KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 3, 2011

TIKUS

TIKUS (Rattus spp) merupakan sejenis mamalia Rodent dari keluarga MURIDAE yang terdapat diseluruh dunia dan dikaitkan dengan binatang perosak di rumah, kebun, sawah padi dan setor penyimpanan. Terdapat sebanyak 64 spesis tikus di seluroh dunia. Spesis tikus dikelaskan mengikut saiz, lokaliti, warna, pemakanan, perangai dan sebagainya. Ramai manusia geli dan takut akan tikus kerana binatang ini memang berdekatan dengan manusia semenjak keujudannya. Terdapat juga tikus yang di pelihara sebagai 'pets' dalam rumah seperti 'Hemster' yang mudah didapati dikedai. Tikus paling mudah di kelaskan kepada 'TIKUS HITAM' dan 'TIKUS COKLAT'.  Jenis tikus hitam (Rattus rattus) mempunyai kulit bulu warna hitam sementara kumpulan tikus coklat ( Rattus norvegicus) mempunyai kulit bulu berwarna kecoklatan. Artikel ini saya berbincang mengenai haiwan tikus berdasarkan kajian, pembelajaran semasa di universiti dan bacaan dari beberapa buah buku. 


Tikus di kawasan kita mempunyai berbagai jenis dan nama seperti Tikus Sawah (Rattus norveigicus), Tikus Rumah  (Rattus rattus), Tikus Cencurut, Tikus Mencit (Mus spp) dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris pula ianya dipanggil dengan nama Rat, Mice, Hemster malahan paling popular dengan gelaran JERRY atau kartoon 'Tommy and Jerry'. Tikus merupakan binatang yang sangat penting dalam kajian dan peyelidikan dimakmal untuk mencipta racun atau ubat bagi manusia kerana mempunyai kromosom dan sejenis mamalia yang menyerupai manusia dari sifat dan ciri-ciri kajian. Dalam istilah sains terdapat perkataan LD50 atau bermaksuf 'Lethal Death 50%' iaitu kadar sebanyak 50% kematian kesan racun kimia atau lain-lain treatment. Penghasilan 'toxicity' dalam haiwan ini juga sangat perlu dalam produk yang dihasilkan. Tikus juga sesuai untuk kajian dari segi Kecergasan (Agressifness), Kecerdikan (Inteligence), Ingenuity dan Adapatability. 


Kemusnahan akibat tikus memang diketahui semenjak dahulu kala dengan beberapa jenis penyakit dari tikus yang membunuh manusia sehingga ketahap wabak. Tikus juga merosakan tanam-tanaman dan setor simpanan makanan manusia dengan teruk jika tiada kawalan sempurna. Binatang ini merupakan sumber makanan kepada sekelompok masyarakat di India, Polinesia, Afrika dan beberapa lokasi lain yang kebanyakanya merupakan kumpulan orang asli atau masyarakat terpencil dan mundur. Walau pun lazimnya masyarakat moden dan agama Islam melarang memakan tikus tetapi disesetengah negara lain masih digunakan sebagai sumber makanan. Tikus merupakan pembawa patogen penyakit seperti 'Lassa Fever' dan 'Hantavirus' yang mengakibatkan wabak 'Bubonic' atau 'Black Death' didunia pada abad ke 14. Kita di Malaysia sering diingatkan mengelak dari terkena 'Kencing Tikus' semasa banjir kerana virus yang merbahaya.


Burung Pungguk Tyto alba
Dalam sektor penanaman padi keujudan tikus sangat merungsingkan pesawah padi diseluroh dunia. Serangan tikus terhadap tanaman padi menyebabkan kerugian sehingga 100% jika tidak dikawal dan berlaku serangan maksimum. Kamampuan kadar pembiakan tikus sawah yang cepat dalam sarang tikus dalam tanah mampu memakan dan merosakan tanaman padi. Banyak kali kita mendengar bagaimana terdapat banyak kawasan penanaman padi yang menjalankan kempen '1 ekor tikus RM 1.00' untuk musnahkan sarang tikus dalam lubang tanah. Kawalan dijalankan dengan menggunakan Racun Kimia seperti jenaman "MATIKUS' dan berbagai produk lain (Warfarin). Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) mampu makan 40 ekor tikus jika diletakkan didalam kawasan sawah padi dalam Sarang Burung Pungguk. Pemusnahan sarang tikus juga sangat berkesan memerangi populasi tikus. Terdapat beberapa kaedah atau petua menurunkan populasi tikus di sawah seperti menggunakan semburan jering dengan bakawali dan lain-lain lagi.



Pengetahuan kita mengenai haiwan tikus perlu di tingkatkan kerana jika populasi tikus meningkat di kawasan kita adalah menggangu kesihatan. Ada beberapa pendapat bahawa kalau kita 'marahkan' tikus akan datang lebih banyak lagi tikus lain yang datang menyerang. Perangkap tikus dalam rumah pula berbagai jensi daripada 'Perangkap spring besi' sehingga yang paling praktikal menggunakan 'Getah Pelekat'. Penggunaan umpan racun menyebabkan tikus yang mati diatas siling rumah menyebabkan bau yang sagat busuk untuk 10-14 hari sehingga rput 100%. Tikus rumah juga mampu menebuk papan, plastik, kotak dan makan baju dalam simpanan malahan makan duit RM50.00 yang disimpan dalam rumah. Saya masih ingat dan hendak ketawa apabila 'My mother' 7 tahun dulu membuka simpanan duit dalam almari dimana sebanyak 35 keping duit RM 50 musbah di makan tikus...


CIK TI...GELARAN BAGI TIKUS...
MEROSAKAN KEBUN...SANGAT RAKUS...
DALAM RUMAH....MEMANG TAK BAGUS...
MESTI DI KAWAL...KITA SIHAT TERUS...


By,
M Anem    
Hotel Sri Malaysia
Kuala Terengganu
Malaysia
(Visit 4 days in Terengganu)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...