Thursday, July 21, 2011

DAUN KEMANGI

DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga LAMIACEAE yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penghasilan ekstrak minyak. Tumbuhan ini mempunyai 50-60 jenis yang mana berbentuk renek berasal dari kawasan Asia (iaitu India) yang digunakan didalam masakan India, Asia Tenggara serta Eropah sebagai tumbuhan yang mempunyai perisa 'Mints'. Tumbuhan ini juga di panggil sebagai Basil, Common basil, Sweet Basil, Lemon basil (English), Habaq (Arab), Luo Le (China), Babui Tulsi; babul (India), Bajiru; Mebouki (Jepun), Daun kemangi; Kemangi,; Selasih Hijau (Melayu), Ruku-ruku (Indonesia), Horapa (Thailand) dan Reu Tia (Vetnam). Tumbuhan ini hidup di kawasan tropika dari Australia sehingga Amerika Tengah. Artikel kali ini saya akan berkongsi maklumat  dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi tanaman kemangi berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan kajian persendirian.

Walau pun kegunaan daun ini untuk dicampur dalam permakanan dibeberapa negara tetapi khasiat utama dan kegunaan yang lebih bernilai adalah penghasilan ekstrak daun kemangi. Kebanyakannya digunakan sebagai herba berguna untuk perubatan. Kajian saya mendapati dari beberapa rujukan setiap 100 gram daun kemangi mengandungi 22 kJ tenaga, 2.65 g karbohiderat, protin (3.15 g), lemak (0.64 g), Air (92 g), Vitamin (294 microgram), Vitamin C (18 mg),  Vitamin E (0.8 mg), Vitamin K (414 mg), Zat Besi (31.7 mg), Mg (64 mg), Mn (1.148 mg),  P (56 mg), K (295 mg), Na (4 mg), Zn (0.81 mg) dan banyak lagi nutrien lain.  kandungan pelbagai unsur ini menyebabkan daun kemangi mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk tujuan perubatan. 

Penanaman daun kemangi dijalankan kebanyakannya dalam pot atau bekas tanaman untuk kegunaan sendiri tetapi kini telah ada usaha untuk menanam daun kemangi bagi tujuan penghasilan komersial terutama untuk menghasilkan ekstrak minyak daun kemangi. Tumbuhan Kemangi adalah jenis herba renek yang mempunyai daun berwarna hijau bersaiz purata 1 cm panjang berbentuk plonjong panjang dan oval. Batangnya bersegi dan banyak cabang serta agak berbulu untuk sesetengah spesis. Kebanyakan daun kemangi yang terdapat di malaysia adalah berwarna hijau sepenohnya walau pun dibeberapa negara lain ada yang daunnya berwarna ungu kehijauan.  Bunganya berbenutuk terbuka dengan mempunyai kelopak dan petiol yang jelas dibahagian pucok. Pendebungaan boleh berlaku secara bersilang kerana bunganya adalah terbuka. 

Penanaman pokok daun kemangi adalah mudah dengan menggunakan biji benih yang dihasilkan dari pokok yang cukup matang. Kelongsong buah yang mengandungi biji benih akan berwarna coklat gelap apabila cukup masak dan bijinya boleh dikutip. Pilih biji daripada pokok yang bermutu tinggi sepeti mempunyai daun yang lebar, bau yang kuat, tahan serangan penyakit dan juga dari pokok yang tidak tercemar dengan bahan logam berat atau racun. Semai biji daun kemangi diatas pot atau bekas tanaman yang mengandungi tanah yang telah dicampur dengan baja organik. Jika inigin menanam terus diatas tanah pastikan kawasan tidak mudah tenggelam atau mempunyai saliran yang baik. 

Benih yang disemai akan tumbuh beberapa hari setelah disiram dengan air dalam bekas atau dalam tanah. Pastikan mendapat cukup air kerana pokok akan mudah layu tanpa air yang mencukupi. Pokok kemangi yang berumur lebih 2.5-3 bulan dengan daun yang banyak boleh di kutip bahagian pucuk untuk dijadikan ulam atau tunggu sehingga pokok matang dan berbunga untuk di proses mendapatkan ekstrak minyak. Tanaman kemangi tidak banyak menghadapi masallah serangan serangga perosak dan penyakit.  Peringkat awal penanaman cuma terdapat serangan Layu Anak Benih disebabkan oleh Phytium spp dan peringkat dewasa terdapat kemungkinan serangan layu akibat serangan kulat Fusarium spp. Terdapat juga kadang-kadang serangan 'Grau mold' yang disebabkan oleh Botrytis cineria dan serangan Bintik Hitam oleh Kulat Collectotricum spp pada daun dan batang.

