PADAN® adalah sejenis racun serangga yang sering digunakan oleh petani didalam mengawal serangga perosak keluaran Agricultural Chemical of Malaysia (ACM) Sdn Bhd. Rujukan penulus dengan ACM mendapati racun serangga ini dijpasarkan dengan jenama dagangan sebagai PADAN®. Saya kurang pasti bagaimana syarikat memberikan nama ini dalam kamus Dewan Bahasa perkataan 'padan' bermaksud sesuai dengan situasi atau keadaan. Racun ini didapati mengandungi bahan perawis (active ingredient) dinamakan sebagai Cartap hydrochloride 50% w/w (atau sebenarnya adalah Cartap Hydrochloride 50% Soluble Powder - Sila rujuk rajah dibawah). Ia mempunyai formulasi dalam bentuk Serbuk Bancuh (Wettable powder). Dipasaran lazimnya cara pembungkusan dipasaran adalah 500g satu unit kampit. Semakan mendapati racun ini didaftarkan dengan pihak berkuasa dengan nombor Pendaftaran : LRMP.R1/0338. Sebenarnya racun PADAN® ialah racun serangga daripada kumpulan dithiocarbamate yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut. Racun ini sering digunakan dalam kawasan sawah padi untuk mengawal beberapa serangga seperti benah, ulat ratus dan ulat gulong didalam sawah padi. Artikel malam ini saya meulis dalam 'Anim Agro Technology" mengenai sejenis racun kimia yang sering digunakan dikawasan sawah padi iaitu Racun PADAN® untuk rujukan anda.

Racun PADAN® ini memang dikeluarkan oleh Agricultural Chemicals (M) Sdn. Bhd. beralamat di 962, Lorong Perusahaan 8, Taman Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia. Ia boleh dihubungi pada talian talipon 604-390 7988 . Antara pencirian mengenai racun ini dikatakan iaitu berbentuk tepong kehijauan, Berbau (Characteristic odour), Larut dalam air (Soluble in water), Melting Point (Technical) adalah 179 - 181°C dan menyebabkan korosif pada logam seperti besi, tembaga dan zink (Corrosive Properties : Corrodes iron, copper and zinc). Racun ini adalah merbahaya jika tersedut (Harmful by inhalation) dan Toksik jika termakan (Toxic if swallowed). Ia juga boleh menyebabkan gangguan pada mata (Irritating to eyes and skin) dan boleh menyebabkan kesan lama kepada hidupan air (May cause long term adverse effects in the aquatic environment). Menyentuh aspek KESTABILAN dan juga TINDAKBALAS dilaporkan racun ini tidak boleh didedahkan kepada panas matahari, suhu tinggi dan kelembapan tinggi. Ia juga kurang sesuai dalam keadaan bahan alkali atau agen oksidasi. Akibat dekomposisi maka racun ini akan mengeluarkan bahan seperti Nitrogen oxides, sulphur oxides dan carbon oxides. Bagaimana pun ia adalah stabil pada keadaan simpanan biasa. Pengguna racun ini perlu mematuhi arahan menyembur, menyimpan dan aktiviti lain meracun serangga mengikut SOP. Kadar penggunaan dan penyimpanan mesti mengikuti arahan yang ditulis pada label. Racun PADAN ini mudah didapati daripada kedai pertanian dengan harga yang berpatutan.
RACUN PADAN... KAWAL SERANGGA...
TANAMNAN PADI...SASARAN UTAMA...
BUNGKUS KUNING...DEBU BENTUKNYA...
KAWAL SERANGGA.. NAIK HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik CASCO, SIRIM Berhad,
Shah Alam,
Selangor.
(23 JamadilAkhir 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.