KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, July 7, 2011

NEEM

Daun neem yang terdapat depan rumah di Johor.
Pokok NEEM (Azadiracta indica) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga MELIACEAE yang terdapat di kawasan tropika. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh menjadi kayu balak kerana sama dengan keluarga pokok jati jika di biarkan lama. Pengetahuan mengenai tanaman neem ini di war-warkan semasa Dato Jamil menjadi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia iaitu program menggalakkan Pengawalan Perosak Bersepadu dengan menggunakan pokok neem. Kajian menunjukkan tumbuhan ini mengandungi 135 unsur atau kandungan kimia yang digunakan untuk perubatan semanjak 2,000 tahun dahulu. Nama 'Azadiracta' adalah dari bahasa Sanskrit India yang bermakna 'Tumbuhan untuk menyembuhkan' yang digunakan sebagai bahan untuk menyembuhkan pelbagai masaalah kesihatan dalam perubatan AYURWEDA dan juga perubatan moden. Artikel ini saya berbincang dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan NEEM berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian yang dijalankan.


POKOK NEEM
Tumbuhan neem merupakan tumbuhan hijau yang telah dibuat kajian saintifik mengandungi banyak komponen kimia berguna seperti kandungan bahan protomeliacins, limonoids, azadirone dan terbitan kompoun terbitan seperti gedunin dan vilasinin serta kompoun Csecomeliacins seperti nimbin, salanin dan azadirachtin. Bahan-bahan ini sangat berguna untuk kesihatan manusia. Bahan lain dalam pokok neem adalah seperti Nonisoprenoids termasuk Protin (asid amino) dan Karbohydrat (polysaccharides), Kompoun Sulphur seperti polyphenolics dan kompoun flavonoids seperti glycosides, dihydrochalcone, coumarin dan tannins dan juga kompoun aliphatic. Bahan ini telah diuji secara klinikal dan digunakan dalam perubatan Homeopati yang popular diseluroh dunia.

Pokok neem (Azadirachta indica) mungkin agak asing bagi mereka yang jarang mendengarnya. Pokok ini dipanggil sebagai 'POKOK NEEM' di kebanyakan negara merupakan pokok dengan daun 'broad-leaved' berwarna hijau dan ketinggian pokok mencapai 30 meter dengan ukurlilit bayang 2.5 meter dan mampu hidup sehingga 2 abad. Sistem akarnya adalah akar dalam (deep root system) tetapi tumbuhan ini sangat sensitif dengan kawasan terendam dan akan mati. Tumbuhan neem tumbuh dikawasan panas, cuaca kering, dimana suhu teduhan lingkungan 50 darjah celsius dan purata hujan antara 400 - 1,200 millimeter setahun. Pokok neem tahan dalam keadaan cuaca kemarau dan tanah cetek serta berbatu, tanah asidik atau tanah kurang subur.

Buah neem yang muda.
Buah neem berbentuk 'ellipsoidal drupes' yang berukuran dua cm panjang dalam jambak. Buanhya mengandungi kandungan isi kernel 'secondary metabolites' yang penting untuk di ekstrak.  Pokok neem dipercayai berasal dari Assam, India dan kawasan di Burma serta kawasan South Asia meliputi kawasan seperti Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pokok ini juga terdapat di kawasan tropika dan subtropika diseluroh dunia.(Verkerk et al., 1993). Adalah penting untuk menghasilkan ekstrak dari neem secara komersil bagi kegunaan pelbagai tujuan. Ladang Neem berjaya diusahakan dibeberapa negara sebagai tanaman penting seperti di Australia, Haiti, West Africa, The Dominican Republic, Ecuador, Puerto Rico, the Virgin Islands dan di negra seperti USA iaitu di Florida, California, Oklahoma dan Arizona.

