Support My Blog

Tuesday, January 15, 2013

CIRI-CIRI TROPIKA VS PERTANIAN


ZON TROPIKA (Tropical zone) merupakan satu zon yang terletak diantara utara garisan Khatulistiwa sehingga ke Utara 23 darjah 30 minit dan ke Selatan hemispiar 23 darjah 30 minit. Perkataan 'Tropika' berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud sebagai 'Pusingan' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Turning'. Didalam bahasa Astrologi pula, ia bermakna garisan yang paling jauh di Utara dan paling jauh di Selatan dimana kedudukan matahari akan berada diatas kepala. Bagaimana pun terdapat sesetengah pakar-pakar kajicuaca yang telah mengembangkan (menjarakkan) sempadan tropika ini sehingga 30 darjah Utara sehingga 30 darjah Selatan mengikut faktur suhu dan cuaca sehingga mencecah beberapa lokasi di Afrika, China, Amerika Selatan dan India. Apakah kaitan iklim atau zon tropika dalam bidang pertanian?. Ini merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin belajar sains pertanian. Jenis tanaman, amalan agronomi dan pengurusan tanaman banyak berkait dengan iklim dan persekitaran tersebut. Terdapat perbezaan yang jelas amalan agronomi tanaman diantara zon tropika, sub-tropika dan temperate. Malaysia merupakan negara yang sahih terletak di kawasan tengah-tengah garisan khatulistiwa (equator) dimana kita menerima hujan panas sepanjang tahun. Kita juga dapat sinaran matahari sepanjang tahun dengan ketara dan tidak ada 4 musim yang berbeza. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu tajuk asas yang berkaitan ciri-ciri zon tropika dan kaitannya dalam bidang pertanian hasil dari pembacaan sebuah buku yang baru dibeli bertajuk 'Tropical Fruit - Volume 1 - CABI' karangan Robert E. Paul (2011) untuk bahan bacaan pembaca blog ini.


Apakah yang dikatakan dengan ciri-ciri iklim tropika?. Buku ini menyatakan yang suhu di zon tropika adalah panas (warm) sepanjang tahun dengan tidak ada musim sejuk terutama dikawasan tanah rendah (Lowland area). Purata suhu tahunan kawasan tropika adalah 21 celsius dengan suhu purata maksima melebihi 25 celsius sehingga minima 18 Celsius. Ciri tropika kedua adalah ujudnya Taburan hujan yang banyak iaitu paling sedikit dikawasan gurun sebanyak lebih 430 mm/tahun sehingga kawasan basah melebihi 4,300 mm/tahun. Hujan paling banyak adalah negara yang terletak dikawasan garisan khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Brazil, Afrika Tengah dan sebagainya. Kadar taburan hujan akan berkurangan jika ianya jauh dari garisan khatulistiwa yang mana ini sangat berkait rapat dengan amalan akitiviti pertanian.  Keadaan perbezaan jangkamasa sinaranan matahari (photoperiod) tidak banyak berbeza adalah sepanjang tahun dengan kawasan khatulistiwa akan sentiasa menerima 12 jam sinaran cahaya matahari dalam sehari. Ciri keempat dinyatakan sebagai kedudukan matahari berada diatas kepala yang membolehkan aktiviti penanaman dijalankan sepanjang tahun. Ciri kelima pula bagi tropika adalah bagaimana hujan, sinaran matahari dan suhu akan sentiasa terus menyebabkan proses evapotranspirasi. Bagaimana pun terdapat beberapa kawasan tanah tinggi dikawasan tropika yang suhunya agak sejuk terutama pada malam hari. Di Malaysia contohnya, kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland dan Lojing suhunya boleh menurun sehingga 20 Celcius pada malam hari mengikut keadaan.


Ramai ahli-ahli kajicuaca dan kajibumi menyatakan yang mengelaskan iklim kepada beberapa zon seperti Tropika, Temperate dan Sejuk (frigid zones). Mereka juga telah  pun mengelaskan iklim mengikut jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi (vegetation), ketinggian, tanah, respon manusia, percipitation atau pun kombinasi kesemuanya. Dalam Sistem Klasifikasi Koppen menyatakan, fokus pengkelasan iklim disebabkan kepada faktur suhu, 'percipitation' dan 'evapotranspiration' untuk menentukan sempadan hortikultur dalam pertanian.  Bagi menjelaskan lagi keadaan iklim, ianya telah dibahagikan kepada TROPIKA BASAH/LEMBAP (Wet tropics), TROPIKA BASAH DAN KERING (Wet and Dry Tropics) dan TROPIKA KERING (Dry Tropics). Tropika basah/Lembap ini terletak berhampiran khatulistiwa seperti Malaysia diantara garisan 5-10 darjah dengan hujan lebat sepanjang tahun, kelembapan tinggi dan suhu panas.  Kadar taburan hujan diantara 2,000 - 5,000 mm/tahun, banyak awan serta ada hutan hujan tropika. Kawasan ini ada yang berpenduduk sangat padat dan banyak juga kawasan tidak berpenghuni langsung (seperti hutan tebal kawasan pergunungan). Pengeluaran dan pengimbangan gas oksijan untuk dunia dilepaskan dari kawasan hutan hujan tropika dan sangat signifikan peranannya.


Kawasan Tropika Basah dan Kering pula terletak diantara 5 darjah hingga 15 darjah Utara dan Selatan dari khatulistiwa. Hujan turun secara bermusim dan kebanyakan semasa musim panas dimana matahari berada diatas kepala.  Terdapat musim kering yang berlaku lazimnya pada masa cuaca sejuk dan kawasan ini merupakan kawasan pengeluaran utama buah-buahan tropika.  Banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai dengan iklim dikawasan ini dimana perubahan suhu adalah ideal untuk pengeluaran bunga dan buah-buahan. Bagaimana pun sistem pengairan diperlukan semasa waktu kurang hujan dalam aktiviti pertanian yang dijalankan.  Kawasan Tropika Kering juga dipanggil sebagai Tropika Savanah. Kawasan ini terletak diantara 15 - 20 darjah dari khatulistiwa di utara dan selatan. Ia mempunyai ciri suhu yang panas, keadaan kawasan gurun kering dimana aktiviti penanaman buah-buahan dan sayuran  tidak boleh dibuat tanpa sistem pengairan. Kawasan seperti di Afrika Utara, Australia, India, Amerika Selatan adalah diantara kawasan yang ujud  iklim jenis ini. Kawasan tropika kering ini masih luas tanpa digunakan (unproductive zones) kerana kekurangan sumber air untuk pengairan tanaman. Artikel ini telah menerangkan beberapa ciri mengenai kawasan tropika untuk dibaca dan difahami oleh pembaca blog ini sebagai pengetahuan tambahan.

IKLIM TROPIKA .... DEKAT KHATULISTIWA...
LUAS KAWASAN ... TERMASUK MALAYSIA...
HUJAN BANYAK... MATAHARI DIKEPALA...
KAWASAN SUBUR... TANAMAN BERJAYA...

By,
M Anem
Taman Cendana,
Jalan Istana,
Melaka,
Malaysia
(22 Safar 1434H)          


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...