KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, April 1, 2014

VARIETI MANGGA POPULAR

MANGGA (Mangifera indica) merupakan sejenis tanaman buah-buahan dari keluarga Anacardiaceae yang sesuai ditanam dikawasan tropika dan subtropika. Sebanyak 26 juta metrik tan mangga dikeluarkan setiap tahun diseluruh dunia dan jumlah ini merupakan 40% daripada pengeluaran buah-buahan tropika. India merupakan pengeluaran mangga terunggul didunia dengan pengeluaran sebanyak 12 juta metrik tan setahun atau kira-kira 35% daripada pengeluaran dunia. Terdapat seluas 9,500 hektar tanaman mangga ditanam Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak lebih 25,000 metrik tan dari bebagai jenis dan varieti. Saya banyak menulis artikel mengenai mangga dimana anda boleh baca (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik disini)(Sila Klik disini), (Sila Klik disini)(Sila Klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik disini)(Sila Klik Disini)(Sila Klik Disini) dan (Sila Klik disini). Antara jenis mangga yang popular di Malaysia adalah Mangga Chok Anan, Harumanis, Sala, Golek/Foofat dan Nam Dok Mai. Ada juga jenis mempelam pauh termasuk kategori buah nadir seperti bacang dan kuini yang ditanam tetapi tidak komersil. Teknologi tanaman mangga telah dibangunkan dengan mengaplikasikan kaedah pengurusan cantasan, aplikasi pembajaaan, aplikasi penggunaan agen pendebungaan dan juga yang terkini penggunan bahan pengalak bunga khususnya untuk beberapa varieti mangga. Artikel petang ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai 25 varieti mangga yang popular dan ada didaftarkan dalam Senarai Kebangsaan Varieti Tanaman (National Listing) di Jabatan Pertanian untuk dijadikan rujukkan anda.


Daripada beratus-ratus jenis varieti mangga yang ujud diseluruh dunia, ada 25 jenis magga popular yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia selaku pendaftar rasmi senarai varieti tanaman. Bagaimana pun saya memang faham bahawa Jabatan Pertanian mempunyai berpuluh-puluh varieti mangga yang belum dan juga telah didaftarkan dimana ia masih ada disimpan didalam petak repositori ladang dalam stesyen pertanian. Koleksi varieti mangga di Malaysia bermula semenjak zaman penjajahan kolonial lagi dimana rekod-rekod menunjukkan mereka telah mengumpul dan juga menanam beberapa varieti luar negara semenjak zaman dahulu lagi. Beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian yang khusus mempunyai banyak koleksi varieti Mangga adalah di Pulau Gadong, Melaka dan Gajah Mati di Kedah. Selain daripada stesyen Jabatan Pertanian, beberapa organisasi lain yang ada simpanan janaplasma pokok mangga adalah MARDI, FELDA dan beberapa institusi lain.


Merujuk kepada jadual 1 dibawah, sebanyak 25 varieti mangga agak popular telah didaftarkan dengan ada nama varieti disertakan. Saya ada menulis banyak varieti mangga dalam artikel lain sebanyak 6 siri daripada Varieti Mangga Part 1 sehingga Varieti Mangga Part 6. Terdapat juga beberapa varieti yang tidak mempunyai 'nama varieti' seperti MA179, MA204, MA219 dan beberapa lagi. Proses untuk pendaftaran nama-nama varieti tanaman mangga sedikit berubah mengikut peredaran zaman. Bagaimana pun pada masa ini, kaedah pengesyoran telah pun  menggunakan kaedah atau sistem penilaianbaru dinamakan  VCU (Value for Commercial Use) untuk proses pengesyoran varieti dilakukan di Malaysia selaras dengan piawaian dunia.


Jadual 1: Senarai daftar dan nama Varieti 
Mangga agak Popular dalam National Listing

Pada masa ini dua varieti yang paling popular ditanam adalah MA128 (Harumanis) dan MA224 (Cokanan). Mangga varieti Harumanis kini mamang banyak ditanam di Negeri-negeri Utara Semananjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah sementara varieti Cokanan banyak ditanam diseluruh negara. Bagaimana pun rekod statisitik menunjukkan kawasan yang luas menanam mangga Cokanan adalah di Melaka, Perak, Kedah, Sarawak dan Selangor. Saya telah membentangkan industri mengenai penanaman mangga di Malaysia pada Seminar Mangga Kebangsaan 2013 yang diadakan di TH Convention Center, Alor Setar Kedah pada Oktober 2013 (Sila klik disini). Penanaman mangga mempunyai potensi yang amat baik di negara kita dengan galakkan dan sokongan teknologi yang baik. Pilih varieti yang sesuiai dan mampu memberikan lebih keuntungan. Wasallam!.

VARIETI MANGGA... ADA DAFTARNYA...

PASARAN MANGGA...DISELURUH DUNIA...
VARIETI POPULAR... BANYAK JENISNYA...
REPOSITORI POKOK...STESYEN ADANYA...

By,

M Anem
Senior Agronomist
Petak Repositori Mangga,
Stesyen Pertanian Gajah Mati,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(15 Ramadan 1434H) 
Kemaskini pada 1 April 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...