KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 12, 2011

KACANG 'PIGEON PEA'

KACANG 'PIGEON PEA' (Cajanus cajan) adalah sejenis tanaman dari kumpulan kekacang keluarga Fabaceae yang popular diantara tanaman sejenisnya. Tanaman ini yang berasal dari kawasan Sg Nile Mesir ditanam semenjak 4,000 tahun dulu walaupun ada dakwaan tanaman ini berasal dari kawasan Asia. Tanaman ini kini merupakan tanaman popular terutama di India dan Pakistan serta beberapa kawasan lain di Asia, Afrika, West Indies dan Amerika Tengah. Tanaman ini boleh ditanam dikawasan Tropika dan Sub-Tropika dan mampu hidup selama 4-5 tahun. Kajian saya mendapat nama-nama lain bagi Pigeon Pea ini adalah Kacang-kacang Dhal (Melayu), Kacang  Hiris; Kacang Kayu; Kacang Gude (Indonesia), Angola Pea; Congo Pea; Gundhu (English), Mu dou (China), Toor ; Tuur (India), Strausterbeche (Jerman), Tabios (Filipina) dan Thua rae (Thailand). Entry kali ini saya konsgikan lagi info tanaman pigeon pea untuk tatapan rakyat Malaysia berdasarkan pembacaan buku terbitan Longman (1999) dan kajian persendirian.


Tanaman pigeon pea ini banyak di usahakan untuk menghasilkan biji kacang yang digunakan untuk buat 'dhal' di India selain daripada beberap jenis kekacang lain.India merupakan pengeluaran utama kacang ini didunia dengan pengeluaran mencapai 1.75 mt setahun daripada sejumlah 1.95 metrik tan setahun iaitu 82% pengeluaran hasil dunia. Kacang ini ditanam untuk menghasilkan biji kacang, sebagai tanaman penutup bumi, tanaman untuk makanan ternakan dan juga sebagai 'wind breaker' bagi tanaman koko, kola dan kelapa sawit dinegara tertentu. Tanaman ini sangat tahan kepada suhu tinggi dan cuaca kering serta dikawasan tanah yang kurang subur. Ia boleh hidup dengan kadar hujan yang kurang iaitu 550 mm setahun.  Kajian mendapati tanaman ini sangat kurang diserang perosak dan penyakit serta perlukan penjagaan yang sangat minimum.

Cajanus cajan var. cajan merupakan satu spesis dari kumpulan Cajanus spp. yang ditanam untuk pengeluaran bagi mendapatkan biji. Kacang ini mempunyai dua jenis kultivar yang ditanam iaitu kultivar jangkapanjang atau sederhana yang matang dalam masa 9-11 bulan dan kultivar yang matang jangkamasa pendek 3-4 bulan sahaja. Oleh kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman selingan dan pemberian baja, pengairan, racun serangga dan kawalan penyakit adalah pada paras minima,  maka penghasilan juga agak rendah iaitu kira-kira 700 kg sehektar. Terdapat satu jenis Cajanus yang di tanam di Afrika dimana ianya tumbuhan herba berkayu yang umur jangkahayatnya 3-4 tahun.  Jenis ini berbuah selepas setahun dan seterusnya pada tahun ketiga dan keempat sebelum ditanam semula.  Akar pokok jenis ini adalah akar yang dalam dengan mempunyai bintil akar. Batangnya tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1 meter (jenis renek)sehingga 4 meter (Jenis giant). Batang berbentuk segitiga dan berbulu. Daunnya berwarna hijau gelap dibahagian atas dan kelabu pucat dibahagian bawah.


Daun utama bersaiz sehingga 15 cm panjang dengan tangkai daun yang panjang. Bunga dikeluarkan dengan warna kuning atau kemerahan diatas tangkai berasingan dengan tangkai daun. Kelopak bunga mempunyai 4 bahagian dimana bahagian atas terbentuk 2 kelopak yang lebih besar dari kelopah bawah. Kelopaknya pula kadang-kadang berwarna kuning emas atau kadang-kadang ada jalur merah. Terdapat lebih dari 10 stamens yang 'diedelphous' dengan stigma yang ada satu filamen pendek. Pendebungaan dibantu oleh serangga seperti semut dan lebah dimana ini membentuk 20% berlakunya pendebungaan bersilang (Cross pollination). 

Buah kacang (pods) berbentuk lurus , berketak2 dan leper dengan berbulu berukuran 4-5 cm panjang  sehingga sepanjang 10 cm. Terdapat antara 3-4 biji kacang dalam pod tersebut walau pun terdapat sehingga 8 biji (jarang2). Terdapat banyak kepelbagaian dalam saiz dan warna kacang pigeon pea ini dari yang oval, spherical, putih, coklat, merah atau kehijauan. kacang yang telah dikutip dan dikeringkan disimpan dalam bekas untuk tujuan penyimpanan dan ekspot. 

Kegunaan pigeon pea adalah untuk buat dhal di India dan juga di proses untuk di buat tepong bagi kegunaan Vegetarian. kandungan protin yang tinggi meyebabkan ianya sesuai bagi vegeterians. Kacang yang masih muda dimakan di India dan Ethiopia sebagai sayuran yang di makan sebagai makanan penting. Begitu juga dengan pucuk muda yang boleh dijadikan sebagai sayuran hijau. Di hawai dan Repulik Dominica kacang ini ditanam untuk di tinkan dan di jual. Di beberapa negara seperti Trinidad, Tobago, Dominica republic dan kawasan sekitarnya kacang pea yang di campur dengan nasi iaitu makan yang diberi nama 'moro den guandules' merupakan kebangaan mereka. Tanam ini dijadikan 'pests host' di Thailand. Tumbuhan ini menghasilkan baja hijau (green manure) sebayak 40 kg baja Nitrojan dalam tanah setiap musim untuk menyuburkan tanah. Adakah anda ada menanam atau mengenali tanaman Cajanus cajan di Malaysia?

PIGEON PEA...NAMA DIBERI....
TANAMAN TAK PENTING..INDIA MARI...
DAH BACA ARTIKEL...FAHAM HARI INI...
TAK MENGAPA..ILMU DICARI....

By,
M Anem
Kuala Lipis
Pahang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...