Semaian anak benih neem.
Penanaman neem dijalankan dengan menggunakan biji benih atau kaedah vegetatif yang lain. Pembiakan menggunakan biji benih adalah lebih mudah dan sesuai walau pun percambahannya agak rendah tetapi mudah dalam urusan pengangkutan.  Penanaman secara besar-besaran perlu menyemai biji benih dalam semaian berpasir dan kemudian diubah kedalam polibeg sebelum di tanam apabila mencapai ketinggian 30 - 45 centimeter. Amalann di Malaysia menanam pokok neem sangat mudah iaitu dengan memotong dahan atau batang pokok dan cacakan dikawasan baru di musim lembab, pokok neem akan mudah bertunas dan terus hidup. Jarak tanaman neem bergantung kepada tujuan penanaman sama ada untuk ditanam lama atau jangkamasa pendek. Jarak 9m x 7m sering dilaksanakan.


ANALISA KIMIA POKOK NEEM
Kandungan kimia yang penting dalam pokok neem adalah untuk bahan mengawal serangga perosak (pesticidal activity) yang boleh di ekstrak dari bahagian kernel biji neem. Pokok  Neem akan menjadi matang (reproductive stage) selepas 3-5 tahun penanaman tetapi umur matang sebenar selepas 10 tahun.  Selepas 10 tahun pokok mampu menghasilkan sebanyak 20.5 kilograms buah neem setahun dengan kadar maksima pengeluaran buah sebanyak 50 kilogram setahun (National Research Council, 1992). Daripada jumlah tersebut hanya 10% yang ada kernel biji dimana setelah di proses mampu untuk menghasilkan sebanyak 10 gram dari berat kernel. Ini bermkna pokok neem akan menghasilkan sebanyak 20 gram kompoun pesticidal yang berguna pada satu musim. Kebanyakan kompoun bahan aktif Many boleh diekstrak dari pokok neem seperti bahan triterpenoids, phenolic compounds, carotenoids, steroids dan ketones. Bahan lain seperti tetranortriterpenoid azadirachtin merupakan bahan utama sebagai keperluan untuk racun serangga (pesticide) yang mempunyai tindakbalas khusus dengan kebanyakan serangga.

Bahan kimia  Azadirachtin dari pokok neem sebenarnya adalah campuran dari tujuh (7) kompoun isomeric yang dipanggil sebagai  azadirachtin-A sehingga  azadirachtin-G dengan azadirachtin-A dan azadirachtin-E merupakkan 'the most effective insect growth regulator' untuk serangga. (Verkerk et al., 1993). Kandungan kompoun lain sebanyak 24 kompoun juga ada memberikan kesan terhadap serangga. Secara amnya 4 kangungan utama dalam neem untuk kegunaan kawalan serangga adalah seperti azadirachtin, salannin, meliantriol, dan nimbin. Kompoun ini boleh di ekstrak melalui proses 'Leaching' dengan air iaitu kaedah paling lama. Kaedah menggunakan bahan kima seperti campuran bahan Hexane, pentane, ethanol, methanol, esters dan dichloromethane  digunakan dan proses extractions.

KESAN EKSTRAK DAUN NEEM
Ekstrak neem berkesan dalam tindakbalas dengan serangga dari segi kesan terhadap sistem saraf dan pembesaran serangga. Bahan kima memberi kesan dalam pengeluaran hormon seperti dalam Locusta serta serangga dimana bahan azadirachtin akan memberikan kesan kepada 'juvenile hormone; yang memusnah sistem pembiakan serangga betina dengan memandulkannya. Kajian makmal juga menuunjukkan bahan antihormone memberikan faedah positif kepada penggunaan dan kesan ekstrak dari pokok neem. Pokok neem adalah pokok yang sangat berguna dalam kawalan makhluk perosak tanaman dan boleh ditanam dikawasan keliling kebun dan diproses untuk mengurangkan kerosakan tanaman akibat serangga.  Demikian beberapa info mengenai pokok neem dan kegunaannya untuk rujukan anda. Wasallam!.


POKOK NEEM... MUDAH TANAMNYA...
DAUN HIJAU... BANYAK KHASIATYA...
DIAMBIK EKSTRAK... TINGGI HARGANYA...
SIAPA MAHU...BOLEH TANAM SAHAJA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(Kemaskini pada 2 Januari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...