Support My Blog

Monday, May 30, 2011

TANAH TERBIAR


TANAH TERBIAR (Idle Land) di definasikan sebagai tanah bermilik yang tidak diusahakan selama lebih 2 tahun berturut-turut atau 6 musim penanaman padi berterusan bagi sawah padi. Fenomena ini berlaku di Malaysia semenjak awal tahun 1980'an apabila ramai anak-anak muda dari kawasan luaar bandar berhijrah kekawasan bandar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan atau belajar makan golongan muda tiada untuk mengerjakan tanah. Penubuhan Rancangan FELDA pada tahun 1970'an juga menjadi satu faktur yang signifikan terhadap fenomena tanah terbiar di kampong-kampong. Jaminan generasi muda ketika itu yang dijanjikan dengan tanah seluas 10 ekar getah atau kelapa sawit serta tapak rumah dalam skim FELDA menyebabkan hanya orang-orang tua yang tertinggal dikampong. Artikel ini saya mengulas beberapa perkara penting berkaitan dengan fenomena Tanah Terbiar berdasarkan pengalaman saya bertugas dalam bidang pertanian selama 30 tahun.


Kajian saya daripada laporan rasmi Kementerian Pertanian Malaysia mendapati pada tahun 2009 terdapat seluas lebih 531,763 hektar tanah terbiar di Malaysia. Tanah terbiar tersebut di bahagikan kepada 2 kategori iaitu TANAH SAWAH TERBIAR dan TANAH DARAT TERBIAR. Bagi kategori tanah darat terbiar terdapat seluas 508,004 hektar iaitu seluas 14,011 di Semenanjung Malaysia, 66,335 di Sabah dan paling luas di Sarawak iaitu 427,637 hektar. Tanah terbiar di Sarawak kebanyakkannya adalah jenis tanah adat (NCR) yang tidak dimajukan. Tanag darat terbiar di Sabah juga agak luas merupakan tanah milik yang belum diusahakan.

Daripada seluas 14,011 hektar tanah darat yang terbiar pada 2009 di Semenanjung Malaysia didapati paling luas terletak di Negeri Johor iaitu seluas 6,044 hektar diikuti dengan Negeri Pahang (2,758 ha), Negeri Sembilan (2,146 ha), Terengganu (1,020 ha) dan Kedah (931 ha). Negeri-negeri lain mempunyai tanah darat terbiar kurang dari 500 hektar dengan Negeri Perlis paling sedikit iaitu seluas 42 hektar sahaja. Kejadian tanah darat terbiar di Negeri Johor disebabkan oleh faktur kecekapan Pegawai Jabatan Pertanian mengutip data selain dari kawasan tanah dusun yang tidak di optimakan penggunaannya. Daerah Segamat merupakan lokasi tanah terbiar paling luas di Johor iaitu melebihi 3,000 hektar terutama tanah-tanah milik individu yang di kurniakan oleh kerajaan negeri kepada pemilik. Tanah-tanah ini tidak mempunyai jalan masuk untuk di majukan oleh pemilik yang diberikan seluas 1 hektar seorang.

Tanah Sawah Terbiar dilaporkan seluas 23,758 hektar dengan seluas 15,546 terdapat di Semenanjung Malaysia, 7,375 di Sabah dan hanya seluas 836 di Sarawak. Kajian menunjukkan Negeri Kelantan mempunyai Tanah Sawah Terbiar paling luas di Semenanjung iaitu 5,283 hektar diikuti dengan Negeri Pahang (3,943 ha), Negeri Sembilan (2,502 ha), Kedah (1,324 ha), Perak (948 ha), Terengganu (834 ha) dan Melaka (561 ha). Lain-lain negeri yang mempunyai tanah sawah terbiar adalah Johor (74 hektar) dan Perlis (9 hektar). Selangor dilaporkan tidak mempunyai tanah sawah terbiar.

Pada keselurohannya Sarawak Johor merupakan 'JUARA' fenomena tanah terbiar dengan seluas 428,474 hektar diikuti dengan Sabah seluas 73,731 hektar, Pahang seluas 6,622 hektar dan Negeri Johor seluas 6,118 hektar. Ini diikuti dengan Kelantan (5,494 ha), Negeri Sembilan (4,648 ha) , Kedah (2,255 ha), Terengganu (1,894 ha) dan Perak (1,379 ha). Negeri lain mempunyai keluasan tanah terbiar kurang dari 1,000 hektar dengan Perlis cuma seluas 127 hektar sahaja. Kajian menunjukkan terdapat 1,436 lokasi tanah terbiar di seluroh negara dengan lokasi paling banyak terletak di Negeri Sembilan (264) diikuti Johor (253), Pahang (200) dan Sarawak (160). Ini menunjukkan tanah terbiar di Sarawak mempunyai kawasan yang luas pada satu-satu lokasi sementara sebaliknya berlaku di Negeri Sembilan yang mempunyai lot-lot tanah kecil.       

Pada tahun 1980'an hingga pertengahan 1990'an fenomena TANAH SAWAH TERBIAR adalah menjadi isu utama dalam pembangunan tanah terbiar. Beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang serta Negeri Sembilan menghadapi masaalah tanah sawah yang terbiar dengan tidak diusahakan dan sangat jelas kelihatannya. Kejadian tanah sawah di kawasan Bandar Melaka dalam Daerah Melaka Tengah contohya meningkat dengan begitu ketara dari hanya kira-kira 200 hektar pada awal 1980'an kepada seluas lebih 1,800 hektar pada pertengahan 1990'an. Faktur kekurangan air dan kurang minat dikalangan pemilik sawah serta tawaran dari pihak pemaju perumahan dan sektor industri menyebaabkan banyak kawasan sawah jadi terbiar.

Kajian saya mendapati kerajaan banyak membangunkan kawasan tanah terbiar melalui pelbagai kementerian, Jabatan dan agensi dengan pelbagai program dan projek. Peranan FELCRA yang aktif memajukan tanah terbiar dengan komoditi seperti Getah dan Kelapa Sawit di lihat satu pendekatan yang strategik terutama pada tahun 1980'an dan 1990'an dengan pengurusan yang tersusun. Kementerian Pertanian juga banyak memajukan tanah terbiar melalui Jabatan Pertanian , LPP/PPK dan Projek IADP/IADA dengan komoditi tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan serta ternak air. Pada masa ini sebagai contoh Jabatan Pertanian mempunyai program ACDA yang membangunkan kawasan tanah terbiar dengan pelbagai komoditi tanaman makanan yang diberikan bantuuan kerja penyediaan tanah, bahan tanaman, input pertanian, infrastruktur asas dan khidmat nasehat pertanian.

Fenomena tanah terbiar di Malaysia akan di tangani dengan baik melalui perancangan yang rapi pada masa akan datang. Sektor Pertanian yang bermotokan 'Pertanian adalah Perniagaan' perlu mengatasi beberapa masaalah pokok seperti masaalah infrastruktur asas di kawasan tanah terbiar selain daripada isu minat pemilik tanah, kekurangan tenaga pekerja sektor pertanian dan yang pasti sebahagian daripada tanah yang terbiar adalah tanah yang bermasaalah. Apabila isu dan masaalah ini dapat diatasi saya percaya jumlah tanah terbiar di Malaysia akan berkurangn mengikut peredaaran masa. 

TANAH TERBIAR...FENOMENA SEMASA....
TANAH DARAT...SAWAH PUN ADA....
NEGERI SARAWAK...PENYUMBANG UTAMA...
KALAU DIUSAHAKAN...BANYAK GEMBIRA...

By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia
(Ditulis jam 5.00 subuh)    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...