KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 27, 2014

SEMALU - APA HEBATNYA

POKOK SEMALU (Mimosa pudica L.) adalah sejenis tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat ramai terutama kanak-kanak kerana keunikan daun kupuannya untuk kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh. Daun yang kuncup ini akan kembali terbuka selepas beberapa minit kemudian. Tumbuhan ini adakah dalam kategori rumpai yang sangat tidak disukai oleh petani dan juga tukang kebun sekolah. Dipercayai ia adalah tumbuhan tempatan yang natif atau berasal dari Brazil tetapi kini menjadi rumpai tropika yang perlu dikawal dan dimusnahkan. Nama lain bagi tumbuhan dari keluarga Leguminnosae ini adalah seperti Malu-malu, Puteri malu, Kembang gajah, Rumput rimau, Memalu, Keman dan juga Duri keman. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri (Sila lihat foto dibawah). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan semalu untuk menambah pengetahuan anda semua. 


Pokok Semalu dianggap sebagai tumbuhan rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Cara terbaik bagi kita hendak menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.. Pokok semalu merupakan tumbuhan yang hidup meliar di tepi jalan, kawasan terbiar dan padang. Semalu lebih menggemari kawasan yang agak terdedah kepada sinaran matahari. Pokok terkenal kerana keunikannya tersendiri iaitu daun yang akan menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan mempunyai duri tajam yang berbentuk seperti cangkuk.


Bunga semalu adalah sangat cantik dengan warna pink keunguan atau putih yang terang. Bunga yang berukuran 2-3 cm garispusat ini mempunyai banyak stamen dan didebungakan oleh agen pendebungaan. Apabila telah berlaku proses pendebungaan maka akan menjadi buah Semalu. Buah semalu yang berwarna coklat kehitaman mampu 'meletup' dan mencampakkan bijinya sejauh mungkin apabila cukup matang. Buah semalu juga mempunyai kulit yang berduri atau bercangkuk dan akan melekap pada kain untuk disebarkan kekawasan lain. Semalu adalah tumbuhan rumpai yang 'tidak malu' kerana mempunyai kadar pembiakan yang cepat disatu-satu kawasan. Akarnya yang kuat dan dalam menyukarkan kawalan secara manual kerana akar atau rizom yang tertinggal akan hidup dengan mudah. Jika kita potong dengan mesin rumput jika sia-sia.


Pokok semalu walau pun merupakan rumpai yang dibiarkan, ada laporan bahawa ia boleh digunakan sebahai ubatan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj wanita iaitu khususnya selepas bersalin atau haid. Batang pokok semalu bersekali dengan akarnya direbus bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Semasa merebus pastikan asam keping mengembang dan biarkan airnya menjadi suam. Air rebusan ini bagus digunakan sebagai mandian bukannya air minuman. Semalu juga dapat merawat masalah cekang kaki atau tangan yang pecah-pecah akibat dimakan air. Beberapa batang pokok semalu bersama akarnya dicampurkan dengan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat. Sapukan pada bahagian yang ingin dirawat. Pokok semalu juga dapat mengubati bengkak, luka dan bisul. Caranya ialah dengan menumbuk daun semalu bersama kunyit dan kerak nasi. Tampalkan pada bahagian yang ada sakit. Akar semalu boleh merawat sakit buah pinggang, sebagai pelawas kencing, sakit perut, senggugut, malaria, asma, tonik, keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan demam. Batang dan daun pokok semalu yang ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang berbisa boleh meredakan kesakitan akibat bias daripada gigitan tersebut. Walau apa pun kaedah lain membuat arawatan adalah berjumpa dengan doktor perubatan. Wasallam.


NAMA SEMALU... UNIK DAUNNYA...
BATANG BERDURI...TAJAMNYA...
BUNGA CANTIK...ADA GUNANYA...
BANYAK KHASIAT...BERANI CUBA...

Ditulis oleh,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 113, Hotel Rose Merah,
Jalan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(29 Jamadilawal 1435H
Posted on 28 April 2104.
From Orague, Czec Republic
Family Spring Europe Tour 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...