Support My Blog

Sunday, May 8, 2011

CERMAI


CERMAI (Phyllanthus accidus Skeels) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PHYLLANTHACEAE atau ada yang kata EUPHOBIACEAE yang terdapat di Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai berasal daripada Madagascar dan tumbuh liar di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam serta Selatan India, Sri Lanka dan juga Jamaica, Cuba, Carribean serta Amerika Selatan. Pokok ini merupakan tumbuhan dari jenis tropika dan sub-tropika yang dipanggil 'Gooseberry". Nama lainnya adalah ialah Malay Berrry ; Oteiberry ; Gooseberry ; Country Gooseberry (English), Cermai ; Cheremai ; charmella ; charmin-charmin ; Kemangor (Malaysia), cherme ; tcherme (Indonesia), cherembelier ; cham dot (Vietnam), mayom (Thailand), Mak-nkhom (Laos), charmori ; harphanori (India) dan Grosella ; Groselha (Kawasan Caribean, Costa Rica dan Brazil). Artikel ini saya akan bincang tumbuhan yang di panggil dengan Cermai yang mudah di tanam dan berhasil di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis dan rujukan di beberapa buah buku dan risalah pertanian. Pokok cermai mungkin kurang ekonomik jika ditanam sebagai monokrop berbanding dengan tanaman lain. Artikel malam yang dingin ini dari tingkat 4 Hotel Rosa Pasadena, Brinchang, Cameroon Highland, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah cermai sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi. Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah cermai berbentuk seperti apel kecil yang mempunyai 6-8 keluk atau ketak berwarna hijau muda keputihan. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 - 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengan cermai ada beberapa bijibenih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji.

Penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk pastikan pembungaan dan pengeluaran buah. Kajian saya mendapati tidak ada maklumat mengenai keluasan dan penanaman cermai di Malaysia kerana tumbuhan ini tidak ditanam secara komersil. Kebanyakan tanaman di tanam dikeliling rumah dan didalam susun buah-buahan bercampur. Saya anggarkan dimana ststistik bagi keluasan sekitar 200 - 250 hektar berdasarkan kajian CHE oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1990. Kultivar yang ada di tanam di Malaysia adalan jenis Cermai Tempatan yang masam.

Kegunaan buah cermai adalah bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun. Buah yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman. Kajian saya daripada beberapa buku menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai juga mengandungi 4.6 mg asid askorbik.

Kegunaan lain pokok cermai adalah bahagian kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan mengubati batuk dan menyejukkan badan serta menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan.

Penanaman cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang , 'grafting' dan teknik cantuman udara (air layering). Penanaman menggunakan biji benih perlukn 4 tahun untuk pokok mula berbuah berbanding dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja. Jarak penanaman 4 m x 6 m dan jalankan cantasan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumberaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah. Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang.

Pokok Cermai tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serius. Terdalat serangan Ulat Makan Daun yang makan daun terutama dalam musim kering dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Buah yang matang berisi padat akan di kutip menggunakan tangan dan di basuh sebelum di proses. Satu pokok cermai dewasa mampu menghasilkan kira-kira 10 - 15 kilogram buah cermai setahun. Pengeluaran musim puncak di Malaysia adalah pada bulan April, Mei dan Jun setiap tahun. Buah cermai jeruk yang di jual di pasar malam dan di supermarket dengan harga RM 2.50 - RM 3.00 setiap 100 gram. Pulau Pinang yang terkenal dengan produk jeruk buah-buahan tidak ketinggalan menjual 'Buah Cermai Jeruk; dengan harga RM 4.50 - RM 6.00 sekilogram. Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Pada masa akan datang mungkin kita boleh mendapatkan  jus cermai, pil cermai, candys cermai atau kapsul cermai dipasaran selain daripada produk makanan kesihatan berasaskan buah cermai. Tanamlah cermai untuk dimakan sendiri, diproses atau dijual kepada orang lain.... 

GOOSEBERRY .... DI PANGGIL CERMAI....
RASA BUAHNYA MASAM...DISUKAI RAMAI...
DAH DIBUAT JERUK ...BAYARAN TUNAI...
MARI KITA TANAM... AKAN JADI PERMAI... 

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya
Malaysia
(Sunday 11.00 pm)
Kemaskini dari Hotel Rosa Pasadena, CH pada 16/3/16.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...