Support My Blog

Monday, January 14, 2013

KACANG PISTACHIO

KACANG PISTACHIO (Pistacia vera) atau dipanggil sebagai 'Pistachio Nuts' adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kacang Pistachio yang siap diproses dan dijual didalam paket harganya agak mahal untuk kita di Malaysia membelinya berbanding dengan jenis-jenis kacang lain yang dijual di pasaran. Banyak persoalan yang terfikir mengenai kacang pistachio semasa saya ronda-ronda di Hypermarket MYDIN dimana ada banyak kacang pistachio ini dijual. Mengapa harga kacang pistachio mahal?. Adakah kerana susah untuk menanam dan serta menghasilkannya?. Apakah dia keistimewaan kacang pistachio ini ?. Dimana dan bagaimana pokok kacang pistachio ini banyak ditanam?. Apakah cara pengurusan penanaman kacang pistachio?. Apa yang saya pasti adalah kacang ini memang sangat sedap dimakan dengan rasa lemak dan masin dimana semua gulungan daripada kanak-kanak sehingga dewasa didapati amat menggemarinya. Asal usul kacang pistachio ini sebenarnya dari kawasan Iran dan juga Iraq dimana ianya ditanam semanjak zaman dulukala di Taman Tergantung Babylon sebagai tanaman eksotik. Pengeluaran kacang pistachio ini sebanyak 945,000 metrik tan setahun dengan negara Iran merupakan pengeluar utama kacang ini sebanyak 450,000 mt setahun (hampir separuh bekalan dunia). Negara lain yang ada menanam dan menghasilkan kacang pistachio adalah USA (236,000 mt/tahun) dan Turki (128,888 mt/tahun). Negara lain adalah seperti Syria, China, Itali, Greece dan Afghanistan yang mengeluarkan kurang dari 50,000 mt/tahun. Bagaimana pun produktiviti pengeluaran kacang pistachio tertinggi di USA terutama dikawasan California dengan kadar 4.2 mt/ha berbanding dengan produktiviti di Iran cuma 1.2 mt/ha sahaja. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang pistachio untuk menambahkn lagi ilmu pengetahuan anda semua yang membaca blog saya.


Pokok Pistachio merupakan pokok saka yang mempunyai batang, dahan , ranting dan akar dalam (Lihat foto sebelah). Ia perlukan kawasan panas dan sejuk dimana suhu -10 celcius sehingga musim panas. Pokok pistachio tahan pada tanah yang agak masin (high salinity) walau pun kandungan aie mengandungi garam 3,000 -4,000 ppm. Keadaan suhu sejuk dengan kelembapan tingi bagaimana pun boleh menyebabkan  masaalah serangan reput akar. Rakan saya yang berpeluang melawat Iran tahun lepas ada menceritakan bagaimana pokok kacang pistachio ditanam dikawasan berbukit dibahagian utara Iran dengan banyaknya walau pun diuruskan secara konvensional. Itulah sebabnya kadar produktiviti agak rendah di Iran berbanding dengan kaedah pengurusan penanaman kacang pistachio di USA yang moden dengan produktiviti sehingga 4 kali ganda.


Tanaman ini boleh mencecah ketinggian sehingga 10 meter (30 kaki) jika tidak dijalankan program cantasan. Daunnya adalah berbentuk pinnate dengan kedudukan bertentangan antara daun dan berwarna hijau. Saiz dun diantara 8 - 10 cm panjang dengan lebar daun 3 - 5 cm. Bunga kacang pistachio keluar selepas musim sejuk atau pun musim bunga dimana daun-daun pokok masih gugur dan di USA jika dilihat musim bunga akan kelihatan pokok ada bunga sahaja. Bunga berwarna putih dengan 5-6 kelopak dan kembang untuk menjalankan pendebungaan (Lihat foto bunga disebelah). Bunga dan buah terbit dari satu jambak dengan banyak buah yang dipanggil sebagai 'drupe'. Buah yang masak mempunyai lapisan kulit luar berwarna putih krim yang sangat keras dan isinya dibahagian dalam merupakan bahagian yang dimakan mempunyai pelbagi warna (lazimnya hijau), saiz dan bentuk mengikut varieti. Kebanyakan bentuk buah kacang pistachio adalah mempunyai bentuk bulat lonjong dengan bahagian hujung tang tirus tajam.


Pokok yang berumur 8 - 10 tahun mula mengeluarkan hasil dengan kaedah menuai menggunakan tangan memetik buah kacang ini. Di negara maju seperti USA penggunaan alat jentera menuai kacang pistachio telah digunakan di California dimana  alat tersebut (Lihat foto sebelah)  mampu mengegarkan pokok dan biji kacang pistachio akan gugur seterusnya dikutip dalam sistem 'belting conveyor'. Hasil kacang ini dikumpulkan dan diproses untuk dijadikan pelbagai produk berasaskan kepada kacang pistachio. Kajian menunjukkan satu pokok matang pistachio mampu menghasilkan sehingga 50 kg sepokok  setahun. Kacang pistachio yang dituai ini akan di jemur dibawah sinaran matahari atau menggunakan alat pengering khas menggunakan eletrik. Seterusnya pistachio akan dimasak (roasted) dan diberikan perasa garam masin sebelum dibuat pembungkusan. Kacang pistachio dipasarkan keseluruh dunia dengan bungkusan kedap udara untuk ketahanan dan kualiti yang tahan lama.
Wasallam!


Kacang Pistachio... Lemak masin.

KACANG PISTACHIO...SEDAP RASANYA...
DI IRAN LUAS ... USA PULA EKSPOTNYA...
KULITNYA KERAS... AGAK HIJAU ISINYA..
HARGANYA MAHAL... RAMAI SUKAINYA...

By,
M Anem
Percint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 Safar 1434H)   

    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...