KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, July 2, 2011

BRATAWALI

BRATAWALI (Tinospora crispa Linn atau Tinospora rumphii Boerl) atau Brotowali (Bahasa Jawa) atau Akar Aliawali dari keluarga Menispermaceae yang menpunyai ciri batang, akar dan daun yang sangat pahit. Bagaimana pun dikampong saya tumbuhan ini dipanggil bakawali sahaja. Tumbuhan ini yang di percayai berasal dari kawasan India, Sri Lanka atau Myanmar juga di panggil juga sebagai Guduchi dikalangan penduduk negara tersebut. Tanaman jenis herba ini tumbuh menjalar atau merayap atau melilit diatas kayu atau pokok sokongan. Saya memang mengenali tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada di tanam di keliling rumah dikampong di Muar, Johor dahulu. Tumbuhan ini mengandungi adaptogenik dan Asid Tinoporik serta kandungan Tinoporone yang sangat pahit. Terdapat kepercayaan penduduk tempatan dengan mengigit batang bratawali boleh menyebabkan nyamuk tidak suka gigit . Artikel kali ini saya menulkis dan berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bratawali berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan bacaan dari beberapa buku teknikal dan agronomi yang berkaitan.


Pokok bratawali mudah ditanam dan dibiakkan di Malaysia dan tahan dalam keadaan cuaca kering dan panas. Saya masih mempunyai beberapa rumpun pokok ini yang di tanam dalam pasu dan atas tanah di Putrajaya. Pokok asal saya perolehi dari Pulau Sibu, Mersing, Johor pada tahun 1997 dulu (Semasa bertugas di Mersing) kemudian di bawa ke Segamat, UDA Johor Bahru, Parit Bunga, Muar dan kini di Putrajaya dan masih hidup subur. Pokoknya mempunyai batang berwarna hijau coklat gelap yang mempunyyai bintil atau lenticel. Daunnya berwarna hijau gelap dengan bentuk 'jantung'. Terdapat akar udara pada batang pokok bakawali yang menyebabkan pokok melekat pada batang pokok (Pokok Mangga atau Pokok Neem sesuai). Jika berbunga ianya berwarna kekuningan dan keluar dari bahagian batang yang matang dan tua. Jika berbuah ianya adalah buah jenis 'drupe' yang berwarna kemerahan apabila masak.
Bratawali merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompoun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bratawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Banyak kajian perlu dijalankan untuk tumbuhan ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu.

Penanaman bratawali adalah sangat mudah dijalankan. Penanaman menggunakan keratan batang dari pokok yang cukup umur dan ambil spenjang 40-50 cm batang. Cacakkan keratan batang dalam pasu atau atas tanah dengan bahagian atas batang menegak keatas (Jangan terbalik). Pastikan tanah diberikan baja organik dan tidak terendam. Tunas baru akan tumbuh dalam 10-15 hari dan biarkan tersu memanjang dan memanjat atau melilit batang tumbuhan atau dinding rumah. Pemerhatian saya pokok bratawali tidak diserang sebarang serangga perosak atau kulat. Pokok akan terencat jika tenggelam dalam air dalam masa agak lama. Pokok yang subur mempunyai bilangan daun yang banyak dan sangat rapat dibatang utama.

Kutipan hasil boleh dijalankan selepas 6-10 bulan penanaman dengan bahagian batang bakawali telah matang dan tidak mempunyai daun lagi. Penuaian batang pokok di India dijalankan dengan memotong batang-batang bratawali dan dikumpulkan senelum di keringkan dan di potong. Proses pengeringan dengan menjemur dibawah sinaran matahari selama 4-7 hari sebelum di proses menjadi keratan batang bakawali, Bratawali kering atau di kisar untuk menjadi serbuk bakawali. Batang bratawali yang kering boleh di simpan lama sebelum digunakan.

Dalam bidang pertanian pokok bratawali sangat berguna untuk mengawal tikus di sawah padi. Tikus (Rattus argentiventer) merupakan salah satu perosak dalam penanaman padi dengan memusnahkan pokok padi sehingga 100% dan mampu mengurangkan hasil tuaian padi. Satu kajian telah di jalankan di Kg Gambiran, Bayuwangi, Jawa Timur untuk menggunakan bakawali dalam menghalang serangan tikus. Sebanyak 1 kilogram Bratawali (Tinospora crispa) segar diambil dan 1 kg Jering (Pinthecoellobium jiringa) bersama 3 kg Ubi Gadung (Dioscorea hispida) di parut kemudian dicampur dengan 1 liter air. Larutan ini kemudian di tapis dan di semburkan di keliling batas kawasan sawah padi dengan kekerapan 3 hari sekali semburan. Hasilnya tikus tidak datang kekawasan sawah padi untuk memusnahkan tanaman. Tikus tidak datang dengan bau jering, pahit dari bakawali dan ubi gadung.
SELAMAT MENCUBA, INSYALLAH!


Penulis memegang buah beringin
 di Istana Kraton, Jogjakarta.
BRATAWALI....SANGAT PAHIT RASANYA...

MUDAH DI TANAM...BANYAK KHASIATNYA...
DARAH TINNGI,NYAMUK...LARI DENGANYA..
SELEPAS TAHU....TANAM DIRUMAH SAJA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11,  Putrajaya
Malaysia
(Sabtu 5.16 petang)
- Kemaskini pada 3 Disember 2013

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...