kepada 30.10 juta metrik tan dalam tahun 2010/2011. NSebenarnya tiada siapa yang dapat meramalkan situasi ketika itu iaitu apakah pengeluaran gula dunia akan kembali stabil ataupun menurun mahupun akan meningkat seterusnya.


Perniagaan gula menjadikan sistem risiko akan diambil kira dengan cara mengambil sebarang keputusan untuk membida harga gula dunia yang mana pada ketika itu amat kompetatif. Lazimnya Kerajaan Malaysia ketika itu telahpun menandatangani perjanjian kontrak niaga hadapan dari tahun 2009 yang berakhir pada Disember 2011 pada harga US$23.42 bagi setiap 100lbs dan seterusnya mengikut sistem sedia ada. Malaysia terpaksa membuat tawaran yang lebih baik agar memperolehi kontrak perbekalan lantaran ketika itu untuk mendapatkan harga yang sama adalah mustahil dalam suasana perebutan setiap pihak mahukan juga komoditi itu. Maka akhirnya kita menawarkan harga US$26.00 bagi setiap 100lbs. Itu adalah keputusan terbaik pada masa itu bagi pembekalan gula yang bermula dari Januari 2012 selama tiga tahun. Selepas menandatangani perjanjian perbekalan dalam urusniaga hadapan lazimnya pengeluaran gula dunia kadang kala tidak menentu. Rekod menunjukkan iaitu harga telah melonjak dalam tahun 2011 - 2012 dimana kes ini juga telah memperlihatkan stok gula dunia mencapai 36.20 juta metrik tan. Seterusnya tahun 2012-2013 pula meningkat lagi ke paras 38.30 juta metrik tan. Pengeluaran gula kembali normal bahkan berlebihan selepas tahun tersebut. Kesannya adlah dimana oleh sebab penawaran melebihi permintaan, maka harga gula dunia boleh menurun semula kepada US$18.73 per 100 lbs seperti apa yang dicatatkan pada 30.10.2013. Perkara ini amat sukar untuk difahami oleh rakyat biasa yang mahukan bekalan gula sentiasa ada dijual dan mudah diperolehi dengan harga murah. Artikel ini bersambung pada Part 2 untuk membincangkan bagaimana urusan pasaran gula yang sebaiknya kita tahu. Wasallam!...
MEMBELI GULA... DIIMPORT SEMUA...
DARI BRAZIL... PELBAGAI NEGARA...
HARGA DIKAWAL...SUBSIDI TIADA...
PERASA MAKANAN...SEMUA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Muharram 1437H)

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...