KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, July 20, 2011

BENGKEL TEKNOLOGI NENAS

BENGKEL TEKNOLOGI TANAMAN NENAS (Ananas comosus) telah di adakan dari 17-20 Julai 2011 yang saya hadiri di Institut Pengurusan Peladang, Pulau Langkawi, Kedah. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri Bengkel TWG DOA-LPNM Siri 1 yang terdiri daripada Pakar-pakar daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan Lembaga Perusahaan Nenas Malaysia serta Syarikat2 swasta telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini diadakan untuk memperkasakan budaya perkongsian maklumat dan pengetahuan dikalangan pegawai-pegawai bersama pihak swasta dalam teknologi penanaman nenas. Bengkel ini juga memperkukuhkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan nagi melaksanakan strategi 'Blue Ocean Strategy' dikalangan jabatan dan agensi dibawah kementerian. Pengembelingan pakar-pakar dalam mencipta inovasi dan merangsang kreativiti juga dikongsi untuk menghasilkan pengeluaran nenas organik melalui kaedah fertigasi.


Kertas ucaptama oleh Ketua Pengarah LPNM membincangkan status industri nenas dunia dan strategi pengeluaran nenas negara. Jumlah dagangan nenas dunia adalah bernilai RM 12.17 billion dengan kuantiti sebanyak 7.76 juta metrik tan. Menurutnya Malaysia mendudukki tangga ke 9 dalam dunia dalam ekspot buah nenas segar dunia dengan pasaran tradisionalnya ke Singapura, Negara2 Timur Tengah dan Hong Kong. Nenas MD2, Josapine, N36 merupakan 3 jenis nenas segar yang diekspot selain daripada nenas yang dikaleng dan dalam bentuk jus nenas. Kertas Pertama di bentang oleh En Yahya iaitu Penyelidik Kanan MARDI Kelantan bertajuk 'Sistem Tanaman Berbilang Nenas di Kawasan Kelapa' yang membincangkan mengenai beberapa kombinasi tanaman nenas diselangkan dengan tanaman lain seperti Pisang, Kelapa, Herba, Jagung dan sedikit sayur-sayuran bagi meningkatkan pendapatan petani.


Kertas 2 telah telah saya bentangkan bertajuk 'Sistem Tanaman Secara Fertigasi dan Tanaman Organik' yang menerangkan mengenai teknologi fertigasi dalam pelbagai jenis tanaman terutamanya sayur-sayuran bernilai tinggi. Berbagai kriteria dan kebaikan mengenai sistem fertigasi di bincangkan termasuk mengenai sistem yang sesuai dan anggaran cashflow beberapa jenis tanaman yang telah di jalankan oleh Jabatan Pertanian dan pihak swasta. Teknologi tanaman secara organik juga telah saya perjelaskan kepada peserta bengkel berdasarkan pengalaman sistem penanaman organik yang dijalankan di PPK Kelantan dan beberapa lokasi lain.


Kertas 3 yang di bentangkan oleh En Bohari (CEO Kedah) menerangkan pencapaian inovasi penanaman nenas berkepadatan tinggi dengan kepadatan sebanyak 82,500 pokok  sehektar. Teknologi ini membajak tanah 2 kali menanam 10 barisan dalam 100 kaki dan jarak antara lorong 2.5 kaki. Kaedah pembajaan diubah suai dengan menggunakan baja Urea, CIRP dan NPK 15:15:15 dan 12:12:17:2 dalam kaedah semburan daun (Foliar spraying).  Bagi tujuan aruhan bunga tidak menggunakan pil ANAA tetapi sebaliknya menyembur 'larutan ethrel' dengan peratus kejayaan 96%. Hasil petani mendapat pulangan tinggi iatu melebihi RM 4,500 sehektar bersih.


Kertas 4 mengenai 'High Density Potential and Model for pineapple production' oleh Dr Ahmad Selamat dari UPM yang membentangkan beberapa kombinasi tanaman dan model-model kaedah penanaman nenas dengan tanaman lain. Kertas ke 5 membincangkan mengenai Skim Persijilan SALM dan SOM oleh Pengarah Bahagian Kualiti Jabatan Pertanian. Sehingga kini sebanyak 83 penanam nenas telah memohon sijil SALM melibatkan kawasan seluas 4,294 hektar dimana hanya 17 kebun yang diluluskan melibatkan keluasan 3,870 hektar. Persijilan SOM pula hanya merekodkan 54 petani yang diluluskan akreditasinya tidak melibatkan tanaman nenas.  Antara yang menarik kertas 5 adalah kesediaan jabatan Pertanian untuk program pengesahan benih nenas.


Terdapat 9 jenis nenas yang telah ada pencirian untuk poses pengesahan benih tanaman nenas. Nenas tersebut adalah varieti Gandul, Maspine, MD2, Morris, Moris Gajah, Josapine, N36, Sarawak dan Nenas yankee (Selangor sweet). Ciri-ciri unik setiap varieti telah di fahami oleh pegawai pemeriksa pengesahan varieti yang akan membuat pemeriksaan. Seramai 48 orang pegawai telah dilatih untuk kerja pemeriksaan benih sah. Masaalah anakbenih nenas Tisu Didik yang ada di Malaysia tidak ada jaminan kualiti terutama bila berhadapan dengan isu 'Somaclonal Variation' sehingga mencapai lebih 30%. Jabatan tidak akan memeiksa anak benih nenea tisu didik diatas masaalah tersebut.