Dari segi pembajaan sebaikanya gunakan baja-baja asas organik dan elakkan menggunakan baja kimia. Jangan menggunakan racun untuk mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit. Adalah digalakan agar tanaman daun kemangi dibuat dengan teknologi Penanaman Organik. Buang dan musnahkan pokok yang diserang dengan penyakit dan musnahkan. Oleh kerana tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat yang sangat baik maka wajar diberikan perhatian untuk produk organik. Amalan yang lazim untuk sistem pembajaan adalah dengan menggunakan baja kompos, baja organik proses dan kaedah Natural farming (NF).

Penggunaan daun kemangi ini ada yang makan segar daripada pucuk muda atau dikisar dijadikan jus minuman atau di proses dengan mengekstrak untuk dikutip minyak (terutama dari bahagian biji). Ramai masyarakat di Indonesia, Thailand, Laos, Filipina dn Vietnam memakan pucuk daun kemangi sebagai ulam atau sebagai ramuan dalam masakan harian. Pucuk muda juga sedap untuk dibuat kerabu, masak dengan ikan dan sebagainya. Kesannya daun kemangi dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan peredaran darah, mengilangkan kembung perut pada kanak-kanak dan banyak khasiat lagi. Kaedah paling mujarab menggunakan daun kemangi adalah dengan mengisar (blender) daun kemangi dengan air dan diminum. kaedah ini membantu masaalah sakit perut, musnahkan cacing dalam perut, menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.

Kajian saintis menujukkan yang minyak ekstrak dari kemangi adalah sangat benililai tinggi di pasaran antarabangsa. Walau pun kandungan minyak dari biji sangat sedikit dan harganya sangat mahal tetapi khasiatnya adalah sangat baik. Kualiti minyak sangat baik sehingga mampu bertahan aromanya melebihi satu minggu iaitu satu jangkamasa yang sangat tahan lama. Aroma minyak ini sangat berguna untuk menghilangkan pening kepala, menyembuhkan muntah-muntah, migrain, kekejangan otot dan yangpaling berguna adalah untuk kegunaan lelaki. kajian klinikal menunjukkan pengguna minyak dan khasiat daun kemangi akan meningkatkan kecergasan sperma lelaki dan meningkatkan lobido....wow.

Ketahuilah tumbuhan daun kemangi dan tanamlah daun kemangi untuk kegunaan keluarga anda. pastikan tumbuhan daun kemangi yang anda nak tanam dari spesis yang betul dan dari sumber yang dipercayai. Penanaman herba seperti ini dan pengetahuan bagaimana nam menanam, menjaga dan menggunakan perlu di perolehi dahulu dari mana-mana sumber rujukkan. Banyak jenis herba di Malaysia yang boleh di eksploitasi bagi mengingkatkan penerokaan dunia herba pada masa akan datang. Sekian.

DAUN KEMANGI...BAUNYA WANGI....
MUDAH DITANAM...NAMPAK BERSERI....
DIMAKAN SEGAR...DIPROSES PASTI...
BANYAK GUNANYA...SAKIT DIUBATI....

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka
Malaysia
(Updated on 23 Syaaban 1435H - 7.45 malam). 

3 comments:

watie said...

sgt2 informative...sya mmg suka kemangi...wangi!

Catalynna Sebastian said...

Salam..klu betul daun kemangi nie ade kat kl, tlg saye bgtau kat mane nak dptkan..sbb saye mmg tgh mengidamkan nk mkn sambal belacan+daun kemangi..sebenarnye, daun nie mmg dah biase sy mkn sbb kat sabah mmg byk and x susah nk cari..tp skg nie, sy stay kat kl, agak jauh klu nk balek ke kg sane..huhuhu. berharap sgt2 baby ni dpt mkn sebelum keluar.. ;( amin.

pls reply..(mar_sebastian@yahoo.com.my)

poksu said...

sayur ni ada djual di pasar selayang.. kt bhgian syur kampung.. bermnt utk tanam tp ada ke pengilang mnyk kemangi di malaysia?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...