KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, July 25, 2011

Piawaian Benih Buah-buahan

BENIH BUAH-BUAHAN merupakan satu daripada perkara penting didalam proses penanaman buah-buahan secara komersil. Benih pokok buah yang di pilih semestinya bermutu dan menepati piawaian kualiti untuk mempastikan ketulinannya, tahap kesuburan, kercergasan pertumbuhan dan menepati ciri-ciri pokok yang dikehendakki seperti pokok induk. Tujuan pemeriksaan dalam piawaian benih buah-buahan paling utama adalah untuk menetukan ianya adalah BAKA TULEN dan BAKA YANG BERKUALITI TINGGI yang memenuhi piawaian ditetapkan. Ramai petani dan orang ramai yang membeli benih di Nurseri atau Pasar Malam tidak mengetahui ciri-ciri anak benih buah-buahan berkualiti. Artikel ini saya akan memberikan beberapa piawaian berdasarkan pengetahuan dan pembacaan dari beberapa buku dan risalah.


Benih tanaman Durian (Durio zibethinus) merupakan antara anak benih yang banyak dihasilkan oleh nurseri swasta dan juga petani persendirian selain daripada agensi kerajaan. Kajian yang saya jalankan pada 2010 mendapati sebanyak 30,000 anakpokok durian diperlukan setahun berdasarkan kiraan penanaman semula durian pada kadar 5% setahun.  Keluasan penanaman durian pada tahun 2010 adalah 100,615 hektar. Terdapat lebih dari 220 klon durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian semenjak tahun 1930'an lagi. Hanya 13 klon durian sahaja yang telah di syorkan untuk ditanam secara komersil. Sila baca blog saya berjudul klon durian popular di Malaysia untuk mengetahui 13 klon durian yang paling popular di usahakan dan mempunyai nilai komersil.


Anak benih durian dibuat menggunakan dua kaedah yang lazim iaitu KAEDAH CANTUMAN MATA TUNAS dan juga CANTUMAN BAJI. Bagi kaedah cantuman mata tunas piawaian tinggi sion minima ialah 30 cm ( 12 inchi) dengan umur selepas dicantum sekurang-kurangnya selama 4 bulan.  Benih yang berumur selepas 8 bulan sahaja sesuai untuk dipasarkan dimana pada masa iitu terdapat tidak kurang daripada 8 helai daun. Jika diukur saiz ukurlilit batang pada ketinggian 10 cm dari pangkal melebihi 0.5 cm. Bagi KAEDAH CANTUMAN BAJI juga ketinggian sion mesti 30 cm dan ciri-ciri lain sama dengan kaedah cantuman mata tunas. Petani perlu tahu teknik pemilihan anakbenih durian secara asas untuk menentukan klon atau verieti sebenar melalui pokok induk atau menelliti ciri-ciri buah yang dihasilkan.


Tanaman Nangka (Artocarpos heterophyllus) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin popular di Malaysia dan di kebanyakan dunia. Keperluan anak benih nangka sebanyak 23,000 - 40,000 setahun di Malaysia. Selain daripada dimakan segar, kini buah nangka telah di proses menggunakan teknologi 'vacuum fry' , di jual dalam bentul ' minimal process' selain daripada di proses untuk jus, kordial dan makanan kesihatan. Rakan saya di Pusat Pelancongan MARDI Langkawi (Encik Kadir) ada bercerita bagaimana pelancong dari negara2 Arab sangat suka dengan buah nangka yang katanya 'Giant Fruit of Asia'. Antara varieti nangka yang popular adalah seperti J29, J20, J31, J33, J34,J35, J 36 dan yang baru didaftarkan J37.  Benih nangka disediakan melalui cantuman matatunas dari klon yang dikenalpasti tulen.  Piawaian anakbenih nangka mesti mempunyai ketinggian sion setinggi melebihi 25 cm dengan umur lepas cantuman melebihi 4 bulan dan tidak lebih dari 12 bulan (terlalu tua).  Bilangan daun sekurang-kurangnya 8 helai dengan ukurlilit batang melebihi 0.5 cm pada ukuran ketinggian 10 cm dari pangkal pokok.


Tanaman Belimbing (Avverhoa carambola) anak benih dari klon B2, B10 dan B17 digunakan untuk pengeluaran komersil bagi pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Kajian saya mendapati keperluan anakbenih belimbing di Malaysia adalah sebanyak 14,000 - 15,500 pokok setahun berdasarkan kepada penanaman baru belimbing pada kadar 5% setahun. Anakbenih belimbing lazimnya disediakan dengan cara CANTUMAN MATA TUNAS dari klon terpilih. Piawaian anakbenih belimbing untuk jualan komersil mesti mempunyai ketinggian sion melebihi 25 cm dengan umur lepas cantum minima 2 bulan dengan bilangan sebanyak 6 helai daun.  Saiz ukurlilit batang anakbenih mestilah melebihi 0.4 cm besar dikira setinggi 10 cm diatas tapak cantuman. 


Piawaian 3 jenis buah-buahan diatas iaitu Tanaman Durian, Nangka dan Belimbing boleh digunakan ketika kita membeli anakbenih buah-buahan tersebut dari nurseri atau penjual dari pasar tani atau lain-lain sumber. Kita perlu sangat teliti dalam pemilihan anakbenih kerana masa yang lama perlu diambil sebelum pokok buah-buahan yang kita tanam mengeluarkan hasil Adalah sangat mengecewakan dan merugikan jika kita membuat pemilihan anak benih yang TIDAK BETUL. TERSALAH KLON atau LAIN BUAH YANG TERHASIL (Bukan klon yang di kehendakki). Pastikan mendapatkan nasehat dari pakar atau membeli anakbenih dari nurseri atau pembekal yang telah menerima Sijil Pengesahan Benih Tanaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian setelah dijalankan pemeriksaan oleh pakar-pakar dari Jabatan Pertanian. 


BENIH TANAMAN...MESTI DISAHKAN....
PEMERIKSAAN DIBUAT...SIJIL DIKELUARKAN...
PIHAK NURSERI...PASTI UNTUNGKAN.....
PERCUMA...POHON SKIM PENGESAHAN..


By,
M Anem
Hotel D'99
Jalan Abdullah,
Muar, Johor,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...