Kertas 6 mengenai pengalaman penanaman kelapa denga selingan nenas di bentangkan oleh En Rosdin Kimin (AO Batu Pahat). Daerah Batu Pahat dan Muar katanya menjalankan projek tanaman kelapa dengan nenas dan projek ini berjaya meningkatkan pendapatan petani dan pengeluaran ladang. Kertas 7 oleh MARDI menyatakan keperluan nutrien tanaman oleh tanaman nenas. Katanya Tumbuhan Nenas adlah pokok jenis CAM iaitu tidak memerlukan air yang banyak. Nenas berehat pada waktu siang (ada matahari) tetapi aktif menggunakan CO2 pada waktu malam. Oleh itu pembajaan dan penyiraman pada sianghari adalah kurang berkesan untuk tanaman nenas. 


Kertas 8 mengenai teknologi mekanisasi dalam industri tanman nenas. Antara perkara yang di meknisasikan oleh MARDI merupakan penggunaan trektor bajak, Alat penanaman nenas Semi-Automatik, Alat penyembur baja larutan, 'Alat conveyer harvester' dan sebagainya. Tanaman nenas masih memerlukan banyak inovasi untuk mekanisasi untuk mengurangkan kos buruh yang menjadi isu utama dalam penanaman nenas. Paling menarik ialah maklumat dan pengalaman Syarikat Johor Tropical Product Sdn Bhd (JTP) yang menanam nenas MD2 di Ulu Tiram Johor untuk pasaran ekspot keluar negara. Syarikat ini menebang kelapa sawit dan menanam nenas MD2 dan merupakan pengekspot MD2 dari Malaysia. Pengurus Besarnya iaitu En Kamaruzaman memberitahu potensi pasaran segar untu nenas MD2 dari Malaysia ke Timur Tengah adalah besar. Syarikat juga menjalankan perladangan kontrak dan membekal benih serta membeli balik nenas MD2.

Kertas 10 dibentang oleh Pengurus Syarikat Sky Enigma iaitu Mr Brian McDonald (Orang UK) yang menjelaskan mengenai produk baja organik untuk kegunaan tanaman, ornamental dan padang golf. Penceramah menjelaskan keperluan perladangan organik di perkukuhkan bagi mengimbangi hasil tanaman konvensional dipasaran. Produk syarikat ada 4 jenis denga harga antara RM 120 - RM 450 satu botol. Kertas 11 adalah mengenai kaedah Penanaman Organik menggunakan baja 'BIOJADI' yang telah diterangkan oleh CEO Syarikat iaitu Dr Justin Pereira. Beliau menunjukkan pelbagai contoh tanaman yang telah berjaya dalam bidang pertanian seperti tanaman nenas, betik, durian, strawberi dan sebaginya yang menggunakan baja 'Biojadi'. Satu botol 200 ml dijual dengan harga RM 80.00. Pemerhatian saya mendapati baja ini mengandungi mikrobs aktif dan djangkakan berfungsi sama seperti EM, BMO, IMO dan sebagainya.

Kertas ke 12 dibentang oleh En Arizal mengenai laluan pasaran nenas di peringkat dunia dan sekatan serta halangan-halangan  yang perlu difahami dan diikuti oleh negara pengekspot. Dalam WTO terdapat beberap peraturan seperti TBT dan SPS yang digunakan oleh negara pengimpot sebelum kebenaran mengekspot produk segar kenegara tersebut. Perundingan yang sangat lama dan kso tinggi perlu dibuat sebelum mendapatkan luang pasaran eskpot produk segar seperti buah-buahan dan sayuran. Sehingga koni tumpuan harus diberikan kepada pengekspotan produk segar kebebarapa negara yang kurang mengenakan sekatan yang ketat. 

Sebanyak 4 bengkel mengenai Tanaman Nenas Fertigasi Organik, Fertigasi Bukan Organik, tanaman Berbilang diadakan. Pembentangan dibuat oleh ketua setiap kumpulan bengkel dimana cadangan kumpulan Fertigasi 2 (Kumpulan saya) diterima sebagai satu kaedah untuk menjalankan 'test plot'  bagi pengeluaran nenas organik secara 'natural farming'. Teknologi 'Foliar Fertigation Technique' akan digunakan dalam pilot projek seberapa segera untuk melihat potensinya. Beberapa model tanaman berbilang dan kaedah tanaman nenas padat juga diterimapakai dalam meningkatkan industri pengeluaran nenas negara pada masa akan datang.

TANAMAN NENAS....SATU INDUSTRI...
NENAS ORGANIK...HARGANYA TINGGI...
KELUAR BANYAK...UNTUNG DAH PASTI...
KEJASAMA TEKNIKAL...DIBUAT LAGI....

By,
M Anem
Langkawi
Kedah    

1 comment:

  1. Salam M Aneem, saya ingin khidmat nasihat mengenai penanaman MD2 seluas 500 ekar. Minta bantuan untuk membuat perancangan perniagaan penanaman MD2. harap dapat memberi bantuan.

    Email: fahminazrin@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...