KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 17, 2014

ANAI-ANAI

ANAI-ANAI (Termites) merupakan sejenis serangga daripada Order Blattodea yang hidup secara bersosial dan berkoloni. Kita di Malaysia sering menjadikan anai-anai sebagai musuh utama dalam kerosakkan yang di lakukan olehnya terhadap hartabenda termasuk rumah, perabot, buku-buku, kayu, tenamanan dan sebagainya. Kehebatan kerosakan oleh anai-anai menyebabkan telah banyak syarikat swasta yang membuat syarikat pemusnah anai-anai diseluruh negara. Pada penelitian penulis mendapati anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk banyak keluarga termasuk Termitidae. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau pun dalam kayu sama dikebun atau di rumah. Anai-anai adalah serangga yang selalunya merosakkan kayu dan merupakan makanan utamanya. Sebenarnya terdapat banyak spesis anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem semulajadi didalam hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan ranting serta daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kesannya tanah akan menjadi subur dengan adanya anai-anai yang menjalankan tugas baik ini. Kajian saintis mendapati kini terdapat 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesis anai-anai iaitu sebanyak 2,600 spesis yang telah dikenalpasti. Kebanyakkan anai-anai merupakan serangga yang dikategorikan sebagai serangga perosak. Kalau ia makan kayu tiang atau papan lantai lazimnya akan kelihatan cantik sahaja luarnya tetapi sebenarnya didalamnya telah 'kosong' dan akan jatuh kalau disentuh. Melihat kepada bentuk badanya yang kelihatan lembut, sebenarnya anai-anai mempunyai sepasang taring atau gigi yang amat kuat untuk mengigit kayu dengan bantuan cecair yang lazim dikeluarkannya. Artikel malam ini sambil menonton berita TV saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga anai-anai untuk bacaan anda.


Kita di Malaysia iaitu mempunyai cuaca panas tropika mempunyai banyak biodiversiti termasuk ujudnya anai-anai yang terdiri daripada banyak spesis. Kajian para entomolgis tempatan menunjukkan ada tiga keluarga anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu dari keluarga Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Dulaporkan juga hanya keluarga Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit. Cecair yang dikeluarkan pada mulut ini mampu melembutkan kayu keras dan menyebabkan taring anai-anai untuk merobeknya dan memakannya dalam perut. Bahan keras ini akan dihadamkan dalam perut anai-anai yang banyak mengandungi cecair tersebut (Sila lihat foto sebelah). Walau pun kemampuan mengigit dan menghadam seekor anai-anai amat kecil dan sedikit tetapi memandangkan bilangannya yang beratus-ratus malahan sehingga ribuan ekor akan menyebabkan banyak mana kayu dan tunggul kayu mampu dihabiskannya. Sarang-anai-anai juga ada yang dibuat dalam tanah sehingga menjadikan busut diatasnya. Busut ini juga yang sering menghasilkan sejenis cendawan yang dipanggil sebagai cendawan busut . Saya ada tulis artikel mengenaii cendawan busut sebelum ini (Sila klik disini). Simbiosis antara anai-anai dengan cendawan busut adalah ketara.



Apa yang unik juga anai-anai mempunyai kitaran hidup yang kompleks kerana ia hidup dalam beberapa kasta (Sila lihat foto diatas). Seperti juga dengan Lebah Madu, kasta anai-anai bermula dengan Anai-anai Jantan dan Permaisuri (Queen) yang setelah mengawan akan menghasilkan beribu-ribu biji telur dan menetaskannya didalam sarangnya atau koloni. Koloni yang besar mampu mempunyai beribu ekor anai-anai walau pun lazimnya ia hanta sekitar 400 - 600 ekor bergantung kepada sumber makanan. Kemudian ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi kasta PEKERJA (Workers), ASKAR (Army) atau kadang-kala menjadi KELKATU iatu peringkat anai-anai bersayap untuk tujuab=n mengawan dan membiak dilokasi baru. Saya ada menulis mengenai Kelkatu dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini) untuk membacanya. Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah pun berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar daripada sarangnya dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan. Ia terbang dan mengawan serta mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.


Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta (Sila lihat foto sebelah). Dalam satu koloni lazimnya jumlah anai-anai pekerja adalah yang paling banyak untuk mencari makanan, membuat sarang, menjaga telur, menyimpan makanan dan sebagainya. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan ia mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni. Lazimnya askar mempunyai bilangan yang tidak sebanyak kasta pekerja dalam satu koloni. Kajian juga mendapati iaitu anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat (cendawan busut) untuk bantu dalam penghadaman. Ini yang saya pernah tulis bagaimana pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari atas sarang anai-anai ini. Cendawan busut merupakan sumber makanan yang sangat lazat asalkan kita benar-benar mengenalinya. Kebanyakan anai-anai akan makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut. Proses ini berterusan sehingga makanan dapat diberikan kepada semua koloni anai-anai. Kekukuhan koloni anai-anai dapat dimusnahkan dengan racun kimia jenis sistemik untuk mengawalnya. Semuga artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada anda pembaca blog "anim Agro Technology" pada kali ini, 

NAMA ANAI-ANAI.... KECIL SAJA...
BERSOSIAL... ADA BANYAKNYA... 
MAKAN KAYU... PELBAGAI HARTA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...


By,
M Anem,
Room 104, Hotel Jelai,
Jalan Tengku Ismail, 
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(9 JamadilAkhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...