KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 20, 2014

KENTANG JEMBUT - APA DIA


KENTANG JEMBUT (Coleus tuberous) atau juga dipanggil sebagai Ubi Kemili, Gombili, Ubi Keling, Kentang Ireng, Kleci dan sebagainya merupakan sejenis tumbuhan yang memang menghasilkan umbisi yang enak dimakan. Umbisi tumbuhan daripada keluaga Lamiaceae ini amat popular di Indonesia dan dikalangan masyarakat Jawa di Malaysia. Kalau ada diantara anda hendak mendapatkan kentang jembut ini maka anda boleh pergi ke Bandar Air Hitam, Batu Pahat, Johor dari gerai-gerai yang menjual produk tersebut disana. Harganya saya dapati bergantung kepada kualiti dan kesegaran kentang jembut sekitar RM 8.00 - RM12.00 sekilogram. Kentang ini memang sejenis makanan umbisi yang paling enak diantara jenis umbisi lain pada pendapat saya kerana apabila direbus dan dimakan semasa suam panas, ia memberikan rasa lemak dengan bau harum. Kalau sudah mula makan memang dirasakan tidak mahu berhenti. Cara kita untuk makan dengan mengambil setiap biji kentang jembut, dibuang kulitnya dengan memulas kentang tersebut dan ia mudah tertanggal. Artikel malam ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 2,475 mengenai sejenis tanaman yang kurang popular di Malaysia iaitu Ubu Kemili atau Kentang Jembut untuk dijadikan bahan koleksi ilmu pertanian.

Umbi kemili atau kleci merupakan tanaman yang juga sering disebut sebagai kentang jawa. Kleci dipercayai natif atau berasal dari India dan diman di Malaysia ada di Tanam di Johor, Selangor dan Perak tetapi tidak ada rekod keluasan penanaman dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Sementara itu di Indonesia banyak dijumpai di Banten, Jakarta, Magelang, Yogyakarta dan Bali. Tanaman ini adalah jenis renek dengan ketinggian pokok mencecah mencapai 100 cm yang tumbuh secara berumpun (Sila lihat foto diatas). Ia mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan tebal berwarna kehijauan. Daun bergerombol, bertentangan hadapan dan berbentuk bulat telur dengan ketak-ketak yang jelas. Permukaan daun bahagian atas berwarna hijua tua dengan permukaan daun bawah yang berwarna hijau muda. Kentang Jembut yang matang sering mengeluarkan bunga kecil berwarna ungu dibahagian atas rumpun. 

Umbisi kentang jembut agak unik bentuknya daripada yang bulat bujur seperti telur sehingga berbagai bentuk yang tidak menentu. Kulit luarnya berwarna coklat kehitaman bergantung kepada jenis tanah dimana ia ditanam. Kebanyakan ia ditanam diatas tanah gambut yang berwarna kehitaman dan untuk itulah beberapa orang menyebutnya sebagai kentang ireng (hitam). Terdapat akar serabut yang keluar dibahagian bawah umbisi atau diseluruh umbisi mengikut bentuknya. Walau pun kulitnya gelap, isinya adalah cerah dengan warna putih krim (Sila lihat foto sebelah). Ia akan menjadi lembut apabila direbus dengan sedikit dibubuh garam selama 20 minit. Ia memang enak dimakan dengan kandungan zat karbohiderat dan mineral yang tinggi.

Kentang Jembut dapat tumbuh pada tanah pamah dan juga pada ketinggian 40-1,300 dari paras laut . Lazimnya ia memerlukan sinaran cahaya matahari yang penoh dan kurang sesuai jika ditanam dikawasan bernaung. Pemerhatian penulis mendapati tanaman ini memerlukan banyak air dalam setiap fasa hidupnya. Oleh itu ia banyak ditanam diatas tanah gambut atau di kawasan tanah sawah yang memiliki air yang cukup. Pembiakan kentang jembut dilakukan dengan keratan batang atau dengan menggunakan umbisi yang masih muda. Jika hendak menggunakan bahan tanam yang dari umbisi maka jenis umbisi biasanya perlu disimpan di tempat yang gelap untuk menpercepatkan proses pertunasan. 

Menyimpan benih umbisi muda dilakukan pada musim kemarau sebelum menanamnya pada musim hujan kelak. Umbisi ini juga boleh disemai dulu untuk mendapatkan keratan batang untuk mempercepatkan pengeluaran benih. Lazimnya dari pemerhatian dikebun sekitar Muar dan Batu Pahat, kentang jembut ini ditanam di atas batas atau busut dengan jarak tanam 25 x 25 cm. Bagaimanan jika dikawasan tanah gambut ia ditanam dengan jarak lebuh lebar kerana ia memerlukan cukup humus untuk menjadi subur. Untuk menghasilkan umbisi kentang jembut yang baik dan berkualiti maka tanah diberi baja kima dan baja kompos. Ini bagi memperbaiki sifat kimia, fizikal, dan biologi tanah. Seperti jenis umbi yang lainnya khusus bagi tanaman ini perlu dilakukan aktiviti menutup bahagian tengah rumpun dengan tanah untuk menghasilkan umbisi. Aktiviti pembumbunan di sekitar rumpun tanaman mesti dilakukan agar perkembangan umbisi dapat tumbuh di tahap maksima. Semuga anda dapat info berguna untuk menambah kekayaan minda kita. Wasallam!

KENTANG JEMBUT...UBI KEMILI...
UBI KELING...DIPANGGIL KLECI...
ELOK DIMAKAN... ENAK SEKALI...
SUDAH SUKA...MANA NAK BELI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Air Hitam,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1435H)


 

1 comment:

  1. Sehinggga keluar bunga baru tanda matang dan boleh dicabut ya tuan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...